February 27, 2011

Blog Berwajah Baru.

Assalamualaikum.

Ini kali kedua blog aku terbengkalai. TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI sebab masih kekal dengan perangai suka MENANGGUH SESUATU KERJA! Tangguh punya tangguh sampai tak sedar dah dekat sebulan rupanya aku ni da dok menangguh nak update blog sendiri. =_=

Jangan kata blogspot. Tumblr aku pun sama. Itupun Tumblr dok reblog orang punya post! Muahahahaha. Reblog post orang adalah jalan terbaik supaya Tumblr aku sentiasa berupdate! Tapi kalau kat Tumblr, kalau kau nak reblog post orang, tidak menjadi kesalahan sebab Tumblr tu like a short blog or siapa yang tak rajin untuk update pepanjang, boleh lah menggunakan Tumblr yek? Jimat masa. Tak memerlukan masa yang panjang untuk taip entry yang kau nak post. Ok?

Hmmm. Disebabkan aku dah lama sangat tak update blog, dua tiga hari lepas, aku tergerak hati pulak nak tukar template blog aku ni. Banyak benda aku ubah sebenarnya. Banyak benda aku buang. Sebab aku tetiba teringin nak blog aku ni lagi kemas sikit lah. Taknak blog yang nampak macam budak sangat! 

Kata dah kahwin kan. So, facelift blog kena lah matang sikit. Zaman belum kahwin dulu, boleh lah kalau nak letak blog fancy bagai. Tapi ni dah kahwin, aku lagi suka pulak benda yang simple tapi nampak kemas. Baru tak serabut sikit korang tengok blog aku ni ha.

Pada yang baru datang blog aku ni, meh aku bagitahu kau apa yang aku tukar dekat blog aku ni :


Theme & Template Blog

Dulu aku pakai theme Penciling. Theme tu pakai color lembut. Color pastel macam tu lah. Tapi bila dah lama aku pakai, aku macam boring lak sebab untuk header blog, aku tak boleh nak mencapap letak gambar aku besar-besar. Kuikuikui. 

Kalau sebelum aku pakai theme Penciling tu, aku pakai theme apa entah. Aku pun lupa apa nama theme yang memang lama aku pakai tu tapi yang aku ingat, theme yang old school gila tu, aku letak segedebuk gambar aku dengan laki aku dok lompat-tinggi-konon-nak-pegang-awan kat padang pasir kat Dubai. Dah letak gambar, aku letak pulak background butterfly color pink. Kan macam budak-budak tu. =_= . 

Tapi SEKARANG

Nahhhhhh! Theme Template yang matang sikit. Matang tak? Matang tak korang rasa? Apa pendapat kawan-kawan? Ok ke tak Template yang baru ni?


Header Blog

Haaaaaaa ... ini yang PALING AKU SUKA! Tengok? Nampak sangat aku memang suka sampai aku buat CAPSLOCK bagi korang nampak yang aku memang suka pasal Header Blog yang baru ni.

Apapun, aku berterima kasih sesangat dekat blog budak-gila-artis-korea iaitu DayanaNasir. Masa nak buat pakai Photoshop, aku memang terkial habislah! Entah apa benda lah aku nak tekan. Entah apa bendalah yang aku kena buat dulu untuk buat header yang aku-boleh-buat-hentam-kromoh. Kekekeke. 

Tengah dok cari tutorial pasal Photoshop, aku terus teringat pasal blog Dayana yang dia pernah bagi just a simple tutorial pasal nak buat header sendiri pakai Photoshop. 

And wallahhhhhh!


Header baru untuk blog NailahAzman.

Jujur aku cakap kat korang. Sebenarnya, AKU NAK SURUH LAKI AKU BUAT tapi kalau nak tunggu dia buat, entah bila lah aku boleh dapat! Itu satu hal. Lepas tu, kalau nak suruh dia buat, nanti mesti aku tak boleh nak buat design-suka-hati aku kat header ni. Kekeke. 

Paham jelah. Kalau dah design ni berkaitan dengan kerja dia, aku memang tak boleh nak cakap banyak! Nanti ada je dia cakap : 'Biebie taknak camni, tak cantik!" , " Macam ni pun biebie taknak, tak cantik!". Dah tu kalau semua design aku dia taknak, camno? Setiap orang kan ada citarasa sendiri. Kang kalau semua design ikut citarasa dia, kesudahannya?

