Assalamualaikum.
Dah lama sangat sebenarnya saya tak bukak blog sendiri. Sangat jarang. Social network saya semua bagaikan angin yang dibawa lalu pergi. Setiap hari, kerja saya cuma bukak sekejap, kemudian bila dah takde apa yang saya nak tengok, saya tutup sahaja. Sekejap sekejap.
Email je saya rajin check. Paling kerap pun, bangun pagi Subuh, sementara nak amik mood bangun nak wudu' tu, bukak email, bukak instagram. Tengok apa yang baru. Facebook? Bukak tapi itupun kalau sempat. Twitter? Langsung tak bukak. Takde langsung.
Harini disebabkan boring terlampau sampai taktau nak buat apa, barulah saya terhegeh-hegeh nak bukak semua social network saya termasuk blogger.com. Hehehe.
Seronok bukak blogger.com harini sebab saya rupanya baru dapat tahu, ramai para TTC, Alhamdulillah dah pregnant. Ada yang bertahun lamanya tunggu, usaha itu ini dan akhirnya, Allah SWT kurniakan mereka anugerah cukup berharga.
Tahniah buat korang semuaaaaaa! Especially Jay sebab saya ikut perkembangan Jay dari masa ke semasa. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kandungan Jay selalu ya? Banyakkan berdoa semoga semuanya selamat. InshaAllah. Amin.
Selain dari Jay, ada juga orang terdekat saya yang pregnant. Pun saya happy.
Sekarang, rasanya saya lebih positif menerima 'berita gembira' orang lain. Kalau bandingkan 4 tahun lepas, bila orang lain 'positif', mulalah tak pasal diri sendiri tunggang terbalik dalam bilik kerja menangis tak henti sambil bertanya pada diri : " Why me not preggy? Why oh why? ". =_=
Kadang tu, ada satu masa, salahkan diri. Sebab rasa diri ni banyak dosa, sebab tu Allah SWT taknak bagi tapi memang banyak dosa pun. T_T
Dalam situasi macam ni, paling kesian mestilah suami.
Pulak tu, saya adalah manusia yang susah sangat nak berkongsi rasa dengan manusia lain walaupun suami sendiri. Memang paling gemar saya lakukan, adalah pendam dalam hati. Simpan sendiri. Paling teruk pun, masa mandi, nangis sepuas hati. Kalau versi alim sikit, waktu sujud dalam solat, saya kerap bertanya pada Tuhan : " Kenapa saya kena rasa semua ni? ". Takpun, saya berdoa : " Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. "
2 tahun pertama perkahwinan, memang pada saya adalah tahun yang tunggang langgang setiap kali bila dengar kawan-kawan atau orang sekeliling pregnant. Langsung tak boleh. Kadang sebolehnya mulut senyum tapi dalam hati, rasa hati tu nak meletup berkecai satu per satu.
Ada satu tahap, kadang sampai rasa menyampah tengok orang kerja nak update je pasal stage pregnancy memasing. Paling menyampah, ada tu baru 2,3 minggu pregnant, dah sibuk update status : " Baru sebulan preggy ni boleh ke pakai baju mengandung? ". I was like " Kau dah kenapa? ".
Ke ada orang lain rasa menyampah juga dengan status macam tu? Agaklah kot. Orang lain pun preggy juga tapi takdelah sampai macam tu sekali. =_=
Itu baru cerita sakit hati dengar orang preggy, belum lagi termasuk orang sekeliling yang tanya macam-macam.
Jujurnya, bila dah nak masuk 4 tahun stage berusaha ni, benda yang paling sakit hati yang pernah saya terima adalah kejadian raya tahun lepas.
Pergi rumah orang nak beraya, hati nak gembira, tapi bila dah sampai rumah orang, sudahnya, balik tu, hati sakit remuk sampai rasa nak tumbuk je orang yang sakitkan hati saya tu.
Mana tak sakit, mana jiwa tak pedih bila tengah sedap nak rasa kenyang perut tali kecapi, datang sorang tanya saya : " Ni sampai bila nak honeymoon? Sudah-sudahlah tu. Zaman enjoy dah berlalu. Ingat-ingat sikit benda lain. ".
Baru nak redakan hati sakit, datang lagi sorang tanya : " Eeeee .. dah nak masuk 3 tahun kahwin kan? Patutnya mestilah dah ada 3 orang anak dah! Pebenda lah sampai sekarang takde langsung? ".
