Assalamualaikum.
Dua hari lepas, baru saja mahu shut down laptop, tiba-tiba adik yang sorang ni, si Munirah tweet aku : " Akak! Akak kenal ke budak ni? Dia pakai gambar Akak ... " ( beserta dengan link )
Reaksi pertama aku baca tweet dari dia, berkali juga aku ulang baca sebab tertarik dengan patah perkataan ; " Dia pakai gambar Akak .. "
Dengan rasa berdebar tak semena, aku pun klik link yang diberikan ...
Hah kau! Memang gambar aku pun!
Kali pertama dah terdetik, mungkin budak ni guna sebab dia memang suka tengok perempuan berpurdah kot? Itu tanggapan pertama aku.
Dan kemudian, bila dah alang-alang tengok FB orang, aku pun segala benda aku korek. Terutamanya sekali fail gambar peribadi tuan empunya FB tu.
Jenuh juga cari gambar dia sebab kebanyakan album gambar cuma dipenuhi dengan gambar anak-anaknya. " Oh, dah kahwin budak ni. Anak dua orang. " , detik hatiku.
Puas godek satu-satu semata mahu mencari gambar yang betul si tuan empunya FB yang menggunakan gambar aku sebagai gambar utama dia.
Cari punya cari. Jumpa. Boleh tahan orangnya. Cantik dan kurus.
Aku belek lagi segala apa yang perlu aku belek.
Terpaku pada lokasi si empunya FB ; Terengganu!
Aku ni, kalau nampak je Terengganu, terus teringat dengan teman baik yang tinggal di sana. Teman baik yang sekarang sudah ada budak demok dalam hidup dia dan melupakan budak demok dia yang berada di Jeddah ni. Sampai hati kau Amal! Umar, nasib baik Umar comel! Hehehe.
Dah puas belek segala apa yang patut, baru aku reply tweet budak Munirah tadi : " Kelakarlah Mun! Akak taktau nak buat apa ni. Sungguh kelakar! ".
Masa tu aku masih tersenyum lagi. Terus gerak hati mengatakan : " Hantar message kat dia. Cakap elok-elok. "
Lantas aku tulis apa perlu. Kebetulan, teman baik yang di Terengganu itu juga menolongku dengan menghantar message pada budak itu.
Tiada niat lain selain mahu meyakinkan dia supaya lebih elok dia letak gambar dia sendiri atau sesiapa sahaja tapi bukan aku kerana aku bukan manusia yang baik untuk dia jadikan contoh. Kihkihkih.
Tapi sayang seribu kali sayang ...
Message yang pada awalnya dihantar dengan penuh budi bahasa yang tinggi dan juga cuma mahu bertanya atau berbasa basi hanya pada akhirnya, menimbulkan rasa amarah dalam hati!
Membaca balasan message yang dibalas oleh manusia itu adalah sangat mengecewakan hati ini. Tertanya dalam diri : " Kenapa dia harus seperti marah? ".
Paling kasihan, ayat dia sinis mengatakan yang gambar itu entah-entah bukan aku. Aku ni pun katanya, sama seperti dia. Ambil di internet. Katanyalah! Oh, ini serius menimbulkan kemarahan!
Aku faham dengan dunia tanpa sempadan. Sekali kalau kau dah upload gambar, memang terus akan ada melainkan kalau kau remove gambar tu.
Aku sudah tentu tahu yang mungkin dia ambil dan jumpa di laman internet mana-mana, lalu didownload dan seterusnya dijadikan gambar utama di akaun FB beliau.
Tapi kenapa harus marah? Kenapa harus melenting dan mempersoalkan macam-macam? Kenapa?
Kasihan sebenarnya orang yang macam ni. Bila diberitahu yang dia sangat mengagumi wanita berpurdah dan mahu menjadikan wanita purdah ini sebagai contoh pada diri dia, tapi kenapa tidak berbudi bahasa?
Bak kata Munirah : " Mengagumi wanita berpurdah tapi bahasa punggah! ". Hahahaha.
Perempuan oh perempuan! Kasihan sungguh. Sepatutnya, aku yang melenting. Bukan kau! Tahu?
Tapi takpelah. Aku pun bukan jenis yang mahu panjangkan cerita, juga aku bukan siapa-siapa. Mujur kau menuturkan kata maaf. Maaf tapi disusuli kata sinis juga.
Aku? Lantak kau lah perempuannnnnnnnnnnnnn!
Sinis kau seperti mahu aku tunjukkan bukti bahawa itu adalah aku dan akhirnya bila aku sertakan link FB dan juga link blog ini ...
Tidak lama selepas itu, aku lihat dia sudah menukar gambar aku tadi kepada gambar pelakon cantik Fazura yang berpurdah. Hehehehe.
Dan dari situ, tiada langsung balasan message dari dia. Mungkin dia sudah malu agaknya kerana dari awal lagi, dia dengan penuh keyakinan mengatakan, yang aku juga seperti dia. Mengambil gambar orang lain untuk dijadikan gambar utama di akaun FB aku.
Maaflah Kak! Itu adalah saya. Saya tidak pernah menggunakan gambar orang lain sebab saya adalah saya. Tak kuasa Kak nak guna pic orang lain.
Kejadian ni buat aku sedar bahawa manusia ni memang kadangkala suka membabi buta menuduh orang lain melakukan perkara sama. Keadaannya adalah seakan, semua orang juga mempunyai sikap yang sama sehingga dia lupa agaknya, manusia di muka bumi, masih ada lagi manusia yang mempunyai hati yang baik dan suci.
Kata aku? Lain kali, kalau orang bagi message elok-elok tu, cakaplah elok-elok jugak! Jangan cakap main ikut suka hati je. Paling kelakar, dah tahu diri sendiri salah, masih juga mahu menegakkan benang yang basah? Kasihan. =____=
Inilah dunia. Inilah manusia.
Semoga kita semua terus dilindungi olehNYA dan semoga juga hidup kita sentiasa diberkati olehNYA. InshaAllah.
Sekian. Ma'asalamah!
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.