January 4, 2013

Small Birthday Celebration at Mutiara Cafe

Assalamualaikum.

Semalam birthday Abah Mertua saya yang ke 63 tahun! Alhamdulillah umurnya masih panjang. Doa saya semoga sentiasa dalam rahmatNya dan redhaNya.

Anyway, disebabkan semalam birthday Abah, dan kebetulan pulak saya dan suami memang dah plan nak ke rumah adik ipar saya kat Penang, maka marilah angkut birthday 'boy' sekali. Hihi.

It was not so easy ok nak ajak Abah saya tu keluar memandangkan Abah adalah seorang manusia yang memang sangattttttt payah nak keluar berjalan. Faham je lah kan. Orang tua. Alasan biasa, sakit kaki.

Macam Abah saya ni, kadang cakap nanti ada orang nak datang rumah lah, ada orang nak jual belut lah yada yada yada.

Tapi disebabkan kami berdua ni mempunyai 'kuasa' yang luar biasa yang tidak ada pada adik beradik lain, maka menjadi kebiasaan, kalau kami balik Malaysia dan kami adik beradik nak berjalan ke mana-mana, bab pujuk Abah adalah tugas utama kami berdua!

Dannnnnnn ... Biasanya ia tidak mengecewakan sebab Abah sentiasa bersetuju kalau kami yang ajak! Kalau yang lain, susah. Ada je dolak dalih. Hihihi.

Nak pujuk bukan susah mana pun. Ayat yang biasa keluar dan digunakan untuk memujuk adalah : " Abah ni, jom lah! Kami bukan selalu balik. Kesianlah kat kami. ". Cakap siap suara sedih. Kahkahkah. Sebab tu Abah tak pernah menolak! Hahaha.

So macam semalam, memula pagi tu kami suruh Emak dulu ajak. Nak tengok macam mana. As usual, memang tahu la Abah taknak. Bila kami pulak punya turn, terus Abah cakap : " Ok. Jom pi rumah Muni! ". Yeayyyyy!

Plan asal nak gerak pagi tapi bertukar tengahari sebab Abah ada urusan kat Pekan. Mak pulak sibuk potong padi ke apa entah kat bendang. Suami membuta. Adik ipar yang sorang dan bujang tu pulak, baru balik kerja sebab shift malam.

Last-last, gerak tengahari. Sampai Penang pun dekat pukul 2 petang. Pung pang pung pang, dah petang nak Maghrib. Bila dah Maghrib, terus semua bersiap nak keluar dinner kat satu tempat ni.

I said ' satu tempat ni ' sebab early morning before pujuk Abah tu, adik ipar dok mentioned dalam sms : " Muni nak bawak Kak Ilah pegi makan kat satu tempat ni. " . Oklah kan. Fine. I was ok if pegi tempat makan. Hahahaha.

Sebelum gerak ke tempat makan ni, I was told by my baby brother in law yg tempat makan tu was quite far jugak dari rumah Muni. Around 45 minutes macam tu. oklah kan. Takpelah. Bukan selalu.

Tapi seriously memang jauh pun. I dont know how to explain the exact location of this place but nak pergi tempat ni, nak cari tempat makan ni, kalau kami berdua je, boleh sesat kot? Tapi siapa yang dah familiar dengan Kampung Selet, especially yang stay that area, mesti tau which restaurant I refer to. Hihi.

Maka sampailah kami kat tempat makan tu. Before sampai tu, jangan kata Abah yang dok repeat saying " Bila nak sampai? Bila nak sampai? ". Me, myself & I pun tertanya-tanya jugak! Hahaha.

Luckily bila sampai dan masuk tempat tu, memamg seriously, cantik gilaaaaaaaaaaa! The name of that place was Mutiara Cafe. Restoran ni dahlah besor. Meja makan dia almost 500 tables kot or maybe can reached more than that sebab suami pusing-pusing dalam restoran ni pun tak larat nak jalan habis satu keliling.

You can choose nak duduk atas kerusi, or maybe kat gazebo, or meja boleh duduk bersila or kalau rasa you tu high class punya orang, pi la duduk dalam lounge yang beraircond. Hihihi.

Disebabkan kami 7 orang, dan nak merasa makan duduk bersila, maka situlah port kami. Meja panjang where you can sit down like you eat at home! ;)

Sampai meja, terus ada sorang waitress ni dah get ready dengan menu and to take our orders.

So, memasing order lah menu memasing. We ordered Lamb Chop, Chicken Chop, Sup Tulang, Fish & Chips, Beriani Kambing Grill, Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, Tomyam Campur, Sotong Goreng Tepung & Cendawan Goreng and of course with the some juices and air panas.

Alhamdulillah, walaupun tables banyak dan customer ramai, inshaAllah servis dia laju. Less than 15 minutes, satu-satu makanan sampai.

The taste?

Bolehlah. Tak mengecewakan. What I can say, macam Lamb Chop tu, sedap. Siakap Tiga Rasa pun ok. Tomyam bolehlah. Cuma Sup Tulang spoilt malam tu sebab macam air. Huhuhu. Overall ok. Maybe saya cakap ok sebab at the first place, tempat tu dah cantik, so bila makan pun, tekak rasa 'cantik' jugak. Hihihi.

Surprisingly, lepas makan, tengah duduk borak, bolehlah pulak jumpa my ex-colleague PBSB. I met Farid! Eksaited gila siot jumpa kawan lama. Terus rasa rindu zaman kerja dengan UEM dulu. Sobs. I miss you guys! I did. T___T . Farid, I hope that we could bumped into each other again and inshaAllah kalau terjumpa lagi, aku ada anak kot? Hahaha.

Anyway, I said small celebration above because it is really small celebration. Cuma aktiviti makan sahaja. No cake at all apatah lagi nak bertiup lilin bagai. Hihi.

After perut dah kenyang suka hati, maghilah balik ke pangkal jalan. Alhamdulillah sampai rumah at the end of the day. Dekat 1 pagi baru kami sampai sebab gerak balik pun dah pukul 11.30 malam. Once sampai rumah, I said to Abah : " Abah pecah rekod harini sebab keluar satu hari and balik lewat pagi! ". Hahahahaha. Nasib baik Abah jawab : " Takpolah. Bukan selalu. ".

Semoga Abah tak serik and once again, Hanna Selwah Abah! May Allah SWT ease your journey for Umrah soon. InshaAllah nanti boleh jumpa kat Makkah. Aminnnn!

Sekian. Ma'asalamah!

p/s : As usual, disebabkan still update using phone, jangan tanya mengapa all the pictures kat paling bawah! Hihihi.

















1 comment:

  1. salam bila baca n3 nie, n akk sebut murni dah agak dah kawan masa sekolah n satu kelas, nama betul dia hafizah kamarudin hehe....sebb tgk muka husbnd akk mcm muka abg murni tu ^_^
    kiranya akk kawen dengan orag bagan serai parit mentara 3 lah hihih.....dah jadi sekampung lah kita gitu ^_^ ptt lah bila tgk gambar akk mcm pernah tgk murni tunjuk dulu hihih....suka pesan dekat murni tart nenas dia...bila time raya...dia pun dah ank dua...mudahan lepas nie ada rezeki buat kita ^_^

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...