February 5, 2013

Kenal Di Twitter, Jumpa Di Makkah = Double Awesomeness!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Lepas dekat setahun lebih saya kenal sorang 'Makcik' kecik ni, finally, dekat Makkah juga kami jumpa in person last week. Such a memorable thing that not easy to forget.

Here she is ...



Saya dan Lynn. 

Start kenal dulu bukan dari blog tapi dari Twitter. Ada sejarah perkenalan dari Twitter. InshaAllah di akhir entri nanti saya selitkan penghargaan to someone yang buat we both kenal each other and stay close together until now.

Lynn ni blogger jugak. Her blog : Straight Through My Heart . Kemain introduction blog dia tau! Jiwang kemain. Kahkahkah.

Anyway, sebenarnya bila berkawan thru social network ni, saya sejujurnyalahkan, tak pernah lah nak terpikir boleh sampai jumpa in person bagai sebab 30% ada lagi rasa tak selamat dalam hati untuk percaya dengan orang-orang yang ada kat dunia social network ni.

But now? Everything is change. Sejak social network dah makin macam-macam ada, benda yang saya rasa tak mustahil adalah sangat logik untuk waktu sekarang ni. Lagi-lagi, macam Twitter sendiri, dah ada komuniti #TwitterJaya yang at the end, the founder rajin buat meet up dengan pengguna Twitter yang lain. Other than that, siap organize aktiviti kebajikan ke rumah orang tua, anak-anak yatim and also jamuan raya ke apa.

Macam Lynn ni, serius saya tak ingat since when kami boleh close. Pada saya, everything started from dunia Twitter. Dulu saya ni memang sangatlah suka bertweet-tweet. Sikit-sikit tweet, semua benda nak tweet until one time, saya sendiri rasa penat and sekarang dah slow nak tweet segala bagai. Dah tua maybe? Hahaha. :p

So, dulu bila rajin tweet, she is salah sorang yang saya rajin reply tweet semua. Ada yang lain juga. I will only story about her je lah kan sebab memandangkan memang nak cerita pasal dia pun. Hahaha. The ukhuwah dari Twitter berpindah ke Blogger dan seterusnya ke Facebook pulak semestinya.

Bila saya dah start baik dan rapat dengan fews kawan-kawan yang saya kenal dari social network kan, takde jugaklah saya terpikir sampai nak bagi hadiah ke apa until lah, last year kalau saya tak silap, tetiba rasa nak bagi few of my sisters hadiah dari sini memandangkan, I know, peoples will aprreciate sangat kalau dapat souvenier dari Makkah.

One of the sisters is Lynn of course! Bila dia received hadiah dari saya, kalau dia sendiri dah happy gila dapat hadiah tu, saya yang memberi ni lagiiiiiiii lahhhh rasa seronok tapi in the same time, sedih dan touching jugaklah bila ada yang cakap : " Tak dapat pergi Makkah, dapat barang dari sana pun jadilahhhhhhh! ". Sobs sobs. I is sad you know because I know, semua yang Muslim for sure ada impian nak datang sini. ( Saya doakan semoga impian korang tercapaiiiiiiii! InshaAllah. Amin. Amin. )

'Makcik' kecik ni pulak, bila dapat barang, terus menerus anta message say Thank You apa semua and said that her parents was sooooo happy dapat barang tu semua. Nak dijadikan cerita, tak lama tu, her parents dok pi balas balik bagi saya sepasang kain songket color baby blue! Gila speechless sebab dia pun takde bagitau apa. Tahu-tahu je, parcel dah sampai rumah. 

