February 29, 2012

Sibuk Melayan 'Delegasi Kehormat' Dari Malaysia

Assalamualaikum.

Konon nak update minggu lepas tapi harini baru dan nak update blog. =_=

Aku sibuk betul sejak MakAbah datang sini. Ya, bila aku update status kat FB, ramai sangka / ingat aku yang balik Malaysia padahal MakAbah aku datang sini. :'D

Alhamdulillah rezeki untuk mereka berdua. Ini bukan kali pertama. Dua tahun lepas MakAbah dah pernah datang dah buat Hajj. Kali ni datang berbeza sikitlah. Bukan melalui travel agensi. Travel sendiri je memandangkan aku dengan laki aku residen sini, makanya, ada keistimewaan sikit untuk 'menjemput' ahli keluarga sendiri.

Paling diutamakan adalah ibu bapa. InshaAllah lepas ni, bawak mertua pulak. ;D

MakAbah datang 15 Februari haritu. Tolak dari KLIA pukul 3 petang waktu Malaysia, sampai Jeddah pukul 7.30 malam waktu Saudi.

Dua hari lepas MakAbah sampai Jeddah, aku dengan laki aku terus bawak MakAbah buat Umrah. Lebih kurang macam sesi 'latihan' untuk Abah memandangkan Abah aku ada sakit semput. Jadinya, sebelum hantar duduk Makkah lama-lama, baik kita kasi test dulu .... hihihi.

Makanya, hari Jumaat pagi tu, terus gerak ke Makkah. Sepatutnya sebelum Subuh dah gerak tapi pe'el Abah aku ni, bila nak gerak keluar dari rumah tu lah, masa tu lah dia baru sibuk nak pergi tandaslah, sakit perutlah, itulah, inilah. =_=

Dari nak gerak sebelum Subuh, terus jadi keluar masa lagi sikit jeeeeee waktu nak Subuh. Sebab masa itu emas, makanya gerak jugaklah sebab kalau waktu Subuh masuk pun, aku dah cakap kat laki aku, semua solat kat Masjid tepi highway je.


Masjid ni ada nama tapi aku taktau apa nama Masjid ni. Setiap kali kalau nak ke Makkah, kalau gerak Subuh, memang biasanya akan berhenti kat Masjid ni untuk solat Subuh.

Kat sini, kalau solat memang takde masalah. Masjid memang tip top tapi keadaan toilet dia ... tsk tsk tsk ... T___T

Berhenti kat Masjid ni sepatutnya kejap tapi aku dah kata, Abah aku tu kalau pergi mana-mana, mesti perut dia buat hal. Makanya, duduk saja kat Masjid ni pun dekat sejam aku rasa.

Dekat pukul 7 pagi baru sambung perjalanan ke Makkah. Sampai Makkah dekat pukul 8 pagi. Terus ke parking kat Safa Tower.


Suasana sekitar MasjidilHaram waktu pagi. Kali ni aku rasa, macam ramai gilaaaaaaaaaaaaaaa orang buat Umrah. Sebab selalunya, kalau bulan Februari ni, orang tak ramai sangat. Mungkin juga ramai sebab ada yang bagitau, kerajaan Saudi dah bukak visa Umrah pada beberapa negara kot?

Masuk je dalam terus baca doa semua, dan maka bermulalah urusan Umrah. Miqat dah dari rumah, maka sampai MasjidilHaram, teruslah tawaf. Alhamdulillah disebabkan Tawaf pun masa tu baru pukul 8 lebih, makanya, orang tak berapa nak ramai sangat.

Cukup masa selesai tawaf, tu diaaaaaaaaaaaaaaa ... berduyun-duyun dah manusia memenuhi tempat Tawaf. Masa Tawaf, terpaksa berpisah. Aku dengan Mak aku. Laki aku dok teman Abah aku. 

Aku ingatkan aku dok habis dulu, elok aku habis Solat Sunat Tawaf, laki aku dah dok sibuk call tanya aku kat mana sebab dorang dah selesai urusan Tawaf semua.

Pelik aku sebab aku rasa dorang macam cepat sangat je. Rupa-rupanya, patutlah cepat sebab laki aku tak dan nak bawak Abah aku doa betul-betul depan Multazam sebab Abah aku bukan sihat sangat pun. Abah aku dah dok sibuk nak duduk sebab kaki dah letih.

Alhamdulillah aku dapat bawak Mak aku merempuh manusia lain untuk doa betul-betul depan pintu Kaabah atau Multazam orang panggil. ;')


Masa ni baru lepas selesai buat Solat Sunat Tawaf. Masa ni lah, elok aku bagi salam, laki aku dok sibuk call tanya aku dengan Mak kat mana sebab dorang dah selesai urusan Tawaf. 

Terus aku cakap kat laki aku, tunggu kat tangga nak ke Safa sebab aku dengan Mak tak selesai lagi Solat Sunat kat Hijr Ismail.


Masa ni pulak, masa aku dah selesai buat Solat Sunat berdekatan dengan Hijr Ismail. Aku takde rezeki nak bawak Mak solat betul-betul kat Hijr Ismail sebab orang dah ramai masa ni. Tak kuasa aku nak merempuh! Hehehe.

Selesai Solat Sunat kat sini, baca doa semua, terus cari laki aku dengan Abah dan buat Sae'i pulak.


