March 13, 2013

Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga : Kerana Sorang Nurse/Doktor Salah Buat Kerja, Habis Semua Hospital Kerajaan Mendapat Busuknya!

Assalamualaikum.

Ha ... kemain tau panjang beno tajuk saya tu! Hahahaha. Semangat lebih ni sebab harini pepagi tadi bukak Facebook terus nampak gambar sedih macam ni ....




Gambar macam ni memang selalunya akan mengundang seribu makian, cacian dan tohmahan orang ramai lagi-lagi perasaan manusia yang sudah menjadi Ummi/Ibu/Mak/Mama dan tak lupa Walid/Ayah/Abah/Papa.

Saya memula tengok gambo ni pun terus cakap " Bodohnyaaaaaaa nurse yang buat niiii! ". Bercakap dalam hati je la mampu pun. Lagi rasa bodoh sebab biasanya kes macam ni selalunya akan berlaku kat Hospital Kerajaan. Why oh why hospital kerajaan?

Tapi untuk kes macam ni, susah sangat untuk dimaafkan sebab bagi alasan yang tak munasabah betul. Yelah. Kebanyakan yang kerja nurse ni, padahal dah terlatih. Dah pi kelas, dah buat latihan amali semua, dah buat praktikal, tapi takkan la boleh selamba pi cucuk-cucuk anak orang sampai berdarah-darah macam ni kan? Di mana akalnya wahai nurse terbabit? Cuba meh bagi Mak dia cucuk awak sampai berdarah-darah gitu, awak rasa sakit tak? Inipun pulak manusia halus taraf baby lagi. T__T

Bila keluar kes macam ni, boleh kata imej Hospital Kerajaan memang makin buruk kat rakyat Malaysia. Tapi buruk macam mana pun imej, tetap kita kena ingat yang ada orang susah yang memang tak mampu nak pi hospital swasta untuk dapatkan rawatan. 

Lagi pulak, ikutkan sebenarnya, tak semua hospital kerajaan ni servis ni teruk bebenor. Ada je lagi certain hospital kerajaan yang servis dia mantop, tip top dan kebabommmm!

Cakap pasal servis kerajaan, ni saya nak cerita sikit pengalaman saya sendiri deal dengan hospital kerajaan yang berbeza masa kami eksiden dulu.

Ceritanya begini ..... ( Sambil otak ligat mengimbas kembali peristiwa 3 tahun dulu ..... )

Kami eksiden dekat highway PLUS menghala ke KL. Memang kami nak pi KL pun masa tu sebab saya nak attend wedding lecturer UiTM kesayangan saya. Tapi kita ni hanya merancang dan juga panas tidak sentiasa hingga ke petang ...

Dalam perjalanan ke KL tu, kami eksiden dekat area mana tak pasti tapi area tu antara selepas hentian Tapah dan juga sebelum Behrang. Tak pasti the exact location tapi kalau lalu situ, memang saya tau lah. Yang saya ingat, few meters dari spot eksiden tu, ada fly over.

Bila eksiden, of course akan ada ambulance dari hospital kerajaan yang berdekatan akan amik mangsa kemalangan. Jadinya disebabkan hospital paling dekat masa tu adalah Hospital Slim River, maka ambulance hospital tu la yang datang. Should be in 15 minutes dah sampai tapi apesal entah, dekat setengah jam kot baru sampai.

Lambat memang satu hal lah. Tapi niat nak marah pakcik abang ambulance tu terus tak jadi sebab dorang sangatlah baik. Saya cakap baik sebab dorang buat kerja sangat teliti dan psycho saya supaya bawak bertenang. Memang dari gelabah nangis masa tu, masuk ambulance terus senyap cool down muka sememeh keluar air mata tapi takde bunyi. Hikhikhik.

Pulak tu, sebelum ambulance nak jalan, pakcik abang ambulance siap tanya kat abang-abang askar yang tolong kami tu sama ada barang-barang, beg baju yang ada dalam keta dah masuk dalam ambulance ke tak. Serius masa tu ambulance bukan penuh dengan barang hospital tapi penuh dengan beg-beg yang kami bawak. Biasalah, saya kalau pi memana, bawak baju macam nak lari rumah. Takpun bawak baju macam rasa kalau bilik tu boleh portable usung sana sini lagi senang. Hihihi.

