January 26, 2013

Balik Malaysia Kerjanya Makan, Makan & Makan!

Assalamualaikum.

Balik Malaysia, lepas 10 hari puas berkampung di rumah mertua, kami balik ke Johor pula rumah my parent. Balik Malaysia ni, aktiviti makan memang berlangsung dengan jayanya!

10 hari duduk kampung, siang petang malam makan macam-macam, balik Johor pun sama je sebenarnya! Kerja makan manjang. Takde rehat dan penuh penyesalan.

Menyesal itu timbul cuma bila tengok scale weight sahaja. Hahahaha. :p

Sampai Johor hari Khamis, Jumaat rehat satu hari kat rumah dan the next day, bermulalah episod keluar masuk rumah setiap hari.

Esoknya hari Sabtu tu, aktiviti makan pun bermula sebab ada kenduri untuk arwah Pak Ngah saya dan juga ahli keluarga lain yang dah takde. Kalau dah nama kenduri, takde maknalah nak sekat-sekat makan, nak sekat-sekat nafsu tekak ni ha. Pulak tu, menu dia ada Sambal Udang la, Sambal Goreng la, Kari Ayam la, memang selamat tinggal dietku! Hihihi. ;)

Esok hari Ahadnya tu pulak, tengahari ada makan-makan kat rumah my sister. The menu was Nasi Ayam. Settle lunch, petang sikit gerak ke rumah arwah Nenek. Kebetulan pergi hari Ahad, kat belakang rumah Nenek saya ada pasar malam. Apa lagi kan? Haruslah ke pasar malammmmmm! 



Pasar malam Kampung Bendahara. Setiap hari Ahad. Ada sesiapa yang dari sini ke? ;)



Gerai yang pertama saya tuju bila sampai kat pasar malam adalah gerai jual kuih muih. Dekat gerai ni je dekat RM10 dihabiskan untuk saya beli kuih saja. Hehehe.

Selain kuih muih, semestinya makanan lain yang saya nak cari kat pasar malam adalah putu piring dan bontot ayam! Haaaa laaaaa ... saya suka bontot ayam! Sedap! Bontot ayam goreng. Tapi I is sad sebab beli bontot ayam goreng kat situ, bontotnya banyakkkkkk bulu ayammm! Wuwuwuwu. Banyak saya buang dari makan. T_____T

Petang dah kenyang mentekadarah makanan dari pasar malam, malamnya tu pulak, kami ke Larkin. Ke Restoran Anggun kat Larkin Perdana. Makan-makan with the clans.



Sebahagian dari yang datang. Not the whole clan. Part of it only


The boss and The Madam yang bayar makan malam tu. 

He is my pakcik. Siapa belajar kat Institusi Temenggong Ibrahim Larkin, maybe kenal siapa pakcik saya ini. He is one of the pakcik yang sporting dan gila-gila dan sentiasa rajin belanja sedara mara makan. Thank you Encik Jalil dan Puan Ismala sebab belanja makan. Nanti kalau Ilah dengan Man balik Malaysia lagi, silalah belanja lagi ye? Kuikuikui. :p

Hari Isnin tu pulak, siang we both spend time pi tengok movie kat Jusco Tebrau, then malamnya, sesi makan-makan with my own family kat Thai House Taman Molek. Alhamdulillah malam tu semua ada. Tak senang nak kumpul semua macam ni since we both duduk luar dari Malaysia. Sekali sekala balik baru dapat together macam ni and thanks to my sister sebab buatkan pavlova bagi rasa. 

First time sebenarnya saya makan pavlova malam tu. Ermmm ... sedap but manis kot? I don't know. Sekali sekala makan, bolehlah. I prefer Cheese Tart or Fruit Tart lagi dari pavlova. ;)






The husband. My husband of course. :p

Termenung tengok makan mungkin. Atau maybe perut tak berapa nak kenyang sebab bagi chance kat orang lain makan sampai kenyang kot? I don't know sebab dia ni kekadang kalau makan reramai macam ni, dia susah sikit nak rasa kenyang sebab dia lagi suka tengok orang lain makan sampai kenyang like biar dia makan sikit je, orang lain makan lebih dari dia. That's him. =___=

Hari Selasa pulak, siang tu suddenly my bestfriend tanya malam free ke tak sebab nak ajak lepak sama dengan bestfriend lain. Plan asal, should be 4 bestfriends yang join tapi suddenly, sorang cancel sebab sibuk nak tengok game bola Kelantan lawan Johor. So, it is just 3 of us only. Not 3 of us. With the husbands of course sebab semua dah kawin pun sekarang. ;)





We had awesome dinner kat Lagi Best BBQ & Steamboat!