Fineeeeeeee!
Balik tu, tak sempat sampai rumah, masuk je kereta, apalagi. Suami jadi mangsa. Bukan mangsa apa. Mangsa dengar saya bebel, mangsa dengar saya amukan marah.
Sejujurnya saya memang benci golongan manusia yang kadangkala tak pernah nak menjaga hati dan perasaan manusia lain lagi-lagi bila melibatkan kerja dariNya. Kadang rasa macam nak sumpah je biar suatu hari nanti, ada ahli keluarga dia akan rasa apa yang saya rasa. Boleh tak doa macam tu? :p
Belum lagi tu yang buat kesimpulan sendiri cakap saya ni, memang tak boleh nak mengandung. Senang cerita bahasa kasarnya, saya ni ... MANDUL.
Ok. Fineeeee!
Bila orang cakap macam tu, saya pun kadang sampai jadi terpengaruh, betul ke saya macam tu? Betul ke saya tak boleh mengandung? Lama-lama saya jadi tak kisah. Lantaklah kan. Mulut orang kot. Bukan boleh buat apa.
Dalam kes macam ni, saya paling kesian mestilah kat suami. Bila dia dah umur 31 tahun haritu, saya cakap kat dia : " Kesian biebie, umur dah 31 tahun tapi I tak dapat bagi you baby lagi. Orang lain semua dah 2,3 anak masa umur 31 tahun. You apa ada? " .. terus nanti tak semena cakap kat suami : " Sorry tak dapat bagi semua tu. "
Suami saya ni, tak tahulah nak kata dia macam mana tapi sepanjang 4 tahun ni, dia lebih pada tak amik kisah sangat apa orang nak cakap. Kadang bila bini dia emo, dia diam je. Pujuk sikit-sikit. Kalau pujuk banyak taknak bagi saya sedih, paling koman pun, dia bawak saya pegi makan aiskrim takpun bawak pegi shopping mall. Hehehe.
Kalau balik rumah saya sedih lagi, paling kurang, dia marah sebab kadang saya rasa, bila dia marah tu, hati tenang sikit. Tak tahu apesal saya ni sebab bila dia marah, buat saya sedar diri yang semua ni kerja Tuhan. Bukan kerja saya, bukan kerja dia. Kerja kami usaha, selebihnya kena serah pada Yang Esa.
Ada sampai satu tahap tu kan, bila tengok semua orang preggy sana sini, saya cakap kat suami : " Taknaklah balik Malaysia. Balik Malaysia nanti semua tanya pasal anak. Boringlah nak jawab. Nanti I sakit hati. Boleh tak? ". Dia senyum je cakap boleh. Nak jaga hati bini kononnya. Kot. :p
Ni bila dah tahun ketiga lebih nak masuk tahun keempat berusaha, saya rasa saya lebih tenang dari dulu. Sebab bila dengar orang preggy, saya jadi positif, tumpang hepi dan boleh sejujurnya ucap Tahniah kat mereka yang bertuah untuk rasa semua tu. Saya boleh senyum. Saya boleh borak-borak dan bertanya perkembangan kawan-kawan yang preggy. Langsung takde sakit hati macam dulu.
Paling seronok, saya dah boleh baca cerita-cerita orang preggy kat blog. Kadang rasa jadi seronok bila ikut perkembangan kawan blogger dari awal dorang pregnant sampailah dorang dah selamat melahirkan.
Yang pasti, blogger yang paling saya suka baca pasal motherhood adalah blog Dr Harlina. Sebab dia cerita dari semua aspek. Pasal food, kesihatan baby, yada yada yada which is saya rasa sangat fun especially bila tengok menu-menu makanan yang dia buat sendiri untuk Bella.
Untuk jadi manusia positif macam sekarang ni bukanlah senang. Amik masa bertahun untuk saya kawal perasaan, hati, jiwa dan emosi. Macam-macam saya buat untuk menjadikan saya manusia yang setenang-tenangnya bila membaca 'berita gembira' orang lain.
Dulu, selalunya bila saya beremosi, paling teruk pun saya cakap kat kawan baik saya. Sekarang pun sama juga cuma bezanya, dulu dia cuma boleh cakap : " Sabarlah. Nanti ada rezeki. ". Sekarang? Barulah dia betul-betul dapat memahami, dapat rasa apa yang saya rasa sebab dia mengalaminya sendiri semenjak dia dah kahwin hujung tahun lepas. Kuikuikui.
