March 5, 2015

Left & Right


So, yesterday was my ever first time keluar berdua dengan Ammar naik teksi. Memang cipta sejarah sebab dari awal sampai sini tahun 2010 sampailah hari semalam, selalunya kalau nak keluar, mesti dengan the husband.

Tak berani nak keluar sendiri kaedahnya sebab diri selalu pikir takut driver teksi culik bawak pi tempat lain. Naya je kang tetiba kena campak kat padang pasir ke apa. Nauzubillah. Jauhkanlah. Simpang malaikat 44!

So, apa menyebabkan nekad nak keluar jugak naik teksi?

Semua adalah kerana nak belikan Emak kesayangan beg baru. Hihihi. Lagi pulak beg yang dia nak memang ada sale sampai 70%! So terjah je la. Selamba. Plus now dah ada Ammar. Boleh angkut dia sekali. Takdelah sorang-sorang dalam teksi.

Alhamdulillah masa nak pegi mall tu, dapat driver teksi yang okay dan tak bawak kete macam orang mabuk. Ammar pulak sangat behave dalam teksi. Duduk diam je sambil-sambil Mummy suap layer cake Yamama buat alas perut untuk dia.

Dah sampai mall, terus selesaikan niat utama beli beg semua. Tak lama pun kat mall. By 12 pm tu da gerak balik.

Dapatlah satu teksi ni kebetulan dia pun tengah drop customer dia kat mall yang sama. 

This teksi memang a big problem masa memula naik sebab entah memana je dia pusing. Dah gelabah jugak masa ni sebab takut dia dok bawak pusing tempat lain.

Mujur diri sendiri kira da expert da selok belok jalan ni kat mana jalan tu kat mana. Jauh sebenarnya teksi tu bawak. Taktau apa motif or maybe jalan tu yang memang dia lalu kot or ke macam mana taktau la.

Sebelum naik teksi tu, dah bagitau. " Quraish Street near to ANB Bank. ".

Ok. Fine.

Dah lepas traffic light and dah nak dekat ANB Bank tu, terus lah inform driver teksi. " Turn right okay. "

Driver teksi ; " Left? " ... Hand gesture ke arah kanan.

Myself ; " No, right right. " .... Hand gesture arah kanan.

Driver teksi tengok muka saya kat belakang macam muka nak marah ...

Myself ; " What? " ... Rasa macam nak marah balik tapi cuma mampu bermonolog dalam hati je.

Driver teksi ; " No madam, this is left! LEFT! " ... Dok tekan suara dia nak bagi saya paham tapi hand gesture ke arah kanan.

Bila dia cakap macam tu, terus diri sendiri pun jadi confuse. Dah terus jadi dok pikir ; " Aku salah ke dia yang salah ni? "

.........................

Disebabkan memang dah nak dekat sangat simpang nak belok kanan tu dan juga taknak panjangkan cerita takut ada jugak driver teksi kena tumbuk, so I was just ...

" Ok. Turn LEFT. " =___="

Walaupun sebenarnya turn RIGHT! T_____T

I keep continued ; " Alatul ( Terus in Arab ) and then turn left ... " Hand gesture suh belok kiri.

Again. Driver teksi dengan muka confident dan marah ; " No madam, turn right ... " Hand gesture dia tunjuk belok kiri! 

" WHAT IS THIS???? "

Myself ; " Yeah you're right. Turn RIGHT! " ... Walaupun sebenarnya belok kiri! Hati dah terbakor dah ni. Hahahaha.

Dah elok sampai area rumah, nak bayar tambang teksi, rilek je driver teksi tu cakap dengan muka confident ; " Remember Madam. This is left ( Sebenarnya kanan ) , this is right ( Sebenarnya kiri ) ... Okay? " 

Zzzzzzzzz ...

Masuk lif, gelak sorang-sorang. Rasa macam bangang bertingkat-tingkat pulak ngadap orang confident lebih. Hahahahaha. 

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...