Assalamualaikum.
Sempena Syawal nak habis, harini paksa diri juga letak entri baru kerana segan sebab tak update tapi tengok korang tetap kunjung kat belog ni. Hehehe. Terima kasih daun keladi korang. ;)
Anyway, tahun ni merasa beraya dekat tempat orang. Alhamdulillah sebab buat pertama kalinya dapat juga merasa dekat Makkah! Makkah okay. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.
Lagi sehari dua nak raya tu kan, dalam hati memang ada taman sebab terkenang masakan lauk raya Emak tapi bila suami cakap : " Orang lain sibuk nak raya kat Makkah, kita sibuk nak raya kat Malaysia. So, tak salah kita tak balik tahun ni. Okay? ". Padahal cakap macam tu sebab nak jaga hati bini. Wakakakaka. :p
Makanya, malam raya tu, petangnya kami berdua elok pukul 3 petang dah gerak ke Makkah. Gerak awal sebab berdasarkan pengalaman orang lain yang pernah beraya kat Makkah, ada kemungkinan jalan jammed. Dah set masa tu nak parked kereta kat Kudai Parking je tapi Alhamdulillah, luckily, by the time lalu check point yang ada, semua polis takde sebab abang-abang polis masa tu semua terkedek-kedek baru nak keluar Masjid sebab baru lepas solat jemaah Asar kat Makkah.
Jadinya, terus suami masuk sampai ke dalam dan kami dapat parking betul-betul kat basement hotel.
Walaupun esok nak raya, kejadian di hotel Raffles adalah sangat menyakitkan hati bila dekat 4 jam tunggu bilik yang awal-awal kami dah booked tapi dukacitanya, faham je lah, pak arab ni main suka hati dia je. Bila raya tu jadi lambat, dorang main suka taknak check out padahal ramai lagi kat lobi nak tunggu dapat masuk bilik.
Nak selesaikan masalah, akhirnya manager hotel belanja kami buka puasa kat Raffles restoran dan pindahkan kami ke Gold Lounge Suite kat Fairmont Hotel.
Ni suasana malam raya. Suami amik dari restoran Hotel Raffles. Manusia punya packed kalah tin sardin!
Malam raya orang lain makan lauk raya, kami makan sushi, udang bakar dan makanan-makanan lain.
Walaupun dapat bilik suite yang mewah siap ada butler sorang yang memang boleh diarahkan untuk buat apa saja, apa gunanya sebab intention kami booked Hotel Raffles tu sebab nak dapat bilik betul-betul mengadap Haram dan Kaabah view tapi apakan daya, things happen. Bukan rezeki kami.
Itupun, dapat masuk bilik tepat pukul 9 malam. Padahal sampai depan lobi dalam pukul 5 petang. Masuk bilik, saya memang dah basi. Potong mood betul. Tapi nasib baik dapat makan sedap orang belanja dari tak dapat apa kan? Hiks.
Lepas tu dugaan lagi sebab tengah malam tu, badan dah lembik. Boleh pulak demam. Esok paginya tu, suami konon nak turun bawah nak solat sunat raya kat bawah sudahnya, dia kena naik bilik jugak sebab kawasan Haram memang penuh gila sampai ke terowong dan jalan-jalan besar.
Disebabkan bilik yang kami dapat tu dikira kawasan Haram, kami dinasihatkan untuk solat dekat bilik je. Tambahan pula, kat bilik tu sound sistem live dari MasjidilHaram. Sambil dengar, sambil tengok dari tv dekat ruang tamu.
Habis solat, terus skype dengan Emak kat Malaysia .....
Oh, tapi masa gambar ni di ambil, tengah borak dengan Pak Sedara, Pak Lang. Pak Sedara yang sorang ni memang kuat loyar buruk sikit. Sebab tu saya sengih-sengih je dalam gambar ni. Hehehehe.
Habis Skype, terus ke Hotel Haji Arshad. Bukan pergi berdua je tapi pergi berlima termasuk Abu, Haida dan Pina. Makanan kat hotel jangan cakaplah sebab dah orang Malaysia yang masak kan. Terus lupa diri sendiri yang tak boleh makan pulut tapi senyap-senyap makan pulut kuning dengan rendang daging sampai 2 round.
Kena makan senyap-senyap sebab kalau suami nampak, nanti dia sepet-sepetkan mata tak bagi makan. Orang lain kalau marah besarkan mata tapi suami saya, kalau marah, sepet-sepetkan mata sepet dia tu. Kahkahkah.
