Assalamualaikum.
Dua hari lepas, bila kat Twitter penuh dengan RT mengenai berita penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia, aku tengok ada yang tweet macam ni : " Kesiannya. Kan muda lagi. Muda-muda dah meninggal. "
Aku baca banyak kali tweet tu. Baca dan baca. Konon macam nak pahamkan lah tweet tu. Nak pahamkan betul ke aku rasa apa yang dia tweet tu seakan menolak ketentuan Illahi?
Mungkin dia dalam tak sedar tweet macam tu. Bunyinya kan dah macam dia rasa si arwah tidak patut mati dalam usia muda. =_=
Agaknya dia lupa bahawa sudah ditetapkan di Luh Mahfuz bahawa masing-masing sudah punya tarikh mati sendiri. Cuma kita je tak tau. Itu semua rahsia Allah SWT. Agaknya bila tarikh aku mati? Allah. Takutnyaaaa! T____T
Pada aku bukan dia je yang akan cakap camtu. Ada je lagi yang kat luar sana, bila usia masih remaja dan meninggal, mesti akan timbul soalan : " Kan dia muda lagi. Kesiannya. ".
Masih ada yang lupa dan tidak sedar, bahawa ajal ni tidak kira kau masih remaja ke, dewasa ke, tua ke atau masih dalam kandungan ibu kau sekalipun.
Sebab ini semua kerja DIA. DIA berhak menjemput sesiapa sahaja yang DIA mahu kerana apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari DIA. Sebenarnya, tiada apapun mutlak milik kita sebab semua yang ada pada diri kita, adalah kepunyaan DIA dan kita hanyalah peminjam pada DIA.
Sebab tu, jadi manusia, jadi khalifah kepadaNYA, kita tak boleh sedikit pun timbul rasa riak, bangga atau takbur sekalipun dengan segala harta benda yang kita ada kerana ia semua datang dari DIA. Segala apa yang ada di dunia ini adalah dari DIA.
Itu sebabnya ada manusia yang kaya raya dalam sekelip mata boleh jadi muflis dalam sekelip mata jugak. Itu sebabnya juga ada manusia yang sangat miskin dan dalam sekelip mata boleh jadi kaya raya tanpa dipinta.
Itu semua siapa yang buat kalau bukan Yang Esa? ;D
Korang tengok gambar kubur ni rasa takut tak? Rasa cuak tak misalannya tiba-tiba lagi 1 saat kemudian, sebenarnya kita akan dijemput oleh Malaikat Maut? Takut takkkkkkk??? T______T
Aku setiap kali kalau lalu kubur ke, jangan kan lalu kubur, asal dengar pasal kematian sesiapa pun terutamanya yang Islam lah, aku mesti mulalah tak senang duduk. Takut sangat. Serius takutttttt!
Dah timbul rasa takut, mulalah nanti akan pikir macam-macam. Semuanya akan keluar. Apa nasib aku dalam kubur? Macam mana dengan urusan mandian, kapan dan juga pengkebumian jenazah aku nanti? Adakah dipermudahkan atau sebaliknya? Hukhukhuk. T___T
Kadang kita ni bila rasa dah solat, dah mengaji dan dah buat yang terbaik untukNYA, kita tetap akan sentiasa rasa amalan ibadah kita takkan pernah cukupppp! Memang takkan cukup pun selagi dah namanya manusia.
Itu sebabnya kita perlu sentiasa melakukan solat sunat taubat setiap hari. Solat sunat taubat 2 rakaat dalam sehari je pun takpe. Sekurang-kurangnya, kita masih ingat dan sentiasa mahu bertaubat kepadaNYA, sentiasa mahu memohon keampunan daripadaNYA.
Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi :
“Wahai anak Adam
selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni
engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam
walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun
kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau
tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula
ampunan.” (HR. Tirmidzi dan di Hasankan oleh beliau).
Lagi pulak, kita manusia biasa. Bukan para Nabi atau Malaikat.
Selagi bernama manusia, dalam 24 jam sehari tu, mesti kita ada buat salah tanpa sedar. Ataupun mungkin tiada langsung atau juga mungkin esok harinya, kita ada buat dosa dan seterusnya.
Perlu ingat, dosa ada dua. Dosa kecil dan juga besar. Sebesar zarah pun tetap dicatitkan juga jika perkara yang kita buat tu dah dikira dosa. T___T
Nampak macam kejam tapi sebenarnya, Allah Maha Adil dan Maha Penyayang bila dosa-dosa kecil inshaAllah akan terhapus bila setiap kali kita sakit. SubhanAllah.
Tapi dosa besar, kau memang kena tunduk dan sujud dan melakukan taubat nasuha. Sebab dosa besar adalah dosa yang buat Allah SWT sangat-sangat murka pada kita.
