Assalamualaikum.
Bangun pagi harini, little 'dragon' aku dah buat aku naik darah, naik marah sampai aku rasa nak jeeeeee tendangggggg dia ke bawah tong sampah besar kat bawah rumah tu haaaaaa! (=_=)
Itu kalau bolehlahhhh ... " KALAUUUUUUU BOLEHHHHHHHH " ... Kihkihkih.
{ Sekarang ni, aku memang takleh sebarang-sebarang nak marah Skulky especially bila back up besor dia laki aku ada kat rumah. Confirm nanti, bila aku marah Skulky, kang aku pulak kena marah balik dengan back up besor dia tuuuuu! :p }
Rutin aku bangun pagi, lepas settle Subuh, pergi dapur, buat air untuk laki dan kemudian mesti ke bilik tetamu sebab nak gosok baju kerja laki aku.
Aku ni, ikut mood. Kadang, kalau aku terlebih rajin, aku gosok baju kerja dia sampai stok untuk seminggu pakai. Kalau rajin sahaja, malam sebelumnya dah gosokkan. Kalau malas macam harini, kang dia nak pergi kerja sebelum pukul 8 pagi, aku baru terhegeh nak gosok baju kerja dia. Hikhikhik.
{ Pssst ... harini ada orang tu pergi kerja pakai baju baruuuuu! Pe'el dia, kalau beli baju baru, sebelum pakai, mesti nak suruh aku basuh dulu. Tapi kali ni, sebab tahap kesabaran dia tu kurang dan mungkin eksaited terlebih nak pakai baju baru, sanggup tak basuhhhh okay! Terus suruh aku gosok je baju tu. (=_=). FINE! Puas tak dapat beli baju idaman? :p }
Makanya, lepas dah buat air semua, aku pergilah bilik tetamu tu. Baru je melangkah masuk bilik, aku tengok bilik aku dah tunggang langganggggg! Iron board aku, iron dengan spray baju pun habisssss dah bersepai atas lantai.
Aku ni, kalau bab-bab buat sepah sampai jatuh ke lantai ni, aku memang tak syak Mok sebab Mok such a nice cat. Dah kata betina. Kelakuan dia memang sopan amat sebab dia bukan jenis yang suka memanjat. Lari lompat, dia suka. Tapi bab memanjat sampai barang semua jatuh memang just not her lah!
Bila tengok, semua dah jatuh gitu, aku tak angkat barang-barang tu dulu. Tapiiiiii ... aku akan cari 'tukang' yang baikkkk hatiiiii jatuhkan barang-barang tu semua. Nak jerit satu rumah, kang memekak pulak!
Baru je nak perambat Skulky, rupanya dia dah menyorok dulu. Kalau buat salah, gitulah jadinyaaaa! Paling sakit jiwa, bila spray air tu habis pecahhhhhh! Arghhhhhhhh! Tensionnyaaaaa! Dengan air habis tumpah atas lantai lagi. Aku pulak memang baru lepas refill spray air tu semalam. (=_=)
Dahlah kat sini susah nak cair spray air tuuuu! Aku beli tu kat IKEA. Gigih tahu? Itupun kebetulan terjumpa je masa tu. Sebelum sebelum tu dah pernah cari tapi tak jumpa-jumpa. Makanya, bila dah jumpa, memang beli je lah.
Dahlah sebelum sujud syukur sebab finally jumpa spray air tu, aku dok payah pergi renjis-renjis baju dengan air pakai tangan. Aku isi air dalam mangkuk, bawak masuk bilik, aku renjis-renjis je kat baju. Jadilahhhhhh dari takde langsungggg! At least, aku usaha. Kan? Hihihi.
Si Skulky ni, kalau dah buat salah dan bila dia tengok aku dah nampak apa dia buat, memang dia akan merempan lari dan sorok mana-mana yang dia boleh sorok. Kadang dia sorok, mulut dia diam, tapi kadang, dia dok sorok tapi mulut bising! Apa motif entah nak sorok kalau gituuu ... huhuhuhu.
Sebelum aku perambat dia, aku settle kan dulu gosok baju laki aku semua. Luckily hari ni, hari Rabu. Biasanya hari Rabu laki aku pakai t shirt collar sahaja. Hari lain, dia pakai kemeja. Bila gosok baju tshirt ni aku memang tak guna spray air tu sangat.
Sambil gosok tu, aku mengomel. Mulut tak berhenti ngomel : " Siap kauuuu! Kau tunggu aku siap gosok baju niiii! ".
Elok je nak habis gosok tu, elok je dah nak perambat dia, laki aku pulak dah habis mandiiii! Memang tak dapatlah nak dok perambat dia. Terus aku bebel kat laki aku : " Tengok tu apa 'prince charming' Biebie buat tu?. ". Cakap sambil tangan aku tunjuk kat spray air yang dah pecah atas coffee table.
Laki aku tu, biasalah. Cakap apa pun, buat rilek je. Dia pergi kat Skulky, cuma cakap : " Kenapa degil sangat ni? Janganlah buat sepah-sepah. ".