Bila dah dalam ambulance dan ambulance pun dah bergerak, abang ambulance tu terus cakap dengan suara lembut " Kita ke Slim River tau sebab situ paling dekat tapi takdelah dekat sebenarnya, kena pusing-pusing gak. So, tahan sikit ye semua. Banyak bersabar dan bawak bertenang. "

Yang driver pulak, kejap-kejap tanya dan toleh belakang, " Okay ke budak-budak tu? " . Muka memasing dah risau. Yelah sebab ini soal nyawa orang kot plus masa tu suami memang dah nyawa-nyawa ikan orang cakap. T_T

Sampai hospital, terus straight turun kat Emergency tu. Bukan setakat suami saya je dorang sibuk turunkan, beg-beg saya semua dorang gelabah angkat, turunkan dan susun satu-satu kat dalam wad. Siap pesan lagi kat pakcik guard yang jaga kat situ, " Pakcik, jagakan beg ni. Ni barang bebudak ni. Ada baju dengan barang berharga lain. Tengokkan kejap. Kang nanti, settle urusan kat kaunter, saya angkat dan susun kat bilik doktor. ". Gigih tak? Baik tak?

Masuk wad emergency tu, terus dorang 'kerja'kan suami. potong baju semua. Bersihkan luka mana yang boleh, sambil-sambil tu of course psycho sikit suami supaya bertenang dan tahan sakit. In the same time, datanglah sorang doktor ni bawak saya pi meja dia.

Doktor ni India ke Singh. Tak ingat. Nama pun dah lupa. Doktor tu memang baik sangat. Lembut je tanya soalan macam-macam. Bila suami dah siap x-ray semua, satu-satu dia dok explain suami saya ni patah riuk kat mana, apa kena buat, apa yang saya patut buat dan sebagainya. Lama gila saya dok situ dengar explanation dia.

Settle situ, barulah dia bawak saya pi x-ray pulak memandangkan dari bahagian pinggang ke bawah badan saya, banyak lebam-lebam sebab saya banyak terhentak dalam kereta. 

Settle saya x-ray dan memandangkan result x-ray saya okay, doktor tu bawak saya pi meja dia balik kat wad emergency tu. Jarak meja doktor tu dengan katil tempat suami saya, tak jauh mana. Sejengkal alam. Memang boleh nampak apa nurses buat dari kerusi yang saya duduk tu.

Oh ya, seingat saya, nurses yang buat tu adalah nurse laki. Taktaulah kalau dorang memang keja nurse atau ada spelization untuk kes kami tu. Wallahualam. Saya memang takde nak tanyalah sebab kepala tengah serabut pikir macam-macam.

Dan ... few minutes later ... bermulalah kejadian buruk bila kes suami terpaksa dibawak ke Hospital Besar Ipoh sebab Hospital Slim River masa tu takde stok untuk jenis darah suami.

Terus dan dan tu jugak dorang siapkan semua dokumen dan bawak suami ke Hospital Besar Ipoh. Dah malam sangat sebenarnya masa tu tapi takde pilihan sebab jantung suami dah makin perlahan. Dari Hospital Slim River nak ke Hospital Besar Ipoh dekat sejam kot.

Sampai je kat Ipoh, terus nurse situ suruh masukkan dulu dalam wad emergency sebab dorang nak uruskan hal lain dulu. Saya ni masa tu dok menunggu kat luar. Jumpa sedara mara, jumpa mertua yang datang dari kampung. Dekat sejam sebenarnya kami dok tunggu tapi since, suami tak keluar-keluar and no one update pasal suami, saya pun pi lah masuk dalam nak jenguk suami.

Kebetulan pulak masa tu, Mak Mertua saya ada sekali. Masuk-masuk je, tengok keadaan dalam wad tu. Surprisingly, sebenarnya, takde patient pun. Suami sorang je. Yang ada dalam tu cuma nurse 2 orang, doktor sorang. So, saya pi rajin tanya, " Apsal letak sini? Kan jantung suami saya slow dah ni. " . Cakap dengan nada paling sopan.

