January 23, 2012

Sejuk Pagheee Dengan Sejuk Arab Saudiiii ...

Assalamualaikum.

This thing happened last night.

Aku tengah khusyuk buat-apa-entah-dalam-bilik ( tak ingat sebenarnya ), tiba-tiba laki aku menjerit dari living hall.

Biebie : " Ayang, reply mesej Abang Adi ni kat FB ni haaaa. "
Me : " Reply kan lah. "
Biebie : " I tak ingatlah nombor phone you. " T_____T
Me : " Huh? Tak ingat nombor phone I? FINE! "

Terus terkedek-kedek pergi depan laptop reply mesej Abang Adi.

Abang Adi is like my own brother. Masa aku kecik dulu, masa aku masih tinggal dekat kawasan perumahan kastam Pelabuhan Klang dulu, his parents adalah babysitter aku. Tak ingat sama ada dari kecik ke apa. Cuma ingat masa umur 4,5 tahun tu, memang parents aku akan hantar aku kat rumah parents dia setiap kali Mak aku pergi kerja.

Masa tu duduk rumah flat. Parents Abang Adi, aku panggil Mama & Papa jugak. Lagipun, kat kawasan perumahan flat kastam tu, memang majoriti budak-budak panggil Mama & Papa jugak sebab aku rasa Mama the only one babysitter kat blok 3 dengan 4 masa tu.

So, bila dah besar ni, walaupun dah jauh, hubungan silaturahim tu tetap jaga. Setiap tahun, bila Hari Raya, Mama & Papa mesti datang rumah beraya. Datang sama-sama dengan anak-anak dia ; Abang Adi & Kak Ayu.

Both dah kahwin dan berkeluarga. Abang Adi and his family is living & staying in Paris. For years dah for Abang Adi lah. His wife and kids baru je datang Paris after raya tahun lepas. Kak Ayu stay kat Puchong.

Al kisahnya, lepas dah bagi nombor phone dekat Abang Adi tu, aku ingat dia kat Paris. But not. Dia dekat Jubail. 

{ Jubail adalah salah satu negeri dalam negara Saudi. Untuk makluman korang, Arab Saudi ni kalau tak silap aku ada lebih dari 20 buah negeri! Gila banyak tak? }

Once Abang Adi dah dapat nombor phone aku tu, terus je dia call aku ...

Me : " Kenapa call? Kan jauh? Mahallll ... " . T____T
Abang Adi : " Eh, takde mahalnya. Murah je. Abang Adi kat sini je. "
Me : " Sini? Sini mana?. "
Abang Adi : " Sini lah. Kat Saudi tapi kat Jubail. "
Me : " Oooooo ... patutlahhhhh!. "

Borak punya borak dari pasal kerja hinggalah pasal Umrah sehinggalah ...

Kejap ...



Korang rasa kan, antara Paris dengan negara Arab Saudi, masa musim winter, negara mana paling sejuk? Cuba teka? Sila tekaaa ... tekaaa ... Hihihi.

Kalau korang jawab : " Mestilah Parissssss! Paris kan kat Europe. Europe kan negara sejukkkk! Mana logik Arab Saudi sejuk sebab Arab Saudi kan negara padang pasirrrr!. "

Nananananananana ....

Jawapan korang adalah SALAHHHHHH!

Sebabnyaaaa ... ?

Masa on call tu, aku sempat lagi tanya cuaca kat Jubail macam mana ...

Me : " Jubail sejuk tak? Berapa suhu kat sana?. "
Abang Adi : " Sejukkkkkk oiiii! Apehal sini sejuk sangat hah? Paris pun tak sejuk macam niiii!. "
Me : " Yeke? Hahahahahahaha. " . I just keep laughing and laughing. So hard.
Abang Adi : " Iyelah! Abang Adi duduk Paris punya lama sampai pernah time winter pun suhu sampai negative, tetap rasa sini sejuk lagiiii. "
Me : " Hehehehe. Sini mungkin sebab angin. Angin sejuk dia sekali lalu, peh! Peh! Pehhhhh!. "
Abang Adi : " Betullah. Suhu baru 13 tapi dia punya sejukkkk .. adoiiii!. "

Tak percaya?
Meh datang sini time winter! Haritu aku pergi Taif pun, adoiiiiii ... angin dia sekali datang, pehhhhh .. cukup buat kau rasa nak pergi toilet tiba-tiba. Kihkihkih.

Tapi sejuk macam mana pun, aku tetap kental masih keluar pakai abaya semata tanpa sweater, cardigan atau any winter coat.

Ini bermakna aku LULUS Ujian Tahan Sejuk! Kihkihkih. Laki aku? Haruslah dia FAILED! Sikit-sikit sejuk, sikit-sikit sejuk. Bila dah sejuk, nanti mulalah kepala dia pening. =_=

Nanti kite tengok Khamis ni. Kita bandingkan sejuk Saudi dengan sejuk negara itu pulak. 

Sesungguhnya aku sangat teruja untuk hari Khamis ni. Paling teruja adalah bila tengok Yahoo Weather, negara itu akan snowing hari Jumaat ni! Oh I really can't waitttttt!

Snowwwww, come to Mama sayanggggggg! ;D

Sekian. Ma'asalamah!

2 comments:

  1. sangat best gila ! -_________-'
    belanja pegi sana boleh ? :D haha

    ReplyDelete
  2. Miss Nabil - Akak bukan pergi Paghee tau. Kena baca betul-betul and pahamkan balik. :p

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...