February 28, 2011

Setahun Sudah Di Jeddah : Apa Yang Aku Suka Dengan Kehidupan Aku Di Negera Padang Pasir Ini.

Assalamualaikum.

Tadi lepas makan tengahari, laki aku tetiba bersuara : " Sekejap je dah masuk bulan Mac. Dah setahun rupanya U dekat Jeddah kan? ". Eyh? Aku dah blur blur sengal alam je masa tu. Sebab aku rasa macam bulan Februari ni panjang lagi tapi rupanya dok. Harini hari terakhir untuk bulan Februari tahun 2011.

Kejap je kan masa berjalan?

Aku ingat lagi sebulan sebelum nak datang sini. Memacam dugaan dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Dari hal nak buat Visa sampailah bila dah real sampai Jeddah. Memang menduga sungguh.

Dulu masa nak tunggu Visa, punyalah boring aku tunggu. Dah lah masa tu aku baru lepas habis degree aku. So, lebih banyak menghabiskan masa kat rumah. Itupun duduk melanguk dekat rumah sebab aku memang tak ramai kawan dekat Pasir Gudang ni. Memang boleh kira dengan jari.

Kawan yang selalu aku angkut masa tu tak lain tak bukan, mestilah kawan-buat-kerja-jahat ; Han. Hikhikhik. Itupun bukan setiap hari boleh jumpa dia sebab dia kerja. Lainlah aku. Duduk rumah sepanjang masa. =_=

Masa awal-awal duduk rumah tu, memang syoklah. Sebab tak perlu susah payah BANGUN PAGI nak siap pergi kerja macam kawan lain. Aku hanya duduk kat rumah. Buat kerja rumah apa yang patut. Sampai satu keadaan, aku jadi MUAK NAK MUNTAH dan dari situ, setiap hari, kalau laki aku call dari Jeddah, mesti aku sibuk tanya : " Bila Visa nak siap ni Bie? Boringlah!".

Nasib baiklah laki aku tu jenis sabar dengan karenah bini sendiri yang kadangkala buat dia jadi rasa TAK KUASA NAK LAYAN. Kahkahkah.

Bila segala proses nak buat Visa dah siap dari Saudi, barulah aku boleh mula buat proses kat Malaysia pulak. Apa? Kau ingat senang ke NAK MASUK SAUDI? Banyak gila DEMAND. Macam-macam dokumen nak kena ada, nak kena buat, nak kena apply, nak kena approve. Serius tak tipu. T_T

Memula of course lah kan. Medical check up kena buat. Duit beratus dah habis ni. Mana taknya. Buat medical check up untuk Visa ke Saudi ni bukan setakat seratus plus ke, dua rat ke, tapi dekat lima rat okeiiii! 500 untuk buat Medical Check Up sahaja. =_=

Aku ingat lagi, masa tu aku kat JB. Bila dah kena buat Medical Check Up tu, tengaharinya, aku terus pegi ke Hospital Pakar Puteri JB. Dah lah nak buat Medical Check Up ni tak boleh pegi buat sebarangan hospital. Saudi Embassy awal-awal lagi dah siap bagi senarai hospital mana yang boleh pergi bagi setiap negeri. Banyak songeh kau!

Bila dah pegi Pakar Puteri, orang ramai satu hal. Dah penat beratur, naik turun lif, tiba time nak check darah, nurse tu terus cakap kat aku : " Dik, result ni semua boleh dapat 2minggu tau dik. Sebab result ni nak kena hantar KL dulu, then baru pos ke sini."

Derghhhhhhhh! Kenapalah seawal tadi taknak cakap? Dah aku susah payah pegi kaunter sana sini, baru nak cakap? Aku dah lah nak dapat result secepat mungkin. =_= .

Nak taknak, petang tu jugak aku terus gerak turun Shah Alam. Lepak rumah sewa adik-adik kesayangan aku. 

Dahlah seminggu sebelum tu aku memang dah turun KL sebab nak setelkan certain borang kat Embassy Saudi Jalan Ampang. Itu jangan cakaplah. Nak setelkan borang memang menduga. Dah elok nak submit kat kaunter, kakak kat kaunter tu tetibe boleh baru nak bagitahu : " Dik, sijil nikah ni awak kena translate in Arabic ye dik. Adik pegi kat Pusat Alih Bahasa dekat area Wangsa Maju.".

