March 3, 2013

Umrah Di Penghujung Februari

Assalamualaikum.

Khamis haritu kami ke Makkah lagi tapi kali ni bukan pi jumpa family atau kawan-kawan terdekat. Kami pi sebab nak buat Umrah. Tidur semalam kat Makkah. This time buat Umrah dengan Abu, Haida  & si kecik Sorfina yang Mash'Allah, baikkkkkkk sangattttt! Budak yang sangat tahu nak behave herself dan juga budak yang sangat tak meragammmm. ;)

Kami pi naik satu kereta. Naik kereta baghuuu! Kuat lagi bau kedai. Hihihi. Kami gerak ke Makkah pukul 10.30 pagi macam tu. Alhamdulillah sempat lagi kami breakfast kat rumah sebelum gerak ke Makkah.

Sampai Makkah lagi setengah jam nak ke waktu solat Zuhur. This time pi, kereta parked kat Kudai Parking. Jimat. Dari Kudai Parking, amik cab turun kat Safa Tower. Dari situ, tarik luggage pi simpan kat Luggage Locker yang pihak MasjidilHaram dah sediakan.


Masa ni tengah tunggu pihak suami pi simpan luggage.


Alhamdulillah, cuaca redup masa ni. Ada matahari tapi tak panas. 


Mama dan anak. Haida dan beg ajaib dia! Sorfina tekun tengok Mama dia kemas beg. Actually budak kecik ni haus masa ni. Ni dok tunggu Mama dia keluarkan cawan ajaib dia. Budak ni memang tengah haus sebab baru lepas main lari sana sini. ;)


Ni pertengahan Tawaf Umrah. Dah nak masuk pusingan 4 kot. Kami start buat Umrah lepas selesai solat Zuhur berjemaah dan siap-siap lunch kat Safa Tower. Niat asal sebenarnya nak buat Umrah right after solat Zuhur tapi konon nak pi cari biskut Sorfina tapi terlajak lunch sebab adalah 2 orang manusia ni lapoo. So, lunch je lah terus alang-alang dah ke arah Felda Restaurant tu. Bila perut memasing dah kenyang, baru masuk MasjidilHaram balik dan start Umrah.


Alhamdulillah orang tak ramai sangat. Tak sesak macam biasa.


Dapat complete Tawaf lebih kurang dalam setengah jam macam tu.


Masa ni sempat lagi amik gambar sebab dah nak masuk pusingan akhir.


Biasanya, kalau dalam TV korang tengok kat tempat Tawaf macam ramai tapi bila pergi sendiri, tak ramai sangat pun sebenarnya. ;)


Tawaf secara bersantai sajo. Tak perlu nak bersesak atau bertolak antara satu sama lain.


Time tawaf ni, biasanya akan jadi sesak bila tiba kat kawasan Hajarul Asawad sebab kadang, kat situ jugaklah ada jemaah yang berhenti tiba-tiba ikut suka hati dia. =____=


Ni kalau korang tak kenal gak taktau lah. Disebabkan kunci Syurga kat lelaki dalam gambar ni maka saya kenalah menurut perintah bila dia suruh amik gambo dia. Kemain dah budak ni, dah pandai nak suruh orang amik gambo. Kalau tak zaman dulu, kemain susah nak posing. Kadang sampai bergaduh sebab hal nak amik gambo punya pasal. Hihihi. :p


Itu tiang minaret MasjidilHaram yang baru. Minaret akan bertambah sebab MasjidilHaram itself dibesarkan untuk keselesaan kita semua. :')


Kaabah yang tidak jemu untuk dipandang hatta berjuta kali pun. Allah SWT memang sungguh sifatNya Ya Rahman Ya Rahim. Sebab tengok Kaabah pun, DIA bagi pahala. :')


Selesai Tawaf Umrah, bersesak sikit nak ke bukit Marwah dan Safa untuk Sae'i Umrah.


Nak ke tempat Saei, ikut je papan tanda hijau tu. Memang ke arah Sae'i. Memang semua bertumpu ke situ selepas selesai Tawaf.


 Tower kren bersepah-sepah kat keliling MasjidilHaram ni. Pemandangan begini akan kekal selagi projek tak siap.

Alhamdulillah, kami selesai Umrah lepas waktu solat Asar. Terus pi amik luggage sebab nak check in hotel pulak.


Extension of MasjidilHaram. Makin lama, makin besar MasjidilHaram ni. Alhamdulillah. Nanti takdelah sesak sangat kalau musim Hajj.


Extension baru ni kadang ada yang tak perasan sebab kontraktor dok siapkan pembesaran MasjidilHaram sebelah kiri dahulu. Tersorok sikit dari pemandangan.


Alhamdulillah, kali ni kami dapat check in kira awal la jugak walaupun stucked dekat kaunter lobi beberapa ketika sebab biasalah, manusia ni bermacam ragam. Huhuhu. Kali ni kami stayed dekat Fairmont Hotel. Tak dapat nak stayed hotel yang sama sebab dah kehabisan bilik. Fairmont Hotel ni kat Tower Clock. Dekat je nak ke MasjidilHaram. 

Cuma a bit leceh jugak sebab walaupun hotel yang korang rasa dekat tu senang tapi amik masa jugak sebab kena tukar-tukar lif nak ke Haram. Mujurlah dapat bilik tingkat 2 tapi bukan tingkat 2 sangat pun sebab sebelum tingkat 1 tu, banyak lagi levels lain. So, tingkat 2 tu macam tingkat 8 gitu. Hihihi.

