March 30, 2013

Terjalinnya Ukhwah Baru

Assalamualaikum.

Alkisahnya, semalam kami ke Makkah. Tujuan utama ke sana nak jumpa Pak Long, Mak Long, Syera, Fahmi dengan A'a kat sana sebab dorang datang buat Umrah. Alhamdulillah this time, dapat bangun awal pagi dan terus gerak ke Makkah. Selalunya liat sikit. Hehehe.

Disebabkan Pak Long saya suruh datang jumpa dorang kat hotel je, maka, sampai kat MasjidilHaram tu teruslah jalan kaki ke arah jalan ke hotel. Sebenarnya kami taktau pun the exact location hotel yang dorang stay tu kat mana tapi sebab Syera ada bagi direction, so, ikut je lah.

Tengah leka berjalan dalam lautan manusia tu, tetiba, ada sorang kakak ni terus tarik tangan saya ....

Kakak : " Awak ada blog kan? "

Masa memula dia tanya ada blog tu, saya memati ingatkan dia tanya saya duduk rumah blok berapa ke apa. Hahahahaha. Sebab langsung tak terlintas sebenarnya yang ditanya tu adalah BLOG bukan BLOK. =____=

Bila kakak tu tanya lagi : " Awak ada blog kan? Blog. Blog. "

Ha kau berkali-kali Kakak tu tanya. Saya ni macam biasalah. Kalau orang tetiba datang tegur, serius jadi blur taktau nak cakap apa siap muka berkerut. Huhuhu.

Bila Kakak tu mention untuk kali ke berapa, baru saya dapat tangkap yang dimaksudkan Kakak tu adalah BLOG. Masa tu barulah saya angguk kepala berkali-kali.

Saya : " Ye saya. Saya ada blog. "

Kakak : " Ya Allah dik, jumpa jugak kat sini. " ... cakap sambil tangan pegang pipi saya peluk cium semua. Well, pipi saya memang sentiasa sasaran utama. Hihihi.

Sambung Kakak tu lagi ...

Kakak : " Akak selalu doa adik turun Makkah boleh jumpa. Sekali jumpa juga kita kat sini. "
Saya : " Ye Kak. Saya turun Makkah harini sebab ada sedara datang buat Umrah. "

Senyum lebar kakak sorang ni bila tengok saya depan mata dia. Saya ni speechless je lah mampu. Huhuhu.



Borak dalam keadaan tergesa-gesa. Saya ni tergesa sebab tak jumpa hotel lagi. Yang kakak ni tergesa sebab nak pi buat Tawaf Sunat. Tapi sempat lagi saya ajak bergambar buat kenangan sebab saya aprreciate orang yang tegur saya dan orang yang baca blog saya semestinya. ;)

Paling kelakar, bila tanya macam mana boleh cam saya, Kakak tu selamba je cakap ....

Saya : " Akak cam pulak saya kan? Sebab saya kan pakai sunnies ni. "
Kakak : " Akak cam sebab perasan tahi lalat kat hidung suami awak. "

KAHKAHKAH. Terus saya gelak tak hengat! Siapa yang kenal dan pernah jumpa saya, tahulah saya gelak macam mana. Hahahahaha. Buruk! Nasib dah kahwin. :p

Lepas memasing dah menghala ke tempat tujuan memasing, boleh pulak terjumpa lagi Kakak ni dekat hotel tempat Makcik Pakcik saya stay tu. Rupa-rupanya dorang dari group travel agency yang sama! AllahuAkbar dengan izinNya. 


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kali kedua jumpa ni, Kakak ni siap naik atas bilik amik kamera semua sebab masa awal jumpa tadi, amik gambar pakai phone suami. So, kali ni, rezeki sebab dapat amik gambar pakai kamera dia pulak. Hehehe.

Rezeki berganda lagi sebab kami boleh duduk borak lama sikit. Suka saya dengan Kakak ni. Peramah dan inshaAllah baik orangnya. Kakak ni katanya banyak baca tips berkaitan Umrah dari blog saya. Siap tahu ok pasal kes kami eksiden lah, cerita saya buat cheese kek oreo lah dan macam-macam lagi. Pembaca tegar rupanya sebab cerita zaman tok kadok dalam blog ni semuanya Kakak ni tahu. Kuikuikui. Malu sekejap jadinya. =____=

Dan kami sempat bertukar nombor telefon kot-kot balik Malaysia boleh jumpa ke sebab Kakak ni duduk tak jauh pun dari rumah family saya. Orang Pekan Nenas Kakak ni. InshaAllah kalau ada rezeki, ada kelapangan bolehlah ziarah nanti. InshaAllah.

Anyway, terima kasih Kak Lezam atas ukhwah baru ni. Semoga ada rezeki lagi untuk Akak sampai di bumi yang penuh barakah ni sebab di sinilah kita berjumpa. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Akak sekeluarga dan juga semoga roh anak Akak bersama para mukmininNya. InshaAllah. Amin. Amin. Panjang umur, berjumpalah kita di Malaysia nanti ya? ;)

Hah, ada sesiapa yang nak datang Umrah tak? Meh la jumpa saya kat sini. Boleh saya belanja Nasi Arab or Al-Baik. :p

8 comments:

  1. tmbh satu lg ukhwahkan kak nailah...yg xthn tu," Akak cam sebab perasan tahi lalat kat hidung suami awak. "..hahha..apa kes suami akak lg glamor dr akak..pepn..seronok bace..teringin gak nk p sna jd tetamu Allah..doakan saya ye kak nailah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Doa dan usaha. Nanti sampai sini juga one day. ;)

      Delete
  2. Assalamualaikum nailah...akak pernah terjumpa nailah n hubby kat bin dawood madinah...masa tu bln mei 2011...akak pun sama...terperasan suami awak masa nak bayar kat cashier..tu yg rasa konfiden nak tegur awak tu...akak ni silent reader je dik...insyaAllah akak akan ke tanah suci hari jumaat ni 5.4.2013...klau ada rezeki..hrp dpt jumpa lagi ye dik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Finally! Muncul juga Akak kat sini. Confirm saya ingat lagi kat Akak. Haritu lupa nak mintak jejak kasi kat sini. Hehehe. Alhamdulillah atas pemergian ke tanah barakah ini lagi. Semoga segala urusan dipermudahkan inshaAllah. Aminnn! ;)

      Delete
  3. tq nailah...alhamdulillah, aminnn...sntiasa rindu nak ke sana dik... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya doakan Akak sentiasa menjadi tetamuNya selalu. Amin!

      Delete
  4. Assalam....hai manjer,seronok sangat ado citer pasal akkak...terima kasih atas buah tangannya,dan sudi melayan akkak yang baru dikenali..memang pasangan yang comey dan baik sangat,semoga hidup ila dan azman sentiasa diberkati dan dirahmati Allah Aamiin.Akkak akan sentiasa mengingati dari kejauhan.Moga ada rezeki kita bersua di Malaysia pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Finally dah pandai komen. Alhamdulillah di atas segala pujian. Yang baik itu semestinya dari DIA, yang buruk tu dari Ilah. Sori kalau ada kekurangan sepanjang jumpa dan borak. Hehehe. Terima kasih atas doa Akak untuk kami. ;)

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...