April 4, 2013

Suami & Japanese Food

Assalamualaikum.

Semalam cipta rekod sebab akhirnya berjaya juga pujuk dan bawak suami makan Japanese Food. Last time saya makan Japanese Food few years back kot. Pastu tak pernah nak makan dah Japanese food ni since ada satu kejadian membuat saya terbantut nak menikmatinya lagi. Maka, ber'puasa' lah selama bertahun. 

Tapi takdelah berpuasa terus menerus. Ada jugak cuba beli sushi kat few tempat kat Jeddah ni ha tapi still tak memenuhi citarasa tekak saya. Dahlah sushi kat sini mahal nak mampus. Dah beli mahal-mahal, boleh pulak rasa tak kena tekak. Terus takde nak sangat makan sushi dah.

Until lah ......

Few days back, this one sister of mine, Kak Rahima upload dia pi makan sushi as a birthday celebration for her husband. Terus teruja macam jakun macam apa tengok semua pic dia. Bila usha sendiri kat sister tu, dia pun bagi standing ovation untuk food dan paling penting harganya. Hehehe.

Dan ...

Saya pun tunjuklah kat suami. Hehehe. Nak makan mestilah ajak suami kan? Dah dia je pun yang saya ada kat sini. 

Dengan tak semena-mena terus dia ajak pi makan situ jugak sebab dia tahu yang isteri dia ni dah craving sangattttttt dengan Japanese food. Saya ni bukan tak teruja nak makan Japanese food after kawin, teruja je tapi suami saya ni dia tak tahan bau ikan salmon. Hanyir kata dia.

Faham je lah. Sushi kan ada salmon tuna bagai. Bau tuna pun dia memang tak suka. Dia selalu rasa pelik macam mana saya boleh makan smoked salmon and tuna tu semua. =____=

Tapi demi isteri, takpelah. Kata suami, " Kita try pergi dulu tengok ok ke tak. "

Terus semalam lepas suami habis kerja, semangat saya siap awal nak pi makan sushi. Kekekeke. Tempat yang kami pi ni tak dikira restoran lah sebab meja pun berapa ketul je. That is why agaknya nama dia, Wakame Lounge.

Wakame Lounge ni near to Star Avenue Mall. Dulu sebenarnya kami dah pernah pi tapi masa tu Wakame Lounge ni belum bukak lagi. Now, dah bukak. Almost 3 bulan da Wakame Lounge ni beroperasi.

Semalam sampai-sampai je, ingatkan dah tutup nak bagi laluan untuk solat Isyak tapi rupanya, the staff just locked pintu je. They allowed people to come in. Mujur kami sampai awal sebab few minutes later, terus tempat dah penuh dah.

Disebabkan saya tahu suami ni tak suka bau salmon dan tuna, so, takdelah saya pi gatal amik food yang ada raw salmon. Memang tak lah. Kang satu keja pulak nak mengadap muka keji dia tengok saya makan salmon hanyir kata dia. :p

We ordered ... ( Order pun menu yang sama dengan Kak Rahima. ) :



Crispy Chicken with Mayo kot. 

Ingatkan nak order Ebi Tempura ke tapi takpelah. Maybe next time inshaAllah. Kan B? :p


Nasi Goreng Seafood for suami. 

Sebelum nak datang sini, awal-awal saya dah tanya Kak Rahima, " Kak, tepayanki ada dak? ". Bila dia cakap takde, rasa macam nak cancel je sebab kepala dok pikir, " Apa laki nak makan ni? ". But when she said that ada Nasi Goreng Seafood yang sedap, so it was good dan penyelamat. Lagipun, nasi dan suami ibarat aur dengan tebing. Kekekeke. :p


Dan semestinya, sushi platterrrrr!

Sepatutnya it came with salad but masa pi tu, salad takde. So, dorang offer pilih memana sushi lagi 3 ketul as a replaced for salad. Saya pilih Ebi Sushi 2 ketul je sebab yang set 3 ketul kebanyakan ada Salmon, Tuna dan juga tidak berapa menarik perhatianku. 

