October 7, 2013

Simptom Sepanjang Saya Pregnant

Saya tengah mengantuk amat sebenarnya ni tapi sebab nak elak tidur petang, marilah update blog. Letih sebenarnya kalau asik tidur petang jek sebab selalunya bila tidur petang, for sure nanti saya bangun pukul 5 petang. Time tu lah baru terkedek-kedek nak bangun solat Asar which is not good lah kan?

Anyway, harini baby dah 29 weeks! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur sangat. Semoga semua okay hendaknya. InshaAllah, ameen!

Pada kawan-kawan yang asyik tanya je kenapa gambar jarang post. Memang jarang pun nak post sebab tengah pregnant ni, memang mood ke laut sungguh lah. Lagipun, kalau amik gambar, perut tak berapa nak nampak pun sebab saya pakai baju loose. Segan nak pakai baju nampak perut. Hehehe. 

Suami saya tu rajin je nak amik gambar but I am not in the mood at all. InshaAllah kalau ada, saya letak tapiiiii kebanyakan gambar yang ada dalam simpanan pun, memang tak nampak perut. Sebolehnya memang saya akan pakai abaya yang tak nampak perut plus perut pun dah kena cover dengan shawl. Hehehe. So, harap faham ya?

Cerita pasal simptom during pregnant ni, yang boleh saya cakap, start dari first trimester, Alhamdulillah, nak kata saya mabuk teruk tu, tak jugak. 70-30 kot? Sebab dari start tahu pregnant sampailah dah 3rd trimester ni, boleh kata saya baru 2 kali muntah. Itupun muntah cuma keluar air sahaja. Takde muntah keluar makanan ke apa. Syukur. ;)

Saya start found out yang saya pregnant masa baby 6 weeks dalam perut. Baru saya teringat, few weeks before buat test tu, ada sehari tu, tengah saya duduk atas katil lipat baju kot rasanya, tetiba rasa mulut tak selesa sangat. Bila saya bangun pegi toilet, tengok cermin, rupanya gusi berdarah. Masa tu memang dah terdetik dalam hati : " Pregnant ke apa aku ni? ". Sebab saya penah baca artikel, gusi berdarah salah satu petanda kita pregnant but masa tu, saya still buat taktau jek. Malas nak pikir sebab dah bertahun asik dok pikir pregnant jek. So this time, nak relaks jek. ( Rileks lah sangattttt! LOL. :P )

Then, bila dah positif pregnant tu masa baby 6 weeks, badan still okay lagi. After baby 8 weeks barulah ketara sangat simptom-simptom lain datang ......

