Assalamualaikum.
Masa datang sini dulu, memang rasa gembira tepuk tangan bila tiba musim SALE sana sini. Mana tak gembira sebab kat sini, sekali dah start SALE, hambik kauuuuuu! Bukan takat 50% je. Sampai 90% pun ada.
Yang bestnya sebab brand mahal-mahal pun SALE jugak! Macam Burberry dengan Gucci. Tahun lepas dua-dua butik tu SALE sampai 80%! Mahu tak gila siapa yang kaki shopping, siapa yang kaki pantang tengok SALE! ( Akulah tuuuu! =_= )
Sini kalau SALE, tak macam Malaysia ye. Malaysia kalau YES ( Year End Sale ), kebanyakkan barang yang dijual adalah sangat outdated. Dahlah outdated, lepas tu, barang-barang yang dijual kebanyakkannya adalah sudah kelihatan sangat lusuh. Nampak macam buruk je.
Takpun, kebanyakkan barang yang dijual, saiz takde! =_=
Tapi kat sini, setiap kali SALE, memang barang semua baru-baru. Makanya, duduk sini, kalau kau impikan nak beli sesuatu, kau tak payah risau. Kau tunggu je SALE tiba, mesti barang yang kau impikan tu ada dan kau akan sangat puas hati sebab dapat beli barang murah tanpa perlu bayar mahal-mahal. Hehehe.
Biasanya kalau SALE kat sini, aku lebih pada serbu butik-butik jual bra dengan spender. Butik feveret dan kesukaan mestilah La Senza. Takpun Women Secret.
Tapi sedih bila kau dah teruja nak shopping, tiba-tiba, masuk je butik, staff laki yang entertain kau sepanjang kau nak beli barang tu.
Masa pertama kali masuk butik La Senza kat sini time SALE, aku memang dah teruja. Mana taknya, spende bra semua dari harga beratus-ratus, cuma tinggal takat 10-30 riyal! Siapa yang taknakkkk???
Tapiiii ...
Bila tengok staff semua laki dan paling sadis bila tiba-tiba kau kena approach dengan mereka dengan soalan berbunyi : " Boleh saya tolong Puan? Puan nak cari bra macam mana? ".
Itu kira ok lagilah walaupun rasa muka macam dah merah kalah udang kena bakor tapi takpe, demi nak beli barang kesukaan dengan harga murah, persetankan itu semua!
Bila berjaya tahan malu, di approach lagi dengan soalan : " Puan suka yang ini, puan pakai saiz apa? Cup apa? ". T______T
Apakah aku patut jawab atau diam seribu bahasa? 0.O
Terus tak jadi beli bra. Terus letak bra kat tempat asal dia dan terus menuju ke baju tidur sahaja. Pyjamas.
Staff laki tadi pulak macam dah terpinga-pinga kenapa aku tinggalkan dia macam tu saje tanpa menjawab pertanyaan dia. Huhuhuhu.
Aku tengok, customer perempuan yang datang pun, asal nak beli bra je, mesti terkulat-kulat jugak bila ada staff laki nak tolong assist.
Ye, aku paham itu kerja dorang tapiiii ...
Agak tak selesa ye di situ.
Tapi .. tapi ... tapiiii ...
Sekarang dah perlu risau lagi sebab King Abdullah dengan berbesar hati dah kuatkuasakan supaya semua butik yang jual bra dengan spender, haruslah diletakkan staff perempuan sahajaaaaaaaaa!
Dan ini adalah super cool dan awesome buat kami kaum wanita yang mahu membeli bra dan spender di sini tanpa rasa segan dan silu dan pilu menahan malu! =_=
Aku sebenarnya tak perasan pun yang staff dah ditukar pada staff perempuan sehinggalah 2 minggu lepas, masa aku masuk butik La Senza kat Mall of Arabia, sepanjang masuk tu, ada sorang perempuan dok ikut-ikut aku.
Ku pikir dia ikut sebab nak mintak sedekah ke apa tapi bila pikir secara logik, manalah ada orang mintak sedekah sampai masuk butik! Kan?
