February 27, 2011

Pindah Rumah : 3 Sebab Utama.

Assalamualaikum.

Entry sebelum ni, aku dah bagitahu yang aku nak pindah rumah kan? Sekarang ni, kiranya aku dah pindah rumah sepenuhnya lah. Ni kiranya, aku update entry blog ni dekat rumah baru. Hehehe.

Pindah rumah bukan hobi aku sebab memerlukan tenaga yang banyak untuk mengemas segala barang dan juga memunggah segala barang balik di rumah baru. Tapi, apakan daya. Dah ditakdirkan yang kami lakibini terpaksa berpindah jugak atas sebab-sebab tertentu.

Nasib baiklah aku ni kiranya dah ada pengalaman berpindah-randah rumah ni. Terutama masa aku study dulu. Kat Shah Alam. Belajar habiskan degree baru 2 tahun tapi sepanjang 2 tahun tu lah, 3 kali aku berpindah rumah sewa. 

Dulu, dari duduk blok 2, berpindah ke blok 1. Sebabnya?

Ada sorang housemate ni buat tahi hidung yang tak berapa nak masin sangat. Atas sebab percaya sangat,  aku dengan housemate yang lagi 4 orang, kena tipu. Habis duit sewa kena songlap. Bukan sebulan dia songlap. Tapi berbulan-bulan kot. Mana tahan? Terpaksa pindah. Cari rumah lain.

Masa dari blok 2 nak berpindah ke blok 1, memang kelam kabut. Ingatkan nak cari rumah bawah sikit sebab rumah sewa lama tu, kami berlima duduk tingkat PALING ATAS. Siapa duduk Shah Alam, tahulah tinggi ke tak rumah flat Seksyen 7 yang kami sewa ni. Dah lah takde lif. =_=

Bila dapat rumah baru kat blok 1, sama jugak. Terpaksa ambil tingkat yang sama iaitu paling atas sebab dah kesuntukan masa. Boleh bayangkan tak, kena angkut turun naik barang dari tingkat 6 ke tingkat 6 lagi? T_T . Aku bernasib baik masa tu sebab ehemmm, masa tu baru je kahwin. Jadinya, laki aku ah mangsa untuk aku buli tolong kemas dan pindahkan barang rumah. Kekekeke.

Dah duduk blok 1, tahun terakhir tu, aku kena pindah lagi ke blok 19 kot kalau aku tak silap. Sebabnya housemate aku masa tu semua dah habis degree. Lagipun dorang kira senior lah. Aku junior. Tapi sebenarnya sebaya. Cuma dorang masuk awal. Aku masuk lambat 6 bulan dari dorang.

Bila pindah blok 19, baru lega sikit sebab rumah sewa ni PALING BAWAH beb wa cakap sama lu! Mana lah wa cakap tak bawah. Sebabnya kalau nak pegi rumah sewa baru wa tu, lu kena naik anak tangga tak sampai 20 atau lebih pun anak tangga. Tahu-tahu je, lu mesti dah sampai rumah wa. Kata tingkat satu kan? Hehehe.

Haaaa ... dari pengalaman pindah randah banyak kali masa study ni lah, aku aplikasikan apa yang patut masa nak pindah rumah kat sini pulak terutama sekali dalam bab nak packing barang-barang rumah. Terus-terang lah aku bagi TIPS PINDAH RUMAH yang memudahkan korang ; Kalau pindah rumah, tak payah nak masukkan barang dalam kotak bagai. Korang sumbat je dalam BEG PLASTIK SAMPAH HITAM yang besar tu! Senang sumbat, senang kemas balik. Yang penting, senang nak punggah. Sila cuba. Jangan ragu. Huhuhu.

Apapun, aku bagi korang tahu, 3 sebab utama kenapa aku perlu pindah rumah baru :


1. Syiling Rumah Bocor

Pada yang tahu dan ikut blog aku atau Twitter aku, korang tahulah keadaan aku kat rumah macam mana setiap kali hujan turun kat Jeddah ni. Aku memang tekanan kalau hujan. Memang HUJAN ITU RAHMAT tapi keadaan rumah sangat tak rahmat pada aku. 

First time bocor dan rumah banjir, boleh lagi lah. Tapi kalau dah berkali-kali hujan dan setiap kali hujan tu, rumah aku banjir, kalau kau jadi aku, KAU SANGGUP BERTAHAN TAK? Sanggup? Aku TAK

Dan demi isteri tercinta, laki aku carikan rumah baru. Elehhh ... tapi memula tu, dia cari sorang-sorang. Cari tak ajak aku pun. Lepas tu, balik rumah dok gebang kat aku cerita rumah yang dia survey tu macam mana rupa. =_=

Aku ni pulak, jenis orang yang selagi tak tengok sendiri, selagi tu aku tak puas hati. Dan akhirnya, survey sesama sampailah kami lakibini bertemu jodoh dengan rumah baru yang sekarang ni.