Alhamdulillah, kain tu pun dah selamat dibuat baju kurung and I wore it masa balik Malaysia haritu pergi Giant! Petang tu pulak siap pakai pergi KIPMart. Mak saya sampai cakap : " Ni apesal nak pergi KIPMart pun pakai baju cantik sangat ni? ". Kahkahkah. Semangat tak semangat kan sebab saya memang suka gila kain tu. Sejuk. ;) ( Shukran Pakcik, Makcik )

Nak dijadikan cerita, pasal Umrah ni lah, Lynn dok usha-usha tanya some tips about Umrah. Korek punya korek, she straightly bagitau yang inshaAllah the whole of her family akan datang sini for Umrah. ( Saya kalau dengar orang datang nak buat Umrah, memang happy sangatttttttt! Seronok! )

Since that, selagi tak pi buat Umrah tu lah, she asked anything yang saya tahu pasal Umrah ni. The day yang dia nak gerak tu, memang saya dah pesan to keep in touch so that we could meet up kat Makkah bila dia ada masa yang tak terikat dengan any activites with the travel agency.

Group Umrah dia memula ke Madinah dulu sebelum ke Makkah. Bila dia dah sampai Madinah tu, memang tahulah Makcik kecik ni mesti rasa seronok gila and rasa tak percaya bila dah sampai sini sebab bila sms tu, dok manjang cakap : " Bestlah kakkkkkk! ". Hahaha. Makcik kecik ni siap sempat  berangan feeling macam drama NurKasih lagi masa on the way ke Makkah sebab katanya, dia terus teringat, pics yang saya penah upload dalam blog ni, exactly sama dengan apa yang dia tengok masa tu. Ok. Layankan aje. Kahkahkah.

Sampai Makkah, finally saya decided untuk jumpa dia hari Jumaat memandangkan dia memang free on that day. Akitiviti bebas katanya untuk group Umrah dia. So, the plan nak jumpa tu is on babyyyyyy! Yeayyyyy!

Bila hari Jumaat tu, tetiba plan dia bertukar. Dorang kena buat Umrah pagi nak jumpa tu sebab malam sebelumnya tu, bas takde. So, semua kena buat Umrah hari Jumaat tu. Yang kami lak, terpaksa cancel buat Umrah atas beberapa sebab.

Sampai Makkah, ku sangkakan Makcik ini dah settle Umrah sebab kami sampai pun pukul 9.30 pagi. Yang dia pulak awal-awal tu dah bagitau, yang group dia akan buat Umrah dalam pukul 7.30pagi. Ikut perkiraan logik, by that time, inshaAllah dia dah selesai Umrah atau maybe dah nak selesai.

Bila dah sampai, dah parked keta semua, bila sms, rupanya group dia baru nak start Umrah sebab bas lambat sampai pagi tadi. Kuikuikui. So, disebabkan memang lama lagi nak siap urusan dia, saya dok pi makan dulu kat Safa Tower. 

After makan, terus masuk Masjid. Konon saya ni nak tawaf sunat lah tapi bila tiba kat dataran Kaabah tu, punya ramai manusia, dah macam bulan Romadhon pulok! Ok. I have to cancel sebab saya tau keupayaan badan saya macam mana. Tambah pulak, memang sesak betul memandangkan, ada part of Masjid under construction dan memaksa semua jemaah tawaf di tingkat bawah sahaja. So, suami je tawaf sunat sorang dan saya terus ke ruangan solah perempuan.

Kebiasaanya, bila masuk masjid around pukul 10 pagi, Masjid lengang sikit but this time, punya ramai jemaah, subhanAllah, tak boleh nak cakap apa. Memang sesak dan padat. Saya ni sampai terpaksa solat duduk sebab ruangan sangat sempit dan memang saya tak boleh nak sujud. Nak keluar ke tempat lain pun, tak boleh sebab saya kena melintas jemaah lelaki. So, saya just stay kat tempat yang asal.

Yang Makcik kecik ni, disebabkan orang memang ramai dan ruangan tawaf sangat terhad, dia nak settlekan tawaf pun dekat 2 jam kot. Hahaha. Kesian gila. Mujurlah walau matahari terik tapi, anginnya sejuk. Takdelah terasa sangat bahang matahari tu.

Saya ni pulak, memang dah stucked. Plan nak jumpa sebelum solah Jumaat pun terpaksa tukar lagi sebab saya dah memang tak boleh bergerak dan tempat yang saya tunggu tu agak jauh jugak nak ke tempat Saei memandangkan between that place, ada construction. Kalau nak pi, kena pusing jauh dan sebab suami pun nasihat jangan pi, so saya duduk diam-diam.