Barulah dia tahu macam mana boleh jadi stress sangat bila semua tanya bila dan bila dan bila? Lagi-lagi bila ahli keluarga yang dekat yang bertanya soalan macam tu.
Nak dibandingkan dengan saya, sekurangnya, kedua belah pihak saya, jarang bertanya. Mak saya sendiri, sekali je lah dia tanya, lepas tu sampai sekarang, dah takde tanya dah. Keluarga mertua saya lagilah. Tak pernah langsung nak tanya macam-macam. Syukur sebab masing-masing faham situasi yang saya sedang lalui. Bukan saya, kami. ;)
Jarang sebenarnya saya nak bercerita hal peribadi macam ni tapi disebabkan saya dah letih nak menanggung perasaan dan pertanyaan orang, sebab tu harini, sebab tu sekarang baru saya rajin nak berkongsi segala cerita dan rasa.
Kalau tanya saya, apa yang kami dah buat sepanjang 4 tahun berusaha, terlalu banyak sebenarnya. Dari start jumpa doktor, ke tradisional, semua saya dah buat. Macam-macam test dah lalui. Resultnya semua sama. Dua-dua sihat.
Saya sendiri tidak ada masalah. Takde tiub tersumbat ke apa. Sementelah period cycle saya sendiri sangat teratur. Nak cakap perihal doktor, lebih dari 5 doktor dah saya jumpa. Dekat Jeddah ni, dah 3 hospital saya kunjung bermakna dah 3 doktor saya berjumpa.
Cuma sekarang ni, saya stick pada sorang doktor dari India ni memandangkan dia doktor yang paling pioneer kat Saudi dalam bab fertility. Taknak tukar dah. Penat nak ke sana sini. Plus doktor India ni baik. Saya suka doktor yang buat saya tenang.
Tak macam doktor sebelum ni. Doktor yang saya jumpa sebelum ni memang setiap kali saya pergi, mesti balik dari jumpa doktor tu, saya nak menyumpah! Sebabnya, doktor ni suka buat muka tahi. Dengan semua patient dia nak marah, nak muka masam. Like semua benda tak kena.
Ingatkan on certain days je dia badmood tapi bila jumpa banyak kali dan sama je, memang saya rasa dia macam tu. Me no likey. Nak cakap kat suami masa tu yang saya tak suka doktor tu, memang tak lah kan. Sampai lelama tu saya buat pe'el. Saya jadi malas nak jumpa doktor ni. Saya tangguhkan appointment until one day, I made confession to him : " I tak suka doktor yang scan I tu. Tak suka. I don't want to go there again. Never. "
Then, suami tetap suami. Dia tahu saya macam mana. If saya tak suka, mean saya memang tak suka. Terus dia tak paksa dah jumpa doktor tu lagi. Hehehe.
Nak consultant dengan doktor India yang sekarang ni, amik masa jugak. Berbulan-bulan buat research hinggalah saya jumpa pasal dia yang pemes ames kat India dan Britain sebab dia selalu bentang paperwork dia kat sana. Banyak kali juga pikir nak jumpa dia. Tapi demi kata nak usahakan, jumpa juga dan Alhamdulillah, first time jumpa, saya selesa dengan cara dia.
Tapi first time jumpa, dah kena kondem. Doktor cakap saya gemuk. Suruh saya diet turunkan 10kg. Nak taknak saya diet. Hilang 7kg. Lepas tu, saya gemuk balik sebab makan lauk raya tak ingat doniaaaaaa! Hambek. Lepas tu doktor takde nak komplen dah pasal berat badan sebab bila dia suruh saya buat HSG semua, result semua normal. Takde apa yang tak kena.
Cakap pasal HSG, tau tak apa tu HSG? Ia adalah menatang ini ....
Ya. Inilah dia ujian yang menyakitkan. Dalam banyak-banyak test kena buat dari tahun ke tahun, test ni lah yang paling sakit yang pernah saya rasa. Sakit masa tercucuk kaca waktu eksiden pun tak seperit sakit masa buat HSG. Siapa yang dah ada pengalaman, tahulah rasa dia macam mana.
