August 22, 2014

8 month & Umrah



Alhamdulillah. Ammar dah 8 bulan. Gigi nak masuk 3 batang dah. Belah atas, sebatang gigi dah menonjolkan diri. Sekarang, baru nak belajar merangkak. Dah pandai mengaruk atau mengamuk dengan menekup-nekupkan muka atas lantai. Dah pandai merajuk. Dah tau dan paham, bila Mummy cakap "No" sambil jari telunjuk gerak kiri kanan, maknanya Mummy tengah marah. Bila Mummy marah, mulalah nangis sedih. Kikiki.

Tidur pun dah makin lasak. Selalu Papa jadi mangsa kena tujahan kaki padu si Dobot ni. Oh ya, sekarang budak ni demand nak bubur nasi je. Makanan lain, taknak. Tak kenyang. So, almost everyday, selalu kepala otak Mummy ni dok pikir resipi bubur yang belum penah buat sebab budak ni cepat boring kalau makan bubur yang rasa dia sama je.

Pun jugak, dah pandai dan dah paham, kalau Mummy sarung Abaya, pakai shawl cantik-cantik, maknanya nak keluar pegi jalan. Time tu la dia gelabah cepat-cepat pergi kat Mummy suruh dukung sebab takut kena tinggal. Even masa tu Papa tengah dukung pun, tatap nak kat Mummy jugak. Kikikiki. Kadang kalau Papa dukung, cepat-cepat spotcheck tengok Mummy ikut sekali ke tak. Kikiki.

Paling tak kelakar pasal budak ni, dah pandai dengki dekat Mok ngan Skulky tapi selalu jadi mangsa adalah Skulky. Ritu sedap dok pedajal Skulky. Dok sedap pi korek mata Skulky. Skulky sampai sekarang fobia dengan budak ni. Asal budak ni dekat je, Skulky dah gelabah lari pi tempat lain. Padahal dulu, Skulky selalu je duduk baring sebelah dia. Sekarang? Memang tak laaaaaaaaa!!! =___=

Anyway, sebab masa dia cukup umur 8 bulan haritu jatuh hari Jumaat dan sebab Jumaat tu weekend kat sini, maka malamnya, kiteorang pegi buat Umrah sempena Ammar 8 bulan plus sekarang ni, baik Mekah atau Madinah, dua-dua tempat tengah lengang. Takde orang sebab busy prepared untuk musim Haji pulak.

This time buat Umrah malam. Lepas Maghrib, baru gerak dari Jeddah. Sampai Mekah, orang dah selesai jemaah Isyak. Kali ni tak parked kereta kat Kudai. Kiteorang parked dekat Safa Tower. Senang sikit dan dekat. 

Masuk MasjidilHaram, solat Isyak dulu, then terus buat Umrah. Ingatkan masa tu, dataran tawaf penuh orang. So, kiteorang buatlah kat Mataf bertingkat tu. Sekali dah Tawaf Umrah few round, tengok-tengok, kat bawah takde orang. But it is ok. As long as selesai urusan.

Selalu kalau buat Umrah, Tawaf pusingan ke 3 or ke 4, Ammar dah tertidur dalam baby carriage but for the first time, budak tu tak tidur sampailah kiteorang selesai Umrah. Budak tu dok kalut tengok geng-geng dia buat Umrah. Kebetulan memang ramai jugak parents bawak anak-anak buat Umrah. Seronoklah dia tengok kakak-kakak dan abang-abang berlari sakan masa Tawaf. Itu yang taknak tidur agaknya.


                                    Ini selfie selepas dah selesai Umrah. Kat Marwah.

Sebelum tu, masa pusingan Saei ke 6, Ammar dah macam ulat. Tak reti duduk diam. Rimas sangat dah dia sebab asik berdukung je. So, sebab dia budak baik, selesai Umrah, kiteorang upah bagi dia meniarap sampai puas kat Marwah.


Sakan ok budak ni bila dapat meniarap kat lantai yang lapang dan sejuk. Terjerit-jerit. Mentang-mentang takde orang. 


