January 3, 2013

Malaysia Tanah Air Ku

Assalamualaikum.

Dekat sebulan tak update blog. Sekadar singgah blogwalking blog kawan-kawan je. Haritu konon semangat nak update tarikh anniversary ( 5 December 2012 - Genap 4 tahun usia perkahwinan ) kami berdua tapi sudahnya? Harapan tinggal harapan.

Pulak tu ... Dengan sikap asyik tangguh je sampai ke la ni tak berupdate jugak. Sekarang dah masuk tahun 2013 pun. 2 Januari 2013 dah. Cepatnya masa berjalan sekarang ni.

Apapun, sempena dah masuk tahun 2013 ni, dengan sukacitanya saya nak gelakkan manusia yang percaya yang December 2012 akan berlaku kiamat! Hahahaha. Rasa nak gelak tengok dalam media certain peoples siap dah get ready bina, jual dan beli 'kapal menyelamatkan diri'. Kuikuikui.

Ok. Off topik pasal ni.

Anyway, saya dah 2 minggu kat tanah air tumpahnya darahkuuuuuuu!

Was so eksaited at first bila sampai KLIA. Macam-macam perasaan ada sebab rasa macam dah lama gilaaaaaaa tak balik Malaysia even baru 2 tahun but feel like yearsss!

This time balik, lone ranger je. Suami balik 10 days after saya sampai Malaysia sebab dia ada submission pulok. Redho je lah. Dah lama tak naik flight sorang-sorang. Nasib baik awal-awal dah cakap kat suami, nak direct flight. Takmau naik flight yang kena transfer transfer ni. Buat penat badan je. Huhu.

Alhamdulillah flight was ok. Movies yang ada pun sangat ok cuma yang tak oknya sepanjang 8 jam dalam flight, saya tak dapat nak tidur langsung! Tidur ayam-ayam je sebab ada bau stokin busuk masam yang melampau. Sampai naik pening kepala dibuatnya! Tensionnya Ya Rabbi, taktau nak kata apa.

Nasib baik lah this Saudi guy yang duduk next to me was ok. Tak sombong dan tak poyo. Kami dua dok layan movies je dari start take off sampai touch down kat KLIA. As usual, he expected saya ni Saudi jugak macam dia. Kuikuikui.

Oh ya, sampai KLIA, plan asal nak terus shoot balik Johor tapi memandangkan kepala ting tong dengan tak tidur for almost 24 hours, terpaksalah saya stay dulu semalam kat rumah abang ipar saya.

Pagi esoknya baru drive balik. Eksaited dapat pegang stereng after almost 3 years tak drive. Hihihi. Tapi macam biasalah, bila dah lama saya tak drive ni, semua dok la remind me " Drive elok-elok. Jangan drive laju-laju. " Oklah. Fine.

Memang bawak tak laju pun. Bukan taknak speeding tapi sebab at that time, saya melawan jetlag. Ya Tuhan, memang saya mengantuk sangat sebab the day before tu dah tak tidur 24jam, then masuk tidur lewat. Pukul 2pagi. Dah tidur lewat, mata pulak taknak lelap. Haaaa ... Bangun tidur nak siap balik Johor tu, ambikkkkk ... Mata macam kung fu panda! Huhu.

Alhamdulillah dalam mata mengantuk sangat tu, sampai jugak kat rumah. Sampai-sampai rumah, Emak eksaited nak jemput. Saya belum keluar kereta lagi, Emak dah semangat tunggu tepi kereta siap payung bagai. Kahkahkah. Rindu lettewww! ;p

Then, bermulalah misi jalan-jalan carik makan saya. Macam-macam makanan yang masuk dalam perut. Perut saya ni, kalau boleh cakap mesti complaint memanjang. Hihihi.

Makanan pertama yang saya makan and sangat looking for adalah roti gardenia butter scotch! Rasa nikmat sangatttttt bila lalu kat tekak. Kahkahkah. Bila dah settle belasah butter scotch, saya dok balun Bun Sambal Bilis gardenia. Nikmat jugak bun tu! Haih. Why la Malaysia banyak foods yang sodap belaka? Tell me why? T_T

Kat Saudi tu bukan nak kata takde roti sedap tapi roti gardenia ni la memang paling sedap di dunia! Nipun dah set in my mind nak bawak few stock roti butter scotch ke Jeddah. Kuikuikui.

