January 18, 2012

Kisah Muezza : Mok Sudah Punya Pacar!


Assalamualaikum.

Lama dah aku tak cerita pasal kucing aku kan? Hehehe.

Sekarang Mok dah tak keseorangan dah sebab aku adopt kucing lagi sekor. Terjebak boleh teramik kucing baru ni sebab tuan asal dia dah tak dapat nak jaga dah sebab pregnant. Makanya, tak larat dah nak uruskan kucing-kucing dia.

Disebabkan Mok dah kucing betina, jadinya aku adopt yang jantan pulak. Asalnya si Skulky ni datang sepakej dengan girlfrind lama dia iaitu Tangy. Tapi Tangy aku dah amanahkan pada Farah lepas Farah kesedihan atas kematian hamster peliharaan dia.

Jenuh juga Mama Farah tu dok mikir nak jaga Tangy ke tak sebab Daddy Farah tak berapa sangat dengan kucing. Alhamdulillah, Tangy dijaga dengan baik. Dengar cerita dari Kak Sofie ( Mama Farah ), Tangy sangatlah manjaaa! 

Sorry sebab takde gambar Tangy. Boleh kata Tangy tu sama spesies dengan Mok. Sejibik sejibon. Kalau letak sebelah menyebelah, memang kembar. Mana taknya, masa jaga Tangy 2,3 hari tu, aku jadi confius mana satu Mok, mana satu Tangy bila tak nampak muka dorang.

Kalau pandang dari tepi ke, kalau dorang tengah tidur melingkar ke, mesti kena perhatikan collar dorang dulu. Kalau pink corak, maknanya Mok. Kalau pink plain, maknanya Tangy! Hehehe.

Tangy yang sama-sama duduk dengan Skulky. Tapi disebabkan aku nak Skulky dan tak boleh amik semua dan memang tak boleh tamak, terpaksa pisahkan Skulky dengan Tangy. Sedih juga sebenarnya masa nak hantar Tangy kat Farah tapi apakan dayaku. T_____T



Ok. Ini Skulky. Jantan. Dia ni baka Siberian. Siberian ni kira macam ada bersangkut paut dengan spesies singa Siberian tu jugaklah. 

Boleh tahan besar dan panjang jugak si Skulky ni. Kuat makan. Paling pasti, kuat mainnnnnn! Kerja memanjang mainnnnnn jeeee. Lagi-lagi kalau dapat mainan bola ada loceng dengan tikus IKEA dia. Habis tunggang terbalik dia main sorang-sorang.

Perwatakan Skulky dengan Mok memang beza sangatlah! Lagipun dah kata Skulky ni pun kucing jantan kan? Maka haruslah dia ni lagi super duper aktif dari Mok! Bukan nak kata Mok tu tak aktif. Aktif je tapi Mok tu mood main dia, swing sikit. 

Ada masa dia rasa dia nak main, dia mainnnn je. Lari sana sini. Lompat sana sini. Tapi kalau mood malas dia datang, haramlahhh kau nak nampak dia main. Confirm memanjang je membuta kat tempat sejuk dan gelap!

Lainlah si Skulky ni. Dia betul-betul senyap masa dia tidur je lah. Kalau tak main pun, dia ni mulut bisingggggg!!! Ada je benda nak ngiau sampai satu tahap tak tau dia ngiau nak apa. Hahaha. Sampai kadang aku marah dia sebab bising sangat. =_____=

Selain kuat main, dia ni otak kreatif sikit. Hari-hari ada je benda baru dia akan buat. Kadang-kadang, sampai Mok tengokkkkkkkkkkk je si Skulky ni. Tengok macam dia rasa, agaknya si Skulky ni buang tebiat agaknya! Ada je kerja gila nak buat setiap hari. Hahaha.

Awal jaga dia dulu, asal nampak bakul baju kosong, mesti dia kelam kabut nak terus terjun duduk tidur dalam bakul. Asal kosong je, nak masuk, nak tidur. Tidur terbongkang lak tu! Itu kadang-kadang aku sekarang ni selalu je bagi bakul tu sentiasa penuh menggunung dengan baju. Sebab saja taknak bagi dia main dengan bakul baju aku. Hahaha. ( Padahal aku yang malas lipat baju! :p )



Lepas aku dah sekat dia main bakul baju, entah macam mana, ada satu hari tu, aku tengok dia dok pusing-pusing dekat salad bowl IKEA yang aku buat perhiasan atas meja kecik hitam sebelah sofa.