Yang sorang nurse ni, " Tunggu sekejap Puan. " sambil terus borak dengan kawan sebelah dia. Bila tanya nurse lagi sorang, tak sempat tanya hati dah berderau sebab nurse tu dok berYM rupanya kat pc dia! Saya ni dok ingat dia update apa-apa data ke apa. Takde makna okay?

Bila saya tanya soalan sama, dia cuma jawab, " Kan kawan saya dah jawab tadi. " . Boleh tak jawab macam tu? =__=

Ok. Masa ni hati berderau. Saya ni memang bukan jenis cepat marah tapi kalau dah tengah facing soal nyawa suami, panas baran yang lama pun boleh datang dengan tiba-tiba. Paling cepat datang masa tu bila pi kat meja doktor, rupanya doktor tu tengah syok main game ZUMAAAAAAAA!

Ya Rabbiiiiiiiii! Rasa nak meletop dada saya masa tu. Rasa memang nak campak keyboard tu dekat muka doktor. Tapi lagi rasa nak campak benda lagi besar dari keyboard bila doktor tu cakap, " Eh saya tengah ada kerja lah. Tunggu je lah. "

Ok. Kalau ikut marah, memang saya dah buat betul tapi masa tu dalam otak, dalam hati, saya dok tenangkan diri dulu sebab masa tu memang terpikir, ini ujian dari Allah. DIA nak uji sejauh mana kesabaran saya agaknya. 

Tapi serius memang tak boleh blah dengan servis kat hospital Ipoh ni sebab bila esok paginya tu, suami saya terlantar macam tu je. Nurse takde datang nak bersihkan luka atau buat dressing baru pun. Memang serius sakit hati.

Dan kesabaran diuji lagi bila tetiba ada satu group doktor, datang dok main-main tangan suami yang patah tu. Ya Rabbiiiiiiiiiii! Serius rasa nak lempang. Suami memang muka dia berkerut tahan sakit. " Tangan patah woiiii! Tangan patah woiiiii! Ingat tak sakit ke buat macam tu? " , saya bercakap dalam hati. =_____=

Then, datang sorang doktor laki ni, pakai kot doktor color biru cakap kat saya, " Puan, petang nanti suami Puan akan dibedah. Dalam pukul 2 petang. Standby ye Puan untuk uruskan semua dokumen. "

Tapiiiiiiii ... takde maknaaaaaaa okayyyy! Sampai pukul 3 takde apa pun jadi. Bila tanya dorang keep saying, " Nanti, nanti. Ada kes lain. ". Oklah. Bersabar untuk kesekian kalinya.

Sampailah masa tu kira dah seharian kat hospital Ipoh, takde juga tindakan kat suami. Datang sorang makcik ni. Nurse. Datang terus bersihkan luka suami. Dalam few minutes dia bersihkan tu, saya perasan makcik nurse ni dok angkat kepala tengok kiri kanan depan belakang. Saya ingatkan kenapa ..............

Rupanya dia nak tengok line clear ke tak. Bila tengok takde doktor dengan nurses lain, terus dia bisik kat saya, " Dik, pi bawak suami awak pi hospital swasta. Teruk sangat dah ni. Jangan tunggu. Ini soal nyawa. Jangan duduk sini je dik. Pi carik hospital swasta. Makcik cadangkan awak pi Hospital Pantai atau Fatima. Pi tau. Jangan tunggu sini. "

Terus dan dan tu jugak, saya pi bagitau abang ipar saya dan kebetulan ada kawan satu tempat keja suami ni carikan. Dorang keluar pi satu-satu hospital yang okay dan kosong. Survey punya survey, ramai suggest suh bagi kes suami dekat Dr Siva kat Hospital Fatima.

Masa tu memang takde pikir apa dah. Terus jugak pi kaunter nak cari doktor yang jaga kat situ. Sampai je kat kaunter, cuba teka doktor tengah buat apa?

DOKTOR PEREMPUAN TENGAH TIDUR OKAY? T.I.D.U.R !!!!

Bila saya kejut, tak sempat cakap apa lagi, terus doktor tu cakap, " Saya mengantuklah. Malam tadi saya on call. Bagilah saya rehat sekejap. ". Tak ke rasa macam nak tumbuk doktor tu time tu jugak? Serius!

