Assalamualaikum.
Hanya gambar dapat berbicara. Buat tatapan korang semua. Tatapan untuk umat Islam yang lain yang sentiasa merindui RumahNYA. Semoga korang juga akan sentiasa menjadi tetamuNYA sehingga kita kembali kepadaNYA.
Inilah tempat yang sekali kau pergi, kau akan rasa mahu kembali. Kau akan rasa rindu untuk melihat semua sahaja yang ada disini. Kau akan rindu untuk melihat ' bangunan hebat ' yang sangat harum baunya malah bila melihatnya, kita diberi pahala pulak oleh DIA. MashaAllah. Allah Maha Pemurah. Sangat pemurah terutama sekali pada kita hambaNYA.
Alhamdulillah. Syukur sebab Allah SWT bagi kami kutip banyak pengalaman bila berada di RumahNYA. Dari keadaan lengang macam ni sampailah satu keadaan yang sangat sesak terutamanya pada musim Hajj.
Kalau lengang macam ni, memang sangat indah. Kau nak jalan lenggang lenggok suka hati masa Tawaf pun boleh. Tak perlu nak bersesak-sesak. Nak solat di Hijr Ismail pun boleh. Nak cium Hajar Aswad pun boleh apatah lagi mahu cium Kaabah!
Aku kongsi pengalaman masa cium Kaabah ; kain hitam yang membaluti Kaabah adalah sangat-sangat-sangat-sangat wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! ;'D
Alhamdulillah dengan semua pengalaman ini. Semoga kami terus diberi kesempatan olehNYA untuk terus menjadi tetamuNYA. Semoga korang juga akan dijemput menjadi tetamuNYA suatu hari nanti.
Segala doa yang ingin disampaikan dan mahu didoa didepan RumahNYA, sudah aku tunaikan. Semoga segala hajat korang, dimakbulkan olehNYA. InshaAllah.
Salam dari Jeddah : NailahAzman.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.