September 1, 2013

Umrah Lepas 5 Bulan Lebih Cuti Berehat

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Lepas lebih 5 bulan cuti rehat dari buat Umrah atas faktor kesihatan dan keadaan diri sendiri yang tak menentu, semalam, saya dapat buat Umrah semula dengan jayanya walaupunnnnnnnn ... sehari sebelum nak pergi tu, hati debor-debor sebab cuak takut dapat buat separuh jalan memandangkan kesihatan diri yang kejap ok, kejap tak.

Tapi takpelah. Bak kata suami, : " InshaAllah ok punya. ". Bab menkonfidenkan isteri memang cemerlang. Never failed! =_="


Jadinya semalam, seawal Subuh dah bangun, mandi dan siap-siap berihram dan niat dari rumah dan gerak ke Makkah. Alhamdulillah jalan tak berapa nak busy. Sekejap je sangkut sebab eksiden tapi lepas tu ok dah sampai ke Makkah. Seperti biasa, parking kat Kudai je sebab taknak amik risiko. Walaupun memula tu macam nak parking kat Safa Tower tapi disebabkan takut jugak kot-kot jalan kena blocked ke, dah satu keja nak berpusing-pusing buang masa. 

Kalau parking kat Kudai, sonang. Amik teksi, terus teksi hantar dekat tepi MasjidilHaram. Jimat masa dan takyah nak risau pikir sebarang risiko lain.


Sampai MasjidilHaram dalam pukul 8 pagi macam tu. Memang lengang gila sekarang ni kat MasjidilHaram sebab kebanyakan jemaah Umrah dah takde plus visa Umrah pun dah tutup untuk bagi laluan musim Haji pulak.

Sampai-sampai je, terus buat Umrah.

Bila dah lama tak pegi buat Umrah dan kebetulan pulak kat dataran Tawaf tu memang dah banyak perubahan berlaku, saya jadi jakun gila tengok keliling. Hikhikhik. Paling kagum sebab dah ada kipas air. So, inshaAllah takdelah jemaah nak berpeluh-peluh dah time Tawaf.

Alhamdulillah, rasanya dah bertahun duduk sini dan buat Umrah, rasanya, urusan Umrah semalam punya adalah yang paling cepat, pantas dan paling nikmattttttt! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ;')

Saya cakap paling nikmat sebab setiap kali pusingan Tawaf, saya dan suami dapat pegang Rukun Yamani. Nak pegang Rukun Yamani tu takde nak rebut-rebut. Jalan lenggang kangkung je. Hihihi. Alhamdulillah syukur.


Dan kebetulan pulak, masa buat Tawaf tu, ada kerja baik pulih kain kiswah yang terkoyak. Biasalahkan. Bila dah ramai sangat jemaah, macam-macam boleh jadi. Macam semalam ni, tempat koyak tu banyak tempat, jadinya tukang jahit tu tampal kain kiswah bentuk segiempat besar tutup semua tempat koyak. First time tengok orang jahit gitu. Ingatkan memula tu nak buat apa. Rupanya nak repair kain kiswah. 


Alhamdulillah, disebabkan jemaah memang sangat kurang, kami memang dapat peluang berdoa dan buat Solat Sunat Tawaf betul-betul di depan Multazam. Seronok gila rasa. Takde rasa unsecured takut orang tertolak ke terpijak ke. Memang tenang je sebab jemaah memang tak berapa nak ada. Syukur.


Muka gumbira sebab Umrah dah halfway. Tawaf pun amik masa dalam 15 minit je plus baby pulak, baikkkkkk je. Takde lasak-lasak dalam perut. Kalau tak, kejap-kejap nak menendang. Tapi semalam, diam je. Mungkin terkesima agaknya tengok Kaabah. Hihihi.


Dulu, pintu ni takde. Ini dorang baru letak. Bagus jugak letak pintu ni sebab boleh kawal jemaah yang nak masuk ke kawasan Hijr Ismail. Kalau tak, bila dah ramai tu serabut jugak.  Ni bila dah ada pintu, tutup je terus kalau dah ramai sangat. Sebab kadang, masa dulu time takde pintu ni, even dorang blocked dengan something pun, ada je yang kepala batu pi masuk jugak. Huhuhu.


Selain dapat solat betul-betul di Multazam, kami dapat jugak solat sunat di kawasan Hijr Ismail. Pun tak ramai kat kawasan tu. Kalau nak duduk ngaji sampai khatam pun boleh. Hihihi. Alhamdulillah, syukur.