Perghhhhh! Angin jugak lah aku. Nasib baik bila pergi tempat nak translate tu, office still bukak. Even dah bukak pun, aku tak boleh dapat masa tu jugak sebab ambil masa. Last, aku suruh dorang post ke rumah je Sijil Nikah aku yang dah translate tu. Terpaksa. =_=

Bila dah setel yang tu, ni kena pulak turun KL lagi sebab nak buat Medical Check Up kat area KL or Shah Alam. At first, aku call dulu semua hospital swasta yang ada dalam list. Sebab aku nak check, which hospital yang boleh siapkan dalam masa terdekat.

Call punya call, dapat. Dekat Prince Court. Aku dah cuak dah. Yelah. Kalau sebut Prince Court, automatik kau mesti assume harga beriban. Telan air liur pulak nak bayar. Tapi harga sama. Dalam 500 rat je and dalam masa 3 hari, report dah boleh dapat. Kira dah cantiklah kan? Tapi ...

Bila call pagi, tengahari tu, nurse dari Prince Court call aku balik, bagitau dorang tak boleh pulak nak siapkan in 3 days sebab ada guest VIP mana ntah. Aku pun dah tak ingat sebab dah lama sangat.

Sudahnya?

Aku buat kat Ampang Puteri Specialist je. Jauh kauuuu! DARI SHAH ALAM KE AMPANG! Giloooo. Tapi sebab nak cepat, tak kesah lah kan. Kata aku pulak bawak kete buatan Malaysia tapi like PAKAI ENJIN TURBO KUDA MERAH kan? Kekekeke. So, tak jadi hal lah.

Settle pasal Medical Check Up, kena pegi Embassy balik. Submit borang, sijil nikah dah ditranslate tu and medical check up. Nak submit untuk proses terakhir tu pun, MENDUGA kesabaran aku jugak.

Mana taknya. Kau bayangkan, embassy Saudi kat Jalan Ampang tu. Bukak office pukul 9 pagi. Pukul 12 tengahari tutup kejap sebab lunch. Then bukak balik pukul 2 petang, TUTUP OFFICE PUKUL 3 PETANG!

Derghhhhhh! Memang mintak kena maki dengan aku lah kan? Kau bukak office lambat, lepas tu, kau tutup office cepat! Apakah? =_=

Aku submit pagi. Jadinya, aku diarahkan amik Visa petangnya. So, kena ikutlah. Sebab dorang buat macam tu.

Nasib baik masa tu, ada peneman setia merangkap CIA tak rasmi laki aku. Siapa lagi kalau bukan Wan. Dia memang banyak berjasa lah demi bini kesayangan abang dia. Kahkahkah. ( Terima kasih Wan. Sayang kamu. )

Tapi ... bila dah dapat Visa tu, memang sengih kerang busuk je lah aku sebab eksaited kan nak jumpa laki. Kata dah lama tak jumpa. Dah lama tak romen. Mestilah eksaited. Kahkahkah.

Bila dah dapat Visa tu, aku terus cabut balik JB semula sebab flight aku ke Jeddah kalau aku tak silap, 2, 3 hari lagi. Balik rumah, dah kelam kabut nak packing segala barang. Barang tu jangan cakaplah. Banyak gila kot stock aku bawak dari Malaysia. Kata nak jadi perantau kan. Makanan negara sendiri tak dilupakan. Hehehe.

Masa nak fly datang sini, memang ramai lah hantar aku kat airport. Meriah! Family dari JB ikut hantar especially mak aku lah. Dia paling semangat dan dalam masa yang sama, dia dah sedih dulu sebab nak jauh dengan anak kesayangan. Kehkehkeh.

Dekat airport lak, abang ipar aku datang dengan wife dia. Adik ipar aku pun datang jap. Memang sedih gak lah. Tapi aku steady je lagi sebab dalam kepala aku, aku balik Malaysia lagi nanti. Bukan TAK BALIK TERUS. Hahahaha.

Sepanjang 9jam dalam flight nak sampai Jeddah, memang seksa lah sebab AKU SORANG. Nasib baiklah aku dah ada pengalaman balik Malaysia sengsorang DARI DUBAI dulu. Laki aku, seawal lagi dah warning : " Dalam flight, jangan nak peramah sangat.". Kahkahkah. Takutlah tuuuuuuu! 0_o

Bila dah sampai Jeddah, aku teruja gila. Bukan teruja jumpa laki pun masa tu. Teruja sebab tak sabar nak explore and stay kat tempat orang. Hehehe. 