Akan berlaku kejadian mulut muncung kalah BONTOT ITIK! Kahkahkah. 

Jadinya, lebih baik aku buat sendiri. Walaupun aku crop gambar memang sangat selekeh tapi takpe lah sebab aku dapat membuktikan dekat Azman yang Nailah can do it herself with YOU! Kuikuikui.

Untuk header yang baru ni, pastilah aku letak gambar aku segedabak mungkin! Biarlah orang muntah tengok gambar aku sebab aku memang tak cantik pun untuk ditengok. Janji aku cantik & comel untuk Azman tengok! Kekekeke. 

Selain gambar aku segedabak kat belah kiri, tak lupa aku letak gambar watak kedua dalam blog ni lah. Siapa lagi kalau bukan laki aku : Azman. Kau tengok gambar header tu dah cukup membuktikan yang ada ORANG KETIGA dalam hidup & blog aku ni! =_=

Kasih aku diduakan. Apa nak buat? Dah ditakdirkan aku akan berkongsi & kekadang terpaksa berebut laki sendiri dengan makhluk berbulu putih bernama MokMok. T_T

Iye. Siapa yang tak tahu lagi, meh aku kenalkan ORANG KETIGA dalam hidup NailahAzman. Nama dia : MokMok. Panggil je Mok. Sekian. Pasal dia tak boleh nak cerita lebih sangat ah! Kang korang lagi sibuk nak tahu pasal dia dari pasal aku. Mana boleh! Choi!


Blog List & Gambar

Ok. Jangan panik kalau korang tengok bloglist semua takde. Aku memang keluarkan. Aku tak letak kat tepi blog dah sebab aku nak seragamkan biar kalau korang datang tengok blog ni, blog ni sekelepuk macam tu je. Tak perlu dah nak tunggu loading lama-lama sebab nak tunggu bloglist keluar. Tak perlu.

Yang penting, blog tu semua sentiasa ada dalam blog aku. Jadinya, setiap kali nak baca entry korang, aku kena masuk blog aku, then baru baca setiap entry yang baru. Jadinya akan membuatkan aku lebih rajin nak bukak blog sendiri. 

Yelah, kalau theme yang lama, aku kalau boleh nak letak semua link blog yang aku follow. Sepanjang-panjang penuh kat sidebar blog aku ni ha. Kalau yang macam tu, aku direct boleh klik kat sidebar tanpa kena masuk blog.

Tapi SEKARANG?

Kalau nak baca blog yang aku follow, aku kena MASUK akaun blogger aku. Kalau tak masuk, aku tak boleh baca sebab aku takde direct bloglist kat sidebar aku lagi. Semoga aku lebih rajin dan lebih berdedikasi untuk blog aku ni. Doakan. Kekekeke.

Gambar yang menyemakkan sidebar pun aku dah buang. Gambar kahwin ke, ape ke, semua aku dah remove. Letak ke tepi. Kata kan nak BLOG YANG LEBIH MATANG? Haktuih! Kahkahkahkah. 

Tapi betul apa ... nak matang perlu blog yang lebih kemas. Benda yang tak perlu, TAK PAYAH NAK LETAK. Kan? Kan?

Ok. Itu PERUBAHAN yang aku dah buat pada theme & template baru untuk blog NailahAzman ni. Banyak benda yang aku kena belajar lagi especially bab nak mengedit blog ni ha.

Semalam aku dok nak letak button like Facebook pun, jenuh aku buat. Dari petang sampai ke malam aku buat, still tak menjadi. Pagi ni baru jadi lepas aku alter banyak kali. Rupanya aku yang salah letak code CSS tu. Kekekeke. 

Oklah. Sekarang waktu Jeddah dah nak pukul 10 pagi. Aku nak kena masak tengahari dah ni. Kang lambat masak, aku pulak kelam kabut. Jumpa lagi. Nanti petang, aku update pasal aku pindah rumah baru.

Masalamah.

2 comments:

  1. eh eh pernah eyh kita bagi tutorial tu kak? huhu. tak ingat. banyak makan semut. haha

    ReplyDelete
  2. Dye.yana - Hahahaha. Memang SAH banyak makan semuttttt! :p

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...