January 28, 2013

Europe RoadTrip : Dari Netherlands ke Antwerp & Brugge Di Belgium

Assalamualaikum.

Marilah sambung perihal Europe RoadTrip ni sebelum perkara yang sama jadi pada entri Istanbul Trip! Hahaha.

Jadinya, marilah saya sambung cerita ...

Selepas 4 hari 3 malam kami stay di Netherlands, pagi 28 Oktober bersamaan hari Ahad, kami check out seawal mungkin dan gerak ke negara Belgium pula.

First stop kami adalah Antwerp di Belgium. 



Hello Antwerp!

Actually bandar Antwerp ni adalah salah satu tempat yang kena pergilah in case awak datang Belgium. Selain Brussels, kat Belgium awak boleh ke bandar kecil lain yang famous macam Antwerp, Brugge dengan Gent.

Kami singgah ni pun sebab kebetulan perjalanan dari Netherlands nak ke bandar Brussels tu, kami memang lalu kat Antwerp ni, maka singgahlah kami kat sini.

Masa dah masuk kat Antwerp city ni, melilau jugak cari attraction yang ada sebab saya tertinggal point koordinat kat Antwerp city ni. Siap sesat sampai ke port area. Mujur dalam GPS tu ada tourist attraction. Terus point ke area Cathedral of Our Lady.

Mujur juga parking kebetulan senang nak cari. Bila jumpa tempat parking tu, belasah je parking walaupun kami taktau tempat parking tu dekat ke tak dengan tempat tourist attraction. Belasahlah. Janji dapat parking

Keluar dari tempat parking, terus nampak bangunan ni ....



' The Stone '


' The Stone ' ni kira bangunan istana lama. Bebetul tepi laut. Bila masuk dalam, terus tembus ke kawasan pejalan kaki nak ke bangunan yang sama macam ' The Stone ' ni jugak. 



Tapi bangunan yang ni siap ada cafe semua. Boleh duduk minum kopi sambil tengok kapal lalu lalang kat laut tepi bangunan ni.


Bangunan ni lagi cantik sikit. Nampak baru compare 'The Stone' tadi. Siap constructed letak sky bridge and dalam dia ada opis kot kalau tak silap.

Dari kat atas kawasan ni, nampaklah sebahagian dari Antwerp city ni. 


Kami bajet nak ke bangunan tu la tapi bila tengok cam jauh je nak jalan kaki nak sampai situ, terus cancel dan jalan kaki patah balik ke arah tempat kami parking keta tadi.

Tapi tetiba, terjumpa cam lorong-lorong kecik yang bawak kami ke kawasan Cathedral of Our Lady.


Serius beso gereja lama ni. Tinggi menggunung tapi masa ni pagi lagi, agaknya rumah-rumah kat area ni kebanyakannya sunyi. Kereta je banyak parking tepi jalan tapi orang takde. Kami tengok dari jauh je sebab kawasan sunyi kan. Tak berani nak masuk sampai dalam. Takut kena rompak ke apa. Kang naya je apa pun tak dapat. Hahaha. ( Padahal imiginasi sendiri yang melampau! Kuikuikui. )

Dari sini, kami jalan kaki ke depan dari kawasan tempat parking sebab dok mencari Grote Market iaini spot tourist yang paling femes kat Antwerp city ni. Mujurlah jumpa. Itupun hentam dok ikut tengok orang ramai-ramai ke arah mana. Heeeee. ;)


Bangunan kat Antwerp city ni bersepah dengan patung kecik color hijau tu atau nama lainnya, Marion statues.


Dan jumpalah Grote Market Main Square.


Bangunan sama pattern dengan bangunan lama kat German.


Statue tengah-tengah tu Statue of Brabo and the Giant's hand.

