February 14, 2012

Dating Di MasjidilHaram Adalah Paling Nikmat!

Assalamualaikummmmm!

Petang semalam, tengah sibuk discuss benda lain dengan Azman thru iMessage, dia tiba-tiba mesej : " Jomlah pergi Makkah! Solat Isyak & kita settlekan pasal hotel. "

Hati aku masa tu terus berbunga-bunga. Asal dengar Makkah ke, MasjidilHaram ke, mesti berbunga-bunga bahagia. Sungguh! Tak tipu.

Makanya, dan dan tu jugak, terus off laptop, siap-siap apa yang patut. 

Tujuan utama pergi Makkah malam tadi sebenarnya sebab nak setelkan urusan keluarga. Family first kan? Plus Azman willing to settle everything awal-awal. Senang katanya walaupun on the other side, sebenarnya, dia amatlah sibukkkkkkkkkk sekarang dengan kerja dia.

Tapi kalau dah namanya kerja kan, sampai bila-bila pun takkan habissss! Kan?

So, semalam tu, lepas selesai solat Maghrib, terus berdesup ke Makkah. As what I said before, from Jeddah nak ke Makkah if you go by car, memang less than hour if jalan tak sesak! 

Unfortunately, semalam, planning nak kejar solat berjemaah kat MasjidilHaram tapi Allah SWT know the best sebab jalan jammed terukkkkkkk yang amattttt! Lagi-lagi bila musim Umrah dah mula. 

Supposed sampai around 8pm gitu but disebabkan jalan jammed, dapat masuk parking pun dah pukul 9 pm lebih. Orang pun dah habis jemaah Isyak.

Jadinya, we decided to hunt the hotel room first. After dah settle semua, baru masuk MasjidilHaram for solah.

I tell you ...

Kat Makkah memang dah penuh orang sekarang ni sebab visa Umrah dah bukak for certain country include Malaysia. Makanya, bila visa dah bukak, automatically, harga hotel memang mencanak naiknyaaaaaaaa!

Semalam pusing cari bilik nak sewa kat hotel pun dah pening sebab even pergi hotel bodoh-bodoh dekat lorong between bangunan Hilton dengan Clock Tower pun, they charged 400 per night. 

Ghupa bilik, toksah cakaplah! Nak kata kokak sangat tu, takdelah. Tapi kalau dah kata datang untuk buat ibadah, dah cukup selesalah pada aku.

Jadinya, finally semalam, we booked bilik kat hotel yang Haida & Abu suggestkan. Dekat sangat dengan pintu No 1 - King AbdulAziz tu. Senang nak ke Masjid setiap waktu solat.

Settle buat payment semua, baru ke MasjidilHaram.


Suasana malam tadi, nak kata ramai tu, taklah ramai. Biasa-biasa lagi pada aku sebab baru early peak of Umrah. Nanti bulan 6 kang, baruuuuuuu ramai oranggggggg!

Masuk dalam MasjidilHaram, terus cari port nak solat. Alhamdulillah sebab dapat port betul-betul Kaabah depan mata. 

Perasaan lain macam dan berbeza ok bila dapat solat betul-betul depan Kaabah. Rasa sayu semacam. Rasa syukur sebab 'kiblat' tu depan mata. ;')

Yang kirim doa semalam, dah disampaikan. InshaAllah dimakbulkan. Aminnnnnn!

Selesai solat, konon nak pergi makan roti telur dengan roti boom kat Felda tapi dorang tutup awal! Boringnyaaaaaa! Aku menyampah betul dengan Felda niii! Apahal entah, merempan sangat nak tutup awal padahal restoran keliling semua sibuk lagi melayan customer.

Restoran Felda je yang tutup. Tak best! Padahal kalau dorang tutup lambat, mesti ada je customer. Aku serius tak paham kenapa Restoran Felda tu seawal pukul 10 malam dah tutup. 

Cehhh ... padahal aku yang frust tak dapat makan roti telurrrr! Hahahahahaha.

Takpe. InshaAllah Jumaat ni, pergi lagi. Nak buat Umrah pulak. 

InshaAllah, hari esok, ada tetamu kehormat sampai. Hihihi. Aku nak eksaited tapi kena serdahana. Tak boleh gembira sangat. Takut nanti, nangis pulak sudahnya. Huhuhuhu.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan tetamu kehormat aku esok hari. Semoga Allah SWT melindungi perjalanan mereka ke sini. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

4 comments:

  1. ohhh esok eh family akak sampai?semoga selamat sampaiiii dan dipermudahkan segala urusan kat sana. :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah..moga umur saya panjang utk menjejakkan kaki ke sana menunaikan rukun Islam yang ke- 5 :)

    salam kenal dari saya

    ReplyDelete
  3. Lynn - Aah. Dah sampai punnn! :p

    Nini D - InshaAllah Nini. Teruskan berdoa biar dijemput ke rumahNya.

    ReplyDelete
  4. wah untungnya dapat jejakkan kaki dekat ctue..sy sangat teringin nk [egi, tapi tak tahu bila...

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...