January 24, 2013

How I Plan Our Trip To Istanbul!

Assalamualaikum.

Lately ni saya dapat banyakkkkkkkkkkkkk email tanya pasal Istanbul berkaitan macam mana nak ke sana? Dengan travel agency apa? Mana tempat yang best? And so on ...

Maka harini saya rajinkan diri share apa yang patut walaupun sebenarnya entri trip ke Istanbul haritu saya tak habis update lagi. Hahahaha. Dah berkurun sangat. Dah nak dekat setahun kot. Mimpilah nak sambung! Kuikuikui. 😝

Ok. Tajuk saya letak Istanbul sahaja sebab trip kami tu memang ke sekitar Istanbul sahaja. Not the whole atau sekitar negara Turki yang lain. Kena ingat ye yang negara Turki ni sangatlah besar dan ada 2 part. Asia dan Europe. Kami haritu pergi Asia sikit, Europe sikit. Memang menghabiskan banyak masa kat Istanbul sahaja sebab nak tengok architecture building-building kat Istanbul.

Lagipun kat Istanbul itself, banyak sangat bangunan lama yang still kekal sampai sekarang. Jadinya, sampai sana, kat satu-satu tempat tu, kami boleh spend sampai berejam just because of nak telek-telek structure atau nak telek-telek segala benda yang boleh telek. Plus suami saya tu, kalau pergi tempat macam tu, memang dia akan pegang, tengok, perhati and study the architecture history of that building. Yes, we love and enjoy doing that together. ☺

Ok. Let start how I plan the trip.

Trip Istanbul ni, boleh kata last minute punya trip. Ye, sepanjang kahwin, kami takde nak plan bagai apa kalau nak pergi mana-mana. Semuanya ikut suka. Macam Istanbul ni, kebetulan suami tengok Saudi Airline ada buat promo tiket murah ke Istanbul. Jadi, marilah kita ke Istanbul!

Tiket Flight

Dari Jeddah nak ke Istanbul memang sangatlah dekat. 3 jam je dalam flight. Tiket yang kami purchased masa tu adalah harga dia dalam SAR800 sorang campur tax jadi dalam SAR1100 sorang kalau tak silap. Tak ingat sangat tapi tiket flight memang tak jejak sampai SAR1500 sorang. Murah ke mahal? 

Kalau tanya saya berapa tiket dari Malaysia ke Istanbul, maaf lah. Tak dapat saya nak jawab sebab segala trip saya semuanya dari Jeddah. Hehehe. 😉

Cuma pada pendapat saya, kalau dari Malaysia, awak nak pergi Istanbul ke, Europe atau ke mana sahaja, lebih baik kalau awak beli tiket awal-awal. Malaysia susah sikit nak dapat tiket murah kalau kita beli lagi 2,3 bulan nak berjalan. Tapi depends lah, kalau rasa awak banyak duit, beli last minute pun ok tapi kalau rasa ada budget tertentu, nasihat saya, beli tiket awal.

Kalau kat sini, kebanyakannya lah, tiket murah kalau beli last minute pun. Itupun tengok keadaan. Kadang harga normal juga. Tak tentu sebab Saudi Airlines ni ikut suka dia nak buat promo bila-bila. Kena rajin survey tiket selalu.

Tiket yang kami beli tu boleh kata serius memang murah. Tapi kami ni bukanlah jenis bila tengok tiket murah terus beli. Suami sebelum tu check dulu cuti dia macam mana, budget macam mana dan juga check currency, nilai TL ( Turkey Lira ) berapa. TL ni lebih kurang macam nilai RM dengan SD ( Singapore Dollar ). 

Hotel

Settle tiket dan dah confirmed, bermulalah tugas saya mencari hotel dan juga survey tempat-tempat best yang kena pergi kat Istanbul tu. 

Ini pendapat saya je ok?

Kalau nak senang melawat kat area Istanbul, cari hotel kat area Sultanahmet. Kat kawasan situ banyak gila pilihan hotel yang ada dari hostel sampailah yang mewah-mewah. Tapi kalau rasa tak menepati piawaian standard awak, awak pi sewa kat belah Istanbul Europe nun. Pun boleh. Takde masalah. Cuma kalau stay kat hotel belah situ, if awak nak ke Sultanahmet, kenalah naik teksi atau tram.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalau awak booked hotel kat Sultanahmet, awak nak ke Blue Mosque, Hagia Sophia, Basilica Underground Cistern, Topkapi Palace, Grand Bazaar, Hippodrome senang je. Boleh jalan kaki. Few minutes only.