Kalau siapa yang pernah datang sini dah sebelum ni, cuba korang tengok gambar atas sekali kat tempat Sae'i ni. Kat Safa dorang dah letak signboard dah. Signboard " Safa Start "

Bagus jugak letak signboard macam tu pada aku sebab dah banyak sangat kes, ada para jemaah yang jenis tak reti nak bertanya atau mungkin malu nak bertanya, dorang pergi start dekat Bukit Marwah sana. Huhuhuhu. =_=

Lepas ni, kalau ada jemaah yang salah jugak, taktau lerrrrr ... sebab signboard tu sebesar alam. Memang jelas kelihatan. Jadinya, nasihat aku pada yang belum pernah datang atau mungkin akan datang dalam masa terdekat atau akan datang, masa nak Sae'i tu, pastikan cari dulu signboard " Safa Start " tu, ok?

Sebab dari situlah, perjalanan Sae'i dimulakan. ;D


Masa Sae'i ni pun, terpaksa berpisah jugak tapi aku dengan laki aku. Mak sudah semestinya dengan Abah. Masa Sae'i agak perlahan juga pergerakan Abah sebab dia dah mula nak semput. Makanya, aku suruh MakAbah jalan dekat lorong tengah-tengah tu je.

Sebab kat lorong tengah-tengah tu, orang tak ramai dan tak perlu nak bersesak-sesak dah. Alhamdulillah, tepat pukul 10 pagi, selesai Umrah! Sukaaaaaaaa! Abah masih steady cuma dia cakap lapar. =_=

Disebabkan pergi hari Jumaat dan sememangnya takkan melepaskan peluang untuk Solat Jumaat di MasjidilHaram, lepas selesai je urusan Umrah semua, kami berempat terus ke Felda untuk sarapan. Abah sangat memerlukan tenaga dan berehat untuk seketika sebab pernafasan dia adalah terhad.

Siapa yang semput teruk, tahulah macam mana pernafasan terhad tu. ;')

Lama jugak dok melepak kat Felda. Dekat pukul 11.30 pagi, baru gerak ke MasjidilHaram balik. Kena masuk awal sebab biasanya hari Jumaat, MasjidilHaram memang akan penuhhhhhhhhh!

Itupun, walau masuk awal, tetap penuh jugakkkkkk sampai aku dengan Mak solat kat tingkat atas sebab ruang solat untuk perempuan kat tingkat bawah dah terlalu penuhhhh! Nak selit pun dah tak boleh dah.

Bila naik atas pun sama. Masih penuh. Sudahnya, solat selit belakang orang je. Dengan sejadah semua tak bawak, gasaklah kauuuu! Janji boleh solat. ;')


Kau tengok? Masa ni, jemaah laki pun lagilahhhhhh! Dorang sampai taktau nak solat kat mana sebab memang penuh sangat-sangat. Aku dah cakap dah, kali ni, memang ramai gilaaaaaa! Dah macam musim Hajj dah tapi masih di bawah kawalanlah. 

Mungkin juga kelihatan ramai sebab hari Jumaat, penduduk Makkah memang semua akan serbu MasjidilHaram untuk Solat Jumaat.

Selesai Solat Jumaat, ingat terus nak balik tapi akulah penyebabnyaaaa! Konon awal-awal sound Mak window shopping je, kejap lagiiii ............. aku yang jadi tukang nasihat untuk Mak untuk pilih Abaya yang cantik-cantikkkkk! Kahkahkah. =_=

Selesai shopping, baru balik. Sampai rumah dekat nak Asar dah. Alhamdulillah sebab semua urusan dipermudahkan.

Dan kemudian, 19 Februari sampaiiiiiiiiiiiiii 23 Februari, kami bawak MakAbah pergi Makkah lagi. Bukan balik hari tapi tidur sana pulak. Aku jelah teman MakAbah tidur sana sebab laki aku ada komitmen dengan kerja dia.

Puas hatilah MakAbah tu sebab sepanjang stay 5 hari 4 malam kat Makkah, Alhamdulillah dorang dapat buat Umrah beberapa kali dan juga boleh ulang alik solat jemaah di MasjidilHaram.

Aku pulak boleh kata, sepanjang masa memang menepek je kat hotel sebab ABC - Allah Bagi Cuti. Hihihihi.

Ni, pagi nanti, pukul 8 pagi waktu Saudi, kami semua nak bergerak ke Madinah. Tak lama tidur kat Madinah. 3 hari 2 malam sajo sebab MakAbah aku bukan lama pun kat sini. 3 minggu sahaja.

Takpelah. InshaAllah ada rezeki, dorang boleh datang lagi. Doakan perjalanan kami ke Madinah selamat pergi dan kembali semula ke rumah di Jeddah ni haaaa.

Takpe, sebelum korang suruh sampaikan, aku dah tahu mesti ada di antara korang akan suruh aku sampaikan salam buat Rasul kita junjungan Nabi Muhammad SAW. Hehehe.

Ok. Salam akan disampaikan. Aku doakan semoga pada yang masih belum ada rezeki untuk datang sini, akan sampai ke Tanah Suci juga satu hari nanti. InshaAllah.


 Salam sayang buat korang semua dari NailahAzman!

Pssttt ... aku suka gambar ni. Ini adalah paling terbaru masa buat Umrah dengan MakAbah tu. Senyuman laki aku paling mahallll sebab laki aku adalah manusia paling susah gilaaaaa nak senyummmmm waktu bergambar okay?

Adalah tidak mustahil kalau aku akan framekan gambar ini! Hikhikhik.

Sekian. Ma'asalamah!

1 comment:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...