February 17, 2014

Weekend Gateaway : Ammar's First Umrah

Not really he performed Umrah. Just teman Mummy and Papa dia je. Hehehe.

Nak buat Umrah ni pun tertangguh sampai 2 minggu. Memula tu plan, nak bawak nak dukung dia je tapi memandangkan, budak ni pun dah seberat kampit beras, adalah pikir banyak kali jugaklah nak dukung je dari awal sampai selesai Umrah.

So, we decided beli baby carrier or kami panggil poket kanggaroo. Hihihi. 

Cerita pasal baby carrier ni, dari masa pregnant lagi saya dah bagitau suami yang saya nak beli baby carrier brand Ergo.

A bit expensive tapi apa sahaja untukmu anakku. Lagi pulak first baby kan. Lagi pulak lagi, lama menunggumu anakku. Kohkohkoh. 

Time nak beli tu la baru saya terhegeh-hegeh nak study pasal ErgoBaby carrier ni. Ehhh, kenalah study jugak. Semua benda kena study kot. Dulu masa nak beli stroller pun kami study sesama gak. Bukan study apa, nak tengok, berbaloi ke beli, bagus ke and so on.

Bila da habis study dan memandangkan ErgoBaby carrier ni ada macam-macam jenis, saya decided nak beli ErgoBaby carrier Sporty. Saya pilih Sporty sebab kat bahagian waist besar and sebab lain, ErgoBaby Sporty ni warna merah. Hahahaha. Stroller dah merah, carrier kenalah merah gak. Kikikiki.

Ok. Back to the story.

Disebabkan saya taknak suasana crowded sangat, saya ajak suami buat hari Sabtu sebab biasanyaaaaaaa kalau hari Jumaat, jemaah memang akan ramai sebab Solat Jumaat. Kalau Solat Jumaat, memang masjid akan extra penuh. Jadi, marilah pergi hari Sabtu pagi selepas Subuh.

Malam nak pergi tu pun, saya dah risau dok mikir anak bujang sorang ni sebab anak bujang saya ni bangun pagi dalam pukul 11 ke atas. Paling lambat dia penah bangun adalah pukul 1.30 tengahari okay. Memang anak bujang sangattttt! Nasib baik bujang kalau anak dara memang haku kejutkan aje. Hehehehe.

Pagi Sabtunya tu, memang kena bangun la. Biasa time Subuh memang Ammar akan bangun untuk saya tukar pampers dan menyusu.

                     

Tapi tapi tapiiiiiii .... Pepagi tu kan, Papa dah angkat kita bawak masuk toilet, mandikan kita dan kemudian, Mummy siapkan kita macam biasa. Wuuuuuu. Muka kita memang mengantuk tapi apakan daya. Mummy dah cakap masa ni, nanti masuk kereta boleh sambung tidur. Okay Mummy! 

                     

Tapi memang betul pun. Bila suami letak je budak ni dalam car seat, mata dia pun dah layu. Saya bajet dia akan nangis nak minta menyusu tapi tak pun. Few minutes after dah jalan tu, terus dia tertidur sendiri. Hihihi. Sepanjang perjalanan dari Jeddah sampai ke Mekah Ammar tidur lena.

Alhamdulillah masa sampai Mekah tu, cuaca memang sejuk dan langit mendung. Memang expected akan hujan dan kesian anak bujangku sebab Mummy pakaikan dia sleeveless romper. Wuuuuuu. Memang tak bawak baju sejuk dia or any baju spare lengan panjang ke apa. Lesson learned sungguh hari itu. Kihkihkihkih.

Mujurlah nak buat Umrah tu, nak letak Ammar dalam carrier kalau brand Ergo, untuk baby yg below 6kg and still kecik and kaki tak boleh nak kangkang lagi, you have to buy, Ergo Baby Insert. Then baru boleh letak baby dengan selesa sebab insert tu macam sarang tebuan bentuk dia. So, inshaAllah baby akan selesa and stabil dalam carrier tu. Jadinya bila letak dalam insert tu, takdelah Ammar sejuk sangat.

                     

Dan Alhamdulillah, masa tawaf tu, hujan turun dengan sangat lebat kat Mekah. First time untuk saya dan suami buat Umrah dalam suasana hujan sampai terpaksa berhenti buat tawaf masa pusingan kedua sebab hujan memang sangat lebat. Ada hikmahnya pada kami sebab at least, Ammar takdelah rasa panas sangat ke apa. Sepanjang tawaf tu pun, dia memang tidur lena dalam carrier. 