Myself depan Kaabah dengan perut berisi penghuni yang sudah 6 bulan usianya. Muka bajet gila siotttttt! Hahahaha. Masa ni tak berapa nak amik gambar sangat sebenarnya sebab ramai tengokkkkk. Kahkahkah. =___="


Kaabah.


Kaabah lagi. Tau korang suka tengok. Letak banyak-banyak pun, takpe kan? LOL. :p


Kawasan Makkah dengan MasjidilHaram still busy dengan kerja construction 24/7. Tak pernah berehat pun. Memang fast track projek.


Kat Saei', lampu hijau pun dah ganti baru jadi macam ni. Lengang kan? Ni kat tingkat 2. Kami tak buat kat tingkat bawah sebab ..... hihihihi.


Marwah. Tak sampai 10 orang kot kat Saei tingkat 2 ni.


Kami buat kat tingkat 2 sebab kami naik scuterrrrrrr untuk buat Saei. Kihkihkih. Haaaaa ... ni bukan saje-saje okay? Ada sebab. Sebab utamanya mestilah saya ada asthma. Orang yang ada asthma ni, bila pregnant, lagi teruk penyakit asthma sebab baby akan menolak dan menyempitkan lagi saluran pernafasan yang dah sedia sempit tu.

Masa tawaf tu pun, mujur lepas selesai Tawaf baru rasa termengah-mengah. Bertambah lagi termengah-mengah lepas Tawaf tu bila masa nak ke tingkat 2 ni, saya kena naik ramp tinggi dan jalan jauh. Baru berlagak nak jalan kaki je macam biasa time Saei tapi takdo maknonyooooo! 

So, sekarang ni, siapa datang Umrah atau Hajj nanti, kalau taknak naik kerusi roda, scuter ni boleh disewa kat tingkat 2. Naik escalator dekat sebelah Safa tu, terus toleh belah kiri. Nanti ada kaunter tempat nak sewa scuter ni. Sekali sewa cuma SAR50 sahaja. Tapi make sure sebab ada faktor kesihatan ye. Takpun sebab bawak baby kecik atau alasan lain yang munasabah. Jangan nak ngelatttttt! :p


Masa ni, kami still atas scuter tapi dah selesai Umrah. Kami on the way nak pi balik opis tempat kami sewa scuter ni tadi.

Alhamdulillah, Umrah kami selesai dalam sejam setengah macam tu. Syukur sangat-sangat sebab segalanya dipermudahkan olehNya. Rasa best gila bila buat Umrah time jemaah luar takde macam ni. Terus suami semangat nak ajak buat Umrah setiap minggu selagi jemaah Haji belum masuk. InshaAllah ameen ameen!


MasjidilHaram. View selepas Zuhur. Pic captured dari Safa Tower.

Walaupun selesai Umrah awal, kami tak terus balik Jeddah. Kami pi Safa Tower. Berehat, makan dan .... hihihi .. we did some shopping sikit kat Menara Al Bajrait  or kat bangunan Tower Clock tu. Rasanya lah kan, macam dah kena sampuk kot dengan hantu shopping kat situ sebab selalu benorrrrr dah, asal pi situ je, shopping tu macamlah kat Jeddah tak boleh nak shopping! Hahaha.

Dan, memandangkan keadaan sekarang ni, saya tengah dok menggalak beli baju untuk baby. Tak boleh nak control okay nafsu membeli. Gerammmm sangatttt! Lagi geram bila sale kat sini, jangan cakaplah. Baju branded semua kalau sale, ya rabbi ... jadi murah yang amat. So, memang selalunya akan jadi sangatlah rakusssssss! 

Suami bising sebenarnya sebab baju dah berlambak kot tapi biasalah, dia tu mulut je bising tapi kang, kalau tengok harga sale tu reasonable, then design baju tu cute miut sikit, dia pun, ok kan sajoooo! Hahaha. 

Macam semalam, at first tu, dia tak bagi beli tapi bila saya cakap : " Murah ni B, jimat ratus-ratus. " plus bila kat kaunter tu, cashier tu cakap, pi amik lagi sehelai baju yang sama harga sebab buy one free one, terus suami cam tak boleh nak cakap apa. Hahaha. Sori B. I am still the winner. Anyway, jazakumullah khukhair sebab tolong bayarkan. Nanti bayarkanlah lagiiiii! :p

Oh ya, kami balik Jeddah selepas selesai solat jemaah Zuhur di MasjidilHaram dan inshaAllah, minggu depan bersamaan Jumaat akan datang ni, kami akan ke Madinah pulak. 

Jemaah luar takde, inshaAllah Raudhah mesti lengang. Rindu Madinah. Rindu Raudhah. I just can't wait!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...