February 7, 2012

#Untunglah Rakyat Malaysia Sebab Banyak Cuti!

Assalamualaikum.

Korang yang kat Malaysia tengah cuti Thaipusam kan? Kan? Kan? Padahal baru lepas cuti Maulidur Rasul. Kan? Kan? Kan?

So, bersyukurlah sebab tak semua negara ada cuti yang banyakkkkkkkkkkk macam Malaysiaaaaa!

Laki aku tu haaa ... asal tengok status FB kawan-kawan tengah sedap cuti mulalah dia panas bontot iri hati dengki semua ada. Mulalah nanti, mulut dia dok ulang cakap : " Bestnyaaa kerja kat Malaysiaaa! Asyik cuti jeeeee!. ".

Aku senang je jawab : " Dah tu kenapa nak kerja kat negara orang? You yang pilih. Kena terimalah. ".

See? Jawapan mudah dan ringkas dan buat dia takkan cakap apa-apa lagi. Hewhewhew.

Kerja kat Saudi ni, dalam setahun, 3 kali je cuti ; Hari Merdeka, Raya Aidilfitri & Raya AidilAdha. Tapi cuti yang paling lama adalah AidilAdha. Bukan semata sebab orang buat Hajj tapi hakikatnya, kat sini adalah lebih meriah masa Raya AidilAdha berbanding Aidilfitri sebab mereka lebih utamakan kehebatan Ramadhan daripada Syawal dan juga Tahun Baru Islam ;')

Same like negeri Kelantan kan? #Untung siapa yang sememangnya dari Kelantan sebab pada aku, aku sangat respek dengan cara pemerintahan di negeri Kelantan.

Biar ada di antara rakyat mereka miskin harta benda, tapi kebanyakan orang Kelantan ni kaya dengan pegangan agama. ;') Be proud if you are Kelantanese!

Cerita pasal cuti ni, aku cuma nak queries pasal cuti Maulidur Rasul.

I don't remember the exact day or date tapi few days ago, ada terbaca artikel perihal kalau celebrate birthday Nabi Muhammad SAW boleh jadi bida'ah. I don't go in futher to the article because I know, in the Quran, Allah SWT never stated that we have to celebrate birthday Nabi Muhammad SAW.

Yes, maybe some of you will say : " Alaaaa takpelah. Sekurangnya kalau ada sambutan Maulidur Rasul tu, yang tak ingat, boleh jadi ingat. ".

Ok. Terpulang. Hak masing-masing untuk bersuara dan memberikan pendapat.

But did you know, some of para ulama' setiap kali nak tiba je bulan Rabiul Awal ni, they crying so hard sebab sedih tengok some of the Muslim yang bila time Maulidur Rasul ni lah, baru sibuk nak selawat banyak kali on that day, time Maulidur Rasul ni lah baru sibuk nak jadikan #ProphetMuhammadSAW is a WW trending kat Twitter? Eh? Facepalm!

Padahal hakikatnya, hari-hari kita kena ingat Nabi. Selawat ke atas Nabi. Sebab itu, perlunya kita jaga solat kita. Sebab itu, Allah SWT kata, solat itu tiang agama. 

Sebabnya?

Dalam bacaan solat, ada selawat ke atas Nabi kita. SubhanAllah! ;')

Dah kalau tak pernah solat, ataupun solat rongak-rongak, macam mananya kita nak ingat Nabi setiap hari, setiap masa? 

Tapi, tak bermakna bila dah cukup solat, kita dah dikira ingat Nabi tetapi lagi elok, lepas dah solat tu, duduk sekejap kat sejadah, zikrullah namaNYA dan juga selawat ke atas Nabi. InshaAllah, hati tenang setiap hari, setiap masa. Percayalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bak dalam lirik lagu Tok Ti tu haaa. Hihihihi.

Perihal bida'ah celebrate birthday Nabi Muhammad SAW ni, aku taknak komen sebab aku bukan ahli yang bijak pandai sangat pasal agama ni.

Cuma aku lagi suka, nak ingatkan korang semua, supaya sentiasa ingat Nabi Muhammad SAW sebab sebelum Nabi nak ditarik nyawa pun, dia masih ingat pada umat-umat kesayangan dia tahu? ;')

Tak rugi pun kalau ingat Nabi Muhammad SAW. Tak rugi pun kalau mulut tu rajin selawat ke junjungan Nabi. Nak pahalakan? Nak masuk Syurga yang indah ciptaanNYA kan?

So, jaga solat, rajin berselawat, rajin mengaji. Peribadi semua pun jaga juga. Ok? Aku dah lari tajuk sebenarnya. Okbai.

Sekian. Ma'asalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...