December 4, 2012

Weekend Getaway : Madinah Al-Munawarrah & Makkah Al-Mukarramah

Assalamualaikum.

This is how we spend our weekend 2 weeks ago.

Penghujung bulan sebelum masuk Disember, suami tetiba takde angin takde ribut, ajak pergi Madinah. I don't have problem at all sebab pergi tempat best kan but this is the first time, pergi last minute which is lagi 2,3 hari nak weekend, baru decide nak pergi.

Masa nak decide pun, konfiden tak konfiden je sebab kalau pergi last minute ni, kadang jadi, kadang tak. Tapi Alhamdulillah, rezeki dah termaktub dapat menjadi tetamu di Raudhah, maka bergeraklah kami pagi Khamis 22 Disember haritu.

Bergerak dari rumah dalam pukul 11 pagi memandangkan kat sini, boleh check in lepas pukul 3 petang. Alhamdulillah cuaca ok sangat. Tak terik macam selalu sebab sekarang dah masuk musim sejuk. Even matahari terik kat luar, masih terasa sejuk.




Kat Jeddah Highway. Dari Jeddah nak ke Madinah tak lama. Lebih kurang 3jam. Highway kat sini walaupun dari segi facilities tu sangat-sangat daif, tapi jalan highway dia memang smooth sangat. Tak berbukit-bukit berjengket-jengket macam naik kuda like highway kat Malaysia. :p




Inilah view highway kat sini. Kiri kanan padang pasir. Takpun, kiri kanan, bukit bukau yang penuh dengan batu. Kadang kalau bernasib baik, boleh 'terserempak' dengan sand storm. Takpun, terserempak dengan puting beliung versi pasir halus. ;)




Ok. Kalau dah nampak signboard separate kan 'Muslim' and 'Non-Muslim' macam ni, ini tandanya dah nak sampai Madinah. Few miles nak sampai border Madinah.




Nak ke arah Haram atau Masjid Nabawi, dua-dua arah jalan boleh lalu tapi kami biasanya belok ke arah kanan kat mini castle ni.




Al-Haram. Signboard siap ada icon masjid kubah hijau. ;)




InshaAllah kat sini nak carik hotel dekat dengan Masjid Nabawi takkan sesat punya sebab signboard Al-Haram memang bersepah-sepah sana sini. 




Kali ni kami tukar angin lagi stay kat hotel yang kami belum pernah stay lagi which is Al Shaza Hotel. Alhamdulillah, hotel ni baik dari servis, bilik, semuanya tip top! Plus hotel ni few steps je nak ke Masjid. Less than 5 minutes dah boleh sampai Masjid. ;)

We arrived right on the time. Sampai je kat area hotel, terus check in and parked kereta kat hotel basement. Masa sampai, semua tengah solat jemaah kat Masjid. Suami je turun bawah solat. Saya mengelat solat dalam bilik. Huhuhu.

Waktu solat Maghrib dengan Isyak baru ke Masjid. Macam biasa, sebelum masuk waktu dah kena bersiap dan gerak ke Masjid. Kalau tak, susah ler nak dapat tempat. Pulak tu, kami ingat masa kami pergi ni, semua jemaah Hajj dah balik tapi rupanya tak. Bersepah je lagi jemaah Hajj kat Madinah ni.

Lepas Isyak, terus standby nak ke Raudhah. Sebelum pegi Masjid saya memang dah cakap kat suami, nak ke Raudhah terus lepas solat Isyak. Taknak pergi lepas Subuh takut mengantuk yang tak dapat dikawal. Huhuhu.