Finally, saya sms bagitau jumpa lepas solah Jumaat je. Lagi senang. Saya suh dia jumpa saya kat mini tower clock berdekatan dengan pintu 1. Ok. Settle.

Selesai je solat Jumaah, tergopohlah jugak nak ke mini tower clock tu sebab jemaah sangat packed. Berhimpit-himpit. Dahlah sorang-sorang. Saya janji dengan suami pun jumpa kat situ jugak. Bila dah ramai macam tu, dekat setengah jam kot saya tunggu suami. Bila dia dah sampai tu, dah nampak kelibat saya, baru je saya nak pi kat suami, tetiba datang sorang perempuan ni terus peluk kuat-kuat taknak lepas and masa tu, saya rasa macam " Hello ... kau sape nak peluk aku ni? ". Hahaha. 

Mujurlah masa tu, budak perempuan tu rupanya Lynn bila she keep saying my name. Agak blur jugaklah masa tu sebab tetiba orang peluk kan. Suami pulak dah dok senyum je tengok gelagat orang eksaited jumpa bini dia. KAHKAHKAH. :P

Lepas peluk cium muah muah, kami dok pi cari family dia pulak sebab memasing dah terpisah. Lepas jumpa family dia dah kenal semua, kami ajak dia lepak lunch kat Felda Restaurant and dia heret Along dia sekali. 



Saya dan Along iaitu kakak kepada Lynn.

Makcik kecik si Lynn ni, bila dah jumpa in person, sepanjang masa tu la, dia dok senyum-senyum tengok saya. Kejap-kejap senyum, kejap-kejap senyum. Apesal entah. Pelik betul adik yang sorang ni. :p

Ikutkan, kami nak lepak sampai sebelum Asar tapi berlanjutan sampai solat jemaah sesama kat MasjidilHaram. Lepas solat Asar, terheret pulak sampai ke minum petang dekat hotel dorang.

Dari minum petang, heret lagi ke Maghrib pulak. Selesai Maghrib, bila saya nak balik tu, saya ajaklah bebudak ni tidur rumah kami semalam memandangkan Makkah Jeddah tu takdelah jauh  mana.

Dannnnnnnnnn ... budak ni sangat laju okay jawab nak ikut sebabbbbbbbbbbbbbbbbb semata nak jumpa budak Mok dengan Skulky tuuuuuu! Kemain. Kemain. =___=

Dari nak angkut dia dengan Along, terus angkut adik bongsu dia sekali sebab kami dok pi pancing adik dia tu dengan perihal kucing jugak. Dengan adik dia sekali dok semangat pi packed baju masuk dalam beg kakak-kakak dia. Hahaha.

Siap semua, terus balik Jeddah. Sebelum sampai rumah, for sure kenala bawak bebudak ni pi makan dulu kat memana memandangkan last makan berat adalah lunch tadi tu. Jenuh haih nak suruh bebudak ni pilih nak makan mana. Last-last saya ajak pi dinner kat AppleBee's je memandangkan AppleBee's tu takdak kat Malaysia! Itupun je pun reasonnya. Kuikuikui.




Sempat bergambo masa tengah jalan kaki nak balik hotel dorang. Paksa suami amikkan gambar cepat-cepat sebab orang tengah ramai. Tahu pun orang ramai tapi menggedik jugak nak amik gambo kan? Hahahaha. :p




Them. Muka semua kepenatan dan kemengantukan sebab lepas Umrah, dorang takde rehat pun. Tak dapat rehat, tau-tau saya dah angkut bawak balik rumah. Hihihi.



Us. Tengah tunggu foods sampai.

Bebudak ni syok je order makanan memasing masa kat AppleBee's ni. Jap lagi, bila foods sampai, terkejut beruk memasing tengok portion foods yang dorang order tu. Kahkahkah. Jangan taktau, portion foods kat sini adalah sangattttttttttttttt banyak! Any food kecuali fast food, portion dia, kalau orang Arab tu, kacang je nak abiskan tapi untuk orang Asia macam kita, boleh share 2,3 orang kot? Kihkihkih.