2. Sikap Jiran Sebelah & Bawah Rumah

Aku dah pernah cerita pasal sikap jiran sebelah rumah aku ni. So rasanya tak perlulah aku ulang banyak kali. Cuma kalau yang baru baca blog ni, apa yang boleh aku buat kesimpulan tentang jiran sebelah adalah sikap yang TAK TAU JAGA KEBERSIHAN. Itu je.

Jiran bawah ni pulak, fuhhhhhhh ... memang menguji habis. Lagi aku sibuk nak pindah, lagi makin menjadi. Bunyi muzik dari rumah dorang pada pagi buta memang SANGAT MENGUJI KESABARAN! Memang takde rasa hormat langsung dengan jiran lain. Sakit jiwa betul dapat jiran macam ni.

Paling tak boleh blah bila pesta muzik diiringi dengan pesta maksiat! Bawak balik perempuan. Sampai tokeh kedai runcit bawah rumah aku pun dok komplain pasal jiran bawah rumah aku ni ha. Haih. Apa nak jadi lah?

Aku ingat habis kat situ je tapi rupanya tak. Nak dijadikan cerita, jiran sebelah aku ni kan sebenarnya kerja satu company dengan laki aku. Dalam 2, 3 hari lepas kami lakibini pindah, si jiran sebelah ni cari laki aku and mengadu pasal jiran bawah. 

Rupa-rupanya ... hmmm ... makin teruk perangai jiran bawah bila ... ehem ...

Aku tak perlu cerita detail sangat. Biarlah kami lakibini je tahu. Aku harap jiran bawah tu berubah lah. Malu sangat sebab yang buat tu Islam. Local people lak tu. Kalau tak malu dengan jiran, paling kurang pun, malu lah dengan TUHAN! =_=


3. Bakal Ada Office & Hospital Sebelah Rumah

Dekat area rumah lama aku tu, aku rasa dah aman je masa aku memula datang Jeddah. Tapi bila perasan ada construction buat hospital kat sebelah ditambah pulak, bila orang dah start renovate rumah kat belakang jadi office, terus rasa jadi tak aman. Jadi tak selamat.

Setiap hari dari siang ke malam, terpaksa dengar BUNYI BISING orang buat construction. Bunyi kelentung kelentang yang kekadang boleh buat jantung kau terkejut bila ada barang construction terjatuh ke bawah atau ada bunyi mesin construction.

Tapi wa cakap sama lu lah kan. Hospital tu kan kalau dah start operasi, lu nak register masuk hospital tu pun lu dah kena bayar 15k! 15k ok. Bukan 1500 apatah lagi 150. Berapa taraf bintang kelip-kelip hospital tu pun, wa taktau. Kalah taraf Burj Dubai silap haribulan nanti.

Ok. Fine. Construction tu kira boleh lagi lah tapi kalau dah BELAKANG RUMAH JADI OFFICE, ape cerita? Kalau siang, jangan kata nak bukak tingkap, nak selak langsir pun aku dah kena pikir banyak kali. =_=

Mana tak kena pikir banyak kali? Kalau nak selak langsir, orang luar boleh nampak aku kat dalam rumah. Kan bahaya. Bahaya satu hal, aurat pun satu hal. Aku jadi tak bebas nak masuk bilik. Dah lah itu satu-satunya bilik yang ada sebab memang sewa apartment satu bilik je. 

Bilik tu lah tempat aku tidur, tempat aku nak solat, dan juga paling penting, tempat aku nak pakai baju lepas mandi or nak salin baju ke ape ke. Huhuhu. =_=

Susah. Payah. Pindah rumah lain je adalah JALAN TERBAIK.

Ok. Dah cukup aku bagi 3 sebab utama kenapa aku terpaksa pindah rumah. Sebelum aku end up entry ni, aku bagi korang tengok video keadaan banjir sebenar dekat Jeddah ni ha. Aku dapat video ni dari Flickr. Tengok jangan tak tengok!




Kesimpulan dari aku untuk video ni : JANGAN SALAHKAN HUJAN tapi salahkan manusia-manusia bijak yang tak pandai nak buat drainage sistem baik dekat rumah atau dekat jalanraya. Sekian. Hehehe.

Masalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...