October 30, 2011

Janji Seorang Suami : " InshaAllah I Akan Hantar You Ke Syurga "


Assalamualaikum.







Kredit gambar : Doodle Dakwah & KembaraSangSemut blog

Kisah ni memang dijadikan motivasi untuk diri aku supaya sentiasa belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada suami. Fineeee. Tiba-tiba rasa memang banyak dosaaaaaaaaaa dekat laki! T____T

Sebenarnya sebelum ni, aku dah pernah baca kisah ni sebelum aku diberi peluang sekali lagi untuk membacanya bersama illustrasi yang telah dibuat.

Pada aku, sebagai perempuan dan bila kau dah jadi isteri orang, memang sangat mudah untuk kau masuk Syurga. Janji, kau pandai jaga beberapa perkara iaitu :

  • Jaga solat harian kau iaitu solat 5 waktu
  • Pandai jaga maruah suami terutamanya dan juga maruah diri sendiri. Lagi-lagi bila suami tiada di sisi.
Dan juga kalau silap langkah, seorang isteri walau silap sedikit dan selagi tidak mendapat keampunan dari suami pun boleh senang masuk Neraka. Sebab tu, nak jadi seorang isteri ni bukan mudah. Besar tanggungjawabnya.

Sebab itulah, bila dah kahwin dan setiap kali nak tidur, sebelum tidur tu, suami isteri kena saling memaafkan. Sebab ajal maut kan kita tak tahu bila. Buatnya tetiba Allah SWT tu nak tarik nyawa kita lepas seminit kita baring kat bantal tu ke, apa ke, sekurang-kurangnya, kita dah memohon keampunan dari suami. Hehehe. Dulu rajin je sebelum tidur buat macam ni, sekarang, kadang-kadang kot? Kadang lupa, kadang tu ... entah ... =____=

Apapun, aku paling suka bila setiap kali kalau aku tanya dekat laki aku : " Bie, you redha dengan I tak? Kalau contohnya I pergi dulu, you redha tau dengan I. Nanti boleh kita sambung menyulam cinta dekat Syurga pulak. "

Kadang-kadang, kalau dia saja nak menyakat, dia selalu jawab : " Nantilah, I pikir dulu nak redha ke tak dengan you. " . Boleh tak dia jawab macam tu? T______T 

Tapi ... hmmmm ... selalunya jawapan dia : " InshaAllah, I janji akan hantar you ke Syurga. " .

Alhamdulillah.

Tapi kan  ... tapi kan ...

Aku selalu jugak tanya : " Eh, kalau I pergi dulu, you agak-agak nak kahwin lain tak? "

Kadang selalunya dia tak sempat jawab atau tak dan nak jawab sebab aku selalunya sambung dengan cakap : " Kalau you kahwin lain, siaplah youuuuu! Nanti I jadi momok, I selalu kacau youuuu, biar padan muka you hidup tak tenteram sebab selalu kena kacau dengan momok Nailah! "

Hahahahahaha. Gila aku ni! Psycho. =___=

Sekian. Masalamah. Muah!

8 comments:

  1. momok nailah! waaaaaaaaaaaa. hehe

    so sweet :)

    ReplyDelete
  2. seriussssssssssssssssss suweeeeeettttttttttttttt (see,emosi tengah over ni)

    sedih,tharu,sebak semua ada.aiceh!(padahalbelumkawen)hikhikhik. :P

    nice sharing kakneklah!xoxo!:)

    ReplyDelete
  3. bagusnya doodle ini. terharu sangat. Sweetnya akan ngn hasben. Semoga berbahagia selalu eh

    ReplyDelete
  4. sebak rasa tengok doodle tu. huhu. semoga berbahagia kak. semoga rumah tangga diredhai Allah :)

    ReplyDelete
  5. huwaaa teros nangissss :( mintak izin nanti nak letak kat my blog jugak eh!!!

    ReplyDelete
  6. " InshaAllah, I janji akan hantar you ke Syurga. <---PEH SWEET GILA NI!

    sy pun slalu mintak maaf b4 tido (tp kdg2 mcm malas so buat2 lupe kekekekekeke) tapi kalau lupe esok2 tu sy akan mintak ampun jugak..takot gila kalau dia ade kecik ati ke apa..kite punye kecik ati, dia yg kena jawap dgn Allah, tp, kalau dia kecik ati, dia tak redha, Allah pun tak redha..GULP!

    ReplyDelete
  7. sgt menginsafkan..huhuhu...patut dikongsi ni,..mau kopipes jugaklah... =)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...