June 24, 2010

jijik


berkongsi tentang betapa pentingnya solat e2 dalam kehidupan sebagai seorang Islam . kredit to Jannah who share her email with me .


AIR TANGAN ORANG TIDAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~


solat itu tiang agama . tapi zaman sekarang ni , melalui kehidupan yang penah saye lalui , melalui kawan2 , saye penah lihat , ade macam2 ragam umat manusia . ade yang tak amek kesah langsung pasal solat . bukan nak kata saye ni baik sangat . dulu saye penah leka jugak tentang solat tapi sekarang , Alhamdulillah . ALLAH beri saye peluang untuk perbaiki kehidupan menjadi seorang Islam yang lebih baik .

ade saye tengok , tak kesah langsung nak solat . macam lantak la . semayang ke tak semayang ke , tak memberi efek langsung . tak tahu macam mane kehidupan orang macam ni . takde rase kosong ke jiwa die ? hmmm .

takpun , ade jugak saye tengok , ade yang semayang , tapi semayang ikot suke ati . rase nak semayang , semayang . kalo takde rase nak semayang , die malas nak semayang .

lagi satu , jenis manusia yang nak ingat semayang bile da ditimpa kesusahan atau mahukan sesuatu macam contoh time belaja dulu , ade kawan2 yang semayang bile nak nak dekat final exam . lagi nak dekat , lagi macam gile la semayang . siap wat solat sunat lagi di tengah malam . sini kite boleh lihat , manusia e2 ingat YANG ESA bile dalam kesusahan .

paling sedey, bile ade yang saye jumpe , kawan2 yang memang jenis menutup aurat . pakaian sopan . tapi rupenye , semayang pon jarang2 . ikot suke jugak la . ade mase semayang , ade mase tak semayang .

tak tau la kan . kehidupan masing2 . nak tegur takot nanti dibalas , " kubur masing2 " . semoga ALLAH ampunkan dosa mereka yang selalu mengabaikan perintahnye .

sebab ?

di akhirat kelak , perkara pertama sekali diadili adalah SOLAT !

beringat la . ajal maut tidak kira usia . tidak lewat or tidak cepat . on time . bertindak sebelum terlambat . :)

sesungguhnye kehidupan di syurga e2 sungguh indah . tak rugi untuk berebut tempat untuk kehidupan di syurga .


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...