Sampaikan keluar dari lab room masa tu, muka saya muncung. Bahagian servik semua sakit. Nak ke toilet buang air kecik pun perit. Dahlah tengah menanggung sakit, keluar-keluar lab, suami pulak tanya soalan macam-macam sampai rasa nak tumbuk suami sendiri pun ada. Muahahaha.
Bila suami pujuk masa tu cakap : " Alaaa takpelah. Sikit je. ". Terus saya jawab : " Laki senanglah. Cement test je. Perempuan je kena macam-macam. Mana adil macam ni! Sakit tau tak? ". Terus masa balik, saya diam je tapi sakit tu hilang bila tengok hasil dari test HSG tu, jelas kelihatan tiub saya sangat lancar pergerakan dye yang diinject dalam servik.
Walaupun keputusan memberangsangkan, tetap saya cakap kat suami : " Cukuplah sekali je buat HSG. I don't want to go through that pain anymore. ". Teeheehee. ;)
Atas semua test yang dah dibuat, dengan keyakinan yang doktor bagi, bila semua keputusan baik, dah buat dah saya cukup lega. Dah boleh rasa tenang-setenangnya. Takde dah nak risau macam dulu dan mungkin tu juga penyebab kenapa saya lebih positif sekarang ni. Mungkin.
Pada yang tak perlu untuk buat test macam ni, syukurlah sebab Allah SWT bagi kelebihan. Janganlah nak komplain macam-macam sebab kena tahu, ada orang lain contohnya macam saya yang kena lalui keperitan ujian ni semua demi untuk mendapatkan waris umat Nabi Muhammad SAW yang boleh mendoakan saya dan suami andai kami pergi menghadap Illahi.
Untuk diri sendiri pulak, walaupun masih tiada rezeki, saya juga perlu mengingatkan diri sendiri untuk bersyukur sebabnya, ada orang yang lebih lama kena tunggu dari saya. Ada tu yang lebih dari 10 tahun tunggu baru dapat zuriat. Saya ni belum sampai 5 tahun lagi. Apatah lagi 10 tahun.
Paling membuatkan saya bersyukur adalah bila saya dapat tahu, ada manusia lain, bukan sebab tak boleh mengandungkan ke apa ke tapi memang ditakdirkan dia kena amik anak angkat sebab utamanya memang dilahirkan tidak mempunyai rahim. Lagi kasihan. Kira mereka juga manusia bertuah. Lain daripada 'yang lain'.
Jadi, sesiapa yang senang mengandung, cukup serba serbi tu, panjatkanlah syukur banyak-banyak. Jangan kerja nak komplain atau merungut macam-macam hal terutamanya berkaitan anak. Sebab setengah manusia ni, bila ada anak merungut macam-macam perkara. Macam tak pikir yang ada orang lain kat luar ni, berusaha bagai nak gila demi mendapatkan waris umat Nabi Muhammad SAW.
Sila jadi manusia yang mensyukuri nikmat yang Allah SWT dah berikan ya?
Buat saya atau kami yang lain yang masih berusaha, sentiasalah kita positif dan paling tentunya sentiasa bersangka baik pada Yang Esa kerana perancangan Allah SWT itu jauh berganda lebih baik dari perancangan kita sendiri.
Ada di kalangan kita mungkin mahukan anak ( macam saya lah tu ) tapi Allah SWT berikan perkara yang lebih kita perlukan dari yang kita mahukan. Lagipun, ada anak atau tidak, janji kita mampu saling bahagia dan membahagiakan pasangan kita.
Yang penting, kita terus usaha. Apa cara sekalipun. Allah SWT itu Maha Mendengar. Sabar dengan tak je. Kuat dengan tak je.
Saya sendiri pun, buat kuat mana pun. Kadang rapuh juga tapi dah nama perempuan kan? Keras mana pun hati perempuan tu, mesti ada rapuhnya juga. Hihihi. Perempuan dengan air mata tu kan memang bestpren sejak azali. :p
Ada juga yang kata, salah satu punca yang menghalang adalah sebab saya ada bela kucing. Benda tu benda paling basi pada saya. Sebabnya, saya bela kucing adalah selepas 2 tahun saya berusaha. Jadi kenapa nak salahkan kucing-kucing saya? Kasihan makhluk berbulu yang tak bersalah tu. Pulak tu, kucing-kucing saya adalah kucing indoor. Bukan kucing yang keluar main pasir semua tu. I mean, outdoor cat.