Lamalah jugak melayan budak ni. Bagi dia main sampai puas. Ni kat kawasan Marwah tingkat 3 ye. Memang takde orang. Pulak sini khas untuk yang sewa scooter tu je. Ada jugak yang jalan kaki tapi setakat 2,3 orang je. Jemaah lain ramai kat tingkat-tingkat bawah.

Settle layan budak ni, kiteorang tak terus keluar Masjid. Kiteorang pegi ke dataran Tawaf. Asalnya nak amik pic sajo sebenarnya ....


Our selfie depan Kaabah


Our selfie depan Multazam

Tapi disebabkan tak ramai orang, kiteorang grab the oppurtunity bawak Ammar pegang Rukun Yamani.  Alhamdullillah, rezeki kami. Anyway, masa ni, kalau buat Umrah setiap pusingan nak pegang Rukun Yamani pun boleh, takde masalah sebab memang takde orang sangat pun.

Lepas pegang Rukun Yamani ni, cuba juga bawak dia nak cium Hajarul Aswad. Almost okay, almost nak dapat tapi by the time our turn tu, ada this one guy, dahlah badan besar, sedap-sedap je pi tolak jemaah perempuan. Lepas dah berasak dan bergaduh time tu, terus tak jadi. Kesian kat Ammar sebab dia dah kena himpit-himpit. Maybe next time inshaAllah.



As a mother, memang happy sangat sebab Ammar since dia dalam perut lagi, dia dah dekat dengan Kaabah. Bukan semua dapat rezeki macam ni. Syukur Alhamdulillah. Langsung tak pernah terpikir dalam hidup dapat rezeki sampai macam ni sekali. Selagi ada rezeki kat sini, inshaAllah selagi tu lah, stay sini je. Selagi tu jugaklah bawak budak ni, tengok Kaabah. 

Sekarang ni pun, even he is only 8 month, dia kenal Kaabah. Sangat alert dengan Azan, orang mengaji. Asal dengar orang mengaji atau azan je, mesti dia dah tertoleh-toleh carik. Macam masa balik Malaysia haritu, azan Maghrib kat tv. Sangat cepat, pantas dan tuntas dia toleh kat tv dok carik Kaabah. Tapi azan kat tv takde Kaabah, so masa tu dia macam pelik. Tercari-cari mana Kaabah. Hihihi.

Apapun, Alhamdulillah sebab segala urusan dipermudahkan. Kiteorang sampai Jeddah semula dah nak dekat Subuh. Ammar sepanjang Umrah, memang tak mintak nak nyusu langsung. Dah masuk kereta nak balik Jeddah, baru menggelepor nak nyusu. Terus lena sampai Jeddah.

Next weekendnya, kiteorang pi Umrah lagi. But that time, sempena my birthday. Itu kita cerita di post lain yek? Hihihi.


5 comments:

  1. Salam...Allah Masya Allah....windu weh nok bace ceghite mmu Dik Lah oi....somel sekali Debot awak yerk...Kening Ammar paling mencurik hati ku...btw indah sungguh pengalaman Dik Lah..dan paling penting rezeki n nikmat yang Allah bagi tu...speechless kan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Salam singgah...
    Bestnya ammar dalam tummy & kecik2 dah buat umrah. Hari tu sy buat umrah tak bawak anak-anak. huhu..
    Seronoknya duduk sana dapat umrah selalu..**feeling jealous ;)**

    ReplyDelete
  3. Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  4. Salam nailah.. saya nurul ain. Salam kenal. Hujung tahun ni saya akan berhijrah ke jeddah. Moga dapat berkenalan dengan nailah dan famili.

    ReplyDelete
  5. allah,.. dah lama skodeng blog akak. tp baru hari ini komen. masyaALLAH untungnya menjadi tamu ALLAH... doakan sy dapat jejak kaki ke sana. beruntung hidup. moga terus diberkati ALLAH kak,

    stranger. =)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...