February 8, 2012

Tak Perlu Risau Bila Bawak Duit Berkepuk Di Arab Saudi!

Assalamualaikum.

Aku kebetulan ternampak gambar ni. Aku ingatkan pebenda. Rupa-rupanya ....

Korang bacalah apa yang ditulis dalam gambar ni ..



Mungkin ada yang sangsi sebab zaman sekarang, serba serbi canggih manggih! Even amik gambar bertiga dekat taman pun, bila ada orang niat jahat, boleh pulak tetiba gambar bertiga tu jadi berdua dan tiba-tiba, boleh pulak si perempuan duduk atas riba lelaki.

Padahal ... =____=

Benda itulah dikatakan fitnah dunia. Sebab tu kena berhati-hati bila nak upload gambar. Aku sekarang memang kawal kekerapan upload gambar. Takut orang salah gunakan. Huhuhuhu.

Ok. Perihal gambar kat atas sini. Korang percaya tak? Ke sangsi? Ke ragu?

Jawapan aku?

Apa yang ada dalam gambar atas tu adalah BENAR SAMA SEKALI! Tiada unsur photoshop atau sebagainya.

Iye, duduk sini, kalau kau bawak duit berkepuk, kau takyah risau ada orang nak rompak ke tak! Sebabnya orang sini, dorang memang takut hukum Hudud. Ini benarrrrrrrrrrrrrrr sebenar benar yang benarrr! 

Hukum Hudud memang benar dilaksanakan di negara Arab Saudi. Siap ada masjid di mana setiap hari Jumaat, kau boleh tengok, orang laksankan hukum Hudud ni. Terpulang sama ada kau berani atau tak.

Kalau berani, silakan tengokkk! Boleh pergi masjid tu dan saksikan sendiri bagaimana hukum Hudud itu dilaksanakan. 

Takut tak? Ke seram? Ke ngeri? Hehehehe.

Kau janganlah tanya aku pernah pergi tengok sendiri ke tak. Sebab adalah pasti jawapan aku : TAKKAN PERGI TENGOKKK! 

Gila apaaaaa??? Tengok filem bunuh-bunuh, potong sana sini pun, aku dah seriau, tutup mata, inikan pula nak tengok sendiri??? Tak kuasa den! Hihihi.

Tapi seperti apa yang aku cakap, secara jujur lah, kat sini, kalau keluar, takdelah rasa gelisah, takut semacam ke apa ke.

Tak macam kat Malaysia, setiap kali nak keluar rumah je, macam-macam dalam kepala. Takut kena rompak, takut kena ragut, takut kena culik, belum lagi termasuk takut kena rogol dengan bunuhhhh! 

Serius. Aku kalau balik Malaysia, rasa tak selamat. Macam Kak Dina ( Wardina Safiyyah ) cakap lepas rumah dia kena rompak : " Rasa selamat saya telah dirompak! ".

Yes! She is so true. Sebab kat Malaysia ni, kalau duduk dalam rumah sendiri pun, tetap rasa tak selamat sebab risiko nak kena rompak, masih tinggiiii! Sana sini nak rompak, nak rampok! Eh? =_=

Itu baru rumah. Kalau keluar, tengah tunggu lampu traffic light hijau pun, boleh jadi kena rompak jugak sebab perompak Malaysia makin berani pecahkan tingkap kereta nak amik handbeg atau ugut nak barang kemas semua.

Like Malaysia ni macam dah ketandusan tempat mencari rezeki je. Ke perompak ni yang dahagakan duit dan menjadi hamba duit? Huhuhuhu. 

Kat Saudi ni, nak cakap takde langsung kes rompak tu, wallahualam. Kes rompak, memang sepanjang duduk sini, aku tak pernah dengar atau baca dari mana-mana lagi.

Melainkan kalau kes ragut. Itu ye. Pernah dengar. Orang sini tak macam orang Malaysia. Malaysian people sangat terel sebab pandai cilok sana sini naik motor untuk lepaskan diri dari diragut.

Tapi kat sini, yang meragut tu pakai kereta GMC besar gabak tu haaaaa! Hahahahahahahahaha. Kelakar pulak aku rasa. Ke aku sorang je rasa kelakar? Kahkahkahkah. =________=

Hebat gila siap ragut pakai GMC. Like kadang aku terpikir, pakai kereta kan senang kena tangkap? Why must guna kereta besar gabak gitu? Dahlah besar, buatnya tetiba jammed kat depan tu ke, sia-sia kena tangkap, masuk jailed dan bila sah bersalah, hilanglah tangan kau nanti! 

Walau macam mana pun, kes ragut memang sikit sangat. Orang kita cakap : " Boleh kira dengan jari! ". Boleh kata kes ragut tu, dalam 10 % to 25 % je berlaku dalam setahun. 

See? Malaysia tetap lagi hebat dengan kes ragut, bunuh, rompak semua kan? :'(

Macam gambar atas tu, pakcik 2 orang tu rilek je seret beg kantung ada duit dekat 1 juta Riyal. Tapi takde nak pakai senapang patah pun. Cuma tasbih je yang dorang pegang. Sebab rakyat sini tahu, mereka ada Hukum Hudud dan mereka faham bahawa Hukum Hudud itu adalah dari Allah SWT. 

Jangan kata beg kantung dari bank tu, even kedai-kedai biasa, like kat Souq { Pasar } , tokey kedai pun rilek je letak duit kepuk-kepuk atas meja. Takde nak letak dalam laci siap berkunci. Ada tu, siap rilek letak dalam poket je siap terkeluar-keluar lagi dari poket. Takde hal punyalah! Orang Arab cakap : " Mafi muskillah! ". Kihkihkih.

Harap-harap, negara Malaysia lebih aman pada masa akan datang nanti. Kadang aku rasa, Malaysia jadi haru biru sebab ramai sangat pendatang asing. Yay or Nay?

Apapun, aku suka tinggal kat bumi para Anbiya' ni! Semoga rezeki kami lakibini terus subur di sini. InshaAllah!

Sekian. Ma'asalamah!

6 comments:

  1. pernah tengok sekali jeeee video rakaman hukuman hudud kat Arab tuuu..nanges tengok..takuttttt..tak pernah tengok lagi dah lepas tu...kus semangat..


    agaknya kalau Msia pon start sitem hukuman hudud ni,boleh jadi macam sana dah.sapa berani nak cari pasal.free je potong tangan kaki..

    ReplyDelete
  2. negara sana sangat Displin dalam hal agama. :)

    ReplyDelete
  3. Bila la gamaknya Malaysia akan laksanakan HUDUD? Kelantan nak laksana hudud pun x bagi. aper ker yg mereka2 ni takut sangat ntah!!!

    yang benar,
    penduduk negara yg kunun aman.

    ReplyDelete
  4. Lynn - Akak rasa, HARAPAN lah Malaysia nak laksanakan hukum HUDUD ni! Dah kata pegang slogan 1Malaysiaaa. Mana dapatttttt ... =_=

    ReplyDelete
  5. Miss Nabil - Yesss! So true. Bab agama memang TIP TOP!

    ReplyDelete
  6. InaAchik - Takde maknanyalah nak buat. KIRIM SALAM melainkan satu hari nanti, Malaysia dipimpin oleh pemimpin seperti Sultan Brunei tu.

    Then, inshaAllah, hukum Hudud akan dilaksanakan! ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...