Aku ingatkan dia nak buat apa. Rupa-rupanya ...


Ha kauuuuuuuuuu! Dia sumbat badan dia dalam salad bowl! Padahal dia dahlah besar okayyy? Besar dan panjang. Boleh selamba nak paksa badan sendiri masuk dalam salad bowl! =____=

Kadang dia sampai tidur okayyy! Aku sampai kesian tengok dia. Tapi kalau dah dia yang nak, malas ah nak cakap apa dah! Hehehe.

Tapi walau macam mana best duduk dalam salad bowl pun, dia tetap ada tempat tidur kegemaran dia iaitu dalam sink bilik air!


Sebelum ni, sink ni memang tak pernah digunakan sebab ni dikira sink dalam bilik air untuk tetamu. Kalau ada tetamu, dorang bolehlah guna untuk basuh tangan ke apa. 

Tapi memandangkan, bilik air tetamu ni juga aku letak bekas pasir dorang, jadi aku lagi selesa kalau tetamu guna bilik air kiteorang je. Hehehe. Kang takut sang tetamu tak selesa pulak nak membuang bahan kimia memandangkan bahan-bahan kimia budak-budak ni pun betul-betul sebelah mangkuk tandas juga. Kihkihkih.

Si Skulky ni, kalau dia dah tidur dalam sinki ni, memang berejammmmmmmmmmmmmm tidur. Dari laki aku pergi kerja, balik makan tengahari, dia akan bangun kejap, makan. Kang lepas makan, main. Nanti laki aku dah pergi kerja balik, dia masuklah balik dalam sinki ni. Dia akan tidur sampaiiiii laki aku balik dari kerja petangnya nanti.

Kucing-kucing aku memang kuat tidur okayyyyy! Melampau gila punya kuat tidur. Dahlah dua-dua tidur berdengkur. Bising gilaaaa okayyyy??? =_____=


Dulu, aku bagi Skulky panjat kerusi macam tu. Tapi sekarang takde dah lepas aku puas bantai dia sebab dia suka betul korek sampahhhhhhh! Hangin gilaaaaaaaaaaaaaaa ya ampunnnnnnnnn!!! Kalau sehari sekali korek, takpelah jugak!
Iniiiiiiii ... dalam sejam tu, 2,3 kali dia korek sampah! Kalau takat korek tu, aku boleh lagi! Tapi kalau dah sampai dalam sehari, lebih dari 10 kali aku kena cuci lantai sebab dia korek sampah, mesti tong sampah terbalik sampai terburai-burai isi sampah!

Kalau sampah kering, aku bolehlah lagiiiii! Tapi biasanya setiap hari mesti akan ada sampah yang dah basah dan dah kata nama sampah kan? Mesti dah lendir dengan busukkkk! Aku gila stress masa tu nak ajar dia jadi kucing yang senonoh sikit.

Sampai aku cakap kat laki aku : " I taknak dia! Buang dia! Buangggggggggggggggggggggg! Letak kat tong sampah bawah. Tak kira. I taknak jaga dahhh! ". =______=
Masa tu memang marah betul lah! Tapi laki aku tu, paham je lah. Dia tu penyabar banyak orangnya! Tak macam bini dia. Kalau aku amuk cakap macam tu, mesti dia cakap : " Sabarlah. Nanti lama-lama dia oklah. ".

Tapiiiii ...

Bila baru nak sabar, Skulky buat hal lagi bila dia dengan rasa gembira dan suka hati boleh pergi ' poo poo ' dalam bilik tetamuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Selama ni, setahun aku bela Mok, tak pernah Mok buat aku gila macam niiiii! Tapi si Skulky tuuuuu .. Aaaaaaaa ... rasa nak nangis ajar dia jadi molek betul!

Bukan setakat ' poo poo ' je. Tapi siap kencing okayyyyyy! Lagilah aku hanginnnn! 

Satu hari aku tak cakap, tak tegur dengan dia, tak pandang dia, tak pegang dia. Aku buat selamba jeeeeeeee! Lantaklah! Apa nak jadi, jadilahhhhhhhhh!

Dalam tengah marah tu, dia ada juga datang nak menempek-nempek dengan aku tapi aku buat tak tau je. Kira dia tahulah aku tengah marah kat dia. Hehehe.

