Assalamualaikum.
Esok genap 4 tahun 1 bulan kami kahwin! Alhamdulillah. Yahooo!
Haritu beriya saya nak update pasal anniversary celebration tapi banyak benda nak kena pikir. Bertangguhlah entri pasal anniversary sampai la ni.
Ok. Disebabkan sekarang ada masa, marilah saya bercerita how we celebrated our 4th anniversary last month!
The exact date was December 5, 2012 Seminggu sebelum anniversary tu, saya dah elok je plan nak buat RV cupcakes tapiiiiiii ... Punya bijaknya saya, time nak buat tu la baru terpikir nak check bahan cukup ke tak! Hahaha. Kalau dah last minute check barang, memang tak menjadilah sebab banyak bahan nak buat RV takde dalam stok. Maka, marilah berangan je! Hahahaha. =___=
Alhamdulillah tarikh 5 December 2012 tu jatuh hari Rabu. Kebetulan pulak, hari Rabu was the last day of our weekday kat Saudi ni. Khamis Jumaat weekend.
Hari Rabu seperti biasa adalah hari cuti masak untuk saya. Suami yang bagi. Hehehe. Sebab hari Rabu biasanya dia pergi lunch date dgn opismates dia. Maka marilah kita berehat goyang kaki kat rumah tunggu suami balik kerja. Sementara nak ke petang tu, suami kat office dok memanjanglah sms tanya nak 'candle light dinner' kat mana. Selagi tak jawab selagi tu la bertanya.
Saya pulak masa tu memang dah poning kopalo nak memikirkan tempat makan sebab kat Jeddah itself terlalu banyak sangat tempat makan! Paling senang, Thai Cuisine je. Tapi bila saya suh bawak pegi makan kat tempat biasa kami makan tu, suami pulak taknak! Dia suruh saya pilih tempat extra special sikit. Huhu.
Finally, suami decided bawak saya dinner kat Park Hyatt Hotel. Jadinya, sebelum office hour suami habis, he keep reminding me : " Siap-siap. Nanti B balik, B amik you, then terus pegi dinner. ".
Then, before Maghrib, saya bersiap secomel mungkin untuk suami as per requested! Hahahaha. After Maghrib, terus turun.
Suddenly, masa saya bukak pintu kereta nak duduk tu, tetiba ada a bouquet of red roses kat tempat duduk saya. Terus rasa terharu sekejap. Huhuhu. Terus-menerus cakap kat suami : " Biebie, thank youuuuu! I love youuuuuuu! ". Hahaha.
Serious saya habaq, saya ni bukanlah seorang perempuan yang suka orang bagi bunga sangat. Awal kenal suami dulu pun, masa first time dia bagi bunga, saya siap pesan kat dia : " Takyahlah bagi I bunga. Bunga ni layu. Bila dah layu, masuk tong sampah je la jawabnya. Baik you bagi I coklat. ". Since then, jaranglah dia bagi bunga.
But bila sekali sekala suami surprise bagi bunga macam tu, isteri manalah tak suka kan? Bunga siap kad bagai. Hiks.
Ok. Lepas dapat bunga, terus gerak ke hotel. Hotel ni kira tepi pantai. Betul-betul tepi Corniche. Mengadap Red Sea. Malam tu, plan asal nak makan order tapi takde pulak. Yang ada cuma buffet. Theme that night, Lebanese Cuisine. Belasah je la mana-mana pun. Janji makan. Hahahaha.
Malam tu memang candle light dinner sungguh sebab dapat tables kat area golap! Kami nak amik table betul-betul tepi pantai, dah penuh pulak. Amik table yang sipi-sipi je. Pun boleh. Belasah.
Yang tak best bila dapat table kat area takde cahaya sangat ni adalah, tak nampak foods kat pinggan. Huhuhu. Saya adalah akan rasa tak puas bila makan kat tempat tak nampak cahaya sangat. Tapi tak boleh nak buat apa. Amik gambar foods pun, hape pun tak nampak! Huhuhu.
Alhamdulillah the foods was very okay! Lebih dari kenyang. Rasa macam amik makanan sikit je tapi perut sengkak macam makan sedulang. Nasi Mandy Kambing & Lamb Chop dia adalah sangat sedappppp! Suami sukalah sebab dia tu memang hantu Lamb Chop. Sekali amik sampai 6-8 ketul. ;)
Selesai makan, suami requested nak hisap sisha. So, isteri layankan sajo! Sebab tak selalu kan. Layan sisha sampai tengah malam. Dekat pukul 12 tengah malam baru kami balik rumah.
Balik rumah, senyum bahagia sebab happy suami surprise bagi bunga, suami bawak pi dinner and of course, anniversary presents.
Cakap pasal hadiah ni, takyah tunggu anniversary pun, suami rajin je beli barang untuk saya. Cuma bila ada special ocassion macam anniversary ni, suami akan belikan something yang extra special. So, thank you B! Nanti belanjalah I lagi tauuuu. Hihihi.
Hmmm ... Sekejap je 4 tahun. La ni rasa masa berjalan sangat pantas. Rasa macam baru lepas celebrate 3 tahun punya anniversary. Tetiba dah celebrate anniversary yang ke 4 tahun pulak.
Semoga tahun-tahun akan datang, suami tetap yang sama. Suami yang baik hati, suami yang kadang-kadang gilo, suami yang kadang-kadang menggedik tak tentu pasal, suami yang rajin layan karenah isteri. Hihihi. Dan semestinya banyak lagi! Thank you again B! ❤
Harapan saya semoga kami kekal bersama hingga ke SyurgaNya yang kekal abadi. Semoga juga Allah SWT sentiasa merahmati perkahwinan kami. InshaAllah, semoga kami berdua sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri, sesama kami dan juga pada Yang Esa. Aminnnnn!
Again, Happy Anniversary Biebie! Me love you so much more. ❤
Sekian. Ma'asalamah!
Assalam Nailah
ReplyDeletehappy anniversary....moga kekal bahagia hingga ke syurga....;)... take care darling...
best apa dpt cik abe romatikus ni...
ReplyDelete"Harapan saya semoga kami kekal bersama hingga ke SyurgaNya yang kekal abadi. Semoga juga Allah SWT sentiasa merahmati perkahwinan kami. InshaAllah, semoga kami berdua sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri, sesama kami dan juga pada Yang Esa. Aminnnnn! "
ReplyDeleteaminnnnnnnnnnnnn...semoga dikurniakan babies comeeeel2 ramai2 jugak. aminnnn :)
ReplyDelete@Syazni Shamsir : Wsalam Syazni. Terima kasih atas doa. Semoga bahagia milik kamu juga. ❤
@Bada : Sekali sekala seronoklah. Hehehe.
@LynnAiza : Kemain komen macam ucapan tau budak ni. Apapun, thank you for the du'a. Semoga Lynn sentiasa dirahmatiNya. ❤