Tengahari 1 Syawal tu, terus check out hotel balik Jeddah, rehat dan petangnya ke rumah Abu dan Haida pulak sebab kami-kami yang Malaysian, yang tak balik raya buat pot luck kat rumah Abu dan Haida.
Tuan rumah buat sate ayam dan daging! Seronok gila dapat makan sate. Sedap pulak tu! Selain sate, macam saya sendiri, bawak Sambal Jawa Goreng dengan Kuah Kacang. Ada juga yang lain bawak Lontong, Laksa Utagha, Mee Kari, Kek, Lemang dan macam-macam lagi.
Memula tu dah cuak, takut makanan tak cukup ke apa tapi bila semua bawak makanan, haaaa ... kauuu! Makanan sampai terlebih-lebih siap semua tapau bawak balik lagi!
Cakap pasal lemang, kes sama macam pulut kuning. Senyap-senyap amik 4 ketul. Lepas tu duduk membelakangkan suami konon taknak dia nampak. Jap lagi, elok tengah syok nak makan yang ketiga keping, suami muka dah marah. Siap suruh Haida amik lemang kat pinggan saya lagi. Padahal, Haida yang duduk sebelah saya tu, siap cakap : " Makan je, aku tak marah. Nanti kalau Ina dah balik ke, kau tak dapat makan. Cepat makan sebelum Man nampak lagi. " . Kahkahkah. Terus bertambah-tambah sayang dekat Haida masa tu. Hahahaha.
Majlis jamuan raya pot luck ni habis agak lewat malam juga sebab semua seronok berkumpul ramai-ramai borak-borak, amik gambar semua.
Isteri-isteri dan anak-anak perempuan.
Suami-suami dan anak-anak lelaki.
Malam tu, balik rumah, terus flat dan membongkang tak hingat dunia sampai keesokkannya. Bangun pun dah nak tengahari. Bangun tidur, solat, panaskan lauk raya semalam, makan dan tidur balik. Kuikuikui.
Raya ketiga, kami berdua ke Madinah pula.
Tak ramai sangat dah sebab dah nak musim Haji. Sebab saya cakap tak ramai adalah bila nak ke Raudhah tu, tak perlu masuk dalam group. Staff Masjid lepaskan je semua sekaligus. Jimat masa saya.
Masuk dalam Raudhah, walau masih kena berebut. saya tetap jalan lenggang lengguk sebab saya tahu, ada orang yang lagi susah nak ke Raudhah berbanding saya yang hanya memerlukan perjalanan 3 jam sahaja ke Madinah bila-bila masa tanpa perlu kos yang banyak.
Kami beraya di Madinah 3 hari 2 malam.
Balik dari Madinah, terus pergi open house lagi kat Tabung Haji Malaysia. Pun meriah dengan makanan.
Esoknya pulak, saya buat open house batch yang pertama. Tak ajak ramai. Jemput mana yang dan je. Alhamdulillah sebab dapat jamu tetamu dengan menu Laksa Utagha, Bihun Sup Ayam, Kek Coklat, Karipap, Kentang & Nugget.
Pertama kali sebenarnya buat makan-makan untuk tetamu dan pastinya, yang paling seronok bila tengok tetamu-tetamu beriya makan. Priceless tahu?
Esoknya, raya ke enam, suami dah kerja balik macam biasa. Saya pulak sangkakan sesi open house dah habis. Rupa-rupanya, berderet-deret jemputan yang kami dapat lagi. Terus cakap pada diri sendiri : " Seronok rupanya raya kat tempat orang ni! Dia punya meriah kalah beraya kat Malaysia. ". Hehehehe.
Mana taknya, 8 Syawal tu, pepagi lagi dah mintak tolong suami hantar ke Shabartly sebab ada mini open house kat rumah Kak Eiwa tapi untuk perempuan je lah. Malam hari yang sama, saya angkut Razif, Ina, Iman dengan Rayyan ke rumah Kak Ina atas jemputan Kak Ina sendiri.
Saya muka gembira sebab dapat makan sedap-sedap! Hihihi. Lokasi : Rumah Kak Ina.
9 Syawal, pun masih ada open house lagi. 2 rumah. Rumah Kak Nun & Abg Din dan juga Razif & Ina.
Muka peace tanda happy sebab dapat makan Nasi Impit dengan Kuah Kacang lagi! Hahahaha.
Suami dan Abg Din.
Satu je nak cakap kat Kak Nun dan Abang Din : Rumah korang lawanyaaaaaaaa! Teruja okayyyyy! Suka tauuuuuuu! ;)
Selesai rumah dorang, berdesup ke Shabartly pulak. Rumah Razif dan Ina.