Tak lama tu, aku dapat punca lah kenapa dia boleh pancut sana sini. Sebabnya adalah, dia ni, jenis kucing yang tak boleh nak tahan kenc dengan berak! Kalau misalannya dia rasa nak kenc tapi kalau aku tengah bersihkan pasir dia, mesti dia akan pancut mana-mana. Janji dia lega tapi aku yang stress! T____T

Macam pagi tadi. Aku tengah dok bersihkan pasir dia. Dia dah ngiau-ngiau tepi mangkuk tandas. Pastu aku saje je berhenti kaut bahan dorang. Tup tup dia masuk bekas pasir dia, dia boleh muka selamba ' poo poo ' depan aku! Aku ingatkan dia nak kench je tapi rupa-rupanya ..... =______=

Alhamdulillah, sekarang ni, dia dah tak buang sepah-sepah sebab dah paham kenapa dia buat hal macam tu dulu. Sekarang ni pun, dia dah tahu, kalau orang marah macam mana. 

Contoh macam, aku nak marah dia, aku angkat je tangan aku tunjuk kat dia. Nanti kang, dia tak jadi lah nak teruskan agenda nakal dia. Terus dia senyap. Kihkihkih.

Oh!

Mok dengan Skulky kira dah kawan lah sebab kadang main sama-sama. Cuma Skulky belum dapat tidur peluk-peluk dengan Mok lagi. Mok garanggggggg! Skulky selalu sangat kena sepuk dengan Mok! Lagi-lagi bila masa nak bagi makan. Hahaha.

Cerita pasal Skulky, Skulky jugak. Gambar Mok haruslah tak lupa untuk ditepek sekali sebab aku tahu, ada antara korang memang suka dengan Mok kan?

Nahhhhhhhh!



Sekian. Ma'asalamah!



16 comments:

  1. hahahaha.akak!best gila.senyum je Lynn baca.mmg betul2 dok imagine si Skulky punya peel tuuu.memang mencabar betoi.hahaha.

    tp seriussss,pic Mok tuuuu mmg menggoda habis!!nakkkkk gomol dia pelis! O.o'

    ReplyDelete
  2. Hehe lama xdgr al-kisah kucing2 ni. Kak , leh bagi tips x macamana nak toilet trained kucing? sngat memerlukan tips.

    ReplyDelete
  3. Awat comel sgt si mok ni neklah, BTW, suami aku sgt suka ngan kucing2 ko.. comel2 n keletah...

    ReplyDelete
  4. comels gila.mmg pesen tidur dlm tu eh.

    ReplyDelete
  5. Lynn - Kelakarlah Lynn ni! Cerita pasal Skulky tapi end up nak gomol Mok jugak! Hahahaha. :p

    ReplyDelete
  6. MM - Nanti Akak buat entri khas pasal benda tu ok? Ramai juga tanya pasal tu. ;D

    ReplyDelete
  7. Raden - Hahahahaha. Yeke laki kau suka? Maka kau kenalah hadiahkan laki kau kucinggggg! :p

    ReplyDelete
  8. CikPuanRara - Yup. Tapi yang jantan jelah. Yang betina suka tidur atas katil. Tak main tidur dalam sinki. :p

    ReplyDelete
  9. comelnyaaaaaaa.. sama mcm kucing kite suka tido dalam bakul/kotak. xsdar diri badan mcm tong dram. hahahahaa

    ReplyDelete
  10. hi...rasa nk peluk je
    gebu
    kucing kak jie kucing kampung biasa, tak masuk dlm rumah
    duduk kt luar je, time bagi makan bagi je kat luar


    yg specialnya...kucing tu jarang mengeow...jarang dngar suara

    ReplyDelete
  11. hahahahah skulky kelakar hokeh...gitulah kekdah kucing jantan neklah...degil dan nakal sikit...comelll suka baca kisah kucing...love cats so much

    ReplyDelete
  12. Anggerik Berduri - Yeke? Kucing biasanya memang suka tidur dalam sinki sebab sinki kan sejuk! ;D

    ReplyDelete
  13. Kak Jie -Kucing Kak Jie mungkin pemalu agaknya! Sebab tu jarang dengar suara. Kihkihkih.

    ReplyDelete
  14. Kak Mimy - Letih Kak nak ajar dia jadi senonoh. Memang stress! =_=

    ReplyDelete
  15. salam cik kak, pasal skulky suka korek sampah tu, akak buat mcm mana? kucin sy si Sox (betina gak) dh habit dia korek sampah. geram btol. ada tips nak ngajar dia x korek sampah dah?

    ReplyDelete
  16. Jijot - Akak marah je dia. Cakap elok-elok. InshaAllah dia paham dan dengar nasihat kita. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...