February 11, 2012

Perkongsian Bersama : 10 Golongan Yang Mennzalimi Diri Sendiri

Assalamualaikum.

Perkongsian bersama untuk harini.

Baca dan nilai diri sendiri, adakah korang tergolong dalam 10 golongan ini? Jika ya, sila sedar diri cepat sikit sebelum terlambat!

Kalau tergolong tapi masih buat tak tahu, memang kesianlah sebab sesungguhnya Alah SWT tidak mengubah diri seseorang hambaNya melainkan hambaNya itu sendiri berubah ke arah kebaikan ke jalan yang diredhaiNya.


Aku tertarik dengan senarai yang ke 7 dan juga ke 8. Sebabnya?

7) Apabila bertemu 2 orang, tidak bertanya nama

Kadang, aku ni kalau eksaited sangat jumpa kawan baru, first time jumpa mesti kadang sampai lupa betul nak tanya nama kawan yang baru jumpa tu. Mana taknya, masa jumpa sibuk borak gosip sana sini, sampai ke sudah lupa.

Bila dah sampai rumah, tepuk dahi sendiri bila teringat, kawan yang baru jumpa / kenal tu, kita tak ingat nak tanya namanya. Wuwuwuwuwuwu. Zalimnya akuuuuu! #facepalm T__T

8) Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang

Errrrr ... bila duduk jauh ni, beribu-ribu kilometer dari Malaysia, memang banyak sangat jemputan kenduri dari kawan-kawan. Baik kenduri kahwin, kenduri doa selamat, kenduri bacaan Yassin atau segala jenis kenduri lah, aku memang awal-awal lagi dah mohon maaf sebab tak dapat nak hadir. Bukan sengaja.

Kalau boleh, semua kenduri aku nak datang. Terutamanya kalau yang jemput buat kenduri Aqiqah dan Cukur Jambul baby baru lahirrrr! Lagilah aku nak datang. Boleh amik berkat sikitttt!!! Wuwuwuwuwu. T__T

Tapi ada jugak kenduri yang aku saja taknak datang sebab nak elak dari berdepan dengan manusia yang tak reti nak jaga hati dan emosi orang lain. Lagi-lagi dalam kondisi  sekarang ini where I still struggle to conceive & having a baby. ;')

Sedih tahu? Eksaited nak datang kenduri orang, but end up, balik rumah dengan rasa sakit hati, emosi terganggu dengan mulut celupar manusia-manusia lain kat kenduri tadi. Not such a good ending at all. Ok?

So, dari sakit hati, baik takyah datang terus. That is why, sometimes, bila aku ada kat Malaysia, I just attend kenduri yang berisiko tinggi hatiku tidak disakiti oleh manusia-manusia lain. Hihihi.

I am so sorry. Dah penat dah nak jaga perasaan orang lain. Now, it is time for me untuk jaga hati sendiri. Yang penting, biar DIA saja tahu kenapa kadangkala aku elakkan diri dari datang kenduri orang. 

Semoga nanti, dua perkara ni, aku dapat atasi dengan sebaik mungkin. Kerana sesungguhnya aku tak mahu tergolong di dalam gologan manusia yang menzalimi diri sendiri. #peringatanuntukdirisendiri

Harap korang pun sama. Ok?

Sekian. Ma'asalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...