Grote Market ni banyak cafe dan restoran. Bila dah kat area sini, selain amik gambo, dalam kepala memang dah set nak carik fridge magnet tapi kalau dah kata cari kat tempat attraction kan, harga fridge magnet memang mencekik tapi demi nak memenuhkan pintu esbok, saya beli juga. Kihkihkih. ;)

Settle kat Grote Market, terus jalan kaki patah balik ke tempat parking dan teruskan perjalanan ke pekan kecik Brugge yang orang kata pemes sebagai bandar Venice kedua. 


Dari Antwerp nak ke Brugge tak lama mana. Sejam je perjalanannya. Mujurlah sepanjang perjalanan tu, kiri kanan pemandangan cantik. Saya suka tengok kawasan ladang kat tepi jalan kat Europe ni. Cantik sebab rumput hijau dia, seluas pemandangan. 


GPS siap bawak kami lalu kawasan macam ni. Memula tu macam dah cuak takut sesat ke apa kan, tapi rupa-rupanya, konon macam short cut la nak bandar Brugge tu. =_=

Anyway, Brugge ni macam pekan kecik. Serius kecik. Kalau datang sini, 1 hari boleh siap tawaf satu bandar kecik ni. Kat Brugge ni lah kalau rasa nak beli coklat, boleh borong kat sini. InshaAllah dapat harga murah. Yang penting kena pandai bargain dan paling utama, pastikan dulu coklat itu halal untuk dimasukkan ke dalam tubuh badannnnnn! Heeeeee. ;)


Oh ya, masa sampai kat sini, kami berpusing-pusing jugaklah nak carik tempat parking. Taktau nak ke arah mana sebab tak jumpa Main Square Brugge. Lastly, decided belasah parking kat memana tempat parking yang kosong. Sekaliiiiiii ... bila dah parking, jauh gila kot jalan kaki nak ke Market Square tu! Hahaha. T___T


Dari tempat parking tu, berjalanlah kami kat Brugge small town ni. Jalan sempit mana pun, ada jugak  yang gigih dan kental bawak kereta kat kawasan ni. =_=


Gereja lama. Taktau apa nama.



The Provinciaal Hof 



Market Square


One of the canal at Brugge. 

Ku sangkakan canal ini cantik bebenor tapi tengok, kotor semacam je walaupunnnnn ... sebenarnya, venice yang kat Italy tu lebih kurang jugak je keadaannya. Hahahaha. Tapi of course canal kat Venice tu bersih sikitlah but still, dah nama canal kan, lalu belakang rumah orang je pun. Nothing special. Gambar ni saya lalu je ye? Bukan naik gondola ke apa. Jalan kaki je dan kebetulan lalu kat bridge yang bawah dia ada canal ni. ;)

Dan disebabkan, sorang my sister ni cakap kat Brugge ni memang murah kalau nak beli coklat, maka sambil jalan, saya dok cari kedai yang dia suh pi tu tapi alangkah sedihnya sebab saya tak jumpa kedai tu tambah pulak, sebab lorong kat small town ni bercabang-cabang. Hang kalau pi, kalau tak ingat hang datang dari mana, memang confirmlah boleh sesat. Kami masa nak balik ke kereta pun, kami patah balik arah jalan yang sama. Tak berani nak pi ikut lorong lain. Kang sesat kat memana je walaupun small town. Huhuhu.


Terlalu kedai jual macaroonsssss! Tapi tak beli pun sebab dah bajet nak merasa macaroons kat Paris. Kihkihkih.

Bila dah tak jumpa kedai yang di suggest, saya pi je memana kedai yang saya rasa harganya ok dan juga ramai orang. Nasihat saya, kalau nak beli tu, tak salah tanya apa kandungan coklatnya. Kalau beli coklat dalam kotak, rerajin lah membelek ingredient kat belakang kotak coklat tu. We are almost beli coklat yang ada alcohol. Mujur perasan. Kalau tak, rugi je duit Euro. Huhuhu. =_=

Yang penting, orang sini too kreatif atau erti kata lain, mereka dan benda lucah memang tak dapat dipisahkannnnnnnnnn! Sebab??????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


HAHAHAHAHA.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




HAHAHAHA lagi.