Alhamdulillah finally dapat juga kami makan steamboat! Extra happy sebab kedai steamboat ni belong to my friend. Dah lama janji nak datang sejak dia bukak kedai makan ni. Tahun ni barulah dapat tunaikan janji datang makan. ;)

Siapa yang duduk JB ke, Pasir Gudang atau kawasan sekeliling dan teringin nak makan steamboat yang halal dan dimiliki oleh 100% orang Melayu, silalah datang makan kat kedai kawan saya ni ok? Kedai ni kat Taman Gaya, Ulu Tiram. Near to Old Town White Coffee. Datanglah ok? Sorang RM19.90 untuk dewasa dan RM9.90 untuk kanak-kanak. Makanlah sampai kenyang. InshaAllah puas hati. ;)



Ni kedainya. 

Selain steamboat belah malam, tengaharinya, kedai ni ada jual Nasi Ayam. Cuma saya nasihatkan, kalau nak datang weekend, better call and booked tempat sebab biasanya bila weekend, kedai ni fullhouse. So tak dijamin kalau nak walk in dan boleh dapat tempat. Boleh like page dia kat sini : Lagi Best BBQ & Steamboat untuk sebarang pertanyaan atau tempahan meja.

* Selesai iklan. Sambung cerita .... * =___=

Malam tu kami lepak sampai kedai dah nak tutup. Mementanglah kedai kawan sendiri. Kemain tau datang lepak buat macam kedai sendiri. Kuikuikui.

Apapun, thank you to the owner, the lovely husband and wife : Sylah & Fariqe. ( I just hope you know why I said Thank You and I would like to mention that Sylah is my bestfriend too! ;) )

Dannnnnn ... the last day in Johor with parents and the family which is hari Rabu 16 Januari, Mak saya dengan rajinnya masakkan lauk pauk Rayaaaaaaaa! Wohooooooooooo!



Ada Nasi Impit ...


Ada Sambal Goreng ...


Ada Rendang Daging ...


Dan juga Kuah Kacanggggggg!

Saya paling suka makan Nasi Impit dengan Kuah Kacang sahaja. Cukup buat saya nak tambah Nasi Impit berkali-kali. Sambal Goreng pulak saya suka ratah macam tu sahaja without makan dengan Nasi Impit atau lauk lain.

And that is the end of our activity makan-makan kat Johor! Esoknya tu dah gerak ke rumah biras dan abang ipar saya di Sungai Buloh. Jemahatnya, kami fly balik Jeddah. T____T

Sekarang????

Diet mode is ON dengan jayanya! Hahahahahahaha.

Sekian. Ma'asalamah!

4 comments:

  1. Bismillahirrahmaa nirraheem

    *gaya nak makan*
    Ahaaaaiii buka blog kamu kita scroll makanan dulu. hahaha pastu baru baca entry..
    Waaa sedapnya nasi impit kuah kacang.. kita suke sangat .makanan ni.. Pernah sekali buat .. Abdullah sampai pening ..tengok kita breakfast nasi impit kuah kacang. lunch pun yang itu.. makan malam pun yang itu.. Tapi kita masakkan juga dia lauk lain heheh..

    al maklum la. dia tak makan kuah kacang tu sangat. 3-4 ketul aje hehhe

    Nanti ilah buatkan ye..kita mai umah hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Hahaha. Ampun dan maaf ler. Kekeke. Ni nak buat entri makan pun telan air liur je la especially nasi impit dengan kuah kacang tu. Hehehe. Kita tak terror lagi la Nor nak buat kuah kacang sedap macam mak kita buat! Huhuhu. =_=

      Delete
  2. Ilah, seronok baca ur entry :-) biasa la skali skala balik msia, mesiti rindu nk mkn makanan msia. I pulak yg lapor baca ur entry nih.... Huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shukran awak. Sentiasa rindu makanan Malaysia especially kedai mamak! ;)

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...