Masa tu rasa dah cuak takut perempuan ada niat tak baik ke apa, jadinya, aku terus keluar dari butik tu. Terus kepoh-kepoh kat laki : " B, tadi I nak cari barang tapi ada sorang perempuan ni dok ikut-ikut I. Taknak beliii kat sini. Kita pergi tingkat atas. ".
Makanya, disebabkan Azman sayang Nailah, dia pun ikut jugak. Sebenarnya kebetulan je jumpa butik yang sama kat tingkat atas sebab masa tu nak cari kedai lain. Tiba-tiba terjumpa butik yang sama.
Tapi kali ni, aku tarik laki aku sekali. Aku cakap : " Jomlah temannnn I. B pilih-pilih untuk I. ".
Masuk-masuk kedai je, eh? Aku terpandang kat bahagian cashier. Cashier semua perempuan. Assistant pun perempuan. Aku dok perati lagi. Semua yang assist customer bra pun perempuan. Eh? Eh?
Terus laki aku cakap : " Eeeee ... I duduk luar lahhh! Malulah kat orang! I sorang je laki dalam kedai macam ni. ". Hahaha.
Harap maklong, laki aku memang pemalu. Dia selalunya memang pikir banyak kali setiap kali nak teman aku beli bra atau spender tapi selalunya dia temankan je sebab dia tahu, aku suka kalau dia yang pilihkan. Kihkihkih.
Aku takut kaler yang aku beli, dia tak berkenan sebab dia pernah complaint aku beli kaler terang bila tengok aku pakai pink terang. Kahkahkah.
Terus kena sound : " You ni takde kaler lagi terang ke? Next time jangan beli kaler macam ni okay? Beli kaler hitam je pun takpe. " . Kahkahkah lagi sekali.
Sebab tu sampai sekarang ni, kalau beli bra dengan spender, semua aku tibai kaler gelap-gelap. Kebanyakan semua kaler hitam. Sebab bagi aku, hitam itu seksi dan akan seksahhhhh kan nafsu lakiku. Muahahaha. :p
Tapi walaupun staff dah tukar perempuan, aku tetap juga masih setia membeli pyjamas sahaja berbanding bra dengan spender sebab bra dengan spender, aku lebih suka dan selesa dengan brand Triumph atau Audrey sahaja. Kihkihkih.
Suka pyjmas La Senza sebab selesa dan tak panas. Aku ni kalau pakai baju tak selesa, mulalah nanti, terkial-kial nak tidur. Sebab tu, biasanya, kalau balik Malaysia, aku mesti nak bawak sepasang dua pyjamas dari sini.
Harap-harap, penguatkuasaan staff perempuan di butik-butik bra dan spender ni, dikekalkan sampai bila-bila. Tak payahlah nak letak staff laki tu. Buat kiteorang yang perempuan ni bikin malu dan segan je nak shopping pakaian sulit dan peribadi.
Sebelum mengundurkan diri, izinkan aku susun jari mintak ampun jika ada yang mungkin akan rasa, entri ini adalah berbaur tidak senonoh kerana sesungguhnya, pada aku, entri ini adalah realiti dalam kehidupan aku di sini.
Sekian. Ma'asalamah!
mmg malu pun kalau lelaki yg duk ikut kita and tanya kita nk size apa.kalau kat msia tu,kalau beli kar parkson ke apa ke,mesti nak tengok cashier dulu.kalau laki,terus cancel nak beli barang dalam.neway,too much word bra and spender plak..kihkihkih..btw,best lah kalau ada SALE barang yg updated!lg best kalau sampai 90% tu :P
ReplyDeletekahkahkahkah!akaakkkk,malu ai baca entri ni. *pakai spek hitam alam maya*
ReplyDeletetapi kan,kalau Lynn,kalau dah nmpk yg tukang jaga bhgian ni lain gender,mmg lalu bahagian tu pon tidakkk. MALUUUUUUU. wakakkaka.
Farhani Mazlan - Seronok gilaaa tau shopping kat sini. Akak memang jarang sangat shopping time tak sale sebab nanti, time sale, inshaAllah mesti ada punyalah!
ReplyDeleteMelainkan kalau tak sabar nak tunggu sale. Terus je beli. Hahaha.
Lynn - Hahahaha. Tak payah malu. Benda ni realiti.Kihkihkih. Memang segan kalau gender lain yang jaga. :p
ReplyDelete