  1. Sleepy head. Ya Rabbi nak control mata taknak tidur petang memang adalah sangat menyeksakan! Lagi-lagi saya memang jenis tak tidur petang sebab bila tidur petang, nanti malam terkebil-kebil nak tidur. Tapi bila pregnant, start pukul 12 tengahari jek, mulalah mata nak terkatup-katup sampai time masak pun boleh rasa nak tidur kat dapur. Teruk betul rasa masa tu. Tapi mengantuk macam mana pun memang kena tahan lah sebab suami balik lunch kat rumah. Lepas dia dah pegi office, baru saya bantai tidur sampai petang. Then, masa bulan puasa, lagi teruk. Mentang-mentang takyah masak lunch, saya membuta sampai petang. Lepas Zuhur baru bangun. Pagi langsung tak bangun hantar suami pergi keja sebab serius mengantuk amat. Sepanjang-panjang bulan puasa tu, saya hantar suami cuma dengan salam cium tangan, say I Love You tapi mata maintain terkatup. Kahkahkah.
  2. Loya dan Sakit Kepala. Setiap kali bangun Subuh je, tekak memang tak selesa. Kembang-kembang je rasa. Rasa nak muntah pun ada sebenarnya tapi bila pegi sinki, tak muntah pun. Setakat loya macam tu. Sebelum nak tidur pun macam tu jugak. Loya ni selalu datang sekali dengan pakej sakit kepala. Sakit kepala tu bukan sakit kepala biasa. Tahap rasa nak pusing-pusing. Bila baring letak kepala atas bantal baru okay. Pastu, during 1st trimester tu, saya tak boleh diri lama-lama. Paling lama pun 5 minit or less than that. Kalau diri lama dari tu, mulalah rasa nak pitam. Suami siap belikan kerusi tinggi untuk bagi saya duduk dengan selesa bila buat kerja kat dapur atau gosok baju tapiiiiiiiiiii sepanjang 1st trimester tu, boleh kira berapa kali saya gosok baju kerja suami. Huhuhuhu. Kesian tengok suami bangun pagi gosok baju kerja sendiri tapi apakan dayaku. Hehehe.
  3. Hot Flush. Badan manjang je rasa panas tanpa sebab. Padahal rumah ni sentiasa pasang aircond kot. Kalau malam, lagi melampau. Kaki sejuk beku tapi kepala badan semua berpeluh-peluh macam tidur tak pasang aircond, tak pasang kipas. Siang selalunya, badan start jadi macam tu, bila petang. Pagi je okay.
  4. Tak Boleh Bau Suami Balik Dari Kerja. Hahahahaha. Ini paling kelakar sebab bau dia balik dari kerja je tak boleh bau. Selain dari tu ok je contohnya, bau dia lepas mandi ke, bau dia pegi keja ke or else. Bau balik kerja je tak boleh. Rasa nak muntah tapi tu lah, suami saya tu kadang dia tau dah saya ni tak boleh bau dia balik kerja tapi benda tu jugaklah yang dia suka. Kadang saje carik pasal balik kerja, saja datang dekat nak meleset cium la apa lah. Haih. =___="
  5. Makan Sikit. Selalunya orang cakap, 1st trimester, takde selera makan tapi yang saya ni, sampai sekarang makan sikit kot. Tak rupa makan macam orang pregnant pun. Suami selalu cakap, saya makan sikit tapi tu lah, memang takat tu je mampu makan sebab kalau terlebih makan, saya muntah. Makan nasi pun, kadang sehari sekali je iaitu makan nasi waktu lunch. Dinner kadang makan nasi tapi itupun, kuantiti nasi suku pinggan je kot. Kadang nak abiskan portion suku tu pun, terkulat-kulat kuis nasi kat pinggan. Huhuhu. 
  6. Wajib pedas. Hah, yang ni satu hal! During pregnant ni, saya kena make sure, lauk atau apa saje makanan yang saya makan tu, pedas yang menepati piawaian kepedasan tekak saya. Kalau tak pedas, memang tak lalu nak makan. Pedas yang melampau pulak tu. Kadang suami marah but I can't control it or else nanti, saya hilang selera makan. So, sepanjang pregnant ni, memang tekak kalau mengidam pun, memang makanan Melayu je la sebab dah tekak nak yang pedas kan. Western is not allowed kata tekak saya. Kihkihkih.
  7. Dealing With Asthma. Sakit yang ini simptom paling worst sekali during pregnant ni. Even until now. Masa 1st trimester dulu, awal-awal memang fight habis taknak guna inhaler. Tapi sampai at one time, saya kena mengalah jugak sampai terpaksa amik dos steroid 2 kali sehari dengan pantauan dari doktor. Bila pregnant ni lah, saya baru tau, pesakit asthma memang berisiko kena asthma yang teruk lagi-lagi bila dah 3rd trimester iaitu sekarang ni sebab baby akan menolak dan menyempitkan lagi salur pernafasan. So, memang kena jaga sangat tapi tapi tapi, kadang terlajak jugak langgar pantang makan benda yang tak boleh saya makan but what to do. nafsu mengatasi segalanya. Kihkihkih. Macam sekarang, dah 29 weeks ni, memang takde dah tidur yang lena dalam hidup saya sebab setiap malam bukan struggle cari position selesa nak tidur sebab perut dah besar tapiiiii saya struggle nak tidur sebab cari position yang selesa yang boleh buat pernafasan saya okay. I is sad you know. Dahlah nowadays, baby bila pukul 3 pagi je dah kejut saya bangun dari tidur sebab time tu la, dia main pusing berenang dalam perut, kicking macam main kickboxing. Serius tiada tidur lena dah buat saya. =_____="
Rasanya paling bahagia sekali masa dah masuk 2nd trimester kot sebab masa tu balik Malaysia. Jangan taktau, bila balik Malaysia lah baru berat badan saya naik. Kalau tak, memang jenuh nak bagi naik. Dahlah sebelum tu berat turun sampai 5kg. Now even dah 7 month plus pun, still berat badan naik takat 4kg jek. Not more than that. Usaha dah. Tanya my gynea, dia cakap ok jek sebab baby membesar dan aktif. Plus rekod kesihatan semua okay. Alhamdulillah.


Haaaaaaaa ... cuba teka jantina baby saya apa? Kihkihkih.

