February 5, 2014

Blouse Wanita

Blouse adalah antara baju yang a must have untuk setiap perempuan. Kira kalau almari awak tu penuh baju tapi kalau takde blouse sehelai pun, kira tak complete lah. Tak best. Sebab blouse ni boleh in dengan apa style sekali pun.

Pulak tu, blouse yang ada jual sekarang, macam-macam design ada, macam-macam corak pun ada. Nak blouse penuh ropol pun ada. Nak blouse yang sopan pun ada. Kena pandai pilih. 


Tengok macam printed blouses ni. Cool kan. Macam-macam jenis corak ada. Lagi pulak, sekarang memang tengah trend sangat printed-printed ni. So, memang sangat in kalau nak digayakan ke mana sahaja.


Kalau taknak printed blouse, plain blouse bersama ropol-ropol kat leher macam ni pun kira cun dan smart sangat. This is one of a kind blouse yang saya suka. Saya lagi extra suka sebab blouse design macam ni ada butang kat depan which is senang nak breastfeed dan lagi satu saya suka blouse macam ni sebab hand cuff. I love hand cuff sebab takyah pakai stongan dah melainkan kalau blouse tu jarang. Hewhewhew.

Anyway, blouse ni boleh digayakan dengan apa sahaja. Kira blouse ni kalau pakai dengan skirt boleh, kalau yang berhijab macam saya, nak gayakan dengan long skirt memang sopan sangat lah, tak pun, nak gayakan dengan jeans, pun lagilah boleh, tak pun dengan seluar pendek. Ikut awak ler. Semua kena inshaAllah. 


Ni contoh pemakaian blouse. Digayakan as working attire. Smart kan? Pegi keja cantik-cantik macam ni terus boleh buat diri semangat ke kerja. Ye ke idok? Kalau yang berhijab tu, gayakan dengan long skirt. Confirm cun!



Ni pulak gaya santai. Nampak extra santai dan cool bila digayakan bersama rantai yang ringkas dan juga clutch. Ringkas ringkas je tau kalau nak pakai aksesori sekali sebab kang kalau pakai aksesori sarat sangat dah nampak macam apa pulak kang. 

Lagipun dalam berfesyen ni, lagi ringkas, lagi sedap mata memandang. Serabut sangat gaya kang, diri pun boleh nampak serabut tanpa sedar. Kan?

Anyway, kalau rasa diri itu terasa berat bontot nak beli blouse kat shopping mall yang memerlukan kita kena menempuh jalan raya yang sesak dan terasa seperti membazir masa sebab banyak masa dah habis kat jalan raya, tak pun kalau rasa diri malas sangat nak bersiap semata nak pegi shopping, korang bolehlah duduk depan laptop je, lepas tu bukak website ZALORA.MY untuk shopping blouse. Cool kan?

Sebab Zalora ni dah kira macam shopping mall jugaklah sebab Zalora ada banyakkkkkkkk gila pilihan blouse yang cantik-cantik, yang ringkas dan paling penting harga berpatutan. Zalora memang offer the best price dan rugi kalau korang takat tengok je.

Kot siapa-siapa yang jenis beli baju branded tu, jangan risaulah. Zalora ada jugak jual blouse brand River Island, Ezra,  Kitschen dan juga Something Borrowed. Super cool kan? 

So, apa lagi? Pegi tengok kat Zalora. Kalau tak tengok harini, esok pun boleh, kalau tak esok, lusa pun boleh sebab Zalora ni hampir setiap hari bagi offer yang best yang tak patut ditengok begitu sahaja. Pulak tu, Zalora bagi free shipping ke seluruh Malaysia untuk setiap pembelian. Dah tak payah nak tambah harga postage dah. Lepas tu kot kalau dah beli blouse tu, pastu korang tak puas hati ke, tak muat ke, apa ke, dalam masa 30 hari, boleh buat pemulangan semula kat Zalora. Best kan? Best kan?

Untuk maklumat lebih lanjut dan juga untuk cuci mata korang, silalah layari website Zalora Malaysia  dan kalau nak sentiasa tengok Zalora update apa kat website dorang, yang ada akaun Twitter tu, bolehlah follow Zalora Twitter .

Happy shopping di Zalora! Muah!


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...