January 22, 2013

Kembali Ke Rutin Asal

Assalamualaikum.

Now we're back in Jeddah! Baru je sampai hari Jumaat minggu lepas. Kiranya harini dah masuk 4 hari balik sini dan juga dah 4 hari jetlag tak sudah-sudah. Bilalah nak berakhir penderitaan jetlag ni sebab bila jetlag, pukul 9 malam da sibuk nak tidur pastu pukul 4 pagi atau 5 pagi, mata dah cerah kerah badan untuk bangun. =___=

Anyway, balik haritu, last minute Mak Mertua datang turun dan hantar kami di KLIA. Semangat tak? Semangat tak? Selalunya Mak saya je yang hantar but this time, Mertua dengan adik-adik ipar ada sekali. Extra seronok. ;)

Alhamdulillah flight semua okay. So far, naik Saudia Airlines tak pernah rasa tak selesa ke apa cuma sehari sebelum fly balik Jeddah, suami tetiba sakit pulak. We expected punca daripada coleslow masam dari Nandos. Takpun sebab suami guna massage chair memandangkan, dia kan ada besi dalam badan. For those yang tak tahu, kadang to those yang ada besi dalam badan tak digalakkan sangat pakai massage chair ni sebab massage chair ni kan ada besi and elektrik yang mengalir. I don't know how to explain. Hahahahaha. :p

So, bila dah tak sihat tu, malam sebelum nak balik tu, dia dah struggle dengan pening kepala dia. Bila dia pening kepala, saya pun jadi pening jugak sebab pening tak boleh tidur sebab dia kat sebelah dok merengek cakap pening dan pening dan pening. I don't know how to help him sebab dah makan panadol, ponstan, letak minyak cap kapak, urut kepala dan segalanya tapi tetap dia cakap : " Kepala nak pecah. ". Ok. Fine. Demi nak menjadi isteri mithali yang bercita nak menjadi bidadari suami di Syurga, saya pun jadi tidur-tidur ayam. Sekejap-sekejap tanya suami : " You ok ke? ". =___=

Then, bangun pagi the day nak fly tu, nak dijadikan cerita, lepas breakfast dia dah start muntah belahak segala benda yang dia makan atau minum. Terus lembik tak bermaya muka sememeh tak terurus sebab sekejap-sekejap pergi bilik air, muntah. Sekejap-sekejap muntah. Badan muka semua berpeluh semacam.

Tapi husband will always be a husband. ( Thank you B. ❤ )

Dalam sihat tak sihat tu, dia tetap sibuk wrapping kotak stok makanan dan kemas barang-barang lain because he know, saya tak boleh nak buat kerja lasak dan angkat barang berat-berat dah. Kuikuikui. ( Eh? Don't ask anything sebab until now belum ada rezeki. InshaAllah soon. Kena bagitau awal-awal sebelum semua kang ingat saya ni ada isi. Hihihi. )

Around 11 am tu, disebabkan barang terlalu banyak dan kereta pun kecik je, maka kami separate untuk ke airport. First trip, yang pergi airport cuma saya, suami, mak mertua dan adik ipar saya. The rest datang kemudian memandangkan abang ipar saya need to perform his Jumaah solah

Sampai KLIA, met my parents pulak sebab dorang datang straight from Johor while both of us dah turun Sungai Buloh dulu tidur rumah my biras and abang ipar. 

Sampai-sampai, terus carik tempat wrapping plastik tu sebab this time, first time kami balik 1 luggage besar dengan 1 kotak beso. Tak macam dulu. Kalau dulu, setiap sorang bawak luggage beso sorang 1. Memandangkan luggage yang lagi 1 dah rosak, nak jimatkan dan memudahkan, kebanyakan stok makanan kering semua kami sumbat dalam 1 kotak je. Senang!

Alhamdulillah, berat luggage beso dengan kotak semua cukup-cukup 35kg. This time tak boleh bawak banyak barang macam dulu sebab Saudia dah buat rules baru. Kalau dulu beg boleh cecah 55kg per person but now dorang da reduce to 35kg per person. Maka, kami bawak mana yang penting dan mampu je. 

Lepas check in, lepak minum makan macam biasa. Sementara nak tunggu boarding pukul 2 petang tu, sepanjang tu la suami sekejap sekejap ke toilet nak muntah. Sekejap sekejap kang hilang. Even on board pun macam tu. Makan semua apa nanti mesti keluar balik. First time on board, dia tolak first meal yang dorang dah sediakan. On board dia lebih kepada tidur. Itupun tidur-tidur ayam. Meal yang kedua baru dia try makan. Itupun muntah jugak kalau tak silap. T__T

Myself sendiri tak boleh tidur. Tidur pun setakat 2,3 jam. Tidur-tidur ayam jugak. Selebihnya menghabiskan masa tengok movie yang ada. Mujur ada movie best-best. Kalau tak, melangok jugak nak tunggu sampai Jeddah. Huhuhu.

Oh ya, this time balik, flight penuh dengan jemaah Umrah. Kebanyakan dari Andalusia Travel Agency. Saya suka je tengok jemaah-jemaah yang datang menjadi tetamuNya. Yang tak berapa suka tu adalah bila 1 flight dan jemaah tak diasingkan ke Terminal Hajj, sesi perebutan beg kat claim baggage adalah 1 benda yang tidak sihat. Paham-paham je lah orang kita ni macam mana. Hehehe.

Anyway, sampai airport, our bestfriend dah tunggu kat arrival hall. Thanks to the lovely family, Ina & Razif and together with their kids, Iman & Rayyan yang datang amik. We appreciate it. They are really such a good person sebab bukan setakat amik je, Ina siap bawakkan bekalan nasi dengan lauk pauk. I is terharu you know? ;')

Sampai rumah, memasing tak sabo nak jumpa our babiesssssss! Alhamdulillah, Mok dengan Skulky baik-baik sajo sebab ada Mama dengan Daddy tolong datang, tengok, bagi makan dan bersihkan pasir bebudak bulus ni. Hehehe. Shukran Mama and Daddy! Sihat belako anak-anak bulus kami. Yang sekor dah macam anak serigala, yang lagi sekor dah macam anak badak! Hahaha. =___=

Ok. We gonna miss Malaysia again and again and again and again. T___T 

Semoga ada rezeki balik raya tahun ni. Eh? :p

Sekian. Ma'asalamah.


3 comments:

  1. Syak ada org nak balik lagi raya tahun ni. Hahaha

    Anyway,selamat menjalani rutin biasaaaa ye mami Mok dan Skulky. Jumpa kat sanaaaaa.. Eh?! Haha

    ReplyDelete
  2. seronoknya baca.. za baru je ikut blog ni.. mmg stay sana ye?

    ReplyDelete

  3. @LynnAiza : Tak jugak! Hahaha. Rasa macam nak raya sini je lagi. Balik Malaysia raya boleh demok sebab makan macam-macam. Hahaha. 😝

    @izfanora : Assalamualaikum Iz. Saya memang stay sini. 😃

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...