Almost a week kat Malaysia, after dah balun macam-macam baru teringat yang saya ni tak makan durian lagi masa tu. Dah lama gila hoiiiii tak menikmati kesedapan durian! Terus petang tu request kat Mak. Terus malam tu, lepas Maghrib, Mak Abah pegi carik dan beli kat KIPMart Masai. ;')

After for almost 10 days kat Johor, it is the time to pick up suami kat KLIA. Suami sampai pukul 1pm, saya sampai around 2pm. It was lucky saya gerak lambat dari KL because I know, nak kutip luggage bukan kejap. Berejam nak kena tunggu. Lagi-lagi kalau ada bawak air zamzam. Silap haribulan, luggage amik tempat lain, air zamzam tempat lain. Mujur this time, semua satu tempat. Alhamdulillah. ;)

Amik suami, singgah kat few places. Almost midnight baru gerak balik kampung Mertua. Sampai Perak, pagi buta. Kereta tak banyak cuma bila dah kat area kampung tu, kabus tebal gila kalah kat Genting. Dah saya tercangak-cangak nak tekan minyak memandangkan kiri kanan ada sawah padi dan parit. So, I have to be extra careful.

Sampai kampung, bermulalah pulak episod makan makan dan makan sampai rasa diri sendiri tahap dugong terdampar di tepian pantai! Kahkahkah.

Duduk rumah Mertua ni, aduhaiiiii ... Semua sedap belako. Bukan nak cakap balik rumah Johor tak makan sodap. Sodap gak makan kat Johor tapi balik kampung ni, takde nak menolak sebarang makanan. Semua saya bantai selagi boleh.

La ni, sejak sampai, setiap hari boleh kata dok balun makan cempedak goreng! Ya Allah, punya sedap cempedak goreng tu jangan cakaplah! Walaupun saya ni sepatutnya kena pantang & kontrol makan cempedak but I don't really have too memandangkan mertua selalu cakap : " Makanlah Ilah oiii. Balik sana, takdok dah. ". Hahahahaha.

Selain cempedak goreng, durian kampung. Pun sodap! Cakap pasal durian, saya takde rezeki lagi nak merasa durian Musang King. Huhu. Puas meronda kat Johor dengan kat Perak ni ha, tak jumpa-jumpa pun Musang King. Ke Musang King dah abis musimnya ek? Huhuhu. T_T

Anyway, harini kami dapat merasa jugak hujan di bumi Malaysiaaaaaaa! Seronoknyaaaaaa tak terkataaaaaaa! Dahlah hujan lebat dengan angin kuattt! Suami pulak sakan main hujan sampai tangan sakit sebab jatuh berdebuk. Kuikuikui. Alhamdulilah rasa syukurrrr sangat atas nikmat hujan harini. Hihi.

Ok. Got to go. InshaAllah ada kelapangan saya berkongsi cerita lagi. ;)

Esok 3 Januari 2013. Birthday Abah Mertua. Doa saya semoga Allah SWT sentiasa meredhai kehidupan mereka dunia akhirat. InshaAllah. Harap-harap, esok kami berjaya culik Abah dan bawak Abah ke rumah adik ipar saya di Pulau Pinang. Hajatnya nak buat small celebration for him. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. ;)

Till then lovelies. Semoga kita sentiasa dalam redhaNya.

Sekian. Ma'asalamah!

p/s : Do enjoy all the pictures below. Semua gambar berkaitan dengan entri di atas. Tak boleh nak susun sebab update guna phone ja. Let pictures do the talking for you! ;)




















2 comments:

  1. kira boleh menjamu selera sepuas hati erk..
    hihihihi

    ReplyDelete
  2. waaaahhh..full dgn makanan. kan, malaysia punya makanan mmg takde tandingan. jauh mana pun pergi mesti teringat2

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...