Macam hotel yang kami stay sepanjang kat sana tu, hotel tu betul-betul belakang Blue Mosque. Jalan kaki 5 minit je dah sampai Blue Mosque. Senang kan? Tak perlu naik tram atau teksi. 😃

Hotel saya booked dekat : www.booking.com 

Itinerary

Bab nak susun apa nak buat kat sana, harini nak pergi mana, esok nak pergi mana dan selebihnya tu, memula saya serabut jugak sebab takde pengalaman langsung. Saya dah pernah mentioned dulu yang itinerary saya dibantu juga dari Kak Asma yang sama-sama duduk kat Jeddah ni ha.

Orang cakap malu bertanya sesat jalan kan? Disebabkan taknak sesat jalan, saya pun pi tanya mana-mana kakak-kakak yang dah pernah pergi Istanbul. Kak Asma ni lah yang bagi contoh itinerary dia kat Istanbul macam mana.

So, dari situ lah saya susun aktiviti-aktiviti dan tempat-tempat yang kami akan pergi nanti. 

Nak susun aktiviti ni pulak, kalau awak nak pergi satu-satu tempat macam Hagia Sophia ke, Grand Bazaar ke atau Dolmahbace Palace, awak kena check ye tempat-tempat macam tu tutup hari apa dan bukak sampai pukul berapa sebab tempat-tempat macam tu bukan dibuka kepada orang ramai setiap hari 24jam. Melainkan Masjid.

Contoh yang saya boleh bagi :
    1. Topkapi Palace tutup hari Selasa
    2. Hagia Sophia tutup hari Isnin
    3. Grand Bazaar tutup hari Ahad
Itu only few places. Yang lain pun kena checked jugak. Taksim Square je yang bukak setiap hari dan 24jam. 

Please jangan terlepas pandang benda ni. Kalau tak kang, sia-sia je dan membazir masa sebab dah tentu nanti itinerary dah lari dan kena rombak balik. 


Travel Agency

Untuk makluman awak, trip Istanbul kami ni, kami bergerak sendiri kebanyakannya. Jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Ada juga certain tempat kami naik tram especially bila jalan tu, waktu dah nak malam dan kaki dah cramp. Hehehe. 😒

Kami guna travel agency bila kami nak ke Bursa sahaja sebab Bursa ni luar dari Istanbul which is kena naik feri, lintas ke bahagian Asia Turkey melalui laut. Masa ni tujuan nak pergi Bursa kononnya nak main golek-golek atas salji.

Tapi tak sangka pulak, masa kami pergi tu, salji turun dengan lebatnya dekat Istanbul. Serius lebat. Memula jumpa salji, kami memang eksaited! Seronok sangat main salji cuma yang tak seronoknya bila angin kuat. Terus tegang kulit muka kaki tangan badan semua. Huhuhu. 😑

Untuk ke Bursa, kami guna travel agency yang ini : http://www.backpackerstravel.net

Kat website ni, ada macam-macam pakej yang dorang offer. Nak pusing satu Turki pun boleh, ada pakejnya. Dari yang budget pakej sampailah yang mewah. Boleh pilih ikut bajet yang kita ada.

Apa yang boleh saya cakap, servis dorang memang sangat cemerlang dan terbilang! Macam pergi Bursa tu, ada bas yang pick us up kat hotel. Balik hotel pun dorang hantar sampai depan hotel. Siap ada sediakan makan semua. Kalau pakej pegi tempat jauh-jauh like Pamukale, Capadocia ke, serba serbi dorang sediakan termasuk penginapan dan makan. Juga boleh pilih kalau tempat jauh-jauh tu kita nak naik bas atau flight je.

Tempat paling jauh kami pergi masa ke Istanbul ni cumalah Bursa sahaja. InshaAllah ada rezeki, nak datang Turki lagi dan explore tempat-tempat yang jauh ni. 😉

Musim / Weather

Yang ni penting. Sebab Turki ni kira negara 4 musim. Let say winter ke, at least kita boleh prepare apa yang patut. Masa dah beli tiket semua, bila tengok time pegi tu nanti winter, terus kami shopping beli winter clothes, boots etcs.

Cuma saya nak cakap, biasanya kalau travel musim sejuk, automatically hotel, pakej ke, atau apa sahaja, akan jadi murah. Paling mahal adalah musim panas semestinya sebab sepanjang masa boleh berjalan. 