Ingat, saya jaga kucing macam bela anak sendiri. Vaksin semua saya ambil. Ubat kutu lagi. InshaAllah dorang tak 'mengapa-apakan' sistem dalam badan saya sebab kucing saya jenis kucing yang 'bersih' dari serba serbi. Pulak saya sendiri memang takde alah apa-apa dengan bulu kucing dan sebagainya. Takde pulak doktor-doktor yang saya jumpa cakap saya kena avoid dengan kucing.
Ya, mungkin ada kes yang kena put away their cats tapi bukan saya. Kucing-kucing saya tu lah yang pembawa rezeki pada kami berdua. How about yang tak bela kucing tu tapi still takde zuriat lagi? Then you nak blame apa? Benda lain pulak? Come on. Tak boleh preggy sebab ada kucing is so so so so last year okay? Jadinya, please stop saying to me : " Kau bela kucinglah! Bela kucing mana boleh preggy! ".
Apapun, atas semua sebab, benda yang paling saya syukur adalah bila setiap kali hati tu gelisah ke, rasa tak best ke, setiap kali tu lah saya boleh tengok Kaabah dengan mata kepala sendiri dengan mudahnya. Alhamdulillah, Allah SWT Maha Pemurah. Walau Dia belum bagi izin untuk saya punya darah daging sendiri tapi Dia bagi saya melihat RumahNya dengan mudah.
Benarlah, melihat Kaabah sejujurnya boleh buat hati saya tenang. Setiap kali bila tengok Kaabah, bila Kaabah depan mata, terus saya lupa perihal lain. Sungguh menenangkan.
Ternyata Allah SWT juga Maha Adil terhadap hambaNya sebab pahala orang yang buat Umrah tu sama dengan pahala melahirkan anak atau vice versa.
Dan kata seorang hamba Allah SWT, saya jauh lebih untung sebab 'saya dapat pahala melahirkan banyak kali' memandangkan saya sendiri kerap ke Makkah untuk Umrah ataupun untuk solat fardhu atau sunat sahaja. Jadi nikmat apa yang masih saya mahu dustakan? Mahukah saya terus jadi manusia yang tak reti nak bersyukur dengan nikmat Allah SWT?
Definitely NO!
Sebab itu saya sekarang belajar untuk menjadi manusia yang lebih positif. Positif membawa kebaikan pada saya. Saya tak mahu jadi macam dulu. Seriously. Hehehehe. ;)
Untuk 4 tahun ni, syukurlah sebab ada suami yang kental dalam serba serbi dan paling utama, mestilah kental nak menangani emosi bini. Huhuhu.
Oh, jangan tak tahu, saya pernah suruh suami kahwin lain. Siap dah ada calon tapi suami taknak. Kot?. Ke nak tapi malu-malu? Kahkahkah. No. Dia memang taknak sebab kata dia lah : " Kalau kahwin tapi takde anak jugak, macam mana? Cukuplah jaga sorang. Jaga sorang pun jenuh. Inikan nak suruh biebie jaga dua orang. ". Elehhh ... yelah tu kan? :p
Pernah juga berangan nak amik baby comel-comel. Kononnyalah tapi ada banyak sebab yang buat saya tak jadi ambil. Hehehe. Tapi tak dapat amik anak angkat pun takpelah sebab kat sini pun, saya dengan suami tak malu menumpang kasih dengan anak-anak orang.
Syukurlah sebab kawan-kawan baik kat sini memang baik. Anak-anak kengkawan kat sini semuanya, Mash'Allah comel-comel, nakal-nakal. Itu satu hal. Yang debot-debot tu semua, eeeee ... geram! Nak gigit sorang-sorang je rasanya. Tapi belum berpeluang lagi. Sebab tak sampai hati nak gigit. Anak orang kan.
Saya cuma sampai hati gigit dan cubit anak orang Arab yang saya jumpa kat public je. Agak-agak kalau mak bapak jenis leka tu, anak dorang cepat-cepat saya cubit. Hahahaha. Kalau nak menyakat tu, saya suka tengok anak orang Arab yang educated sikit sebab biasanya kalau mak bapak dia educated, anaknya adalah sangat behave dan yang tak educated tu, faham-faham je macam mana ..... =_=
Tapi bak kata suami, dah namanya bebudak kan, kalau nakal tu, biasalah .....