So, macam biasalah. Kalau jemaah tengah ramai ni, memang sesi berebut akan berlaku waktu nak ke Raudhah. Kawallah macam mana pun, tetap jadik jugak especially jemaah dari India. Kang guard pompuan panggil Turki pun dia datang, panggil Africa pun, jemaah India datang. Senang cerita bila panggil jemaah dari semua negara, confirm jemaah India ni bangun dan nak ikut jugak walaupun padahal, dorang dah dikumpulkan dalam group dari India. Huhuhu. Poning semua orang! =_=




Masa ni semua jemaah yang paham Melayu which is Malaysian dengan Indonesian kena duduk dulu before boleh masuk Raudhah. Depan tu dah dikira nak ke Raudhah. Nak bezakan Raudhah sila tengok karpet ye? Kalau korang dah pijak karpet hijau, itu tandanya korang dah kat salah satu taman Syurga lah tu. ;')




Disebabkan sekarang dah musim sejuk, maka bila malam, bolehlah dorang bukak roof ni. Sejuk sikit dalam Masjid.




Suasana lepas Isyak. Not right after Isyak, few hours lepas solat Isyak sebab masa ni, saya baru balik dari Raudhah. It is almost 10pm at night. Nak ke Raudhah bukan boleh terus masuk okay? Took few hours jugak nak kena tunggu. So, memang kena banyak bersabar. Masa saya pergi ni, habis Isyak around 7.15 pm. Pung pang pung pang, dekat pukul 9 malam baru dapat masuk dalam Raudhah. Setengah jam lepas tu baru keluar dari Raudhah. 

Then, esoknya tu Jumaat,  pepagi bangun Subuh, balik dari solat, pung pang pung pang, terus turun breakfast. Gila semangat punya turun awal sebab perut dah lapar. Hahaha. Lepas breakfast, naik bilik balik, qada' tidur. Wakakaka. :p

Dalam pukul 11 pagi, kami dah turun ke Masjid balik standby untuk solat Jumaat. On the way pegi Masjid tu, ada sorang Makcik ni bagi Quran free! Hurreyyyyy! Saya suka sebab color pink. Eh? :p




Ni main entrance untuk jemaah perempuan. Saya main suka je cakap main entrance sebab kat belah sinilah tempat untuk ke Raudhah. Heeee. ;)




Perkarangan Masjid Nabawi. #1




Perkarangan Masjid Nabawi. #2




Perkarangan Masjid Nabawi. #3




Perkarangan Masjid Nabawi. #4






Ni view dari bilik yang kami stay. Mengadap King Fahd Road. Nak ke Masjid jalan kaki dalam 20 tapak ke kiri. Dekat! ;)

Balik bilik, lunch, terus check out. Balik tu kami singgah dan ziarah Bukit Uhud sekejap memandangkan nak menghala ke Jeddah tu memang kami lalu Bukit Uhud ni.




On the way balik Jeddah, saya happy sebab hujannnnnnn! Muahahahaha. Kesian okay sebab saya dah lama tak jumpa hujan, tak bau air hujan. Rindunyaaaaa! Nikmat bila tengok hujan. Lagi nikmat bila tengok, orang-orang Arab dok sanggup berhenti tepi jalan sebab nak main air hujan. They really appreciate rainy day so much! ;)

Ok. The following week tu pulak, as before, last minute jugak decided nak stay kat Makkah. Selalunya balik hari je. Jarang nak stay kat sana tapi disebabkan, saya tak sihat dan taknak rasa penat sangat, so kami stay je. Nak pergi hari Khamis, hari Rabu pagi baru terhegeh-hegeh booked hotel. Heeeee. ;)




On the way ke Makkah. Tak jauh pun. Sejam boleh sampai. Kalau speeding, less than hour boleh sampai dah.




Dari jauh dah nampak Tower Clock. 

This time pegi, kami parked kereta dekat Kudai Parking sebab kebanyakan hotel yang ada kat depan MasjidilHaram tu, dorang tak provide free parking. Ada parking but you have to pay almost SAR250 per day. Dari membazir duit tak tentu hala, baiklah parked kereta jauh sikit. Free lagi! Hehehe.

Dari Kudai Parking nak ke hotel naik teksi je. Tak susah pun nak carik teksi sebab biasanya, ada banyak teksi melilau-lilau cari passenger kat area parking tu.