Disebabkan kat rumah Kak Nun, saya dah belasah makan Nasi Impit dengan Kuah Kacang, makanya kat rumah Ina, belasah makan Lontonggggg! Punyalah nikmat dapat makan Lontong tu, aduhaiii! Memang makan penuh stim sebab free kan. Kalau kat Felda Makkah, Lontong semangkuk kecik je dah berbelas riyal. Terus Ina siap tapaukan satu plastik Lontong. Kihkihkih.
Lepas tu, 10 Syawal esoknya tu, ke rumah Kak Mina pulak. Pun hentam Nasi Impit dengan Kuah Kacang jugak. Memang takkan pernah jemu dengan 2 menu raya ni. ;)
Kemudian, 14 Syawal, malamnya tu, ada sesi makan-makan sikit dekat rumah Kak Zie sempena 'menyambut' kedatangan Kak Liza dan anak-anak dia yang baru sampai Jeddah.
Menu utama kat rumah Kak Zie semestinya Nasi Beriani! Pun makan tak beringat. Memang tak boleh tahan langsung bila orang hidang makanan dan kuih melayu. Terus makan berpinggan, terus makan kuih berketul-ketul. T__T
Haih. Bulan Syawal ni memanglah. Memang buat saya lupa yang diri sendiri tengah diet. Badan dah elok turun 7 kg masa puasa haritu. Ni taktaulah maintain ke idok. Menangis nak naik alat penimbang tu. =_=
Dannnnnn .... cerita paling akhir untuk entri ini adalah cerita tentang open house batch kedua yang saya buat.
Tetamu lagi ramai dari batch yang pertama. Kali kedua punya open house lagi gigih sebab saya gigih menjala 100++ keping Roti Jala dan juga gigih buat 100++ ketul Cream Puff Custard! Memang bersilat jugaklah kat dapurrrrrrrr!
Walau dah bangun, dah masak seawal pagi, tatap siap masak, siap kemas semua betul-betul tetamu nak sampai! Punya kelam-kabut sampai nak pakai bedak, nak melawa, nak wangi-wangi pun tak sempat. Saya cuma sempat sarung tudung inner je. Nasiblahhhhhhh!
Open house yang kedua ni baru terkedek-kedek nak amik pic tetamu dan makanan. Batch pertama open house haritu, baik saya atau suami, memasing memang tak teringat langsung nak amik gambar. T__T
Laksa Utagha, Roti Jala cicah Kari Kambing dan Buahan.
Cream Puff, Kentang, Nugget dan air panas versi layan sendiri. :p
Tetamu-tetamu kehormat.
Oh, ini assistant saya! Sorfina. Tengok rambut dia, sampai serabut sebab tolong saya 'kemas' rumah. Sampai ke bilik tidur saya dia kemas. Hihihi.
Tetamu again.
Alhamdulillah, makanan licin di'sapu' tetamu. Taktaulah sama ada kami masak sedap atau sememangnya mereka-mereka lapar sebab some of them, ada yang puasa sunat 6. :p
Apapun, terima kasih daun keladi buat yang menjemput dan juga yang sudi bertandang ke rumah terbuka kami.
Paling terima kasih adalah untuk Razif, Ina, Rayyan dan Iman yang dengan susah payahnya telah beraya ke rumah saya di Pasir Gudang! Sesungguhnya saya jeles sikit. Paling jeles bila tengok Iman .. amboih amboih amboihhhh ... siap duduk di riba Emak saya okayyy!
Selamat menghabiskan waktu Syawal yang ada! Rasanya tak terlambat lagi nak ajak korang puasa sunat 6 Syawal. Saya dah raya dah semalammmmmm! Korang pulak macam mana?
Errr ... Salam Eid Mubarak untuk semua penuh kasih sayang! Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah SWT hendaknya. InshaAllah. Amin Ya Rabb.
Sekian. Ma'asalamah!
Selamat hari raya Nailah!! :D
ReplyDeleteselamat hari raya kakak!
ReplyDeletehamboiiii..dia punya meriah kat sanaaa..kalah siniii..bestla banyakkkk open house! bawak perut je. bestnyaa makannn. hahahha.
k ada cream puff custard. -_-
nnt ada rezeki lynn jejak kaki kat sana jmp akak,nak mintak cream puff jugak.tak kira.hahahah.k berangan. ;p
xoxo kakak!misyuuu.
selamat hari raya kak nailah..bestnya raya di perantauan..hehehe
ReplyDeleteSalam kenal...Ramai ke malaysian kat sana...
ReplyDeleteMoga dalam rahmat Allah..