Now, sedar tak sedar. Dah setahun rupanya aku kat sini. Meh aku bagitahu korang, beberapa perkara yang aku suka dengan kehidupan aku kat Jeddah ni bila dah setahun aku duduk sini :


Makkah Al-Mukaramah & Madinah Al-Munawarah




Dua tempat ni memang buat aku jadi tak keruan bila aku baru sampai Jeddah. First time masa aku dapat tengok Kaabah tukan, alahaiiii ... susah weiiii nak explain kat korang! Rasa syahdu semacam. Rasa tak percaya dengan apa yang aku tengok masa tu. Like rasa macam nak PELANGKUNG DIRI SENDIRI pun ada. Miracle. 

Aku memang bersyukur lah sebab aku dapat buat Umrah waktu aku muda camni. Memang tak pernah terpikir or terlintas pun aku akan sampai seawal mungkin. Plus dengan laki pulak tu. Memang sujud syukur lah.

Kalau siapa yang dah buat Umrah, dorang pahamlah apa yang aku rasa. Kalau korang nak rasa apa aku rasa, meh lah datang sini. Kalau rasa macam lambat lagi nak datang untuk buat Haji, korang datang lah buat Umrah. Dari duit membazir pergi tempat yang entah pape, baiklah korang simpan buat datang sini. Korang takkan rasa rugi sikit pun! Hehehe.

Oh! Dari rumah aku kat Jeddah nak ke Makkah, tak jauh mana pun. Ikut highway dan kalau tak jammed, less than hour dah sampai. Kalau dari Jeddah nak ke Madinah je lama. Almost 3 hour. Like travel dari KL ke Johor je. 

Cuma, bila dah dekat nak pegi buat Umrah atau pegi Madinah ni. Aku paling tak suka atau tak gemar bila balik Malaysia, orang mesti dok tanya : " Dah berapa kali pergi buat Umrah?'. =_=

Derghhhh! Tak penting pun okeiii kalau dah banyak kali ke, sikit kali ke, janji hati tu ikhlas nak buat ibadah. Penting ke nak kira berapa kali nak buat ibadah Umrah tu semua? PENTING KE

Tak paham betul dengan soalan yang macam tu. Tak terjawab aku. Tapi selalunya aku ke laki aku ke, lebih suka bagi jawapan : " Entah, tak pernah nak kira lak berapa kali. ". Tapi memang betul lah. Tak terlintas nak kira berapa kali. Yang kami lakibini tau, nak pegi je. Takde soal nak kira mengira ni. Takde dalam kamus kehidupan. =_=


Semua Restoran & Makanan, Dijamin Halal

Duduk sini memang heaven! Kau tak payah susah-susah nak kaji ke nak kepoh-kepoh ke, makanan tu atau restoran yang kau nak datang lepak tu halal ke tak. Sebab kat sini, SEMUANYA HALAL.

Tak payah cakap DAGING BABI lah. Jangankan daging babi, ARAK pun TAK BOLEH BAWAK MASUK. Kau berani lah nak bawak. Kau cuba. Kau TENGOK APA JADI. Sila. Sila. Aku tak larang. Yang penting, aku taknak bertanggungjawab. Kekekeke.

Macam restoran Chillies ke, TGI Friday ke atau seangkatannya kat sini, kau tak payah risau lah like takut ke, atau tak confident dengan steak yang takut diperam dengan arak. A big NO ok. Sini memang halal. Lainlah kat Malaysia. Main suka hati je nak peram daging steak tu dengan arak. Lepas tu, aku tengok, yang penuh restoran macam tu bukan orang agama kafir, tapi AGAMA ISLAM

Tak paham. Tak paham. Kenapa sekarang orang suka amik mudah dan tak penah nak amik tau makanan tu halal ke haram? =_=


Weekend For Family

Hehehe. Aku suka slogan yang dorang guna ni. WEEKEND is FOR FAMILY

Kat sini, weekend bukan hari Sabtu dengan Ahad ye kengkawan. Tapi hari Khamis dengan Jumaat. Kenapa? Itu pikir sendiri. Kalau kau bijak pandai, kau mesti jumpa jawapannya. 0_o

Time dah nak weekend esoknya, i mean hari Rabu, korang boleh nampak, kat tepi pantai atau kat mana sekalipun selagi kau rasa KAU BOLEH PICNIC, kau akan tengok RAMAI GILA ORANG. Best. Dorang bentang tikar, buat babi beratur, lepak minum teh ke kopi ke sambil chill dengan satu family sampai ke pagi. Best dowh!

Serius AKU JELES sebab kami tak dapat buat macam tu sebab takkan nak berdua je kot? Celah mana nak chillnye tu? Hukhukhuk. Kena reramai baru best. Pastu kena cari yang sekepala boleh lepak borak sambil bakar ayam, daging, seafood semua tu. 

