July 26, 2011

Isu Minuman Barbican Akhirnya Selesai


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya, isu halal atau haram minuman Barbican ni sudah selesai bila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia sendiri mengesahkan bahawa minuman malta yang didatangkan dari negara Arab ini adalah halal diminum oleh umat Islam di Malaysia.




Masa isu ni timbul dulu, ada orang tu, panik dan terus tanya aku betul ke tak minuman Barbican ni haram diminum? Aku masa tu rasa pelik jugak lah sebab macam manalah boleh cakap haram pulak kan sebab pada aku minuman Barbican ni sama je dengan Sparkling Juice tu. Tiada beza.

Jadinya, macam mana Sparkling Juice tu boleh selamba je dijual dan minuman Barbican ni pulak, kenapa bila dah 6 tahun dipasarkan dekat Malaysia, boleh pulak timbul isu haram? Adakah kemungkinan ada orang nak sabotaj dengan pengeluar Barbican ni memandangkan dekat Malaysia, makin banyak persaingan minuman yang lebih kurang sama? =_='

Masa kecoh-kecoh pasal minuman Barbican ni, aku sampai cakap, baiklah haramkan minuman Istak tu dari Barbican sebab masa Istak pertama kali di pamerkan, terang-terangan pihak pengeluar Istak keluarkan kenyataan yang minuman Istak itu adalah beer tapi tidak mengandungi alkohol.

Dan kemudian, bila ada sekali tu, lepak dekat Shah Alam dan kawan-kawan aku order Istak, semua terkejut sebab bau Istak memang lebih kurang sama dengan bau minuman beralkohol iaitu arak! Haaaa ... macam mana tu? Lagi meragukan bila dekat Sabah, minuman Istak ni menggantikan minuman Tuak. Hmmmm.

Apapun, sekarang kau orang memang dah tak perlu risau lah pasal Barbican ni. Minuman ni memang halal pun sebab minuman ni adalah minuman malta perisa pelbagai jenis buah-buahan.

Pergilah minum dan menikmati keenakan minuman Barbican ni. Errrr ... walaupun sini banyak minuman malta lain dan juga Barbican, aku memang tak minum minuman bergas macam tu. Tak tertelan aku. Sekali sekala je aku memanjakan tekak dengan Mountain Dew. Lagi-lagi bila sekarang kat sini tengah peak of summer!

Sekian. Masalamah!

5 comments:

  1. tak pernah lagi minum mende nih. ^_^

    ReplyDelete
  2. @Lynn :

    Lynn kena rasa. Sedapppp je cuma Akak kalau air bergas ni mmg tak sgtlah.

    @Aujinz :

    ;)

    ReplyDelete
  3. Kalo dah halal tu buat nak was-was lagi kan cuma kita sebagai umat islam kena hati-hati...

    ReplyDelete
  4. tapi kenapa mesti nk menyerupai botol seakan arak? kenapa takde design lain utk umat islam?
    sedangkan sejadah yg hmpir menyerupai binatang coraknya pun tidak dibenarkan. sedangkan inai yg halal tapi dihiasi seakan tatu pun tidak dibenarkan...

    ini sebenarnya racun dalam islam yg dipanggil 'halal bersyarat'
    cuba utk langgar, tapi dlm keadaan halal

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...