Macam kami sebab pi time winter, nak jalan pun agak terbatas especially bila malam sebab malam boleh terlampau sejuk. Sebab lain adalah, kalau pi time winter, waktu siang adalah sangat pendek dan malam sangat panjang. Itu kekurangan dia bila jalan time winter. Kalau pi time summer, apa yang saya tau dari local people, summer boleh tahan panas juga. So, boleh pilihlah nak pi time winter ke, summer ke, autumn ke. Ikut suka anda! 

Jadinya, sekali lagi saya ingatkan, sebelum nak pergi Turki tu, adalah dinasihatkan untuk kita check masa kita nak pergi tu, negara Turki tengah musim apa. Ok? 😃

Makan

Bab makan tak perlu risau sebab kat Turki ni kebanyakannya kedai makan adalah halal. Sepanjang trip, kami banyak pi makan fastfood semestinya like KFC dan Mcdonalds sebab itu paling mudah dan senang nak pilih nak makan apa. Dinner je kami pi makan grill-grill atau local food.

Cuma satuuuuuu jeeeeeee nasihat saya, jangan cepat terpengaruh dengan kedai seafood tepi-tepi hotel sebab once awak makan situ, they could charged you makan sampai SAR500! Padahal yang kita order tu baru 1, 2 jenis. Nak makan seafood yang berbaloi, cari kat fisherman village. InshaAllah situ sedap dan harga berbaloi dan munasabah. 

Jangan jadi macam kami. Makan ikar bakar sekor, udang butter satu plate kecik, coffee 2 cawan, kami kena sampai SAR500! Ternganga jugak masa dapat bil tu padahal sebelum tu kami tengok harga kat menu, ok je tapi bila nak bayar, rupanya banyak hidden charges! Serius rasa tertipu dan terus rasa nak puasa sampai balik Jeddah! Kahkahkah. 😝                

Transport

Bab transport ni janganlah risau sebab public transport dorang sangatlah user friendly! Dari airport nak ke hotel, awak boleh pilih nak naik cab atau tram. Macam kami, kami naik cab je sebab nak cepat. Boleh je if nak naik tram sebab ramai je yang guna tram nak ke hotel. Kalau jalan kat area Sultanahmet tu, kita boleh jumpa ramai tourist macam kita dok usung luggage carik hotel.

Kalau nak ke tempat-tempat lain, awak boleh naik tram sahaja. Sangat mudah! Tambang pun sekata. Pergilah dari hujung stesen ke hujung stesen. Tetap kena bayar TL2 sahaja. Kira murahlah pada saya sebab tram dia ada stop kat spot-spot attraction kat Istanbul. 

Lain-lain

Berkaitan tukar duit, saya nasihatkan tukar duit siap-siap kat tempat kita. Jangan last minute baru tukar. Boleh tapi tak digalakkan untuk elak sebarang kemungkinan plus kalau tukar kat tempat sendiri, bolehlah untung sikit. Tak rugi pun kalau kita tukar duit awal. 

Kalau kat Malaysia, nak untung, tukarlah duit kat Money Changer kat Midvalley ataupun Sungei Wang. InshaAllah harga yang dorang offer sangat ok berbanding tempat lain. Please elak tukar duit dekat KLIA ye? Harga kat KLIA melampau sangat tapi kalau awak jenis tak kisah, then ok. 😊

Selain dari tu, kat Istanbul kalau awak terserempak dengan golongan pakcik-pakcik atau abang-abang yang bawak buku pasal Istanbul, elakkan dan janganlah ramah tamah pi layan melainkan kalau awak  baik hati nak bagi 'free' kat dorang TL50! Hehehe. Dorang sebenarnya nak mintak sedekah tapi cara nak mintak tu nanti, kata bagi buku free pastu nanti mulalah drama bagitahu dah seminggu tak makanlah apalah itulah inilah. So remember this, ok?

Setakat ini, itu sahaja. Semua benda penting saya dah bagitahu. In case kalau nak tanya apa-apa, soalan merepek ke, silalah tanya dan email saya. Email ada di ruangan belah kanan bahagian atas. 

Sekian. Ma'asalamah.

4 comments:

  1. bestnyee :) nanti boleh ajak bakal laki untuk kesitu jugak :) hehehe

    ReplyDelete
  2. tq..help me walaupon tiket tak beli lagi.plan setaram pon tarak.kih88

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Fisherman village tu di mana ya? Jadi tak perlu lah untuk stay diapartment dan masak kan?thanks for the tips.

    ReplyDelete
  4. Nk tanya..apa nm hotel yg u duduk..
    Saya nk g bln 7 ni

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...