January 25, 2012

Packing Baju & Segala Dokumen Penting!

Assalamualaikum.

Harini agak kelam kabut sikit bila itinerary ke tempat yang bakal diterjah esok terpaksa diubah hampir ke semuanya.

Sebabnya, ada satu tempat tu, pakej yang aku amik, ada tarikh tertentu sahaja boleh pergi sebab sekali pergi untuk pakej tu, kena 4 orang. Aku dengan laki aku baru 2 orang. Makanya, lagi 2 orang, Alhamdulillah, dah ada. Jadi, proceed! Yeayyy!

Tapi proceed untuk pakej yang itu ke tarikh lain, bermakna aku kena jugak ubah tarikh-tarikh lain. Nasib baik memang one of the staff tu sangat membantu! Serius membantu. Bersyukur gilaaaaa sebab dapat bantuan dan tunjuk ajar dari pihak yang memang pakar ni. Heh.

Alhamdulillah, less than hour, lepas ubah sana sikit, sini sikit dekat itenarary aku, finally everything back on track! Super happy dan lega. Risau juga takut ada 'efek' lain pulak. 

Makanya, tadi, lepas dah buat itinerary yang baru, terus email ke laki, suruh dia print. He need to study my itinerary or else dia memang carik pasallll!!! Hahahaha.

Itinerary for trip, SETTLE!


Sekarang dah pukul 5.45 petang. Only 15 minutes left sebelum office hour laki aku habis. Memang satu harini, aku berhempas pulak check  baju yang nak dibawak dan dimasuk dalam luggage. 

Atas arahan laki, dia nak bawak dua luggage kecik je. Which is bila dah susun, satu luggage kecik ni memang dah penuh dengan winter clothes, thick clothes plus gloves, snow cap semua kejadah tu. Stokin pun sama. 

The other luggage, masih kosong. Aku masih berkira-kira lagi nak pakai dan bawak baju apa. Ni lah susahnya jadi perempuan. Everytime travel, memang pusing kepala nak pilih baju mana nak bawak dan baju mana nak pakaiiii! (=_=)

Pergi 9 hari, makanya aku kena pastikan, 9 helai baju aku bawakkkk! Gila banyak pulak rasa tapi I have no choice sebab aku ni memang jenis cepat berpeluh!

Tak kisahlah walaupun tempat yang bakal dituju tu memang tengah winter. Tapi pe'el aku, sekali dah pakai baju tu, aku memang takkan ulang pakai baju tu lagi. Tak selesa! Harus tukar baju lain. Itu aku.

Soooo, maybe aku bawak baju aku yang kainnya nipis sahaja, so that boleh jimat space sikit. Lagi pulak, aku pikir, baju tu nak pakai dalam je. Luar dah sah2 sentiasa pakai winter coat. Kan? Hehehe.

Baju untuk laki aku, senang je. Cuma keluarkan tshirt-tshirt dia yang elok dan yang dia memang suka pakai. Nanti dia balik kerja kang, dia pilihlah nak bawak yang mana.



Other than clothes, barang penting lain adalah Ventolin Inhaler aku ni. Ubat ni kalau tak bawak ke, aku tertinggal ke, memang kena bambulah jawabnya aku! Hehehehe. 

Ubat ni pun masih baru lagi. Tak pernah guna langsung lagi. Laki aku memang beli baru semata nak bawak untuk vacation ni. Berjalan, berjalan jugak. Kesihatan bini, tetap laki jaga. :')



Duit negara tempat yang bakal dituju adalah masih zero.  Laki aku bijakkkkkkkkkkk!

Dia nak tukar esok pagi masa kat airport! Memang aku tak bagilah. Aku buat final decision. By today, mean malam ni jugak dia kena pergi tukar. Anything could happen. Especially kat Saudi ni sebab certain place memang kadang dia main suka bukak pukul berapa dia nak.

Esok flight pukul 9 pagi, buatnya Money Changer bukak pukul 10 pagi, mana nak cekau duitttttt????? Jangan buat pasal. Huhuhu.

So, he will change the money by today jugak. 

Settle another thing!



Ahaaaaaa ....

Duduk Saudi ni, selain pasport adalah penting untuk ke luar negara dari Saudi, paper ini pun paling penting jugak. Kalau kau ada pasport tapi takde paper ni, memang dalam mimpi kau nak keluar dari Saudi. Ok?

Ini namanya  Re-Entry and Exit Visa.

Paper ni memang kena apply awal-awal. Office yang akan uruskan. Once dah dapat, biasanya, HR akan terus stapler paper ni kat belakang pasport kita. Paper nilah aku dengan laki aku dok sibuk check setiap kali nak keluar dari Saudi.

Tak boleh hilang ooooooooo! Kalau hilang, nayalahhh jawabnyaaaa!

Once ada paper ni, setiap kali boarding dan stamp pasport, dia akan stamp kat paper ni sekali. Paper ni kena stamp, masa pergi and  masa dah balik sini.

Semua barang-barang dan dokumen-dokumen penting dah selesai. Malam ni cuma finalize packing baju-baju je. Kerja packing baju memang kerja laki aku. Dia pakar packing baju. 

Memang sejak kahwin, kerja packing baju ni, dia yang buat sebab dia dah biasa travel dari zaman dia bujang sampailah dah kahwin ni. Kalau aku yang packing, alamatnya, boleh muat 1 luggage pun, boleh jadi sampai 3 luggage! Hahahaha.

Semoga segala urusan kami dipermudahkan! InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

4 comments:

  1. selamat berangkat kakak!please tweet me laju2 where's ur destination once u dah sampaiii tauuu.rahsia betul.haha.
    have a greaatttt trip kakneklah and abgman. ;)

    ReplyDelete
  2. Lynn - Hahahahaha. SURPRISEEEEEE! InshaAllah kalau ada internet, Akak tweet tapiiiiii kalau takde, tunggu jelahhh! :P

    ReplyDelete
  3. safe flight and safe journey sis.. enjoy your holiday.. :)

    ReplyDelete
  4. Anggerik Berduri - Thank you! Dah selamat sampai Jeddah balik pun. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...