Maka, bila dah macam tu, terkulatlah masing-masing nak habiskan. Terkuis-kuis makanan dalam pinggan. End up, semua tapau bawak balik je.

Sampai rumah, semua except Along adalah sangat eksaited bila tengok Mok dengan Skulky. Yang si Lynn punya menggalak main dengan Skulky sampai dah nak pukul 12 tengah malam barulah terkedek-kedek nak masuk tidur. Padahal esoknya tu kena bangun awal sebab nak hantar dorang ke Makkah pepagi sebab dorang ada ziarah ke Hudaibiyah dengan ziarah Ladang Unta.

Tapiiii ... nak dijadikan cerita, esoknya tu, dorang kena tinggal dengan bas jugak bila dah sampai hotel. Hahaha. Kesian gila. Things happen kan. Tak boleh nak elak sebab walaupun suami did his best nak sampai awal, kat Makkah pulak boleh jammed especially dekat area hotel dorang ni. Can't say nothing. Tahu-tahu je bas dah jalan. =____=

Bila hantar dorang kat hotel pun, we just dropped by them sahaja sebab suami pulak nak berkejar ke opis. Balik Jeddah pun, masa banyak habis dekat Makkah sahaja sebab seriously, that day Makkah macam hectic jammed. Taktaulah kot kot memang setiap hari macam tu. Hehehe.

That is the story. Dari virtual friend sampailah jumpa in real. Apapun, saya doa semoga ukhuwah macam ni kekal sampai Syurga. I am looking forward nak jumpa sisters yang lain yang saya kenal dari social network jugak. InshaAllah. Amin. Amin.

Apa yang saya boleh cakap, Lynn ni kira the 1st ever orang luar yang datang tidur rumah saya. Setakat ni, family sahaja. That's mean, dia dapat tengok saya ni macam mana orangnya. The real me sebab saya ni bila dah kenal dan rapat, saya memang menjadi diri sendiri. Takde nak control ke apa. Paling tak boleh blah, Makcik kecik ni dok gelak dengar dan tengok saya ketawa. KAHKAHKAH.

Semoga perjalanan Makcik kecik ni and her family selamat hendaknya memandangkan, dorang balik Malaysia harini. Flight petang nanti. Please doa dan datang sini lagi ok? Panjang umur, jumpa dekat Penang. InshaAllah.

( Oh ya, thanks to you wahai Nasya Nicole Atkins atau sekarang dah jadi Sofea Ashley Arthur kerana sebab you, I know Lynn. Ini I appreciate ok? Other matters, sorry. )

Sekian. Ma'asalamah!

5 comments:

  1. huehuehue!!! kalau ada rezeki pi umrah lagi dan Nailah ade kat sana, boleh jumpa please.wakakakaka dengan muka tak malunyer -..-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Boleh je Lizz! Lepas tu jangan lupa bawak sarang burung yang kata nak jual tu tauuu! ;)

      Delete
  2. ekhemmm. tumpang laluuu. baru nak komen. :P :P

    ini kali ke 4 dah kot bukak entri ni. kahkahkah. asal teringat jee pasal sana,mesti nk bukak entri ni. alahaiiii. rindunyeeeee akakkk. Skulky. MasjidilHaram. Masjid Nabawi. aahhh semua laaa..

    oh btw, akak dah mencemar duli post pic Iolls besar gabak. malu k. hahahaha.

    semoga kita diberikan kesempatan bertemu di sana lagi. Ameeennnn.

    Love you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Akak baru nak reply komen Lynn ni. Akak doa semoga Lynn sefamily dapat datang ke sini lagiii. InshaAllah. Amin. Amin.

      Love you too! Muah!

      Delete
  3. CERITA MENARIK ....INSAN YANG BAIK DAN PEMURAH LA AWAK NI.MOGA ALLAH MEMBERKATI AWAK DAN KELUARGA

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...