October 23, 2011

Tolong Jangan Cepat Terpengaruh Dengan Fesyen Hijab Zaman Kini Boleh Tak?


Assalamualaikum.

Kalau dulu ...

Masa Wardina mengambil keputusan untuk berhijrah dengan memakai hijab ...

Terus wujudnya fenomena 'Tudung Wardina' ...

Masa tu, pergilah Jalan TAR, sana sini orang jerit : " Adik, beli 'Tudung Wardina dik! Trend masa kini dik! " ...

Dah lepas trend 'Tudung Wardina' ... dan seterusnya, wujud pulak trend 'Tudung Bienda', 'Tudung Waheeda', 'Tudung Siti Nurhaliza' dan segala macam trend tudung yang dinamakan atas nama seorang artis ...

Dan kemudian, zaman sekarang ni pula, paling gempak dan memang menimbulkan satu fenomena luar biasa adalah apabila munculnya penyanyi perempuan indie yang berbakat, Yuna dengan fesyennya shawlnya.

Sana sini, budak-budak remaja sibuk buat tutorial dan cuba belajar nak mahu bergaya seperti Yuna! Baik budak-budak sekolah, remaja ataupun yang sudah berkahwin. =_=

Semuanya Yuna, Yuna, Yuna ....

Bila dah ada Yuna, muncul pulak kawan baik Yuna yang merangkap Fashion Designer pada jenama Maysaa iaitu Hana Tajima.

Aku akui yang dorang ni memang bagi impak yang kebabommmmmmmm dalam dunia fesyen berhijab baik dekat negara Malaysia dan juga seluruh dunia. Seperti biasa, semua mahu menggayakan tudung dan juga menggayakan fesyen baju seperti mereka.

Pada aku, baik Yuna atau Hana Tajima, dua-dua berbakat. Aku kagum pada keduanya dari segi bakat tapi errrr ... bukan dari segi cara pemakaian.

Tak kisahlah korang nak marah ke apa.

Pada aku, kalau nak bandingkan cara pemakaian mereka berdua, aku boleh kata yang Hana Tajima lebih sopan sikit daripada Yuna.

Bukan tak suka Yuna pada seluruhnya tapi kadangkala, aku rasa, cara pemakaian Yuna sangat-sangat tidak kena langsung dengan imej berhijab. Tak perlu untuk aku terangkan dengan lebih lanjut sebab aku pasti, korang tahu apa yang tidak kena dengan fesyen dibawakan oleh Yuna.

Oh, bersedia untuk dihentam Nailahhhh!

Korang boleh cakap : " Kenapa nak judge? Kenapa nak itu .. kenapa nak ini ... " ...

Tapi korang lupa ke yang kita sesama Islam dan paling lagi, sesama kaum sejenis, sebagai orang Islam, kita perlu saling mengingatkan dan menasihati sesama kita?

Jujur aku katakan yang aku sangat-sangat kecewa dengan Yuna. Terlalu berbeza pada masa dia muncul awal dulu dan sekarang. Aku lebih suka pada zaman dia membawakan fesyen 'Tudung Bawal' yang buat dia kelihatan sangat innocent dan juga zaman shawl dia yang trendy dan masih memenuhi ciri-ciri pemakaian hijab yang betul.

Yang pasti, hijab yang dipakai Yuna itu adalah menutup bahagian dada pada masa itu.

Kita harus sentiasa ingat ...

Tak kisahlah kan sama ada dada kau itu seakan berharga nasi lemak serendah 20 sen atau semahal nasi lemak di hotel, bahagian dada itu perlu ditutup. Itu syariat yang telah ditetapkan dalam pemakaian seorang muslimah.

Tapi sekarang, apa sudah jadi?




Kau katakanlah apa sahaja tentang trend berhijab yang dinamakan Turban ini tapi aku tetap pada pendirian aku ...

FESYEN TURBAN INI SANGAT TIDAK SESUAI DIGAYAKAN oleh para hijabers sekaliannnnn!

Kenapa aku berkata begitu?

Sebab secara terangan dan kita boleh nampak sendiri, fesyen turban ini langsung tidak menutupi bahagian dada kita! Jadi, di mana kata-kata yang mengatakan fesyen ini masih memenuhi apa yang disyariatkan oleh agama Islam? Boleh tunjuk kan dekat aku tak?

Paling sedih, semua cepat terpengaruh. Bila Yuna mula je dengan fesyen Turban ni, dah semua sibuk nak berturban jugakkkk!

Sana sini berturban macam " Hello, kau kena cuba ok fesyen Turban ni atau kau adalah orang yang ketinggalan zaman! "

Tak kisahlahkan kalau kau rasa, fesyen ni memang sesuai atau cantik untuk kau gayakan tapi kau sedar tak, apa tujuan kau memakai hijab sebenarnya?

Kau nak orang puji kau pakai cantik kebabom up-to-date ataupun kau nak tunduk kepadaNya?

Mana satu yang lebih penting dan yang sepatutnya kita buat? Cuba kau bagitahu aku ...

Fesyen Turban ni dah terang lagi nyata yang bahagian dada kau akan terdedah. Terbonjol bentuk nasi lemak kau yang aku tak tahu berapa harga sebenarnya tapi kenapa harus jugak digayakan fesyen berhijab begitu?