Pada yang amik anak angkat tu, jagalah sebaik mungkin. Jaga macam anak sendiri. Kot tetiba ada rezeki timang anak darah daging sendiri, janganlah sesekali membezakan status dorang. Ok?
Sebab tu bukan senang nak amik anak angkat. Sebab sejujurnya saya memang tak kuat kot. I am not ready at all melainkan kalau memang dah ditakdirkan saya amik sorang dua ke, pun saya tak kisah. Tapi kalau amik pun, mungkin saya amik yang anak yatim. Hehehe.
Oklah. Dah panjang sangat entri ni. 2 hari saya ambil untuk siapkan. Dari waktu Maghrib semalam sampaikan bawak ke pagi harini.
InshaAllah kalau ada kesempatan, saya buat entri yang lain. Almaklum, sekarang saya memang sangat pemalas. Saya sekarang lebih banyak blogwalking je. Komen pun jarang. Susah dah sekarang nak tinggalkan jejak kat mana-mana.
Memandangkan sekarang dah nak musim Hajj, buat parents atau sesiapa yang akan datang buat Hajj ni, semoga perjalanan Hajj dipermudahkan olehNya. InshaAllah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan keluarga hendaknya. InshaAllah. Jaga kesihatan dan jaga kelakuan sepanjang berada di Tanah Haram. ;)
Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah. Amin Ya Rabb.
Sekian. Ma'asalamah!
Allah memberi bersebab...
ReplyDeleteAllah tak memberi bersebab...
hanya DIA Maha Tahu dan pengatur sebaik-baik rencana utk kita...
sabar dan redhalah... jika benar rezeki, akan ada... jika tidak, btol ker ready nak bermadu? muakakkaa~~~
me? dah tutup offer beberapa tahun dulu! tu pon offer x ikhlas pon sbenarnya! hahahahaa
Assalam.nekla dearieeee... lame sgt2 tak jejalan kt blog u. sekali jalan terus lalu iway beb!bole sampai penang jalan kt blog awk arini hahahaha.
ReplyDeletebtw dearie.. pasal anak tu. InshaAllah. kan setiap yg berlaku kt dunia ni mmg da tertulis sejak azali.mungkin scene u dpt baby demok2 belum sampai.makanya kena tunggu & get ready.i yg da ade 1 ni pun telinga da nak kebas.org sebuk tye bile nak tambah..muda lagi la..ape la.. wathefish!!
sebuk2 hal anak org.die ingat asal tido laki bini kena buat anak.asal tido jek kena kuar baby lepas 9 bulan.mmg la muda & mampu tp byk nk kena pikir.mmg bile nampak kengkwn ade BABYGAGA jeles tp bile da sampai waktu nk memproses biji benih tu hati tak nak plak.hahahhaha.belum ready.nak besarkan yaya puas2 dulu.nak menabung utk die jugak.ekonomi pun x lah kencang sgt.org taktau.kdg2 da sakit hati sgt i jwb 'kau org senang.cukup bulan dpt gaji.aku?kena korek2 nak bagi gaji kt org tau' hahahahaha.jahat kan.nowadays mls da nak pk hati org.lantak pi.
so u.. Teruskan sikap +ve tu.u kuat.x mcm i.gembeng lebih.hahahha.eh TOLONG LA BALEK JB...!!! RINDU KAMU sgt2...!!!!! nak nages2 kt bahu kamu ;(
thanks nailah, sbenanye apa u ckp ni pun i dah rasa, u pun tau i bebel mcm mana kat blog i kan. i pun tattau dah brapa byk org i laser kan psl anak ni. hahahaha. masyallah. rasa berdosa pulak. tapi takkan nak senyum je bila org maki kite kan.
ReplyDeletekdg2 mmg kite tattau pun bile Allah kasi rezeki. time yg kite beriye2 pulun mkn ubat mcm2, jumpa dokter sana sini, telan supplement dgn konsisten, ikot time, habis je terus beli stok baru. tak lekat2. takjadi apa pun.