Selain picnic, selalunya, time weekend ni lah, yang lelaki bujang and bujang terlajak, DILARANG SAMA SEKALI untuk masuk any SHOPPING MALL okeiii? Tak leh! Jangan mimpi! Sebab weekend, shopping mall memang khas untuk perempuan atau lelaki yang bawak family sahaja. 

Apa? Orang merendek? 

Mana ada weih! Kat sini takde. Kau berani lah nak buat kalau kau nak kena tangkap! Sila lah. Tak siapa nak halang. Heh!


Musim Sale Yang Menggila!

=_= . Aku memang kalah duduk sini setiap kali sale. 

Kalau musim sale datang, aku akan jadi manusia paling CEPAT TERPENGARUH dengan tag sale yang ditepek sesuka hati dalam mall. Jangan ingat aku sorang je, laki aku pun sama okeiii. ( Lakiiiiii, kamu jangan nak deny okeiiii! )

Aku kalau sale brand biasa tu, aku boleh agak tak heran lah. Tapi kalau brand yang MEMANG MAHAL NAK MAMPOS kat Malaysia tapi kat sini boleh sale sampai 70%, kau rasa, KAU BOLEH JADI GILA TAK MACAM AKU? Cakap? Cakap? Mengaku sikit dengan aku. Aku nak dengar!

Brand paling cikai lah aku bagi. Brand La Senza. Kalau dah sale, perghhhhhh! Spende yang beratus pun boleh jatuh jadi dalam 12 hengget tau! KAU TAK TERGODA ke?

Tapi aku takdelah nak pakai spende La Senza sebab aku sedar diri. Spende La Senza ni sesuai untuk orang cutting macam Kim Kardashian tu. Aku ni mana ada body macam tu. Aku body diri sendiri je. Kahkahkah.

Kalau La Senza sale, biasanya, aku borong baju tidur je. Borong pyjamas. Takpun borong seluar tidur. Murah doh. Seluar tidur paling murah aku penah beli masa sale was around 29 riyal which is around 25 hengget! TAK MURAH KE? TAK MURAH KE? =_=

Itu baru La Senza. Belum lagi aku cerita sale dekat 9West. Itu lagilah. Sampai aku kalau janji taknak beli kasut lagi pun, boleh sampai TERLAJAK BELI BOOTS BERPASANG-PASANG! Haih. 

Memang menguji keimanan dan kesabaran duit dalam PURSE LAKI aku je kan? Kahkahkah.

Ok. Cukup. Taknak bagi senarai banyak-banyak. Ini pun dah cukup panjang.

Apapun, pada aku, Malaysia dengan Jeddah atau Saudi sekalipun, takde jauh beza sangat. Kalau dari segi cuaca tu, mungkin lah kot sebab kat sini, AT LEAST, ada musim sejuk walaupun takde salji. Seronok. Aku memang suka sejuk-sejuk ni. Feveret atau bahasa kasar, TAK SEDAR DIRI ADA PENYAKIT SEMPUT. Kahkahkah. =_=

Yang penting, aku harini bukan je cukup setahun duduk Jeddah. Tapi juga cukup setahun aku jadi suri rumah sepenuh masa yang BAHAGIA duduk rumah tanpa PERLU BANGUN PAGI pegi kerja. Juga tak perlu pening dengan kerja kat office atau pening dengan colleague yang mungkin ada perangai entah pape. 

Aku bahagia duduk rumah. Buat kerja rumah. Tengok tv. Main internet. Mengadap laptop sentiasa. Melayan MokMok yang semakin gedik nak mams sekarang ni. 

Bahagia. Bahagia. Bahagia.

Tapikan lately ni aku rasa macam nak kerja pulak. Taknak kerja office. Aku like terpikir nak jadi cikgu. English teacher.

Apa PENDAPAT korang? 0_o

4 comments:

  1. seronoknya duduk sana.rasa selamat je ye tak kak nailah?

    ReplyDelete
  2. Sizuka - Selamat dan sangat tenang. ;)

    ReplyDelete
  3. bestnya...baru nak cari blog tulis pengalaman tinggal kat saudi..penah sampai dhahran tak? suami apply keje sana.. ada anak 3.. tp tak sure kehidupan kat sana mcm mana? tq for tips.. mmg bestlah baca blog awak ni

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah jumpa blog ni. bermanfaat. insyaAllah sy akan kesana juga bln depan. blur skit nk buat apa. hahaha

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...