Aku pulak dah dapat peluang, aku terus dok tampar bontot diaaaaa! Haaaa .. kalau nak ajar kucing kau jadi senonoh, gitulah kekdahnyaaaa! Kena pukul sikit. Sikit je. Jangan kau pukul sampai kucing kau ting tong pulak. Takpun sampai mati. Itu dah lain ceritanyaaaa! Huhuhuhu.
Aku kadang-kadang kalau rasa overdose dengan rasa amarah, memang kadang selalu terlepaslah jugak. Setakat ni, paling teruk pun, aku ketuk je kepala dia. (=_=)
Kalau tak, biasanya, aku marah je. Marah tengok muka dia. Dulu, dia jenis tak bagi respond sebab tak pandai lagi. Sekarang ni, kalau marah dia, dia tengok aku. Kadang buat muka kesian, kadang buat muka dia pahamlah aku marah. Hihihi.
Ada masa aku, jentik telinga, cubit bontot. Itu jelah. Takpun aku picit-picit muka dia. Kalau tahap buli aku sampai, aku letak getah tempe kat muka dia! Bagi dia menggeleporrrrr nak cabut getah tempe tu balik! Kahkahkahkah.
{ Buli kucing adalah nikmat ye? Buli saje-saje. Buli yang tak serius. }
Skulky ni pulak, kalau aku buli dia, dia macam redha je. Buat rilek je, buat dek je. Kadang macam takde perasaan. Huhuhu.
Alhamdulillah. Sekarang ni, dia dah boleh paham, kalau orang marah macam mana, kalau orang jentik, cubit, pukul dia tu kenapa dan sebagainya.
Kiranya, dia dah dengar nasihat sikitlah. Dah senonoh sikit perangainya. Sekarang ni pun, dia takde dah korek terbalikkan sampah macam dulu lagi. ;D
Soal buang 'bahan' kat pasir pun dah selesai. Semalam jenuh juga aku cuci bilik tetamu tu sebab nak hilangkan bau hancing. Habis dettol dan segala pencuci aku campur, aku lap dinding dengan lantai bilik. Puas hati sebab bilik tu dah back to normal.
Yang tanya macam mana nak ajar kucing buang kat pasir tu, aku cuma ada 2 petua je. :
- Petua aku - Aku biasanya kalau amik kucing yang memang tak reti nak guna pasir dalam bekas, aku mesti akan kurung kucing tu dalam bilik air dengan bekas pasir tu sekali. Kurung dalam seminggu biar dia 'sebati' sikit dengan bau tempat dia nak buang tu.
- Petua laki aku - Ini kira petua kampung sebab laki aku cakap, mak dia yang ajar. Petua dia, kalau kucing kencing berak merata, kau angkat kucing kau tu, kau tonyoh tonyohhhhhh hidung dia kat tempat dia kencing berak tu. Nanti lepas tu, inshaAllah dia tak buat hal lagi dah.
Setakat ni, 2 petua tu aku dah penah buat. Petua aku tu, memang dah banyak kali buat dan Alhamdulillah, memang berkesan. Yang petua laki aku tu pun sama.
Masa Skulky pancut dalam bilik tetamu tu dulu, laki aku tonyoh tonyohhhhh hidung dia kat tempat dia kencing berak tu. Kihkihkih. Macam kelakar pulak aku rasa sebab Skulky dah menggelepor taknak cium 'bau harum' buatan dia sendiri. Hahahaha. Tau busuk kau kan? Kencing berak sepah siapa suruhhhhh????
Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Takde dah buat hal. Harap-harap kekal. Kalau buat hal lagi, memang no komen lah. Memang laki aku lah kena bersihkan sebab dia yang sayang sangat kat Skulky tu.
Mok is mine. Skulky is him. :p
hahahahah kekadang pening kpale dgn prangai kucing. sbb kucing kat umah, si jantan elok je sopan nya, tp si betina plak yang over. panjat bumbung bagai. hahahahah
ReplyDeletehahahah skulky mmg leh kawan gnan mimie la..perangai jantan sama...mimie tu selalu kena marah ngan abg megat..nanti dia lari ...mimie tu pulak suka merayap..kalau rasa nak gatal tingkap belakang umah selalu dia panjat...sudahnya mak akak kan buat hiasan cawan kecik comel..satu satu pecah...sapa nya keje dia la si mimie tu..sbar yer ..kucing jantan gitulak..mok jugak sopan
ReplyDeletehahahhaha.Skulky saja nak buli akak la tu sbb dia syak akak syg Mok lebihhh. ;))
ReplyDeleteAnggerik Berduri - Terbalik pulakkan sifat kucing kita? Hehehe. Perangai kucing ni, kadang bikin pusing kepala. Kadang bikin kita terhibur juga dalam masa yang sama.
ReplyDeleteLynn - Elehhhhh .. Akak memang sangat Mok lebih punnnnnn sebab Mok baikkkkkk!
ReplyDeleteKak Mimy - Wahhhhhh! Skulky dengan Mimie boleh jadi kawan baiklah! Hihihi. Eeee kalau baby keluar, kita tengok Mimie jeles ke tak. ;D
ReplyDelete