Makanan yang takde dalam gambar adalah Miso Sup! Sedap gilosssssss okay? Serius nak nangis masa hirup sudu pertama tu sebab dah bertahun tak makan Miso Sup! Hahaha. Hirup Miso sup dengan mata stim-stim lagi as menikmati sup itu dan menandakan ia memang enak! Hahaha.

And of course, saya suruh suami cuba rasa Miso sup sebab suami ni memang seorang yang sangat sukakan lauk sup-sup. Kalau lauk sup je, jalan laju, berpinggan-pinggan nasi tambah. So, I am very sure mesti dia suka Miso sup and yes, he love it! Alhamdulillah!

Sambil suami hirup sup, sambil dia tanya satu-satu apa dalam Miso sup tu. ;)

Then, sushi kat Wakame ni adalah sangat kebabom gila! Sedap, harga sangat okay dan saiz besar. Sebelum ni beli sushi kat kedai lain, dahlah bape ketul je, pastu saiz kecik. Tak kenyang pun makan. Tapi makan sushi kat Wakame Lounge ni, baru berapa ketul makan, perut dah sengkak! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Makan kat sini memang suami 'arah' saya cocentrate dengan sushi sahaja memandangkan memang itu yang saya nak makan sangat. So, sambil makan sushi sambil rasa nak nangis sebab serius sedappppp! Hahaha. Ketulan sushi ke enam, makan nak nangis bukan sebab sedap dah tapi rasa nak menangis sebab perut dah sangat kenyang tapi dipaksa suami juga untuk habiskan semua! Hahaha. 

Oh ya, nasib dia ada juga tolong makankan sushi 2,3 ketul. Saya bagi dia makan sushi yang ingredient sayur and memang dia boleh telan tapi ikutkan semua sushi tu dia boleh makan sebab memang clean and clear dari salmon atau tuna. Alhamdulillah, dia suka tapi takdelah eksaited macam saya. So-so kata dia. :p

Apapun, Alhamdulillah sebab lepas ni, kalau craving sushi, dah tak perlu menangis kempunan telan air liur macam dulu sebab dah tahu tempat mana nak dituju. Saya siap cakap kat suami, " B, birthday I you belanja I makan kat sini je lah. No need to go makan hotel mahal-mahal lagi. I don't need that. I want this sushi. ". Kihkihkih. Kemain dah request awal tau. :p

To those yang kat Jeddah, you should give a try. InshaAllah puas hati. ;)

Sedikit nasihat : Buat sahabat-sahabat yang disayangi sekalian terutamanya yang suka makan sushi, tolong tolong tolong selidik dulu sama ada ia halal dimakan atau tidak. Tolong ada sikap peka dengan setiap makanan yang kita makan dan jadi darah daging kita. Saya cakap macam tu sebab :

  1. Saya pernah pi satu kedai ni. Restoran sushi ni memang pemes dan situ jugaklah yang saya selalu pergi nak makan sushi. Entah macam mana, tetiba tergerak hati nak tanya sorang brother yang tengah leka buat sushi kat depan saya. Selidik punya selidik, akhirnya, dia mengaku yang sushi yang dorang buat, dorang ada letak rum sikit.
  2. Same goes untuk kes kedua. Kedai sushi ni baru pemes 2 tahun kebelakangan ni. Pun sama. Bila di tanya, " Is it Halal dan ada sijil Halal tak? ". Terus staff dia geleng kepala dan bagitahu, ada certain bahan yang buat sushi, dorang letak rum jugak.
So, sebagai sesama Muslim, dengan rendah hatinya saya mengajak kalian supaya lebih peka perihal isu  halal dengan tak halal. InshaAllah tak rugi. Sebelum ikut nafsu makan kat tempat sedap, pikirlah dulu, selidik dulu sama ada tempat tu ada sijil halal atau tidak. Ok?

4 comments:

  1. sedapnye..terliur la...nak ajak asben...my asben ni kureng skit mkn sushi..xde geng nak pegi mkn..hehehe...nyway salam perkenalan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Kalau husband tak suka, cuba carik yang ada tepayanki sekali so that dia boleh makan yang tu. Anyway, salam perkenalan dan juga ukhwah. ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum. Rum tu sejenis seangkatan dengan arak. Biasanya selain sushi, ada dalam coklat, kek.

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...