Bila dah dapat check in semua, kami rehat kejap, mandi dan keluar semula sebab masa check in tu pun, dah nak ke waktu solat Maghrib. Memang kelam kabut pun. Turun nak ke Haram masa tu pun, kami  terus solat kat area pintu shopping complex sebab Imam dah start angkat takbir dah. Jemaah pulak memang dah menyambung sampai ke dalam shopping complex. Lepas selesai Maghrib, baru kami pi masuk dalam.


Right after Maghrib. 


Sementara nak tunggu azan solat waktu Isyak. Captured by suami.


Right after Isyak. 

Lepas solat Isyak, memang ramai gila jemaah. Bersesak-sesak kat luar sampai kami tersplit dengan Abu & Haida. Panik kejap sebab masa tu saya tengah dukung Sorfina sebab budak kecik tu dok main-main taknak pakai kasut. Jadinya, saya saje dukung konon nak bagi dia leka lah. Jap lagi, sampai kat area Hilton Hotel, Haida ke mana, Abu ke mana. Mujurlah suami ada.

Gigihlah saya dukung Sorfina sampai ke sudah. Dalam hati padahal dah cuak tak tentu hala sebab takut kot tetiba dia cari Mama Papa dia ke, kang satu hal pulak. Tapi macam saya cakap, budak Sorfina ni memang sangatttttt baikkkkk! Time dukung dia nak rempuh bersesak dengan jemaah tu, dia dok leka main tangan dia sendiri la, dok leka tengok star kat langit la and siap dok sedap tendang jemaah lain sama pakai kaki kecik dia! Kemain budak ni. Dari berdebor terus rasa nak gelak. Hahahaha. Tak padan, tak padan. =__=

Malam tu, kami pi dinner dulu kat food court ZamZam tower sebelum memasing balik bilik tidur. Seriously, this time badan rasa penat sangat. I dont know why.


Sebelum Subuh kot sebab captured by husband.


Captured by husband too while he perform Tawaf Sunat right after solat Subuh.


Jarak Kaabah paling dekat. Semestinya captured by husband sebab masa ni dia struggle nak pi cium Hajarul Asawad.


The interior of MasjidilHaram.

Balik dari Masjid, terus pi breakfast. Alhamdulillah breakfast kat Fairmont Hotel okay. Tak horror macam pi time raya dulu. Macam-macam jenis food ada. Selesai breakfast, pi teman Makcik Pakcik saya shopping kat Souq ZamZam Tower. Baru saya tahu rupa-rupanya bawah mall ni ada souq. Sungguh ketinggalan rupanya kami ini. Hahahahaha. T___T

Dalam pukul 10 pagi, baru kami naik bilik, mandi dan bersiap untuk solat Jumaat lak. Dekat pukul 11 pagi baru turun ke Masjid. Kalau time solat Jumaat, dinasihatkanlah pi Masjid awal sebab kadang, Masjid sangatlah penuhhhhh! Takut kang if pi lambat, korang tak dapat tempat pulak.


Right before solat Jumaat. Sempat amik gambo sementara tunggu Haida & Pina.


Tower cranes on the other side of MasjidilHaram.


Part of MasjidilHaram.

Selesai solat Jumaat, terus kami check out hotel, lunch dan ke Kudai Parking. We are so not lucky that day untuk dapat teksi depan Safa Tower sebab jalan dah tutup. So, terpaksa menapak few meters untuk dapatkan teksi. Ajaibnya, less than 3 minutes, kami berjaya sampai kat Kudai Parking hasil pemanduan too-fast-too-furious oleh pemandu teksi. =___=

Alhamdulillah, kami selamat sampai Jeddah dalam pukul 5 petang macam tu. Thanks to Abu & Haida for the ride. InshaAllah ada rezeki, kami nak pi sama lagi sebab the husbands ada misi dorang yang belum accomplished. Kuikuikui.

Sekian. Ma'asalamah!

11 comments:

  1. Terima kasih, gambar2 yg di letakkn nmpak dari sudut pndangan seperti berada di masjidil haram... Meronta ronta hati nk ke sana, moga ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Sweet Tooth.

      Sama-sama. InshaAllah nanti awak sampai sini juga. Teruskan usaha dan berdoa agar segala dipermudahkan olehNya. Aminnnn! ;)

      Delete
  2. alhamdulillah kan dapat pergi :)
    saya pon baru jee balik dari sana 28 feb yg lalu.
    bila dah pergi nak pergi lagi jee rasanya. kalau boleh nak tiap2 tahun nak pergi. tapi yelahh kan no money no talk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Farhanah.

      Alhamdulillah. Syukur rezeki dariNya. InshaAllah ada rezeki tak kemana. ;)

      Delete
  3. boleh tak nak doa lepas kahwin nak duduk mekah je. ekekekeke!!! seronok kan dekat je nak ke mekah, rezeki awak Nailah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Lizz! Suh suami tu nanti carik kerja kat sini. Alhamdulillah semua ni dariNya.

      Delete
  4. suka suka sgt suka baca belog ni.rs mcm nk p lagi dan lagi ke mekah n madinah...sgt jeles sbb nailah boleh beli abaya byk2.kat sini mahalnye ya allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Alhamdulillah. Terima kasih Cik Su. InshaAllah nanti adalah lagi rezeki tu. Pasal abaya tu, kat sini ada jugak harga yang mahal. Depends pada jenis kain tp memang seronokla boleh beli abaya setanding dengan harga dan kualiti. Kalau kat Malaysia, kadang harga melampau sangat.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Semakin rancak pembesaran kawasan Masjidil Haram ye..
    Saya pun berdoa mudah2an ada rezeki untuk ke sana lagi. Tak puas masa pergi dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Ye. Betul tu Ana. Projek kat Makkah ni kira fast track punya project. InshaAllah nanti doa banyak2 dan ada rezeki datang sini lagi. Aminnn!

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...