Serius tak boleh blah tengok coklat bentuk macam ni. Like seriously? Tengok pun takde selera nak makan. Inikan nak beli. Takut nanti bila beli, bila nak makan tu, imiginasi adalah di luar kawalan. Kahkahkah.

Gambar coklat-coklat ini, suami yang amik. Bukan saya. Dia yang beriye nak amik. Motif? Hahahahahahahaha. 

So bila sampai Belgium, janganlah pelik tengok coklat bentuk macam ni. Memang ada dan ada orang beli. Pulak tu orang yang beli pun gelak-gelak masa nak pilih coklat bentuk yang macam ni! Hahahaha. Sengal je rasa. :p

Settle beli coklat, singgah makan dan terus cepat-cepat gerak ke Brussels. Dari Brugge nak ke Brussels tu pun, cuaca dah gelap. Sampai Brussels dah nak tengah malam sebab sesat nak cari hotel. Kahkahkah. Nanti kemudian saya cerita. Need to stop now sebab nak masak.

Sekian. Ma'asalamah!

9 comments:

  1. Assalam nailah...

    really admire ur europe trip ni...suka baca entry psl europe trip ni....nk tnya la,awak pegi ni ikut pakej or main redah je...tq...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Syaz.

      Kami pergi sendiri je. Takde ikut mana-mana pakej pun. Semua saya organize ni dari perihal booking hotel, sewa kereta etcs. ;)

      Biasanya sebelum travel, saya yang akan arrange itinerary kami sendiri. ;)

      Delete
  2. Salam,

    Nak tanye sikit ye Puan. Saya nak ke Brussels dan Bruges/Brugge dalam masa 2 minggu ni utk 2 hari je, masa kat Bruges/Brugge tu, ada singgah memana restoren halal tak? dan ada tak tempat yg sesuai utk solat. Bruges/Brugge tak dak surau or masjid setahu saya la...

    Syukran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mijoe.

      Sepanjang berjalan kat Europe, kami berhenti solat tepi jalan atau mana sahaja yang boleh kami solat. Yang penting sentiasa bawak sejadah kecik atau yang ringan. Kalau nak cari restoran halal, kalau ada smartphone, boleh download apps Zabihah. Dari situ boleh detect mana restoran halal.

      Delete
    2. Salam..

      FYI, kat Brugge ada 2 restoren halal. Salah satunya milik orang Palestin yang dah lama menetap kat Brugge ni. Tuan kedai tu bagi kitorang solat kat kedai tu masa kitorang datang tu pada hari Rabu. Patutnya dia tak berniaga pada hari Rabu, tapi bila dia tahu kita Muslim, dia offer utk prepare jugak kebab utk kitorang berdua. Allah saja yang mampu membalas jasa baik tuan kedai tu. :)

      Delete
    3. Mijoe, untung jumpa restoran halal. Kami masa sampai Brugge memang terkejar-kejar. Tak sempat nak pusing habis. InshaAllah kat Europe ni, Muslim sesama Muslim, Mash'Allah baik sangat layanan dia sebab komuniti Muslim itself tak ramai kat Europe. ;)

      Delete
  3. salam...really enjoy ur story mory here:) saya pegi last yr, cuma cover paris ngan germany, itupun ada byk tmpt tak sempat nak cover.i wish nak cover balik..good things to share here...kete tu sewa baper euro? all the bajet as well lebih kurang brapa?

    ReplyDelete
  4. bestnye!saya pegi last yr, tp tak sempat nak cover byk tmpt..huhu..just pegi germany and paris je..tak sempat pegi amsterdam..nak kena cover balik. sewa kete tu baper?

    ReplyDelete
  5. hihi..tak sangka ada jgk org nk buat coklat tak senonoh mcm tu..mcm2 color ada..geliiii

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...