Sampai hotel, ingat sekejap je nak amik masa nak check in tapiiiii ... dekat sejam menunggu dekat lobi! Kaunter punyalah banyak tapiiiii ... taktaulah dorang ni apesal lambat sangat. Customer yang beratur depan laki saya lagilah. Berurusan dekat kaunter dekat setengah jam! Entah apa dia buat lama-lama pun, idok ler teman tau tapi memang sakit hati tengok. Macam tak pikir orang lain. Adoyaiiiii!




Ni view dari bilik hotel kami. Kami stay kat Hotel Grand Zamzam Suites. Tapi hotelnya takdelah grand mana pun sebabbbbbbbbbnyerrrrrrrrrrrrr????!!!

Dekat sejam tunggu bilik, bila masuk bilikkkkkkkkkkkk??????

BILIK TAK BERKEMAS LANGSUNG OKAY???? 

Dahlah kami ni datang nak buat Umrah, memang serius nak menahan hati dari maki tu, astagfirullah al-azim ... memang tak dapek nak menahannnnnn! Memang dugaan betul! Suka hati je dorang ni bagi bilik tak berkemas kat customer

Apa lagilah kan? Suami terus complaint dekat manager hotel. Terus dorang kelam kabut cari bilik lain. Siap upgrade bilik mengadap Haram. Itu yang dapat view cantik macam tu. Hehehe.

Nak settlekan hal bilik, sampai dah nak masuk waktu Maghrib. Kelam kabut solat Asar kat bilik, then terus turun ke Masjid.




Suasana lepas Maghrib.




Jemaah ramai sebab weekend. Selalunya kalau weekend, penuh dengan local people.




Kaabah in closer look. Masa ni tengah tunggu suami nak mulakan buat Tawaf.

Alhamdulillah, Umrah selesai lepas solat Isyak dengan jayanya tanpa halangan walaupun kalau diikutkan saya memang tak berapa nak sihat sangat. Tapi sebab dah rindu sangat nak buat Umrah, saya gagahkan diri juga. Syukur sangat. ;')




Ni suasana lepas solat Subuh hari esoknya tu. Suami yang amik. Credit to him.




Pintu Kaabah atau Multazam. He captured during his Tawaf Sunat.




Few hours before Jumaah solah.




Main entrance of MasjidilHaram. King Abdul Aziz gate.




Minaret Masjid.




Suasana selepas selasai solat Jumaat.

Alhamdulillah petang tu dah selamat sampai rumah. Lega. Penat sebab tak rehat lagi sejak balik dari Europe but it is still okay sebab berbaloi-baloi. Rasa lega dapat tengok Kaabah lepas dah berminggu-minggu tak tengok due to musim Hajj.

To those yang datang sini next year, do let me know. Mana tau ada rezeki boleh jumpa dan menjalinkan ukhuwah. Okay? 

Saya doakan awak semua yang teringin nak ke sini, sampai jugak kat sini satu hari nanti. Okay? Doa bebanyak dan jangan lupa usaha jugak dalam masa yang sama. 

Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah SWT.

Sekian. Ma'asalamah!


5 comments:

  1. InsyaAllah jmp di sana thn depan yer... doa2kan semoga segala urusan kami dipermudahkan...
    tapi tapi tapiiiiiii...
    kalo balik ke Malaysia jgn lupa roger. meh dtg rumah meh...

    ReplyDelete
  2. semoga Allah sampaikan kami sekeluarga ke sana. :)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah birunya langit. Nak sangat sangat pergi sana. Tengah kumpul duit nak buat umrah. KAkak doakan Mili ya. Hee. :)

    ReplyDelete
  4. Beruntungnya u tinggal kat Arab Saudi bole selalu pegi Madinah dan Mekah.
    Berada di kedua tempat suci ini mmg kenangan indah dalam hidup saya, berpeluang menjadi tetamu Allah pada Jun lepas :)

    ReplyDelete
  5. salam kenal nailah...

    thanks sudi jenguk2 blog saya.. really appreciated...but,i'm really admire ur europe trip.....hahah

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...