October 14, 2012

Perkembangan Terbaru.

Assalamualaikum.

Taktau nak cerita pasal apa sekarang ni. Maka marilah saya bercerita tentang perkembangan terbaru anak-anak bulus saya yang semakin gemok sebab makin kuat makan dari hari ke hari.


Kiri : Few hours after spayed. Kanan : Semalam. Makin gemok dah. Tengok muka dia. =_=

Anak jantan sekor ni, sekarang dah sunat. Dua minggu lepas saya hantar dia sunat. Alhamdulillah kos sunat kali ni tak mahal macam masa hantar Mok sunat dulu. Sebabnya, saya hantar kat sorang doktor dari German ni.

Buat dekat rumah dia je. Takde kena pegi vet klinik ke apa ke. Sebab kat rumah dia ada semua barang perubatan. Sangat lengkap.

Itupun, pada awalnya, doktor tu nak bagi FOC je tapi takkanlah kan. Dahlah doktor tu memang buat untuk charity demi nak mengawal kelahiran stray cats kat Jeddah ni. Makanya, kita guna sistem barter. Dia sunat kucing saya, saya bagi dia cat food untuk stray cats yang dia bela kat rumah dia tu.

Selesai. Senang hati. Kalau tak garu kepala jugak nak sunat Skulky kat tempat Mok sunat dulu. Hehehe. Jimat banyak sangat dah kat situ. ;)

Alhamdulillah, lepas sunat, Skulky tak meragam sangat. Mabuk-mabuk sebab ada ubat sedation pun, dia masih gagah nak lompat sana sini. Lompat masuk dalam bowl kesayangan dia, lompat atas mesin basuh, lompat atas katil. Esoknya, terus sihat macam biasa. ;)

Kesan dari sunat?

Kuat makan. Dulu kuat makan jugak. Sekarang ni, dia lagi berganda kuat makan. Muka dia pun dah lagi besar dari penumbuk tuan dia sendiri. =_=

Harapnya takdelah sampai obesiti sebab kucing kalau dah obesiti, risiko kena sakit jantung dengan sakit buah pinggang adalah sangat tinggi. Jadinya, nak elak semua tu, sekarang ni, memang dah jarang sangat bagi dorang makan cheese cake atau dairy food yang lain.

Curlassssss kan? Kucing pun makan cheese cake. Cheese cake factory pulak tu! Tak memasal saya ada pesaing. Sekarang ni kalau beli cheese cake, saya makan kat kedai / cafe yang saya beli kek tu je. Tak kuasa nak bawak balik sebab bila bawak balik, 80% yang makan cheese cake adalah dorang. Bukan saya. =_=



Haaa ... sekarang ni saya penanam rumput yang berjaya. Tapi penanam rumput yang khas untuk kucinglah. Bukan rumput yang biasa tu.

Baru plan kalau saya balik Malaysia konon nak beli rumput ni bawak balik sini tapi, last-last, jumpa kat petshop yang saya biasa pergi ni. Nasib baik murah. Sekotak 25riyal je. Rumput tu bolehlah tahan dalam sebulan.

Masa amik gambar ni, rumput ni baru seminggu. 

Rumput ni kegunaan dia untuk bersihkan perut kucing. Kucing bila dia bersihkan bulu dia tu kan, nanti, ada certain bulu dia masuk dalam perut. Jadi nak keluarkan bulu tu, dorang kena makan rumput ni. Bila makan, automatically, nanti kucing akan muntahkan rumput ni balik together dengan bulu yang dah bergumpal dalam perut.

Tapi rumput ni, Mok je suka. Skulky tak berapa sangat. Skulky kena bagi pil rumput yang saya beli kat petshop jugak yang sebungkus kecik harganya 4 riyal.

Tapi setakat ni, Mok yang paling berkesan bila makan rumput ni. Sebab masa saya dah letak kat bawah, bila dia cium-cium, dia gigit-gigit dan makan, dalam lebih kurang 5 minit tu, terus dia belahak rumput ni dengan gumpalan bulu dia. ;)

Saya taktau sangat kesahihan pasal rumput ni dengan kesihatan kucing tapi apa yang saya baca, bila kucing makan rumput ni, bila gumpalan tu keluar dari dalam perut, perut dia jadi kosong dan bersih. Kira buat kucing sihat jugaklah kot? Hihihi.

La ni ... rumput ni dah nak kering. Kalau sesiapa yang ada kucing tu, bolehlah try beli and bagi kucing korang. Kucing bila jumpa rumput ni, dia akan automatically nak gigit-gigit and makan, so bila baru first time beli tu, takyah paksa-paksa dorang makan rumput ni. Letak je kat bawah. Pepandailah nanti dorang dok 'main' dengan rumput ni.

Oh. Lagi satu ilmu baru yang saya dapat pasal penjagaan kucing ni ialah kalau kucing indoor, tak payah nak selalu sangat hantar grooming. Boleh merosakkan bulu. Saya ingat selama ni, it was ok kalau selalu hantar grooming. Rupanya tak bagus untuk kucing tu sendiri. Boleh menghilangkan natural oil yang ada kat bulu dorang.

So, biar je lah kucing tu bersihkan sendiri bulu dorang. No need to send them to saloon so oftenly. Ok?

Sekian cerita tentang perkembangan anak-anak bulus saya. Moga Allah SWT sentiasa beri dorang kesihatan yang baik dan umur yang panjang supaya budak dua ekor ni boleh merasa udara dan kehidupan di Malaysia pula satu hari nanti. InshaAllah. ;)

Sekian. Ma'asalamah!

3 comments:

  1. Assalamualaikum...rumit jugak bela kucing ni ye. Ntah...accik bela kucing style kampung je...masa kat kampung la...kat kuarters, tk dibenarkan bela...huhu.. anyway, I luv cat.. kucing haiwan peliharaan kesayangan nabi. Moga kucing Nailah akan sihat dan panjang umurnya...same goes to the owner of the cat..aamiin.

    ReplyDelete
  2. baru faham kenapa selalu nampak kucing makan rumput. hee~

    ReplyDelete
  3. aaaaa, comel nya Skulky !
    baru igt nak tanya kat mana sunat murha tu,last2 kat JEDDAH ! huhuuu

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...