January 14, 2012

Yang Tinggal Cuma Cincin & Rantai ...

Assalamualaikum.

Entri pertama untuk kalendar Mayan.

Sebab kalau ikut tahun baru Islam, ini entri yang ke13.

Untuk entri pertama bagi kalendar Mayan, adalah entri sedih.
Sedih sebab aku kehilangan barang kesayangan. 3 tahun bersama. Terlalu banyak kenangan. Sangat banyak dan sangat tinggi nilainya pada aku.

Khamis lepas, memang aku gembira sebab pada akhirnya aku berjaya juga menjadi tetamuNYA setelah lebih sebulan kot asyik tertangguh-tangguh. Ada saja perkara yang terhalang untuk kami menjadi tetamuNYA. 

Penantian itu memang satu penyeksaan. Tapiiiii ... bila dah berada di Tanah Haram, semuanya hilang dan timbul pula rasa teruja. Paling teruja, bila dalam perjalanan, bila dah masuk sempadan Tanah Haram, dari jauh dah kelihatan Menara Jam yang menjadi mercu tanda baru di Tanah Haram selepas Kaabah.

Tapi aku lupa bahawasanya, tidak semua perkara kita akan dapat. Di kala aku gembira dan rasa tak sabar nak masuk dan melihat Kaabah, aku diuji olehNYA di kawasan RumahNYA.

Ya. Aku diuji di kawasan MasjidilHaram.

Sifat aku, setiap kali wudu' di tandas awam atau di tempat awam, aku mesti tak pernah lupa untuk pastikan, apa barang yang aku pakai, dah ada di tempatnya semula.

Tapi kalau sudah ditakdirkan, rezeki aku memakai jam yang asalnya " hadiah perkahwinan " dari seorang suami semasa Majlis Akad Nikah 3 tahun lepas yang lalu adalah tidak lama, aku tidak boleh menolak takdir dari DIA. Siapa aku untuk melawan takdirNYA?

Leka ambil wudu' dan rasa mahu cepat sebab tak sabar nak melihat Kaabah, aku ( mungkin ) jadi lupa mahu periksa dan pastikan, jam sudah dipakai kembali seperti biasa.

Lepas siap dah pakai telekung dan stokin semula, juga selepas beg dah disilangkan kembali di badan, aku terus jalan tanpa memeriksa tempat wudu' itu seperti biasa bagi memastikan tiada barang tertinggal.

Aku terus berjalan dan jalan dan jalan sehinggalah, baru sahaja kaki mahu meletakkan tapaknya di tangga bergerak, Tuhan gerakkan hati aku untuk memegang pergelangan tangan. 

Aku rasa ganjil kenapa tangan kosong? Terus teringat jam aku. Allah ...

Dengan hati rasa berdebar dan sudah terdetik bahawa jam aku mungkin sudah tiada, aku pergi juga tempat wudu' tadi. Pergi sekadar nak puaskan hati sendiri. Padahal hati dah menangis.

Ternyata gerak aku hati tidak pernah silap. Jam sudah hilang entah ke mana. Rezeki orang yang nampak dan jumpa jam itu. Mungkin ' manusia ' itu sudah mengambilnya.

Sempat lagi terdetik dalam hati : " Kejinya manusia yang ambil itu. Dahlah dekat Tanah Haram. Berani betul ambil hak orang lain. ". =______=

Terus cari telefon dalam beg dan dengan rasa berat hati, terus bagitau ' manusia baik hati ' yang memberi jam itu pada aku 3 tahun lalu.

" Biebie, jam hilang. I tertinggal kat tempat wudu'. I patah balik dah takde. " . T_____T

Menggigil suara macam nak tak nak keluar dari kerongkong, dari peti suara. Sebab pertama suara jadi begitu ; kerana masih terkejut dengan kehilangan jam tu. Sebab kedua ; sedih sebab itu antara barang yang paling aku sayangggggggggggggg!

Dari hari pertama kahwin sampailah saat hilangnya jam tu, aku tidak pernah lupa untuk pastikan yang jam itu sentiasa ada di tangan aku. Sekalipun aku lupa nak memakainya, aku ada ' manusia ' yang sentiasa akan ingatkan aku untuk memakainya. 

Lama aku berlegar di tempat wudu' tadi. Konon berharap tiba-tiba jam itu secara magisnya akan ada balik di tempat wudu' yang aku duduk tadi. Tapi kalau dah kata takde tu, takdelah hoiiiiii! Aku jadi separuh gila jugaklah sebab siap pergi ikut saluran air konon-konon takut jam tu terjatuh dan ikut arus air wudu' manusia-manusia lain yang sama-sama dengan aku tadi. =_____=

Dengan lemah dan perlahan, aku naik atas. Biasanya, kalau amik wudu', mesti janji dengan laki, jumpa kat pintu utama MasjidilHaram. Dari tandas sampailah bila dah betul-betul depan laki, menangis je lah yang mampu. Apa lagi yang aku mampu kan?

