October 8, 2011

Mencari Mood Berblogging Yang Semakin Hilang ...


Assalamualaikum.

Fuhhhhhhhhhhhhhhh ... ( Tarik nafasssss panjang-panjangggggggggg! )

Apapun, pertama sekali nak ucapkan TAHNIAH dekat diri sendiri *ketuk kepala* sebab kali ni memang cipta rekod peribadi lah sebabnya dekat dua bulan aku punyalah malas Ya Rabb tak update beloggggggg! Hukhukhuk. =_=

Itupun walau tak update, ada jugak yang datang kan? Rajinlah korang niiiiiiii! Hikhikhik. *sengih-sengih cium pipi korang. Eh? Yang perempuan je. Lelaki tak boleh lah sebab harommmmm!*

Aku ni nak kata busy sangat, takdelah busy mana pun. Ada je masa yang boleh curik untuk update belog seketika. Tapiiiiiii ...

Kau paham sendiri je lah. Kalau dah mula tak update belog berhari-hari, memang harapan tinggal harapan je lah kan nak dapat mood berbelog balik. Jenuh hoiiiii nak cari mood nak update beloggggg!

Konon minggu lepas lah kan nak update belog sebab kebetulan ada benda nak ceritaaaaa tapiiiiiiiiiiiiii ( panjang punya tapi! ) ... , aku kan ada pe'el suka tangguh-tangguhkan kerja! 

Bila dah tangguh, nasib kau lah beloggggggggg! Ini bukan kes blog bersawang dahhhh tapi kes belog yanggg .. entah ... mungkin agaknya dah jadi rumah tikussss! *pangggg! Tepuk dahi sendiri*

Disebabkan dah berbulan tak update dan nak cari mood balik, jalan terakhir seperti biasa, haruslah aku menukar template blog yang baruuuuuuu! Itu je cara nak buat mood belog aku datang balik seperti biasa!

Itupun nak tukar template yang baru, berkurun hari jugaklah sebab dah lama tak dok godek-godek coding edit sana sini, jadinya otak jadi seakan lembab nak mampussssss dan jadi blur nak edit coding! Sampai satu tahap aku rasa konon nak pergi tempah suruh orang buatkan. Tahu? =_=

Tapiiii ... aku ni kan kurang kesabarannnnn! Bila tengok belog yang boleh tempah design tu, semuanya amik masa yang lama dan kena 'beratur'. Kalau nak tunggu dorang buat, memang lagi berkurun lah kan korang nak tengok aku update! Hukhukhuk. T__T

Jadinya, nak taknak, terpaksa jugak aku buat sendiri. *tunduk muka pasrah*

Dan yang korang tengok nilah template yang baru! Ok tak? Ke tak ok? *angkat kening*

Oklah. Disebabkan entri ni adalah entri yang pertama selepas lama menyepi pemalas tak update ... aku taknak taip panjang-panjang.  Nanti korang buat muka boring dan mulut menguap-nguap baca belog aku pulak. Hewhewhew.

InshaAllah, entri lain akan menyusul sebab banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa benda aku nak cerita kat sini.

Terima kasih sudi singgah. Nanti datang lagi tauuuuu! Kita janji kita update entri baru petang ni. *calit jari kelingking* tapiiii petang yang aku maksudkan tu haruslah petang waktu Saudi ye kawan-kawan tersayang? Bukan waktu Malaysia tau. Hewhewhew.

Sekian. Masalamahhhh! Muahhh!

2 comments:

  1. finalllyyyyyyyyyyyyyyyy..... ^___^


    *calit jari kelingking*

    jangan stop pulak update. kang bila dah stop,kompemmm susah pulak nak updateee. ;p

    ReplyDelete
  2. Kalo rajin update confirm banyak idea nak tulis. Aku ni kan blogger newbie takde la hebat mana pun macam blogger otai yang lain

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...