April 8, 2013

Tetamu Allah : Pak Long Sefamili

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Seminggu lepas, another tetamu Allah datang untuk beribadah kepadanya iaitu Pak Long sefamili. Rombongan meriah sebab Alhamdulillah Pak Long bawak 2 orang cucu dia iaitu Fahmi dan Faqiha / A'a.

Plan datang Makkah pagi nak bawak dorang keluar pi breakfast roti canai tapi Pak Long pulak masa kami sampai tu, baru je balik dari melawat kubur arwah Mak dia dengan sedara-mara lain. Kaki pun dah cramp sebab Pak Long jalan kaki je pergi sana. Huhuhu.

Jadi, kami just duduk dalam bilik, borak-borak, sembang-sembang. Time solat Jumaat, yang lelaki-lelaki je pi solat. Kami yang perempuan cuma duduk dalam bilik. Disebabkan banyak masa nak tunggu kaum lelaki habis solat, saya sempat tidur kejap sementara Syera dengan Mak Long dok pulun kemas baju dan barang-barang lain sebab the next two days tu, dorang nak balik Malaysia dah.

Time lunch, saya pi menyibuk gak ikut dorang pi lunch yang dah disediakan oleh travel agency. Alhamdulillah, sedap sangat sebab saya dapat makan nasi minyak! Hehehe. Rindu. Lama sangat dah tak makan nasi minyak but lagi rindu nak makan nasi minyak dalam suasana kenduri kahwin. I wish ....... =_____= !

Lepas solat Jumaat, kami reramai rombongan Cik Kiah pergi rumah sedara Pak Long kat Makkah jugak. Few kilometres from Haram. Ramai rupanya sedara Pak Long kat Makkah tu cuma kami je tak pernah nak tau. Dulu ada sorang ni, harap amik nombor telefon je tapi bertahun duduk Jeddah, haram tak pernah jumpa ke apa. Hahaha. Bukan sombong tapi segannnnnnnn! Hihihihi.

Rumah sedara Pak Long ( Abang Fauzi ) ni kira dalam 10 ke 15 minit dari MasjidilHaram. Masa nak pi rumah Abang Fauzi ni, punyalah rasa lamaaaaaaaa gila nak sampai. Rasa macam ceruk sangat rumah dia. Tapi elok masa nak balik semula ke MasjidilHaram, e'eh dekat pulak. Tau-tau dah sampai. Hehehe.




Saya dan Syera. Pangkat sepupu. Saya suka gambar ni sebab saya kelihatan lebih kurus dari Syera. Wakakakakaka. :p


Yang ni pulak saya dan A'a. Dia dikira anak sedara lah sebab dia anak kepada sepupu saya. Sayang lebih kat budak ni sebab walau pangkat Mak Sedara - Anak Sedara tapi dia tetap gigih panggil ' Kak Ilah '. Terus rasa muda jelita lagi rupanya daku ini. Wakakakaka. :p


Gambar rombongan Cik Kiah bersama tuan rumah iaitu Abang Fauzi ( Belah kiri sekali berbaju putih. Yang hensem-hensem tu, dialah tu. Hahaha. ) . Si isteri tiada dalam gambar as a respect sebab dia memang taknak bergambar. Faham-faham sendirilah kenapa. Hehehe.

Alhamdulillah, kat rumah Abang Fauzi ni, isteri dia hidangkan Nasi Arab dengan Ayam Bakar. Mash'Allah sangat sangat sedap! Other than that, Kakak ( Serius lupa apa nama isteri Abang Fauzi. Bukan lupa tapi memang datang jumpa haritu lupa nak tanya nama sebenarnya. Hahahaha. :p ) buat homemade Bubur Kacang campur Jagung dan juga Kek Pisang. Mash'Allah, both pun sodapppp! Terus lupa yang saya ni sepatutnya tak boleh makan dua makanan tu. Tapi apa daku kira. Bedal jugak! Hahaha.

