February 26, 2012

Perkara Sunat / Sunnah Yang Di Amalkan Oleh Rasulullah SAW Selepas Bangun Dari Tidur

Assalamualaikum.

Harap artikel yang mendatang kebaikan macam ni tidaklah sesekali akan membosankan korang yang singgah dan baca blog ni. Hihihi.

Entah bila nak update cerita sendiri. Penyakit ' M ' melanda bila tengok gambar sendiri yang nak ditepek di entri adalah banyakkkkkkk sangat untuk di edit! Huhuhu.

Apapun, jom kita belajar dan ambil tahu tentang perkara sunat / sunnah Rasulullah SAW ketika Baginda bangun dari tidur.



1. Menyapu kesan tidur dari muka dengan kedua belah tangan. 

" Apabila Rasulullah SAW bangkit dari tidurnya, Baginda akan duduk dan menggosok kesan tidur dari mukanya dengan kedua belah tangannya. " ( Imam An-Nawawee & Ibn Hajar )

Sumber : Al Bukhari, Buku Tentang Wudhu', Hadis 183



Doa di atas ini boleh dibaca selepas menyapu muka. InshaAllah Allah SWT akan mengampunkan dosa kita.

Maksud doa di atas : " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan, dan bagiNya pujian, dan Dia berkuasa atas tiap sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah. Ya Allah, ampunilah daku. "

2. Membaca doa :

" Alhamdulillah hilladhii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaihinnushuur "

Maksudnya : " Segala puji bagi Allah SWT yang memberi kita kehidupan selepas kematian ( tidur ) dan kepadaNya adalah kebangkitan. "

Sumber : Al Bukhari, Buku Doa, Hadis 6312

3. Bersiwak

" Apabila Nabi SAW terjaga dari malam ( tidur ), Baginda akan membersihkan mulutnya dengan Siwaak. "

Sumber : Al Bukhari, Buku Tentang Wudhu', Hadis 245 & Muslim, Buku Mengenai Bersuci,  Hadis 255.

4. Memasukkan air dalam hidung & menghembuskan air itu keluar dari hidung semula.

" Apabila kamu bangun dari tidur, hendaklah memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan air itu semula keluar dari hidung sebanyak 3 kali. Sesungguhnya, Syaitan menghabiskan masa malam di bahagian atas hidungnya. "

Sumber : Muslim, Buku Mengenai Bersuci, Hadis 245.

5. Basuh kedua-dua tangan sebanyak 3 kali

" Apabila kamu bangun dari tidur, dia hendaklah tidak memasukkan tangannya ke dalam perkakas sehingga dia membasuh tangannya sebanyak 3 kali. "

Sumber : Muslim, Buku Mengenai Bersuci, Hadis 278.

Sekian. Ma'asalamah!


3 comments:

  1. Alhamdulillah..perkongsian bersama yang sungguh bermanfaat . =)
    may Allah always bless you sis

    ReplyDelete
  2. Syahirah - Alhamdulilah. Terima kasih syahirah. May Allah SWT bless you too sister!

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info sis.. do come over to my humble blog, nasrafood.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...