Lagi sangat-sangat berdosa bila hidup kau dahlah penuh dosa, dengan tak solat, dengan kadang terkasar dengan mak bapak, suami atau sesiapa pun, tup tup tup, tak sempat nak bertaubat atau memohon maaf, terus Malaikat Maut cabut nyawa kauuuu! AllahuRabbi. Takutnyerrr keadaan macam tu. T____T
Sebab tu, tiada istilah : " tunggu hidayah Allah sampailah baru aku nak taubat!" , " tak sampai seru lagi nak bertaubat!" , " alaaaaa ... aku muda lagi. Nanti dah tua kerepot aku taubatlah! ".
Aku sedih dan memang kesianlah kat manusia yang cakap macam tu sebab pada aku, manusia yang cakap macam tu macam tak ingat mati. Tak ingat yang ajal tu boleh menjemput dia bila-bila masa sahaja yang Allah SWT mahu seperti yang telah ditetapkan olehNYA.
Ajal takkan lambat sesaat. Takkan juga cepat sesaat. It is right on time kerana sesungguhnya Allah SWT sentiasa menepati janjiNYA! Sebab itu, aturan DIA adalah yang paling indah buat kita sebagai hambaNYA. Allahuakbar. T____T
Jadi jangan pelik jika kau lihat kematian seseorang pada usia masih mentah, remaja atau semasa masih janin lagi dalam perut ibunya kerana semuanya telah ditetapkan olehNYA. Kau jangan nak banyak soal sangatlah! Itu Qada' dan QadarNYA dan sama sekali kita tak boleh nak kata macam-macam sangat!
Takut terlajak kata. Seperti pepatah : " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tentang kekuasaanNya, boleh pula menimbulkan dosa ... =__= "
So, mulai harini, perbanyakkanlah ibadah kepadaNYA. Kita kena sentiasa bersedia untuk kembali kepadaNYA. Kalau DIA ciptakan kita suci seperti kain putih masa kita masih bayi, takkan kita mahu kembali kepada Pencipta kita seperti kain yang dah dikotori dengan segala noda?
Malukan kalau kembali pada DIA dengan keadaan macam tu? Makanya, soal ibadah, taubat dan segala amalan yang baik, jangan ditangguh-tangguh. Takut tak sempat pulak nanti.
Kalau dah tak sempat nanti, jangan dah masuk alam barzakh, masa tu baru nak meraung-raung mintak tolong dengan Mak lah, dengan Ayah lah sebab masa tu, kau salahkan je diri sendiri sebab tak gheti-gheti nak beribadat kepadaNYA.
Pada yang dah rasa diri tu dah terlalu banyak-banyak-banyak-berlambak sangat dengan dosa, tolong sangat-sangat, jangan pernah sesekali kau berputus asa untuk memohon ampun dariNYA kerana rahmat dan keampunan dari Allah SWT adalah terlalu luas, sangat-sangat luas dari segala dosa yang telah kita lakukan. MashaAllah.
Firman Allah SWT :
Katakanlah: “Wahai
hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang (az-Zumar: 53)
Ingat, bila Allah SWT azab kita dalam kubur, Allah SWT akan azab kita dengan penuh keadilan. Kalau Allah SWT azab kita dengan menghimpitkan segala tulang temulang kita, sesungguhnya DIA akan menghimpitkannya sehingga tulang temulang kita akan saling bersilang antara satu sama lain.
Allah SWT Maha Adil. Jangan dikata DIA zalim kerana DIA azab kita berdasarkan atas segala dosa yang telah kita lakukan selama kita bernyawa di alam dunia fanaNYA.
Dan jangan lupa, kematian semakin dekat dengan kita saat kita semakin bertambah umur dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun dan semakin itulah pintu TaubatNYA akan semakin tertutup! T___T
Dari Abi Abdurrahman bin Abdillah bin Umar bin Khathab (semoga Allah meredhai keduanya) dari Nabi beliau bersabda:
“ Sesunguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum berada di kerongkongannya. (HR. Tirmidzi dan beliau katakan hadisnya hasan).
Dari HSR. Imam Ahmad , Abu Dawud, Hakim, Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Ibnu Majah pula :
Maka kembalilah
ruhnya ke jasadnya. Kemudian datanglah dua malaikat mendudukkannya seraya
bertanya: “Siapakah Rabb-mu?”. Ia menjawab: “Haah… haah… aku tidak
tahu”. Keduanya bertanya lagi: “Siapakah orang yang diutus kepadamu?” Ia
menjawab: “Haah… haah… aku tidak tahu”. Maka dikatakan oleh penyeru
dari langit: “Dia berdusta. Hamparkanlah hamparan dari neraka, dan
bukakanlah pintu ke neraka”. Maka sampailah kepadanya hawa panas api
neraka…
Aaaaaa ... kalau kau rasa tak nak asyik jawab tak tahu je macam tu, sila bertindak dengan kadar segeraaaaaaaaaaaaa! Okay?
Berdoalah semoga segala amal ibadah kita, diterima olehNYA. InshaAllah.
Sekian. Ma'asalamah!
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.