February 11, 2012

Semakin Ramai Menutup Aurat ... Alhamdulillah!

Assalamualaikum.

Bila kau sedar yang sejarah silam kau, sejarah hidup yang dulu macam orang takde pegangan agama, orang yang solat ikut suka, orang yang solat bila rasa nak solat, solat, bila rasa taknak solat, pegang sejadah pun tak hingin ataupun bila kau sedar yang kau dulu jugak adalah dalam golongan perempuan yang berpakaian seperti telanjang dan ...

Finally ...

Bila kau berubah dan kembali ke pangkal jalan dan bila pula ... semakin hari, kau tengok, semakin ramai kawan-kawan yang dulu pernah 'hanyut' dengan hal duniawi dan sekarang, melakukan penghijrahan dengan menutup aurat, melakukan penghijrahan demi tunduk pada perintahNYA, melakukan penghijrahan demi mencari kebahagiaan hakiki dan juga ingin mengejar kehidupan Akhirat dan kenikmatan JannahNya ...

Kau adalah manusia yang layak untuk menjadi manusia yang paling GEMBIRA PADA ABAD INI! Atau mungkin untuk selamanyaaaa!!! ;D


Dan aku lah manusia itu ...

Dari pertengahan tahun 2011 sehinggalah bermula tahun 2012 kalendar Mayan ni, am noticed that most of my friends suddenly, Alhamdulillah, they hiatus from FB but then, muncul balik dekat FB dengan gambar pakai tudung and menutup aurat sepenuhnyaaa!

What I could say more than ALHAMDULILLAH? ;')

Paling ketara, most of them yang melakukan penghijrahan adalah manusia-manusia yang pernah seksi-seseksi mungkin. Ada juga di antara mereka yang tidak pernah solat, tidak pernah mengaji. Mereka cuma nama sahaja ISLAM pada ic seperti aku dulu tapi sekarang ...

Boleh kata, majoriti sudah berubahhhh! AllahuAkbar!

Series aku happy dengan penghijrahan yang dorang buat! Alhamdulillah aku bersyukur sebab Allah SWT dengar akan doa aku supaya mereka ditunjukkan jalan benar. Jalan hakiki dan abadi untuk menjadi penghuni SyurgaNya nanti. InshaAllah. ;')

Nasihat aku cuma satu : Semoga korang semua terus istiqamah melakukannya. Teruslah mencari ilmu Allah SWT kerana ilmu Allah SWT sangat luasssssssss! Sentiasa berdoa akan agar terus ditunjukkan jalan yang lurus dan Allah SWT akan sentiasa redha dengan kita. Teruskan juga menjaga hubungan kita denganNya.

Buat yang lain, yang mungkin masih 'mencari' hidayahNya, segeralah untuk mencari ...

InshaAllah, bila dah jumpa nanti, korang akan rasa betapa penghijrahan yang bakal dilakukan itu nanti adalah hari yang paling bahagia buat korang yang bergelar hambaNya.

Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT sentiasa. InshaAllah. Barakallah.

Sekian. Ma'asalamah!

6 comments:

  1. Alhamdulillah..saya sendiri telah melaluinya dan memang benar bahagia itu sehingga kini dapat dirasakan. Tapi, itulah...terlalu mahal harga yg saya perlu bayar untuk nilai sebuah penghijrahan...terlalu mahal....(T_T)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga penghijrahan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  3. yer, dgn penghijarahan yang tak disangka sangka ini, saya dapat rasa ketengangan yg tak pernah dirasai sebelum ni.
    hidup berlandaskan syariat itu sumpah osem!!!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga yang berubah istiqamah. kita jua ^^

    ReplyDelete
  5. Reenzky - Alhamdulillah. Saya pun pernah melalui fasa yang sama dan masih sampai sekarang. ;)

    ReplyDelete
  6. Kak Sam - Alhamdulillah. InshaAllah Kak.

    InaAchik - KETENGANGAN apakah? Hahahaha. Yesss! Hidup berlandaskan syariat memang osem!

    Nia Ridzwan - Alhamdulillah. Semoga kita juga istiqamah padaNya! InshaAllah.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...