Kan lebih manis kalau kau gayakan fesyen hijab yang biasa kita tengok kan?

Fesyen hijab yang menutup dada, tutup bahagian muka, telinga, leher dan tidak jarang dan memang memenuhi cara pemakaian seorang muslimah. Betul?

Sekarang, kau pilih sendiri ...

Kau mahu cantik pada pandangan manusia atau kau mahu cantik pada pandanganNYA?
Mana yang lebih penting?

Fikirlah ...

Sekian. Masalamah! Muah!


8 comments:

  1. ....dan jangan lupa , warna dan coraknya jangan menangkap pandangan mata . aksesori yang bergemerlapan bergantungan itu juga menarik pandangan mata.

    ramai yang merumitkan keadaan bila nak bertudung sebab untuk melawan keinginan melebihi tuntutan agama.

    ReplyDelete
  2. great entry. teguran rasanya lebih impak jika datang dr orany yg sama jantina yakni wanita. saya ada ramai kenalan yg telalu terikut2 dengan fesyen bertudung, dan ramai juga kawan2 yang ikut dan kutuk pd feyen2 tersebut.

    bila perkara tersebut ditegur oleh seorang yg dinamakan lelaki, mereka2 yg telalu ghairah ini akan mengatakan, "kenapa perlu peduli dgn fesyen kami? jika rasa berdosa kenapa kalian sendiri tak menundukkan pandangan?" nasib baik jawapan itu tak dipatahkan dgn "kalau dah seorang wanita, duduk sepatutnya di rumah. keluar rumah pon tak boleh kalau tak diizinkan bapa/suami. kelonggaran diberi kalian suruh pula laki yg menundukkan pandangan atas dosa kalian buat."

    perkara yg selalu jadi isu tp diperlekeh2kan. siap ada jawapan dr wanita2 bertudung tak menutup aurat ini mengatakan "kenapa tak tegur orang tak bertudung dulu, nak sibuk2 menegur kami?" persoalannya, bagaimana orang yg tak bertudung nak tertarik dgn tudung bila orang yg menggayakan tudung itu sendiri tak memenuhi syariat, biadap pula tu.

    kita sama2 la akan cuba sedaya upaya membendung perkara2 yg mmg dibenci ini. saya pernah mengatakan pd mereka semua dgn cara baik; nak bergaya tak salah, selagi cermin tak retak, orang tak mengata, yg bermaksud kalau nak bergaya dlm pemakaian tudung, cuba la elakkan dr orang mengata dan mengumpat (fitnah) dan pastikan gaya tersebut tidak menghodohkan diri lagi.

    sia2 bergaya kalau orang tabur fitnah juga atas gaya tersebut mmg tak memenuhi syariat tudung, menutup rambut, leher dan tengkuk, dada (dan sesetengah orang kata belakang paras rusuk), bukan balut perkara2 tersebut biar nampak bentuk batang tengkuk dan buah dada.

    ReplyDelete
  3. Kak Jie :

    Budak-budak sekarang ni memang sendiri yang merumitkan pemakaian tudung. Sebab tu muslimah yang belum pakai tudung pun pening tgk fesyen-fesyen tudung yang macam-macam pesen.

    Tambahan pula, sekarang ni, dahlah fesyen tudung pun dah makin mangarut. Dengan color terang-terang. Kadang macam pokok krismas bergerak pun ada! =_=

    ReplyDelete
  4. Akay :

    Wanita bertudung zaman sekarang yang seakan taksub dgn fesyen aliran kini memang payah untuk ditegur.

    Ada je nanti alasan diberi. Saya juga punya ramai kawan sekeliling yang macam ni. Saya tegur sekali je lah. Terpulang nak terima atau tidak.

    Tapi sebagai umat Islam, kita kenalah terus bersikap saling menegur mereka. InshaAllah nanti mereka berubah juga.

    ReplyDelete
  5. like this entri!

    teringat tweets kita dulu pasal yuna.xberani jgk nk ckp lebih2 hari tu.ramai supporters.hewhewhew.

    yg ptg,mmg sgt2 tak gemar laaaa style yuna ke hapee.pakai biasa2 pnya sudah.tengok pon tak sesaknapasss. :P

    ReplyDelete
  6. dlu2 pkai tdg bawal then bile dh ade style hana tajima, dpat idea pkai pashmina yg xjarang tp loose kt leher(sekali lilit je, bkn loose smpai nmpak leher) so xpnas, labuh boleh ttup dada n xjarang..so thanx to hana tajima 4 that..psla turban 2 rse cm ttup rambut semata je..pity her..huhu

    ReplyDelete
  7. Lynn - Hahahaha. Kalau cakap pasal YYuna, memang ramai yang butthurt tapi kalau nak nasihat, tak salah pun! Hihihi.

    Berani kerana benar. ;)

    ReplyDelete
  8. Cahaya Kemuliaan - Yes. Style Hana Tajima ok. Sebab kira proper way dari turban sikit. Turban tu, taktaulah. Sampai sekarang masih susah nak terima fesyen tu. =_=

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...