tapi yg bile ubah fikiran terus, ubah niat, nak baik penyakit itu saja. tibe2 ada. tapi seriously i takleh gembira sgt2 lagi, yeah syukur sbb dah dpt postive n saw that cute sac in the ultrasound tapi mcm2 leh jadi n i bersedia. bukan nak kate nak sangka buruk pada Allah tapi kite takleh lupe diri. ada org, dpt 2line yg samar, doc belum confirm blood test, dah announce kat fb. gila ke? kalau ectopic mcm mana? kalau chromosome error mcm mana? tak pikir kan? so hikmah dia kat TTC mcm kite ni, kite sentiase beringat. and i hope u pun mcm tu, apa2 pun teruskan usaha n berdoa sebab kite mmg taksangka2 rezeki Allah ni nak sampai bile. kwn i ckp, i pgnant lambat, entah2 lepas ni beranak dah jadi hobi. alamak. hahahah...
awak,ye saya memang tiada pengalaman,kahwin pun belum...=_=",but dalam family saya,abang saya punyai anak selepas 6 tahun usia perkahwinannya,masa tu emak saya baru balik daripada mekah,emak beli sejenis daun(saya tak pasti apa namanya) then ikhtiar minum air rebusan daun tu,after that,alhamdulillah Allah kurniakan mereka anak,setiap tahun wife dia pregnant,now dah 3 orang dah,2 perempuan 1 lelaki...saya harap awak sabar menanti detik itu.apa yang Allah takdirkan untuk kita,itulah sebaik-baiknya buat diri kita,kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita...wallahua'lam...=)
ReplyDeleteAssalamualaikum ilah :)
ReplyDeletelama tak nampak update belog kan. sekali update tu ha.. satu novel :D
Ilah..nangis kita baca..:(( Faham.. perasaan awak tu. yela. mana-mana org da berumah tangga mesti nak anak..ade baby-baby comels..dan sihat serta soleh dan solehah..
Allah belum menulis rezeki buat kita.Saya pun ade juga yang just mesej chat semata-mata nak tanya soalan mcm awak tu.."tak ada baby lagi ke"
Kalau ade rezeki.. Allah pasti beri.cuma lambat dan cepat aje kan :)
Tahniah ilah. awak memang sabar.
plus comey.baikhati..penyayang( kipas ..eh kasi ekon) hehehe
eh yg kita ni da komen pun mcm nak buat karangan.. ,heheh
Apapun.. SAYA DOA kan AWAK Dan MAN Akan ada juga baby-baby suatu hari nnt. YA Rabb. Ya Rabb..
Take care ye ilah :)
apsal daripada entry, komen, smua pepanjang kat tajuk ni....hehhe..
ReplyDeleteaccik doakan akan ada anugerah zuriat buat Nailah suami isteri nnt. Allah uji kesabaran kalian. InsyaAllah, setiap yg Allah tkdirkan itu, ada hikmahNya...yakinlah. Accik janji, takkan tanya Nailah bab ni... :)
Kes yg serupa dgn orang yang blm kawin2....mesti malas nk jumpa masyakarat se donia...sbb fobia soklan yg sama.
Nailah, apa emel awk ye
ReplyDelete
ReplyDeleteIna - Assalamualaikum. Ini email saya : nornailah.hussin@gmail.com
k syukran. insyaAllah ada kesempatan sy akan emel awk
ReplyDeletewsalaam. syukran nailah ... insyaAllah ada kesempatan nti sy emel awk
ReplyDeleteSalam... sabar yer... InsyaAllah... waktu untuk kita akan sampai jugak.. cuma lambat @ cepat jer rezeki yang Allah nak bg kat kita... Semoga kita terus berusaha dan x berputus asa.... BTW, Pearl hr tu x rasa sakit masa HSG, tapi rasa senak sikit jer...
ReplyDeletemulut org nie x boleh tutup... kalau mengandung plak lain cara mulutnyer.. mcam2 plak ckp,saya baru kawen bunting pelamin pun org ckp itu ini... awk,rezeki allah bg sgt adil... kdang2,duit cukup zuriat x ada,ada plak zuriat berderet macam keretapi tpi duit x ckup smpi sesak2 hutang sana sini.. yg penting kita terus bersyukur pada allah walau bagaimana keadaan kita... tips tenangkan hati,selalu bersyukur dan kurangkan meminta pada Allah... yer,allah suka kita meminta tpi perbanyakan bersyukur.. nie ingatan kepada diri saya sendiri... saya sgt suka baca blog awak... the best antara suma yg the best... sgt sincere.. take care... ;)
ReplyDeleteAssalam..seronok baca post ni.Semua yang sis tulis tu saya pun alami. Insya Allah ada rezeki kita lepas ni..amin :)
ReplyDelete