Terus saya cakap, " Saya nak bawak suami pi hospital lain. Uruskan dokumen. Saya tak kuasa nak tunggu-tunggu dah ni. Petang nanti dalam pukul 6, ambulance Hospital Fatima and few nurses from there akan amik suami saya kat wad ni. Period!."

Terus buntang mata doktor tu bila saya cakap macam tu. Masa tu jugaklah baru dia nak gelabah cakap macam-macam. Cakap saya tak boleh bawak keluar sebab jantung suami memang kira dah level bahaya sangat. 

Tapi apa ku peduli, Alhamdulillah tepat pukul 6 petang, suami transfer dan dapatkan rawatan di Hospital Fatimah. Alhamdulillah sangat-sangat sebab servis kat Hospital Fatima Ipoh tu, servis memang tip top kebabommmmmm! Nurses semua baikkkkk! Doktor Siva tu lagilahhhh! Ya ampun, memang happy gila dengan servis and all kat Hospital Fatima tu.

Yang kelakar tu, masa nurses Hospital Fatima tengah nak angkat suami nak bawak pi dari wad tu, datang doktor lelaki yang pakai kot color biru tadi tu cakap kat saya, " Puan, ini salah. Melanggar etika. Suami Puan boleh hilang nyawa. "

Saya terus jawab, " Nyawa urusan Tuhan sahaja. Bukan urusan manusia. ". Terus terdiam doktor tu. Hahahahahaha.

Sekian cerita pengalaman saya dengan hospital kerajaan. Since dah kena macam tu lah, memang saya banned Hospital Besar Ipoh. Saya banned satu tu je sebab Hospital Slim River yang saya pegi sebelum tu, semuanya okay. Takde masalah.

Hospital kerajaan lain yang saya rasa okay adalah HKL dengan Hospital Selayang. Kot? Tak pasti. Yang lain, wallahualam.

Pada saya lah, berbalik pada kes buruk yang pernah dipalit oleh staff-staff Hospital Kerajaan ni, pihak atasan kenalah amik serius. Jangan nak amik sambil lewa je. Ni kang, dah terhantuk, barulah nak pecat lah, itulah, inilah. Baru terhegeh-hegeh nak amik tindakan semua apa. Come on lah, kata " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" . Eh? :p

Jadinya, jadi doktor ke nurse ke, tak kisahlah awak tu kerja kat swasta ke kerajaan, please jadi manusia yang ada rasa tanggungjawab, bertimbang rasa dan seangkatannya. Kalau ye sekalipun, macam kes saya doktor mengantuk, pikirlah balik, itu kerjaya awak. Kalau awak rasa kerja doktor ni, tak cukup tidur dan menyusahkan diri dan seterusnya membuatkan awak menyusahkan orang lain, bagilah orang lain yang betul-betul, sungguh-sungguh nak jadi doktor.

Yang nurse untuk kes baby kat atas pun macam tu juga. Jangan buat kerja lepas tangan ikut suka hati awak je. Macamlah baby tu faham apa kita buat. Dah nama baby, baru lahir kat dunia. Jadi manusia rasional sikitlah.

Saya pernah je ada pengalaman, nurse cucuk nak amik darah tapi tak dapat-dapat. Nurse sampai tukar 2 orang berlainan. Nurse yang ketiga baru dapat amik darah saya. Saya agak nurse 2 orang yang sebelum tu nurse baru kot. Agak je lah sebab tengok dorang cam panik dan terkial-kial.

Tapi masa tu takdelah saya nak marah sebab dorang pun treat dengan cara yang lembut dan elok siap mintak maaf lagi sebab tak dapat nak cari urat. That is the right way! Kena berbudi bahasa.

Macam kes baby atas ni, nurse tu memang layak diberhentikan kerja sebab kerja tak bersungguh dan membahayakan nyawa yang tidak berdosa.

Tapi kita yang lain ni, tok sah pandang serong dengan doktor-doktor dan nurses yang kerja kat hospital kerajaan ni sebab tak semua tu tak pandai buat kerja. Ada je yang ok, sangat berbudi bahasa dan cermat  buat kerja.

