September 26, 2012

Weekend GetAway!

Assalamualaikum.

Weekend getaway pegi mana lagi kan kalau tak tempat paling awesome di dunia?!!!


Iaitu MasjidilHaram di Makkah Al-Mukarramah!!!

Ni cerita 2 minggu lepas sebenarnya. Pergi Makkah seminggu sebelum jemaah Hajj masuk ke Makkah sebab time time macam ni lah, Makkah lengang sikit. Bila lengang, time buat Umrah tu jadi cepat secepatnya! Sebab tak payah nak rebut-rebut.

Buat Umrah lepas jemaah Asar. Tawaf tak sampai setengah jam pun, dah siapppp! Seronokkkk sebab Kaabah tu 2,3 lapis orang je dari diri sendiri. Hehehe. Tengok Kaabah dari jauh pun dah rasa sejuk dalam hati, inikan pulak tengok dekat-dekat. Rasa sepanjang tawaf tu nak tengok je. ;)


Saya tawaf dengan mereka-mereka ini termasuk budak kecik sorang ni ha. Budak kecik ni, Mash'Allah, bagus sangat. Behave sangat, janji Mama Papa dia ada readykan air mango dalam botol susu dengan biskut-biskut dia. Jalannn! Takyah risau dia nak hok hek hok hek ke apa. Memang tak! It is like maybe dia pun faham Mama Papa dia nak beribadah, so she being such a good angel. ;)



Budak ni comel tau. Tengah saya baru nak baca doa lepas Solat Sunat Tawaf, terkedek-kedek budak ni datang senyum-senyum buat muka comel. Terus duduk atas riba. Terus Auntie cair tauuuuu Pinaaaa! ;')

Selesai tawaf, mestilah nak kena Sae'i pulak.

This is the first time, Sae'i kat basement yang ada aircond tu. Memang syoklah sebab takde orang satu hal, lepas tu sejuk je rasa. ;)


Taaaaapiiiiiiii ....

Dinasihatkan kalau musim Hajj ni, kalau ada pilihan lain, sila jangan Sae'i kat sini sebab bila orang packed, kawasan ni jadi macam terkepam. So, better Sae'i kat level lain. Kalau orang tak ramai tu, boleh lagilah. Kalau packed, nak selamat, better buat Sae'i kat level lain. Ok?


They are like my families : The wife : Haida , The husband : Abu and of course their little angle : Sorfina or we called this angle as Pina. ;)


Alhamdulillah, selesai Umrah lagi setengah jam nak ke Maghrib. Disebabkan dah nak waktu Maghrib, semua stay kat Masjid je. Rehat-rehatkan kaki, then dah nak dekat waktu solat, baru cari tempat nak solat.

Nak dijadikan cerita, time nak Maghrib ni, saya dan Haida solat jemah betul-betul belakang jemaah Umrah dari Iran. When I mentioned Iran, probably, most Iranian ni adalah syiah. Masa ni, takde nak pikir apa sangat sebab baik saya atau Haida, memasing tengah sibuk tengok-tengok si budak Pina ni. Sebab budak kecik tu sibuk nak main kerusi roda kat sebelah.

By the time Imam semua dah start solat, kami solat macam biasa.

Taaaaaapiiiiiiiiii ...

Habis je solat, tup tup ada sorang minah Arab ni memang marah betul dengan jemaah Iranian ni. Sebabnya?

Dah namanya syiah, biasanya dorang ni memang takkan jemaah sama-sama dengan kita yang Sunni. Boleh bayang tak, orang kat belakang dok sedap lah nak jemaah sesama dengan Imam dan makmum lain tapi yang geng jemaah Iranian ni, ek'eh boleh pulak solat asing-asing. Kalau macam tu kan boleh jadi terputus safnya.

So, minah Arab ni apa lagi, marah-marah lah. Saya pastinyalah tak paham apa yang dia cakap sebab dia cakap Arab. Yang saya faham Haram, Haram je. Hehehe.

Syiah ni kalau saya jumpa kat MasjidilHaram ke, Masjid Nabawi ke, memang menyampah sebab dorang ni memang menyusahkan yang lain. Kalau awak taknak jemaah sama, pergilah saf belakang. Yang bijak sangat duduk kat tengah-tengah saf lain tapi taknak jemaah, buat apa kan?

Fahaman Syiah tapi elok pulak kan amalan lain sama macam kami-kami ni kan? Tak malu ke?

Jujurnya kalau cerita bab Syiah ni, memang panas je hati. Paling panas, saya tahu, kat Malaysia, Syiah tengah berkembang pesat. Paling sedih sebab kebanyakan yang dah termasuk Syiah ni adalah rakyat Malaysia yang sangat-sangat educated. Alasan cuma satu. Sebab Syiah membolehkan solat jamak bila-bila masa sedangkan kalau ikut apa yang Nabi ajarkan, jamak itu perlu dilakukan bila kita bermusafir sahaja.

Moga-moga, yang tersesat tu, kembalilah ke pangkal jalan. Kalau rasa tak malu dengan kami-kami ni, malulah sikit pada Tuhan kita Yang Satu. Bertaubat sebelum terlambat. =_=

Sekarang kat Makkah, subhanAllah dah packed sebab jemaah Hajj dah masuk. Nak buat Umrah pun kena pikir banyak kali jugak. InshaAllah ada rezeki tak ke mana. 

Semoga sentiasa dalam redha Allah SWT. 

Sekian. Ma'asalamah!

3 comments:

  1. wah...sekali hapdet blog sampai 2-3 entry..
    kena banyak2 sabo la dgn org Syiah dan yg agak lain prangai nyer ni kan. Ada org kata, mungkin diorg tu malaikat yg Allah hantar nk nguji kesabaran kita...
    mcm time acik umrah aritu, dgn org Pakistan...mang rsa nk flying kick je dia sbb blh baring kat tempat kita nk sujud...bila pk2 balik...betul la...Allah uji kesabaran kita...dah kureng pahala di situ...huhu..untung laaa org duk sana ekk...nt bagi tips lagi, caner yg blh mudahkan ibadah haji@ umrah sedara semuslim lain ni ye..syukran ya ukhti.

    ReplyDelete
  2. Bestkan dapat duduk dkt dgn makkah..Boleh trus je pergi sana...Tringin sngt nk p.

    ReplyDelete
  3. betul2.kat tmpt Lynn ni pon dah dgr pasal syiah yg tgh 'melebarkan sayap' dorg.phewwwww...

    tunggu saya ke sana kakak! :p

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...