Kali pertama bertiga buat Umrah bersama. Syukur Alhamdulillah. Dulu selalu tengok orang lain bawak baby. Sekarang, Tuhan bagi kami merasa pulak. Emo kejap. Hahahaha. Sebab saya sampai sekarang tak expected that I will pregnant and we gonna have a baby. Hihihi.

Lepas selesai Tawaf tu, terus Saei. Masa ni, Ammar dah bangun. Kebetulan pulak, dia semprot ( berak ). So, sebelum saei, tukar pampers dia dulu then baru sambung semula urusan Umrah.

Masa Saei tu dalam pukul 10 pagi kalau tak silap and masa tu Ammar dah few hours jugak tak menyusu. Tapi bila saya check tengok dia nak menyusu tak, langsung dia taknak okayyyyyy! Atau dalam erti kata lain, menyombongggg! Sua nenen tapi luek kan balik. Ok takpe. Dia jadi macam tu sebab dok leka tengok lampu bersinar-sinar menyala sepanjang baik dari Safa ke Marwah dan juga Marwah ke Safa. 

Sepanjang 7 pusingan tu la dia leka tengok lampu. Tak menangis langsung nak susu. Ikutkan biasanya dia dah start merengek-rengek bila dah berejam tak menyusu tapi masa tu, tak langsung. MashaAllah, he is really such a good boy of mine! Elok lepas tahalul baru dia merengek nak menyusu. 

Masa habis Umrah tu dah pukul 11 pagi. Alang-alang, kami stay je dalam Masjid sampai selesai solat Zuhur. So, sebelum solat Zuhur tu, menyusukan dia jap.

                   

Alhamdulillah again, sebab sepanjang tu la Ammar elok je duduk diam. Dia sibuk tengok orang sebelah solat masa ni. Pastu dah penat tengok orang, dia ajak Mummy borak-borak mengadap melayan dia. Dah penat, terus tidur. Tapi masa solat Zuhur, menangis sebab Mummy letak atas sejadah. Kihkihkih. Lastly, dukung je la masa solat sampai habis solat. Terus diam. Yeay!


Dan lepas selesai solat Zuhur, masa saya tengah leka jalan carik suami, group makcik Turki ni dok panggil-panggil saya sebab dorang geram tengok Ammar and nak pegang Ammar. Mujurlah anak bujang ni jenis muka sardin. Sikit tak heran. Makcik-makcik ni main pass-pass dia  pun, dia sardin je muka. Hahaha.

Ok Ammar. You did well for our first Umrah! Alhamdulillah. We proud of you. Nanti senang-senang lagi, kita pergi okay? But as usual, be good tau! 

Till then. Muah!

15 comments:

  1. nice! Alhamdulillah..Sgt seronok tgk Ammar enjoying his 1st Umrah! Be a good son syg!

    ReplyDelete
  2. proud of ammar too....bijak dia...kenangan untuk dia dah buat umrah masa kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tenkiu Auntie! Nanti Ammar doakan Auntie satu family sampai sini okay?

      Delete
  3. Nailah..Assalamualaikum. .wawwww tergode nengok pipi ammar...hehehe..ammar tahalul jugak ke..ni soalan serius..mn tau sok esok nk bw baby jugak...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak. Ammar tu kami tahalul jugak sikit. Saje.

      Delete
  4. Nailah, masa amik gambar satu family tu dari belah mana eh? tempat tawaf tingkat atas tu ke? Rindunya i kat makkah... (sob...sob...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye saya. Lagipun memang tawaf kat tempat mataf bertingkat tu. Bawak baby kan plus orang skrg tengah ramai kat belah bawah.

      Delete
  5. seronoknyerr ammar yer...tu laa kelebihan disane.sikit pon xmeragam dia.Subhanallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang biasanya kalau bebudak datang sini, inshaAllah dorang baik & tak meragam.

      Delete
  6. wah. untung ammar. kecik kecik ag dah teman parents g umrah. jeles aunty taw !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki Ammar. InshaAllah nanti rezeki Auntie pulok.

      Delete
  7. Ya Allah, akak teringin nak bawak anak akak jugak. Tapi akak takut je dia bersilat kat dalam tu habis luruh kain ihram bapak dia mengejar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Kak D ni. Bawak je anak-anak datang sini. InshaAllah Rayyan tu okay. Sebab biasanya bebudak kalau datang Mekah ke Madinah ke, inshaAllah dorang akan behave sikit. Belum cuba, belum tauuuu!

      Delete
  8. singgah..salam kenal....
    Seronoknya baca n3 ni.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...