March 26, 2013

Europe RoadTrip : From Luxembourg To Paris

Assalamualaikum.

Back to Europe Roadtrip punya story. Hihihi.

From Brussels haritu, ikutkan nak direct ke Paris je but memandangkan, nak pergi Europe ni bukan selalu, so we decided nak singgah Luxembourg sekejap dah alang-alang kan. Plan memang nak pergi certain tempat yang pemes kat Luxembourg but unfortunately, banyak yang under maintenance sebab musim sejuk agaknya.

So, bila dah masuk Luxembourg tu, terus tuju kat satu tempat ni. I don't remember the exact name tapi tempat ni memang di puncak bukit. It is actually istana lama tapi dah jalan nak ke situ pun sempit due to maintenance, so kami patah balik dan amik gamba kat kawasan kaki bukit je sebab kat situ ada macam small town. We just parked kat hotel area and amik gambar buat syarat. Hehehe.





Memang sunyi gila masa ni dekat small town ni. Macam takde orang. Kalau sampai memalam, mau horror sebab banyak bangunan lama-lama. At first, macam takde heran sangat pun dengan small town ni but tetibe masa singgah R & R kat highway nak ke Paris tu, adalah tunjuk tempat small town yang kami singgah tadi tu rupanya under UNESCO. Ok. Terus rasa tak sia-sia berhenti situ even just for the sake to snap some pictures. :p

Dari small town ni, terus ke Paris. Kebetulan pulak, lalu dekat Luxembourg city. Masa lalu kat kawasan sinilah baru nampak suasana meriah sikit. Setakat lalu je. Memang takde singgah berhenti ke apa. 


Kiri kanan jalan penuh dengan bangunan hotel-hotel 5 star.


Old building or castle maybe.




Asal nampak bangunan cantik ke, wajib amik gambo. Hiks.


Ok. Masa ni dah nak keluar dari Luxembourg sebab dari city terus akan direct keluar ke highway nak ke Paris.


Good bye Luxembourg, Bonjour Pagheeeeeee! ;)

Eksaited gila masa nampak signboard Paris ni sebab it is like our dream come trueeeee! Especially bila pikir nak pegi Disneyland Paris. Disneyland is always a dream place not only for kids but untuk orang yang macam saya ni yang suka bebenor dengan karakter Disney! Hehehehe. ;)

Dari Luxembourg nak ke Paris almost 4 to 5 hour rasanya. Kelebihan road trip ni adalah bila perjalanan yang lama tu tak terasa mana sebab inshaAllah pemandangan cantik-cantik sepanjang highway. Truely amazinggggggg Mash'Allah! Terus rasa berbaloi kami buat road trip berbanding naik train or by flight walau penat drive. ;)

Sampai Paris, tempat pertama yang kami singgah haruslah La Valle Village. Dalam hati macam konon rasa nak shopping la kan kot barang murah ke apa tapi takde langsung okay? Believe it or not. Saya langsung tak shopping kat sini even satu barang pun sebab price wise adalah lebih sama dengan kat Saudi ni. So, betterlah beli kat Saudi. Lainlah kalau murah betul ke apa kan. So, tak rasa menyesal di situ. Suami je beli t shirt sehelai.


Kedai banyak dah tutup. Was looking for Celine but unfortunately, kebanyakan butik kat sini macam tak meriah je. I don't know why. Like sikit sangat barang yang ada. So upset. =_=


Coffee house yang anda wajib pergi bila dah sampai France

Actually kami dah pernah makan kat PAUL ni masa pi Qatar dulu tapi repeat lagilah kan memandangkan ramai yang kata, PAUL kat France jauh lebih bestttttt dari kat tempat lain.

Tapi biasa je sebenarnya. Pergi sini macam takde perasaan. Taktau pesal. Eksaited nak jumpa Mickey agaknya. Kahkahkah. Yang kelakar tu, saya ni tak pernah makan Creme Brulee. First time tau pasal Creme Brulee ni adalah masa tengok Masterchef Australia. So, dah berangan-berangan nak makan dan rasa.

Jap lagi, rupanya Creme Brûlée ni adalah puding kastard okay! Jakun nak mampos. Ingatkan rasa dia macam mana. Tapi bila dah sauk satu sudu tu, ek eleh ... puding custard rupanya! Serius noob. Kahkahkah. Yes, i am jakun like that! :p

Terus rasa tak order pun takpe sebab bukan sedap sangat pun. Lagi sedap puding kastard kat Saudi ni ha. Baru 5 riyal. Hahahahahahahaha. Mari ketawakan diri sendiri. =____=

Lepas minum, baru gerak ke rumah Abang Adi & Kak Ayu kat Choisy Le Roi. Mash'Allah Kak Ayu sangatlah bagi layanan yang baik and the kids too. Abang Adi is not at home that time sebab out station. Pandai dorang ni rahsiakan dari pengetahuanku. Yelah. Kalau kami tahu Abang Adi takde kat rumah, takdelah nak nyusahkan dorang pi tumpang tidur semua. Huhuhu.

Dari La Vallee Village nak ke Choisy tu, Allahu Akbar, jalan jammed gila like sardinnnnnn okay? Stress sangat. Hahaha. Sebab ingatkan kat KL or Saudi je jammed teruk, sekali rupanya, Europe pun lebih kurang je or maybe I can say lagi teruk kot? Huhuhu. 

Apapun Alhamdulillah sebab berjaya cari rumah walau terpesong sikit thru GPS. Sampai rumah, Kak Ayu dah prepared dinner. We had Nasi Kerabu yo in Paris after almost a week dok berulang makan Donner Kebab memanjang dari Germany, Netherland, Belgium. Hahaha.

Terus rasa nak menangis dapat kunyah nasi. Kat rumah Kak Ayu juga, we met new friend, Due & Lynn dengan anak dorang yang comel, Iris. Malam tu, sebelum tidur, rasa macam dalam mimpi dah sampai Paris. Kahkahkah. Over sangat tau saya ni! :p

Nanti saya sambung cerita hari kedua tawaf Paris City with them. Kami angkut semua penghuni rumah memandangkan Kak Ayu sendiri dah lama tak keluar jalan-jalan. 

Till then.

4 comments:

  1. baca post akak ni,teringat blog sendiri yg terbengkalai post smpi cairo je. update kt madinah/mekah belum. bila tahnye. nak update gambo2 omey akak tuu.. haha

    ReplyDelete
  2. Salam...Ilah tahun lps akak pergi sana n sempat lah juga dengar sore Ilah yg serak basah tu...nak ajak jumpe jugak tapi risau takut menyusahkan Ilah n Hubby yg sibuk kerje...jd hasrat terpendam walau hati naaaaaakkkkkk ngat jumpe budak come ni...siap dh bwk kek srwk lagi..doa depan kaabah supaya TERLanggar bahu Ilah masa tawaf ke masa jalan ke masa solat ke...tp memang xde jodoh kot..InsyaAllah nanti pergi sekali lg mesti jumpe k....adiossss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takpe kak. Takde rezeki namanya tu. Petanda Akak kena datang sini lagi jumpa Ilah. Hehehe. InshaAllah kalau Akak datang lagi, boleh kita keep in touch dan berjumpa. ;)

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...