Nampak laki terus cakap : " Biebie, nak jammmm! Siapa amik jam I? I nak jam I balikkkk. I sayang jam tuuu. Biebie belikan untuk I. Kenapa orang mesti amikkkk? ". Haaa kauuu. Dah macam budak-budak dah. Apa aku kisah? Sebab masa tu dalam kepala cuma mahu jam tu semula. Tiada yang lain sampai lupa tujuan utama aku datang adalah untuk beribadat kepadaNYA. Allahurabbi. T____T

Laki aku ni, biasalah. Dia tu apa perkara jadi, cool je. Marah takde. Apa takde. Dia cuma cakap : " Takpelah. Takde rezeki. Nak buat macam mana? I ni lagi sedih sebab I yang bagi tapi kalau dah memang takde rezeki, nak nangis pun tak guna. ". Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... terus sambung nangis lagi.

Disebabkan laki nak pujuk bini, terus dia offer : " I teman pergi balik tandas. You tanya security guard dalam toilet tu, kot-kot dia nampak ke? Mana tahukan? . " .

Tapi bila pergi balik, tetap sama. Takdeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Aku cuba untuk redha. Tapi entahlah, hati terlalu berat untuk terima. Berat sebab dulu, aku dah kehilangan gelang kesayangan aku jugak. Pemberian masa nikah jugak. Gelang tu pemberian masa batalkan air semayang. 

Gelang tu hilang sebab orang curi masa kami eksiden dulu. Aku sedar dari pengsan sebab tiba-tiba, aku rasa ada orang gerak-gerakkan tangan aku nak cabut gelang tu. 

Marah memang marah sebab dia amik gelang kahwin aku tapi dalam masa yang sama, bersyukur sebab kalau tak dia takde niat untuk mencuri, aku tak mungkin sedar masa tu dan mungkin juga, aku tak dapat nak tarik laki aku yang dah terhempas atas jalan dan tarik dia ke tepi. =____=

Dan sekarang? 

Jam pula yang hilang. Manalah aku tak sedihhhhhhhhhhhhhhh???? T_____T

Walaupun laki kata : " Takpe. Nanti Biebie belikan yang baru. " , ( Ya, aku tau, dia pasti belikan yang baru sebab itu memang laki aku. ) walaupun kawan kata : " Takpe. Laki kau kaya. Boleh belikan lain. " , itu bukan soalnya.

Sebab barang yang hilang itu ada nilai sentimental dia sendiri. Yang pertama takkan sama dengan yang kedua atau yang diganti baru. Takkan samaaaaaa! Biarlah kalau jam baru nanti lebih mahal dengan jam yang dah hilang, aku tetap takkan rasa yang samaaaaaaaaaaaaaaaa! Faham tak? ( Tiba-tiba nak emo dengan korang pulak! Hahahaha. )

Sampai harini, masih teringat-ingat jam tu. Hari yang hilang jam tu, konon nak jaga hati bini dan taknak bini nangis, laki siap cakap : " Entah-entah jam tu Ayang tak pakai kot? Mana tau ada dalam laci kat tempat yang biasa yang Ayang simpan tu? " . Terus masa tu jadi macam : " Aah kot. " . Konon!

Buat Umrah pun jadi tak sepenuh hati. Masa Tawaf masih ada rasa sedih. Asyik teringat-ingat jam. Bila dah nak buat Saei, aku dah ok sikit. Jadi lupa sekejap pasal jam. Makin jadi lupa bila laki bawak bini pergi makan roti telur dan roti bom sedap dekat Felda dekat Safa Tower. Siap shopping belikan bini minyak atar baru lagi.

Tapiiii .. selesai Umrah, bila balik rumah, dia rosakkan mood aku balik bila tiba-tiba, sampai rumah, masuk bilik, dia bukak laci, terus cakap : " Ayang, memang bukan rezeki you lah. Jam you memang hilang. " .

Boleh bayangkan tak apa reaksi aku masa tu? Terussssssssss nangisssssssssss! Terus pergi dekat laki cakap : " I nak jam tu .. I nak jam tu .. I nak jam tuuuuuuuuuuuu! ". Haaa kan dahhhh! Salah siapa? T____T

Malam tu tidur dalam kesedihan. Sedih macam mana pun, teringat apa yang laki pesan : " Jangan nangis dah. Nanti macam tak redha. Ingat, jam tu hilang kat MasjidilHaram. Tempat suci. Mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik dari jam tu. Siapa tahu kan? . ".

Terus hati jadi redha. Kan redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah! Eh?

Harap sangat, barang kesayang yang masih tinggal ; cincin dan rantai ni, masih berpihak pada aku.

Tuhan, terima kasih atas ujian dariMU. KAU  uji aku di kawasan RumahMU. Aku tahu, ini adalah salah satu tarbiyyah dariMU. Semoga aku dapat lupakan kesedihan ini. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah! 

4 comments:

  1. ye kak ye.paham2.tenang tenang.sentimental value tu yg paling kita kisah kan?kalau lynn pon hilang benda yg dah lama cmtu,sah2 la meroyan kejap. XD

    "Kan redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah! Eh?" #eh ^___^

    ReplyDelete
  2. memang sedihkan bila something yang ada sentimental value ni hilang. rasa macam terbayang-bayang je.

    ReplyDelete
  3. Lynn - Tahap kronik jugaklah meroyannya! Sedih sangat tapi Akak percaya, ada hikmahnya. Kena redha ni. Kihkihkih.

    ReplyDelete
  4. Dye.yana - Yup. Sampai sekarang masih terbayang-bayang! T___T

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...