Rumah Abang Fauzi ni kan, Mash'Allah, cantikkkkk sangat! Rumah memang beso la sebab dorang sefamili ni pun memang dah berpuluh tahun duduk Makkah. So, memang cara hidup pun dah jadi style orang Arab.  Style dalam rumah memang Arab dah sebab living hall untuk lelaki dan perempuan memang asing-asing. Tempat makan pun sama. Cakap dalam rumah pun, memasing cakap Arab.

Anak laki dia yang kecik baju hijau dalam gambar atas tu, langsung tak paham bahasa Melayu. Zero. Kalau cakap Melayu ke dia, muka tercengang. Hahaha. Alhamdulillah mujur Abang Fauzi masih fasih cakap Melayu cuma slang Kelantan sikit. Isteri dia pun lebih kurang. Tapi nak compared dorang lakibini, Abang Fauzi lagi fasihlah. Hehehe.

Kami semua lepak borak sampai dah nak Maghrib. Gerak dari rumah, ngam ngam sampai dekat area hotel tu, dah pun Imam angkat takbir nak start solat jemaah Maghrib. Kami cuma mampu solat kat bilik je sebab dari hotel nak ke MasjidilHaram agak jauh. Kira afdal la tu solat kat hotel. Kan? :p

Lepas solat Maghrib dan sebelum jalan sesak nak ke waktu Isyak, kami pun gerak balik rumah. Gerak awal sebab suami pun parking kete kat Kudai Parking. Kang lambat-lambat, takde teksi pulak. Mujur Alhamdulillah rezeki, suami dapat tahan teksi dekat-dekat dengan hotel.


Suami dan Fahmi juga A'a.


Us.

And, few days later, pi jumpa dorang lagi tapi bukan dekat Makkah, kami pi jumpa kat epot. Kebetulan pulak, dorang ni naik Saudi Airlines and dorang naik kat Saudia punya epot. So, bolehlah pi jumpa sebab kat Saudia epot, keadaan agak tenang dan tak sibuk macam kat Terminal Hajj epot atau International epot.



Sempat lagi ajak bebudak tu pi makan donut and minum frapuccino. Tapi tak sempat nak makan, dah kena panggil boarding masuk dalam. Itu yang dalam gambar kat atas ni, memasing pegang coffee dengan donut. 

Haaa ... dah nama jumpa dorang, saya jumpa lagi Kak Lezam. Hehehe. Sempat lagi nyambung borak. Itu yang dia ada dalam gambo tu. ;)


Ma'asalamah. Jumpa lagi ....


Nanti kalau ada rezeki, datang lagi okay? ;)

6 comments:

  1. ha..ha...jangan jelouse you..saya ada lagi dalam ini gambar,masa ni nak sesak dada cari suami yang dok tidor sakan,sedangkan semua member group dah masuk dalam...nasib baik Pak Long ilah pun tolong carikan sama..salam rindu ilah,insya-allah nanti akak mesti cari ilah lagi.moga sentiasa diberkati Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Haruslah ada. Dah kata sama group! Hehehe. Teringat jugak kes tak jumpa suami tu. Hahaha. Salam rindu buat Akak juga. InshaAllah panjang umur, berjumpalah kita lagi hendaknya. Aminnn!

      Delete
  2. haha. kak ilah, pak long punya xsabar kalau boleh nak pergi lagi bulan 6 ni.tapi mak long membebel cakap kaki belum baik sakit.huhu. in shaa Allah ada rezeki pergi lagi tahun depan. ehhhhh...kak ilah nk tauu..abah punya ngigau hari ni..dia balik kg kedah..kejap lagi kawan dia call nak dekat subuh, dia mamai bgtau kawan dia, dia kat mekah ni.tgh siap2 nak pergi masjidil haram. huhu. rindu sgt kat sana tuh sampai mamai.

    ReplyDelete
  3. singgah tambah ilmu&salam kenal dari BS
    As-salam

    ReplyDelete
  4. Asw nailah,

    Nailah ke yg mesej akak kat fb masa akak kat madinah that day?

    ReplyDelete
  5. Rindu nyer la kat adik sorang ni... Apa khabar mu di sana... Hari hari aku buka.. Tp tetap tiada berita terkini.... Nailah...... Bangunnnnnn

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...