Bak kata dalam peribahasa Melayu, " Dalam setandan pisang tu, mesti ada yang busuk. "

Jadinya, buat para doktor dan nurse sekalian, harap bertabah dengan makian semua. Tak semua paham kerja anda. Maka bersabarlah. Hewhewhew.

Oh ya, saya ada je kawan-kawan terdekat yang kerja doktor dan nurse. So far, mereka adalah doktor-doktor dan nurses yang paling cool di dunia! Alhamdulillah. ;)

Sekian. Ma'asalamah!

9 comments:

  1. abg imantizz nurse....kesiannya dekat baby tu,kak...rasanya imantizz boleh bayangkan macam mana baby tu menangis sebab sakit..huhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ada tanya kawan kerja nurse dengan doktor. Kes macam ni normal sebenarnya. Tak menyakitkan baby pun. Cuma mungkin budi bahasa nurse tu.

      Delete
  2. susah mau cakap. Kawan2 acik kata diorg dpt layanan ok je kat hospital tesebut waktu bersalin. Wallahualam..sesuatu yg berlaku mesti ada hikmahnya. Mungkin utk memantapkan lgi perkhidmatan selepas ini...~well....tk kono kek kito, bulih lah cool je kan...~ ..msykil gak, tak ada ke nurse yg memerhati / memantau keadaan baby, atau ibunya tk dibenarkan jaga ke baby tu..ok acik, tatau citer, duk dendiam ..huhu..moga bayi tersebut akan membesar sihat dan menjadi anak yg soleh/solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang lain ceritanya kan? Hehe. InshaAllah takde apa baby tu. Kes normal. Biasalah tu. Everybody make mistakes.

      Delete
  3. nailah, i pun hangin dgn kes baby ni :( astu bace kisah u eksiden ni pun naik hangin gak!!! heeeeeeee kalau i laaaaaaaaaaa....haihhhhh makan kasut dah smua2 doc & nurse kat sitU!! eeeeeeeeee main game lah YM lah TIDOR la YARABI!!!
    i nak checkup & deliver baby pun sbenanye terusterang ckp i dgn asben takmampu sgt nak ke swasta, tapi syukur alhamdulillah dkt s.alam ni ada DEMC yg takde la mahal sgt, kire mampu lagi la bayar, tak dinafikan jugak tgh2 bulan mmg dah sengkek sbb bayar checkup tapi i lagi rela dari fikir nak free tapi i kena tanggung risiko2 ni.
    ofismate i dulu ade sorg akak ni rahim die terkoyak mase c-sect kat hospital kerajaan berhampiran s.alam (HEHEH tau sendiri je la katmane kan) :D koma for 3weeks and doc kata nyawa 50-50 je, dan yg paling sedih, takboleh mengandung lagi! nasib la anaknye tu sihat. lepas sedar i dgr diorg nak saman. SIL pun bersalin kat hospital kerajaan, n time csect jarum patah la bagai tertinggal kat dlm :( eeee i takottttt tapi seriously tak semue hospital kerajaan mcm tu, betul u ckp. skg ni yg i dgr paling bagus hospital ampang & serdang. kwn2 i kata servis tiptop! layanan mcm kat swasta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck Jayyyy! Semoga dipermudahkan. Takpe. Rezeki anak ada lebih tu nanti. ;)

      Delete
  4. k.maz pun ada pengalaman buruk kt gomen hosp. HSI,jb. admitted asthma teruk sampai masuk ICU, masa mlm kat ward tgh kritikal cond. 3x tekan bell panggil nurse seorang umat pun xdtg.. sedih sgt. nasib baik makcik seblah tolong pegi kaunter panggil.. masatu 3pagi..xtawla sume org watpe.huhu. Alhamd masih pjg nyawa lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Umur masih panjang. Agaknya nurse pi tidur kot? Hahaha. :p

      Delete
  5. tak faham la ngan depa ni.. anggap nyawa orang tu macam tak dak nilai.gaji dapat tapi asyik nak curi tulang ja. kalau tak da patient tak pa la nak main game ka nak rest ka.. ny patient dok bertarung nyawa. tak takut ka depa ni gaji tak berkat, amanah yg diberi tak dibuat dengan sebaiknya. budi bahasa pun tak dak , cakap jerkah2 , ngan orang tua pun tak da adab.. memalukan!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...