Haritu masa balik Malaysia, cousins semua sibuk tanya tapi masa tu, memang tak confirm lagi jantina apa. Sebab gynae kat sini 50-50 lagi sebab masa scan tu, 4 ke 5 bulan. Tapi tapi tapiiiii ... masa balik Malaysia tu lah, saya dengan suami sempat lagi pegi KPJ Penang saje nak check dengan gynea kat Malaysia. 

Bila check dengan Dr Foziah kat KPJ tu, terus dia 100% confirm kan jantina baby sebab kebetulan, baby masa tu memang terkangkang habis masa scan. Amboiiiii, over tau baby ni! =____="

Plan nak buat 3D masa tu tapiiiiii baby saya ni, everytime nak scan tu, susah sangatlahhhh nak tunjuk muka! Suka sangat tutup muka dengan tangan. So, Doc pun cakap : " Takyahlah buat, membazir sebab baby awak tutup muka lah. ". Ok Doc. Baru berangan-angan nak tengok baby ikut muka siapa. Kihkihkih. Saje je tau baby ni. Suka mendera perasaan main teka teki tekuk dia ikut muka siapa. =______="

Anyway, sekarang ni saya rajinkan diri hari-hari cakap kat baby : " Baby, please keluar awal okay. Kalau baby keluar 5 December, lagiiiiiiiiiiii lah Mummy/Ummi suka. Sebab tu tarikh anniversary Mummy/Ummi dengan Papa. Senang sikit nak celebrate. ". Huhuhuhu.

Confuse sebenarnya dengan diri sendiri ni. Nak panggil Mummy ke Ummi ni? Kalau dengan Mok & Skulky, saya bahasakan Mummy. Ni dengan yang bakal keluar ni, nak bahasakan apa? Adoiii laaaaaa. Benda ni pun macam masalah besar. Wakakaka.

Oklah. Got to go now. Dah masuk waktu Asar. Selamat menambahkan amal ibadah di awal bulan Zulhijjah korang! Yang parents atau ada ahli keluarga buat Hajj tu, saya doakan semoga urusan ibadah mereka dipermudahkan dan mereka mendapat Haji yang mabrur inshaAllah! 

Till then




4 comments:

  1. Hehehe..i pun tak muntah sangat, dalam 4-5 kali je muntah sepanjang pregnant aritu. Gusi berdarah, mmg ada time chemical pregnancy tapi yg betul2 pregnant ni takde pulak. Skang dah beranak mmg asik2 gusi berdarah sebab menyusu, sbb byk gune kalsium..huhuhu...
    Anyway, part asthma tu mmg betul, my gynae kate, pesakit asthma ni, bile pregnant, sama ade die akan worst, atau same, atau lagi teruk. Me alhamdulillah takpenah kena lansung time pregnant.
    Dah setahun lebih tak kena until la haritu i demam skali dgn fahim, baru la asthma dtg balik tapi mild je lah, tak perlu inhaler tu. Try to avoid foods yg trigger asthma kay ;) Makan pedas2 time pgnant syok kannnn hehehe.....so ur baby is a boy??? :D
    Pasal gambar perut tu, kalau tak publish pun takpe sbb tu hak u tapi u ambik2 sendri2 je, simpan for u n hubby....trust me lepas dah beranak u tibe2 akan rindu figure pregnancy u :P i kdg2 skg pun i asik belek2 gambar perot :P cam takcaya skang dah kempis, budaknye dah besar dah pun :d hehehee
    have a happy pregnancy! taklama lagi je niiii weeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya Jay you takde asma langsung. I struggle gila lawan asma. Kadang memang tahan taknak guna inhaler. Dah terdesak sangat baru guna. Selagi boleh tahan memang I tahan je la. Hehehe. Jantina baby bio surprise! Kakakaka. :p

      Delete
  2. heheh rindu pulak preggy moment..skrang tgk si ekin..dia tu takde mabuk bila tak mabuk dia selamba dia je...takut gak..pesan kat dia hati hati dalam setiap langkah...sbb takde mabuk ni kita ingat kita sihat heheh..ada good nya mabuk ni...hmmm mummy takde mood ni biasa nya baby girl kan kan...hehehehehehh teka ajeeeeeeeeee....biasa yg kak mi biasa tengok...takde mood baby girl...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setengah orang memang takde mabuk-mabuk pun kak. Suruh Amoi makan banyak-banyak. Or maybe sebab baru lagi. Neklah doakan semoga semuanya selamat dan untuk Akak, semoga dapat yang kedua pulak inshaAllah.

      Jantina baby, bio surprise! Hahaha. :p

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...