July 1, 2013

Kad Kahwin & Viagra

Last month ...

Aktiviti biasa sebelum tidur adalah pillow talk dengan suami. Pillow talk lah sangat. Lebih kepada saja borak-borak kosong je sebenarnya. Baru elok letak kepala atas bantal, tetiba ...

Suami : " Ayang, kad kahwin tu nak buat macam mana? Mahal tak kena bayar? "

Nak tersembur rasanya isi perut dengar perkataan " kad kahwin " dari mulut suami ...

Terus isteri bangun angkat kepala toleh tengok suami ...

Isteri : " You ni apesal tanya kad kahwin ni ? "

Suami : " Apesal pulak? Salah ke I tanya? "

Isteri : " Seriously you nak tau pasal kad kahwin ? You nak kahwin lagi ke macam mana ni ? "

Suami : " Whattttt???? "

Isteri : " Dah tu? "

Suami : " I tanya kad kahwin la. "

Isteri : " Yelah. Kalau kad kahwin tu depends lah. Ada murah ada mahal. Tengok kadnya macam mana bentuk ke, design kad ke, material ke. "

Suami : " Hellooooo ... B tanya pasal kad kahwin yang you cakap pagi tadi tu lah. Yang kita bincang pagi tadi kat phone. "

Isteri : " Helloooooo .... itu bukan kad kahwin lahhhh! Itu kad nikah. Lain kali jangan nak confident sangat okay? "

Suami : " Alaaaa ... sama je lah. Still kad kahwin pada I. "

Isteri : " Whateverrrrrrrr! Tapi in case you nak kahwin lain, please do let me know because I want to make sure calon you pilih tu bukan jenis merapu meraban. I don't like. "

Suami : ....... Muka tercengang .... Hahahaha. Tapi sempat lagi tu dengan selamba cakap : " Alaaaaa ... you lupa eh? Tawaran kahwin lain kan dah ditutup. So mana boleh I kahwin lain dah. "

Ok. Serius rasa nak lempang diri sendiri .... =____=

Then ....

Few weeks back ...

Isteri tengah bersiap nak keluar. Elok masa tu isteri baru nak tepek-tepek bedak sikit. Tetiba ...

Suami : " Ayang, viagra tu apa? "

Isteri : " Whatttt? You ni dah kenapa? Tanya pasal viagra ni? You nak makan viagra ke? "

Suami : " Bukanlah. I just nak tau viagra tu untuk apa sebab ritu masa I beli ubat you kan, ada sorang laki ni cari ubat, pastu B dengar pharmacist tu cakap ubat tu lebih kurang viagra. "

Isteri angkat kening curious nak percaya ke tak cerita laki ni. Then ....

Isteri : " Viagra tu setahu I untuk meningkatkan seks lelaki lah kot. Something like that. "

Suami : " Oooooooooo ... " ... dengan muka selamba macam takde apa.

Then ...

Last week ...

Time nak lunch sama-sama. Kat rumah je pun. Suddenly isteri nak tanya suami ....

Isteri : " B, what is wrong with you? Dahlah ritu cakap pasal kad kahwin lah, then, pasal viagra, you kenapa sebenarnya? "

Suami : .... Sengih-sengih ... " Takde apalah. "

Isteri : " Ok. Fine. "

Suami : " Serius takde apa. Don't worry, it's nothing. I mana boleh kahwin lain. Offer kan dah ditutup. Calon yang ada semua dah kahwin. So mana ada calon dah. Lainlah kalau ada calon baru ke, boleh gak I consider kan. "

Isteri : " WHATTTTTTTT???? "

.... Serius rasa nak baling pinggan makan time tu jugak. Hahahaha.


10 comments:

  1. kahkahkah! abang azman tu dah kenapaaa...

    ReplyDelete
  2. Ni mesti kes pemabawakan. sabo ilah sabo k.. heheh

    ReplyDelete
  3. hahahaha..lawak betul cita kak nailah nie...

    ReplyDelete
  4. Haha funny la.omg rindu your story.lama you tak update blog sis.tunggu2 ternanti2 ok

    ReplyDelete
  5. suami isteri oh suami isteri. tp awk mmg isteri cool la, siap bagi suami kawin lain tapi kena tgk jenis mcm mana.

    ReplyDelete
  6. haha..en. azman 2 mlawak..saje nak test ilah je 2..kekeke

    ReplyDelete
  7. mcm mana boleh terlepas entry ni ntah!
    ok, gelak jugak walopon ketinggalan. :p

    ReplyDelete
  8. abg azman tu dh kenapa??meroyan ke??hahahha..bikin hati kak nailah panas je kn...sbr akak..sbr...

    ReplyDelete
  9. salam,
    heheh..kelakar la laki bini. harmoni rumahtangga :)

    ReplyDelete
  10. hahahah...

    sgt kelakar scene u olls ni...

    nailah nk tnya la,u ni preggy yg pertama ke?....u ade pergi berubat ke or ade mkn ape2 ke??...tq

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...